Perbankan & Insuran Bank Islam : Boleh Bagi Diskaun Atau Tidak ?

Bank Islam : Boleh Bagi Diskaun Atau Tidak ?

  • PDF
(5 votes, average 5.00 out of 5)

Bank Islam : Boleh Bagi Diskaun Atau Tidak ?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

save.jpg

 

Ada pihak yang marah-marah dan mempersoalkan mengapa bank Islam tidak mewajibkan pemberian diskaun kepada pelanggannya apabila pembayaran awal penuh dibuat, sama ada hasil dari aset yang dimiliki dijual lalu jumlah pembiayaan diselesaikan oleh bank pihak yang membeli, atau diselesaikan secara tunai atau lump sump oleh pelanggan.

Isu ini sedikit teknikal dan agak sukar juga untuk diterangkan kepada orang awam dalam tulisan pendek di web ini, ia jauh lebih mudah untuk saya terangkannya secara verbal. Namun demikian, bagi yang mencintai ilmu dan ingin mengetahui, saya cuba huraikan dan berusahalh untuk memahaminya sedaya mungkin. Dalam masa yang sama buangkan dahulu perasaan skeptik kepada perbankan Islam agar minda lebih mudah mencerna informasi yang diberi. Dengan minda sangka buruk dan terikat, penilaian dan kefahaman yang tepat akan sentiasa menjauh.

Namun begitu saya yakin, ramai yang mengelak dari membaca artikel ini sehingga akhir kerana terasa sama ada kurang minat atau terasa kandungannya agak berat dan teknikal. Percayalah, perasaan sebegini  adalah salah satu punca utama yang menjadikan umat Islam keterbekalang dan terus ‘buta' dalam ilmu perbankan dan tidak sudah-sudah terperangkap dengan kejahilan diri berkenaan isu dan hal ehwal perbankan, khususnya perbankan Islam. Hasilnya, terus menerus menjauhi perbankan Islam sehingga membantutkan perkembangannya. Yang lebih menyedihkan sengaja terjun dalam lembah perbankan haram yang menepis keberkatan dalam kehidupan dan kematian.

KONTRAK BANK ISLAM MENGGUNA JUALBELI.

Dalam transaksi jual beli secara Murabahah, BBA dan lain-lain produk pembiayaan perumahan dan lainnya yang berasaskan kontrak jual beli, apabila pihak bank telah menjual aset dengan satu harga yang dipersetujui bersama, pihak penjual dan pembeli tidak boleh sama sekali mengubah nilai harga yang telah sempurna kontraknya.

Jika sesuatu harga itu boleh berubah-ubah, ia akan jatuh dalam hukum haram akibat ‘gharar' pada harga item yang dijual. Oleh kerana semua jenis kontrak jual beli yang memberikan kemudahan bayaran harga secara bertangguh, harga TIDAK BOLEH lagi diubah khususnya dinaikkan. Bagaimanapun ia boleh diturunkan NAMUN ia hanyalah tertakluk kepada keputusan dan budibicara pihak penjual. Dalam kes perbankan hari ini, penjual adalah pihak bank.

Justeru, saya ulangi, harga jualan yang telah sempurna ‘aqadnya ‘concluded', masih boleh dikurangkan dengan syarat :-

·           Potongan diskaun atau ‘rebate' datang dari pihak penjual secara sukarela tanpa janji yang mulzim.

·           Pihak pelanggan tidak boleh menuntutnya dalam apa jua keadaan kerana ia adalah hak penjual untuk menentukan.

Ini juga merupakan keputusan Majlis Syariah Kuwait Finance House, Bank Ar-Rajhi, Bank Islam Sudan,  Majlis Fiqh Antarabangsa OIC dalam sidang mereka yang kelapan, menyebut :-

الحطيطة من الدين المؤجل لأجل تعجيله سواء أكانت بطلب الدائن أم المدين ضع وتعجل ) جائزة شرعا لا تدخل في الربا المحرم إذا لم تكن بناء على اتفاق مسبق

Ertinya : ‘Pemotongan hutang yang bertangguh pembayarannya disebabkan pembayaran yang disegerakan sama ada hasil permintaan pemberi pinjam atau peminjam adalah harus dari sudut hukum Syara' dan tidak tergolong dalam riba yang diharamkan jika ia tidak diaturkan atau disepakati oleh kedua belah pihak sejak dari awal' [1]

