Peribadi, Tazkirah & Fikir Wakil Negara Kita, Pelancong Atau Angkasawan ?

Wakil Negara Kita, Pelancong Atau Angkasawan ?

  • PDF
(51 votes, average 4.45 out of 5)

Isu Ringan : Pelancong

Atau Angkasawan?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Kelmarin saya terbaca satu berita di siaran akhbar Indonesia yang menyentuh berkenaan program angkasawan Negara. Buka di sini

Pelancong Termahal?

Cuma saya merasa tersentuh dan terpanggil untuk mendapatkan info lanjut apabila berita tersebut yang menamakan dua calon Angkasawan Negara sebagai 'Pelancong Angkasa Pertama Dari Malaysia' dan bukannya angkasawan atau 'astronoaut'. Tidak puas hati juga bila membacanya. 

Sudah tentu, ia bukanlah isu yang begitu besar, cuma saya terasa kurang selesa kerana mengganggap peserta terpilih dari negara kita yang dilatih untuk menjadi seorang angkasawan dengan skill dan kemahiran hebat mengendalikan peralatan angkasa tiba-tiba digelar pelancong sahaja.!  

Sebelum anda meneruskan pembacaan, perlu diingat tulisan ini hanyalah tulisan ringan peribadi saya. Saya tidak mengulasnya dari sudut Islam, ia hanya ditulis atas dasar berkongsi info dan ingin mengetahui status sebenar pemergian dan persiapan kedua-dua calon tersebut adalah untuk menjadi angkasawan atau hanya pelancong angkasa. Ini kerana ia melibatkan satu kos yang besar, pastinya rakyat berhak mengetahui hal yang begini bersejarah.

'Basic' Sebelum Sukar

Bagi saya jika ia pergi sebagai pelancong sekalipun, tidak dapat saya nafikan ia juga punyai kepentingannya dalam melahirkan angkawasan sebenar selepas ini. Sesuatu yang sukar itu sudah tentu perlu bermula dengan sesuatu yang 'basic' terlebih dahulu. Maka dalam hal ini, mungkin menjadi pelancong angkasa boleh diibaratkan sebagai pendedahan hal 'basic' tersebut.

Setelah saya membuka web NASA, maka boleh dikatakan sohihlah bahawa Dr Syeikh Muszafar hanya menjadi peserta atau dalam kata lainnya adalah 'Pelancong'. Bahasa yang digunakan adalah "Malaysian Space Flight Participant". Buka di sini.

Susah juga nak jadi pelancong angkasa

Sama seperti bahasa yang digunakan oleh seorang pelancong angkasa peribadi pertama , iaitu Dennis Tito. Buka berita di sini.

Sebagai info, Denis Tito merupakan pelancong angkasa pertama dimana ia telah menghabiskan masa selama lapan hari di angkasa termasuk enam hari bercuti di Stesen Angkasa Antarabangsa atau ISS (International Space Station).

Pelancong angkasa ini telah berlepas ke angkasa bersama dua orang angkasawan profesional Rusia menggunakan sebuah kenderaan pelancar. Beliau kemudian tinggal di ISS yang berada di orbit mengelilingi bumi ketika dua orang angkasawan itu menjalankan tugas mereka di stesen angkasa berkenaan.

Setelah itu, beliau kembali ke bumi bersama dengan angkasawan-angkasawan tersebut.

Pelancong angkasa ini, seorang jutawan Amerika Syarikat, telah mengeluarkan perbelanjaan berjumlah AS$20 juta (kira-kira RM76 juta) untuk pakej pelancongan yang luar biasa itu. Kenderaan pelancar Soyuz Rusia yang membawa pelancong angkasa Dennis Tito pada awal bulan Mei ini mempunyai tiga tempat duduk.

Dua tempat duduk dikhaskan kepada angkasawan profesional yang melaksanakan misi rasmi, sementara tempat duduk ketiga disediakan kepada mana-mana angkasawan yang sanggup menyediakan perbelanjaan sendiri pada harga RM76 juta.

Inilah juga yang akan dicapai oleh Dr Syeikh Musfazar pada 10 Oktober 2007 ini ? hmmm, memang boleh tahan juga, cuma menurut pandangan peribadi saya, apa yang digembar gemburkan sebelum ini kelihatan berbeza pula.

Apapun, saya doakan agar mereka selamat pergi dan pulang. Dan membawa pulang sesuatu yang lebih hebat dari Dennis Tito, iaitu melebihi ilmu sekadar pelancong.

Islam sememangnya amat mengalakkan pencarian ilmu teknologi angkasa sebegini, terutamanya jika ia boleh dimanfaatkan rakyat ramai.

Sama-samalah kita fikirkan manfaat kepada ramai dan negara yang boleh diperolehi dari penyertaan bersejarah ini. Terutama yang boleh meningkatkan daya juang umat Islam dalam industri angkasa yang amat misteri bagi manusia yang selemah kita.

Selamat berusaha dan beribadat di sepuluh malam terakhir dan malam al-Qadar.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

1 Oktober 2007

19 Ramadhan 1428 H



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 22 guests

Komen Terbaru

You are here: Peribadi, Tazkirah & Fikir Wakil Negara Kita, Pelancong Atau Angkasawan ?