Peribadi, Tazkirah & Fikir Saya Bertugas Di Tempat Baru : UIAM

Saya Bertugas Di Tempat Baru : UIAM

  • PDF
(57 votes, average 4.67 out of 5)

Bertugas Di Tempat Baru : UIA

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Saya memang tidak pandai dan kurang minat untuk berkongsi cerita peribadi di web saya ini. Malah anda juga pastinya kurang minat untuk membacanya. Cuma kali ini saya berhasrat untuk berkongsi tentangnya buat julung kali kerana dirasakan ada beberapa faedah yang boleh dikongsikan.

Alhamdulillah, hari ini (5 Oktober 2007 bersamaan 23 Ramadhan 1428 H pada hari Jumaat) adalah hari pertama secara rasmi saya bertugas sebagai ‘Academic Fellow' atau secara mudahnya sebagai Pensyarah di Jabatan Ekonomi Islam, Kulliyyah of Economics & Management Sciences, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak
 

Cita-cita

Sejak kecil, cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang pensyarah di sebuah Universiti.  Kini cita-cita tersebut menjadi kenyataan. Syukur kepada Allah s.w.t yang memberikan ruang dan peluang ini menjadi kenyataan.

Jawatan terakhir yang saya sandang sebelum menyertai dunia Akademik adalah Ketua Jabatan Syariah dan Setiauasaha Majlis Penasihat Syariah, Qatar Islamic Bank Malaysia ( Asian Finance Bank Berhad . sila buka http://www.asianfinancebank.com/)

Mengapa Tinggalkan Bank?

Ramai juga rakan yang bertanya mengapa berhenti sedangkan pendapatan yang diperolehi di dunia perbankan dan korporat telah mencecah 5 angka sebulan dan masuk ke dunia akademik yang berpendapatan 4 angka semula.

Malah ketika interview UIAM sebanyak 3 peringkat iaitu Jabatan, Kulliyyah dan Universiti. Pasti tidak terlepas soalan ini, hampir semua panel yang meng'interview' saya menjadi kehairanan dan pelik dengan sikap saya yang sanggup turun pendapatan dari 5 angka ke 4 angka.

Saya lagi pelik dengan kepelikkan mereka. Apakah begitu sukar untuk difahami?. Saya tidak pelik langsung kerana saya telah pastikan kerjaya saya ada hala tuju dan objektif tertentu.  

Anatara jawapan mudah saya untuk dikongsikan bersama pengunjung web ini adalah :- 

Pertama : Duit bukanlah matlamat saya ketika menyertai industri perbankan Islam ini, cuma tanpa dirancang. telah menjadi budaya korporat apabila anda kerja dengan tekun dan memenuhi 'expectation' mereka, secara sukarela mereka mengganggap anda penting lalu menaikkan pendapatan anda sebagai penghargaan. 

Terus terang, saya sertainya adalah kerana inginkan ilmu praktikal dan operasi perbankan Islam. Saya tidak ingin menjadi seorang yang tidak adil dalam menghukumi sesebuah bank Islam tanpa mengetahui hakikat operasi mereka secara ‘live'.

Ia amat penting bagi membolehkan saya mengaplikasikan ilmu Syariah dari Kitab turath ke dalam dunia praktikal..bukan sekadar teori dan cakap-cakap semata-mata. Saya berpeluang menghidupkan teori Fiqh yang tersimpan di dalam kitab-kitab Fiqh silam dan moden dalam bentuk hidup nyata di dunia perbankan Islam bagi menyelamatkan umat Islam dari dosa sebesar Riba.  Saya amat gembira dengan tugas demikian.

Islam adalah penyelesai masalah semasa, tetapi jika ia tidak mampu diterjemahkan dalam kehidupan ekonomi dan perbankan semasa, Islam akan dilihat tidak ‘up to date' , malah peranan ilmuan Syariah untuk menonjolkan Islam juga semakin malap dalam dunia yang berkembang pantas ini.

Hasilnya dalam tempoh tiga tahun yang saya peruntukan untuk proses ini, saya telah berjaya memperolehi pengalaman bermakna tatkala membina dan membetulkan produk-produk bank Islam, menyemak seluruh syarat dan dokumen perbankan dan kewangan Islam merangkumi sebuah bank Islam tempatan ( iaitu RHB Islamic Bank) dan juga mempelajari operasi sebuah bank Islam antarabangsa ( iaitu Qatar Islamic Bank @ Asian Finance Bank Berhad) dari mula ia ditubuhkan di Malaysia. Kata orang putih "from the scratch", kerana saya merupakan kakitangan kedua di Asian Finance Bank yang dilantik selepas CEO.

Kedua : Saya juga ingin menyumbang Ilmu Islam kepada semua tanpa ikatan ‘office hours' dan organisasi tertentu. Sebagai pensyarah UIA, saya bebas untuk memberikan manfaat ilmu kepada mana-mana organisasi kewangan Islam dalam satu masa. Waktu saya lebih fleksible untuk menyumbang dan membuat kajian mendalam.

Benar,  saya amat ingin jadikan ilmu yang dianugerahi Allah s.w.t ini untuk dimanfaatkan oleh masyarakat seramai mungkin, bukan hanya untuk dimanfaatkan oleh sesebuah organisasi sahaja.

Kerjaya sebagai Pensyarah universiti adalah tugas yang terbaik bagi melaksanakan tugasan ini.

Perancangan Tercabar

Saya telah meletakkan pelan untuk berkhidmat dalam operasi perbankan & kewangan Islam selama 3 tahun sahaja, akan tetapi saya perlu pastikan ilmu yang saya perolehi menyamai tempoh 10-15 tahun bekerja di industri ini.