Apa yang perlu ditegaskan di sini adalah diskaun jika membayar awal ini TIDAK boleh disepakati oleh kedua belah pihak sebagai terma kontrak Murabahah dan apa-apa kontrak jual beli  mereka kerana ia akan membawa kepada hukum gharar PADA HARGA yang diharamkan. Hal ini ditegaskan oleh teks fatwa Kuwait Finance House, iaitu :-

ولا ينشأ بارتباط شفوي أو كتابي في العقد أو بعده وإنما يكون بإرادة منفردة من الدائن إن شاء أي دون شرط ملفوظ أو لحوظ

Ertinya : Jangan sesekali terdapatnya ikatan sama ada secara lisan atau bertulis dalam kontrak (Murabahah ) atau selepasnya (berkenaan pemotongan ini), sesungguhnya yang dibenarkan hanyalah jika ia datang dari pemilik hutang atas kehendaknya tanpa syarat yang di lafaz atau ditulis. [2]

Antara hujjah yang digunakan bagi rebate ini adalah :-

1)   Hadis

Diriwayat bahawa Nabi s.a.w ketika ingin mengusir keluar Yahudi dari Madinah, ada di antara mereka yang mempunyai hutang dengan umat Islam, lalu Yahudi mengadu kepada Nabi

فقالوا يا نبي الله : إنك أمرت بإخراجنا ولنا على الناس ديون لم لم تحل فقال رسول الله ضعوا وتعجلوا

Erti : Wahai Nabi Allah, engkau mengarahkan kami keluar sedangkan kami masih mempunyai hutang yang belum selesai.

Balas Nabi : Segerakan bayarannya dan akan diberikan potongan (Riwayat Abu Daud)

 

2)   Ijtihad Sahabat

Pandangan ini juga dipegang oleh Ibn Abbas, An-Nakha'ie, Hasan al-Basri, Ibn Sirin, satu pandangan dalam mazhab Syafie, salah satu riwayat dari Imam Ahmad dan juga ijtihad Ibn Taymiah, Ibn Qayyim dan majoriti ilmuan Fiqh kontemporari. Di sebut juga keharusannya di dalam Majalla al-Ahkam Al-Adliya :-

ويجوز أن يقضي المقترض خيرا مما أخذ أو دونه برضاهما ولو بزيادة أو نقص في القدر أو الصفة من غير شرط ولا مواطأة

Erti : Harus bagi peminjam untuk membayar balik hutang sama ada lebih atau kurang dengan redha kedua belah pihak, walaupun ia melibat kurang dan lebih pada jumlah atau sifatnya namun mestilah tanpa disyaratkan (di awal kontrak) atau perancangan dengan persetujuan awal kedua belah pihak.  [3]

3. Aqal 

Ia adalah tergolong dalam bab melepaskan hak (tanazul) sahaja menurut kaedah (  ضع وتعجل )

Unsur gharar yang ditakuti juga telah terhakis kerana objektif di sebalik pengharaman gharar adalah pergaduhan dan kezaliman, namun dalam hal ini pihak peminjam sudah tentu tidak akan menolak tawaran diskaun, manakala pihak pemberi pinjam pula redha kerana mengalu-alukan hutangkan dibayar dengan kadar segera. Apabila mafsadah di sebalik gharar telah dapat ditangani, justeru hukumnya kembali kepada harus.

 

KESIMPULAN

Para ulama silam dan kontemporari yang mengharuskan praktis ibra' atau rebate telah meletakkan syarat bahawa klausa ini tidak boleh dimasukkan di dalam kontrak Murabahah , namun demikian majlis-majlis Penasihat Syariah di Malaysia khususnya Bank Negara Malaysia telah membuat resolusi yang lebih ringan apabila mengharuskan kluasa rebate di masukkan di dalam kontrak dengan syarat cara kiraan dijelaskan. Kesannya, pihak bank akan terikat untuk memberikan rebate kepada pelanggannya apabila pembayaran awal dilakukan. [4]

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

2 Mac 2009





Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #18 islamic vs convetionalShukor 2011-10-14 11:31
Ustaz, berikut adalah pandangan saya yang mungkin tidak tepat.

