Peribadi, Tazkirah & Fikir 'Gores & Menang' : Pengalaman Saya

'Gores & Menang' : Pengalaman Saya

  • PDF
(23 votes, average 4.74 out of 5)

Pengalaman Saya Dengan Peraduan

‘Gores & Menang'

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Cadangan pengharaman peraduan gores dan menang adalah amat disokong kerana ia juga memang haram di sisi Islam.

Saya masih ingat, seorang jurujual ini datang ke rumah saya, bagi mengelakkan mereka dihambat dan tidak dilayan dengan segera, teknik baru mereka adalah dengan berlagak seperti ‘pegawai survey' yang mana meminta kita memberikan komen samada pasaraya yang telah wujud di kawasan sekitar kita sudah cukup atau belum, kemudian mula bertanya berapa kerap kita membeli belah dan lain-lain.

macam-macam cara tipu sekarang ini
 

Sebagai langkah berhati-hati, saya tidak membuka pagar luar, semua perbincangan adalah melalui belakang pagar. Jangan mudah membuka pagar untuk orang sebegini.

Setelah cukup silibus pertanyaannya, tiba-tiba pegawai (wanita Cina) tadi mengeluarkan kad-kad untuk dipilih oleh kita. Kita tidak perlu membayar apa-apa untuk mencabutnya. Kerana tidak perlu membayar apa-apa dan ingin mengetahui apa rancangan mereka seterusnya, saya memilih satu kad, dan rupa-rupanya kad itu kad gores dan saya terus gores kad itu.

Sebelum saya menggores, pegawai tadi menggunakan teknik istimewanya iaitu dengan memprovokasi saya dengan mengatakan bahawa

"biasanya orang akan dapat gambar milo atau ‘thank you' sahaja. Jika dapat gambar milo, bolehlah di ‘claim' dari pasaraya sekian sekian" katanya bersahaja.

Tiba-tiba bila saya gores, ternampak gambar kereta dan pelbagai barangan mahal seperti tv besar, motosikal dan lain-lain. Terus dengan pandainya, promoter tadi melihat kad yang saya pegang lalu menjerit kekaguman dan terlompat sedikit. Lalu dengan cukup ghairah berkata,

"encik sudah menang besar ini, encik sudah menang" dijeritnya beberapa kali sambil mengucapkan tahniah atas kemenangan saya.

Katanya selepas itu :

"sebentar saya hubungi boss saya untu menerangkan bagaimana encik ingin mengambil hadiah ini"

Dalam masa yang sama, dikeluarkan keratan akhbar utama Malaysia yang menunjukkan iklan peraduan mereka itu. Ia diperlukan bagi meyakinkan saya bahawa mereka bukan syarikat tipu. 

Saya termenung sebentar,

"eh, betul ke ni.." fikir saya, otak saya segera memikirkan negatif terlebih dahulu sebagai langkah selamat. Selain itu, otak saya juga aktif memikirkan hukum.

Perkara pertama saya fikirkan, adakah saya akan diminta membayar apa-apa untuk mendapatkan hadiah ini, jika ada pembayaran sahaja, ia akan menjadi ‘reverse gambling' dan ia tetap haram juga walaupun dicabut dulu sebelum bayar. Jika tiada sebarang bayaran di kenakan, ia halal dan menjadi sebagai ‘purely hadiah'.

Seketika lepas itu, promoter terus menelefon pengurus, dan saya diminat bercakap dan membuat pengesahan atas kemenangan saya. Pengurus juga ‘buat-buat' terkejut dengan kemenangan saya dan berkata akan segera datang dari pejabatnya ke rumah saya untuk memberitahu tindakan seterusnya.

Kemudian, selepas hanya 5 minit, tiba-tiba si pengurus sampai ke rumah saya.

Saya sudah merasakan pelik, tadi kata di pejabat, tiba-tiba 5 minit dah sampai..padahal di sekeliling rumah saya tiada pejabat-pejabat, semuanya kawasan perumahan.