Dalam hal ibra' atau rebate yang tak diwajibkan ni dapat difahami bahawa:

1) Islamic Loan mementingkan perkara yang jelas
2) Kuasa kurangkan rebate adalah 100% hak mutlak bank.
3) Pengguna tiada hak untuk early settlement diskaun.

Konsep ini menindas pengguna kerana:
1) Bank dapat offset risiko kenaikan kadar dengan keuntungan yang wajib mereka dapat dari akad.
2) Kadar ditetapkan lebih tinggi untuk menjamin hak bank.

Kesimpulan:
1) Kaedah Islamik berikan 100% kelebihan kepada pihak bank kerana had siling tinggi dan rebate adalah 100% budibicara mereka.
2) Kaedah conventional pula tidak jelas tapi ia berikan 50-50 kuasa kepada kedua-dua pihak. Bank boleh naikkan kadar faedah sesuka hati tetapi pengguna ada diskaun early settlement untuk refinance atau jual.

Pohon ustaz betulkan.


UZAR : semua yg sdr katakan telah diselesaikan apabila Majlis Penasihat Shariah BNM, menguatkan kuasakan semua Islamic banks di Malaysia MESTI DAN WAJIB secara undang2 memberi diskaun apabila pihak pelanggan early settle. Hal ini berkuatkuasa mulai Jan 2011.

Justeru isu2 yang ditimbulkan telah tiada lagi.
Quote
+1 #17 pinjamanAkil 2011-05-20 16:21
salam khaifa haluka ustaz...
maaf ganggu ustaz....
saya nak tanya berkenaan dgn pinjaman perumahan...
saya ingin membuat pinjaman perumahan di salah sebuah bank secara islamik...
harga rumah adalah 175k...saya nak buat pinjaman sebanyak 180 ribu ....dimana bank ni boleh buat pinjaman 100%. bolehkah baki 5 ribu saya ambil untuk kegunaan baiki rumah tersebut...
Quote
0 #16 Pampasan dan dendaHasnul Adin 2010-10-26 17:22
Salam

Minta penjelasan ustaz,
Setiap pembelian rumah ada perjanjian jual dan beli, dimana sekiranya pemaju gagal atau lewat menyiapkan rumah pemaju akan dikenakan bayaran pampasan dan denda. Jika perkara tersebut berlaku, dan pemaju membayar wang denda pada pembeli, adakah duit denda tersebut halal ??
Minta penjelasan ustaz. Terima kasih
Quote
0 #15 sebutan dua hargaismail 2010-08-30 01:08
ustaz bagaimana pula dengan sebutan dua harga....melalui masa...

ada yg berpendapat sebutan dua harga ialah halal dan xmengandungi unsur gharar...

kerana sebutan harga jelas...dan pembayarannya melalui pilihan masa tersebut
Quote
0 #14 bank rakyatamrool 2010-05-01 21:50
salam ustz,saya amrool dr kk sabah,nak tanya ni,bank rakyat ni salah satu perbankan islam ka?sekian tq
Quote
0 #13 tanya perkara muqassah/ibra'Indah Purbasari 2010-03-02 20:14
Assalamualaiku. Ustadz, saya Indah, pelajar master FUU UKM, tengah menulis tesis perkara muqassah in Islamic Banking, concept and its application in Indonesia and malaysia. Ada tiga perkara yang mesti saya pahami iaitu ibra', muqassah dan dha'wataajal. Bolehkah ustadz bantu menjelskan pada saya, perbezaan tiga perkara tersebut dan manakah yang menjadi akar umbi daripada pengamalan rebate in Islamic Banking.
Apakah rebate/discount in Islamic Banking, hanya diamalkan untuk early settlement atau dapat diamalkan pula untuk default payment?
Terima kasih wasalamu alaikum.


UZAR : REBATE BUKAN UTK EARLY SETTLEMENT SHJ. RUJUKLAH BUKU2 SAYA DAN SEBAIKNYA INTERVIEW PEGAWAI BANK-BANK ISLAM SENDIRI. ITU LEBIH TERKINI. INSHSALLAH
Quote
0 #12 bay' inahmunir 2010-01-22 01:35
salam ustaz..ana nk mnx tolg dr ustaz & sahabat2, kitab2 apakah yang boleh dijadikan rujukan dalam mencari hujah2 ulamak2 silam dalam menentukan hukum mengenai bay' inah ini, klu boleh kitab drpd 4 mazhab, n kitb2 temporari..terima kasih semua,..assalamualaikum ..=) :D

UZAR : rujuk buku Panduan perbankan Islam" yang saya tulis, dari situ boleh dapatkan rujukan ulama sialm tentang bai inah
Quote
0 #11 Etika Emas dan Diskaunzinnie 2009-04-10 13:39
Assalamualaikum ustaz,
Saya ingin mendapat pandangan ustaz mengenai pelaburan emas yang dijalankan oleh syarikat Etika Emas Estet Sdn Bhd.(EEE)

Secara ringkas,kita beli emas dari EEE. Kemudian kita diberi pilihan samada mahu physical gold tersebut atau pajak emas yang dibeli tadi di Bank islam secara ar-rahnu.

Kredit yang diperolehi ( eg 65% dari harga emas) akan diserahkan kepada EEE untuk tujuan jual beli emas syarikat tersebut.Kita akan diberi bayaran jumlah tetap dan sama pada tiap2 bulan sehingga 6 bulan.Bayaran ini disebut sebagai Diskaun.

Untuk maklumat lebih terperinci, sudi sekiranya ustaz lawati laman website: www.etikaemas.com.
Sekian. Terima kasih.
Wassalam

UZAR : maaf saya belum sempat untuk menelitinya, namun buat sementara waktu boleh baca jawapan saya berkenaan akauan pelaburan emas di artikel berkaitan di web ini
Quote
0 #10 Pinjaman Islam tidak Islamik?shamri 2009-03-09 16:23
Assalamualaikum UZAR,

Dahulu seseorang pernah memberitahu saya yang pinjaman (perumahan/kenderaan) Islamik di Malaysia kadang-kadang lebih mahal (menindas) drp pinjaman riba, sedangkan tujuan utama diharamkan riba adalah kerana penindasan - maka yang Islamnya hanyalah atas kertas, bukan pada objektifnya. Dia juga berhujah keuntungan seharusnya tidak dtg tanpa risiko.. dlm kes pinjaman (cth kenderaan) pihak bank tak ambil risiko pun pasal pembeli dh mmg sedia ada, tp nak mintak bank tlg belikan aset tu dulu & bank pun hanya nk buat untung cara mudah. Dia katakan kalau betul nk Islamik kenalah pihak bank beli rumah/kenderaan tsbt sebelum ada pembeli lain 'cop' (secara first hand) dan lepas tu pihak bank jual kpd sesiapa yg berminat (mcm reseller la kira). Oleh itu dia cakap yg Islamiknya agaknya drp U hingga Z, tapi drp A sampai T tak Islamik pun.

Saya tak pernah buat loan dan tak ada ilmu pasal prosedur2 nie, so tak tau betul ke dakwaan dia. Komen UZAR?
Quote
0 #9 Manusia Alpa.....nasir 2009-03-05 19:06
Assalamualaikum ustaz....saya nak dapatkan pandangan dari ustaz bagaimana ingin berhujah dengan pihak yang menganggap ASB?ASN ini halal selepas keluar fatwa dari Majlis Fatwa.

Adakah terlepas daripada "dosa"sekiranya mereka memegang pendapat ulamak2 dalam majlis Fatwa sedangkan mereka bukan lagi berada dalam keadaan darurat.mereka mampu mencari maklumat dan berkemampuan dari segi akal fikiran memikirkan halal/haram dan riba.Mashlahat bukan alasan kerana saya ada mendapat maklumat,dalam pelaburan PNB,ada satu skim didik sahaja yang mematuhi standard sekuriti patuh syariah.

Apa pandangan ustaz.ini kerana saya banyak berhadapan dengan rakan2 yang menyimpan dalam ASB malahan kaum keluarga sendiri ada menyimpan dalan ASB.Saya berasa unpleasant dengan keadaan ini.Harap ustaz dapat komen.TQ

UZAR : Boleh baca tulisan saya dalam bab ASB di artikel berkaitan.
Quote
+1 #8 terlalu beratkama 2009-03-05 18:58
salam ustaz...
bacaan ni terlalu berat sy rasakan...
tetapi sy cube utk memahami dgn lebih lanjut..syukran ya ustaz..