Setelah mendengar panjang lebar, ringkasnya begini :- 

1) diberikan gambar barang-barang hadiah yang masih ada seperti kereta, motor kerdil, peti ais, tv 42 inchi, wang tunai beberapa ribu ringgit, oven dan macam-macam lagi termasuk wang tunai.

2) Saya dikehendaki membuat pembayaran sebanyak beberapa ratus ringgit ( maaf saya dah lupa) , kemudian dengan pembayaran itu, saya akan berpeluang mencabut satu lagi cabutan di syarikat berkenaan untuk melihat apakah barangan yang saya menangi. Jika dapat kereta, kira-kiranya untunglah saya, bayar sedikit tapi dapat barang mahal, tetapi semua barangan bernilai lebih mahal dari harga yang perlu dibayar. Selain dari barangan, cabutan itu juga boleh mendapat wang tunai beberapa ribu ringgit dan yang paling kurang adalah RM 1,000.

3) Ringkasnya, dengan bayaran sebanyak beberapa ratus ringgit, saya berpeluang memenangi hadiah termahal seperti kereta, manakala barangan termurah pula kelihatan nilainya sememangnya lebih baik dari jumlah yang perlu saya bayar cuma kualiti tidak diketahui dan jenamanya tidak dikenali menjadikan sukar untuk menggagak harga tepat barangan tersebut.

Hukumnya

Inilah namanya judi dalam Islam, judi yang di'modify' sehingga menjadi agak menarik dan tidak nampak seperti judi.  Malah ia juga mempunyai aspek penipuan kerana menurut jiran saya yang pernah kena, dikatakan barangan yang diperlolehi adalah tidak berkualiti dan ditipu.

Saya dengan baik menolak untuk pergi ke peringkat ke seterusnya, dan jawapan saya mengecewakan mereka.

Justeru, kiranya anda mendapat tawaran yang sama, abaikan dari awal..malah rupa-rupanya bukan saya sahaja yang dapat kad yang kononnya istimewa tadi, malah setelah disemak, rupanya wakil mereka telah datang ke rumah saya sebelum ini, dan isteri saya juga pernah memenangi benda yang sama tapi telah diabaikan terus oleh isteri saya, memang bijak, Alhamdulillah.

Malah, jika disemak lagi, hamper setiap rumah sebenarnya memenangi kad yang sama, kononnya kita bertuah sehingga si promoter terlompat, padahal semua rumah menang benda yang sama.

Berhati-hatilah.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

20 Julai 2007

Di bawah ini adalah dipetik dari berita hari ini

Cadang haram jualan 'gores dan menang'

Berita ASAL

ALOR STAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bercadang mengharamkan perniagaan jualan langsung yang menggunakan gimik `gores dan menang' bagi melindungi pengguna daripada ditipu.


Timbalan Menterinya, Datuk S Veerasingam, berkata kementerian mendapati kebanyakan syarikat jualan langsung terbabit mengeksploitasi gimik berkenaan untuk memaksa orang ramai membeli barangan yang tidak berkualiti dan tidak berjenama pada harga lebih tinggi daripada biasa.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat dengan pegawai KPDNHEP Kedah, di sini semalam, beliau berkata, kebanyakan barangan yang dijual sindiket itu diimport dari China yang harga sebenarnya terlalu murah dan kualiti tidak terjamin.

"Pegawai kementerian sedang menyediakan kertas kerja dan akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara untuk kelulusan. Kita menerima banyak rungutan pengguna yang mendakwa ditipu sindiket ‘gores dan menang yang berselindung di sebalik syarikat jualan langsung.

"Mereka menggunakan pelbagai gimik termasuk menawarkan hadiah kereta khususnya di luar bandar," katanya



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 9 guests

Komen Terbaru

You are here: Peribadi, Tazkirah & Fikir 'Gores & Menang' : Pengalaman Saya