UZAR : berusaha inshaALlah, actually yang ini masih ringan, banyak lagi yang lebih berat. itulah perbankan..kaum cina pandai bab bank ini sehingga mereka boleh mengeksploitasi kan produk2 yang ada di pasaran.
Quote
0 #7 Assalamualaikum ..nesloais 2009-03-05 16:17
Saya dlm proses memohon pembiayaan perumahan drp salah sebuah bank Islam di M'sia. Saya memilih pakej BBA yang berasaskan BFR (bukan fixed rate). Saya difahamkan yang BFR itu ada had capping nya (cth bila capping 10% hanya itu lah kadar max yang dikenakan kpd pelanggan walaupun BLR naik sehingga 15% atau lebih).

Saya lihat trend skrg di M'sia ialah penurunan kadar BLR & BFR (latest 5.55%). Dan dalam contract juga hanya sebut capping pada kadar ceiling (iaitu 10%) tetapi tidak pernah disebut kadar floor.

Ini bermaksud kalau BLR yg diumum oleh Bank Negara menjunam sehingga 1% pun, BFR akan ikut turun sama. Kalau satu Bank telah umum utk penurunan kadar, makna Bank-bank lain akan ikut serta (competition among bankers).

Mmg lah sebagai pelanggan akan berasa sangat gembira kerana bayaran bulanan menjadi makin rendah tetapi bagaimana pula dgn pihak Bank.. adakah pihak Bank dlm keadaan teraniaya pula jika kes sebegini berlaku.. minta penjelasan/komen drp sdr UZAR... TQ.

UZAR : Tidak teraniya, kerana tawaran ikut BFR itu adalah hak persendirian bank, jika tiba-tiba bank rasa jika beri diskaun maka akan runtuh bank, pihak bank boleh buat keputusan tidka beri. Ia adalah keputusan Shariah, sbgmn disebut dalam artikel.
Quote
0 #6 tawaran rebatzakuan 2009-03-04 21:59
Assalammuaikum ustaz,
Semasa di UK pernah bank menawarkan saya diskaun sehingga 40% dari jumlah keseluruhan baki hutang jika pembayaran dibuat pada tempoh masa yang ditetapkan oleh bank..namun pada masa itu saya belum mampu utk membayarnya..kini saya telah mampu bayar hutang berkenaan dan adakah boleh dibayar jumlah selepas di diskaun yakni berdasarkan tawaran diskaun bank berkenaan.(sedangkan tempoh tawaran diskaun telah tamat) Mohon penjelasan.

UZAR : diskaun masih boleh diberikan tetapi tertakluk kepada persetujuan bank.
Quote
0 #5 SalamHaidar 2009-03-04 07:22
Assalamu3alaikum ustaz..bleh x ustaz critakan sket pendapat ulama mua3siroh tentang takmin 3ala hayat?
Quote
0 #4 Dah terjebak RIBAJasbisa 2009-03-04 07:11
salam, camna nak keluar dari kemelut kalau dah terjebak riba. Boleh ambil modal balik kan, selebihnya boleh sedekah kat charity ke?? Mohon nasihat UZAR.
Quote
0 #3 maksud mulzimtmnet 2009-03-03 23:36
salam,
apakah yg dmaksudkn dgn mulzim dlm artikel diatas?
wassalm

UZAR : Mulzim bermakna (mengikat kedua-dua belah pihak sehingga setiap pihak tidak boleh membatalkan kontrak kecuali dengan izin dan redha pihak yang satu lagi)
Quote
0 #2 Bank Islam : Boleh Bagi Diskaun @ tidakNur Imani 2009-03-03 20:37
Nak penjelasan lanjut leh refer buku Uzar sebelum ni.Buku Wang, Anda & Islam... :-)
Quote
0 #1 Isu Penggunaan Nama Allah !Al Syam 2009-03-03 18:21
Assalamualaikum !

Baru baru ini ,pelbagai isu hangat dalam negara kita samaada isu politik dan agama .Beginilah hidup di dunia sentiasa berhadapan dengan pelbagai konflik.
Maka dengan ini ,apakah pandangan ustaz mengenai penggunaan nama Allah oleh agama lain ,huraian secara ilmiah ,dan adakah senario ini pernah di zaman sahabat dan kesan penggunaan nama itu kepada masyrakat islam d malaysia .?
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 96 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Perbankan & Insuran Bank Islam : Boleh Bagi Diskaun Atau Tidak ?