Tidaklah begitu sukar untuk mencari jalan mengetahui bagaimana tahap ilmu kita dalam hal ini. Ajak sahaja seorang Senior Islamic Banker yang punyai pengalaman 15 tahun bersembang dengan anda perihal teknikal perbankan. Jika anda faham bahasa perbankan dan istilah yang digunakan serta anda boleh pula memberikan idea, soalan dan komentar yang dianggap standard oleh mereka. Saya kira ilmu anda sudah hampir dengan pengalaman 15 tahun dari satu sudut paling kurang.

Ia bukan tugas mudah dan memang meletihkan, tapi saya mesti mencapainya, saya nekad. Dalam tempoh sederhana singkat itu telah saya senaraikan ilmu operasi yang perlu saya perolehi termasuk semua ilmu pelaburan Islam, perbankan runcit, perbendaharaan (Treasury), Pasaran Modal Islam seperti Sukuk and Unit Saham Amanah, ‘Structured Products' dan lain-lain.

Tempoh perancangan ini mestilah dijaga sebaiknya walaupun terdapat agak banyak gangguan-gangguan yang mendatang. Tawaran bertugas di Qatar Islamic Bank di Doha Qatar, dan sebuah Syarikat Kewangan Islam di Dubai adalah antara tawaran yang paling menggoda. Terutamanya dari sudut ganjaran kewangan peribadi yang boleh melonjak sehingga 3 ke 4 malah 5 kali ganda dari pendapatan saya di Malaysia.

Bagi saya, sekali saya sudah membuat pelan yang teliti, tidak tepat kiranya saya mengkhianati perancangan teliti saya hanya kerana lumayannya tawaran itu.

Pelan dakwah dan penyebaran ilmu buat rakyat Malaysia menjadi keutamaan saya, Saya mungkin akan gagal memaksimumkan tenaga dan ilmu saya untuk rakyat Malaysia jika saya berkhidmat di Dubai atau Doha, Qatar.

Umat Islam di Malaysia Keutamaan Saya

Saya jadikan umat Islam di Malaysia sebagai sasaran dakwah yang paling utama bagi memenuhkan bekalan akhirat saya.

Agenda menyelamatkan mereka dari kejahilan kewangan Islam, prejudis terhadap perbankan & kewangan Islam tanpa ilmu lengkap serta memandang rendah dosa Riba perlu saya utamakan daripada mendapat pendapatan lumayan untuk diri sendiri di Dubai atau Qatar.

Terutamanya di waktu fahaman anti perbankan Islam yang sebahagiannya dibawa oleh segelintir ahli Akademik dari beberapa buah Universiti. Mereka kelihatan syok sendiri dengan teori idealis yang biasanya tidak menjejak ke bumi, tidak praktikal, serta langsung tidak meraikan kaedah 'tadarruj hakiki' yang diiktiraf Islam. 

Sebahagian yang lain pula muncul dari kalangan individu yang membenci kewangan Islam kerana pengalaman peribadi buruk di satu bank lalu di ‘generalize' kepada seluruh sistem kewangan Islam dan bank-bank Islam.

Sebahagian lain pula muncul disebabkan ketidak telitian individu terbabit dalam bidang Syariah dan operasi semasa perbankan dan kewangan tetapi agak malang berlagak lebih alim dari ulama sedunia yang telah membincangkannya di persidangan Fiqh dunia,

Sebahagian lagi datang dari kelompok ahli politik yang tidak habis-habis mencari modal untuk mempolitikkan segala ruang dari sekecil perkara sehingga ke besarnya. Perbankan dan Kewangan Islam tidak terlepas dari modalnya hanya kerana objektif politik yang ingin dicapai, habis ingin diruntuhkan semuanya. Mereka tidak sedar tindakan tidak berhati-hati bakal membawa manusia ke perbankan riba yang nyata haram. Saya tidak nafikan ada kelemahan, tetapi ia masih boleh di 'adjust' bagi memenuhi tuntutan Syariah. 

Sesuaikah untuk saya berhijrah bertugas di Timur Tengah dengan pendapatan lumayan dalam keadaan masyarakat yang sedemikian? .

Apalah gunanya pendapatan besar dan berseronok sendiri sedangkan masyarakat di negara sendiri lemas dalam dosa riba sebesar peperangan dengan Allah s.w.t. dan RasulNya.

Moga Allah menetapkan pendirian ini dalam keikhlasan yang tidak perlu dibuktikan kepada mana-mana manusia. Cukuplah Allah sw.t sebagai saksi.

Jangan Fikir Semua Orang Macam Anda ?

Saya teringat kata-kata seorang Atok yang muncul di sebuah stesyen radio berkata :

"Jika seorang penasihat Syariah itu kerja di dalam syarikat, tak  mungkin dia berani tegur boss jika salah dari sudut Syariat sekalipun, nak kena potong gaji?!, sebab tu perlu penasihat Syariah luaran"

Demikianlah antara intipati dakwaannya yang liar dan cuba di ‘generalize'kan  sesuka hati.

Malanglah kita jika sentiasa mengganggap semua orang lemah macam kita atau kuat dan bijak macam kita. Keadaan ini boleh menimbulkan perpecahan, tidak puas hati dan kemarahan.

Sebagaimana contoh di atas, jika kita tergolong dalam golongan yang boleh dibeli, jangan dengan mudah mengganggap semua orang lain juga boleh dibeli seperti kita.

Saya agak pelik dengan dakwaan liar seperti ini, ia seolah meremeh fungsi Penasihat Syariah yang bertugas di dalam sesebuah syarikat yang pada masa sama mengawal selianya urusan kepatuhan Syariahnya. Samada ia sebuah bank Islam, syarikat MLM, ataupun sebuah kilang pengeluar makanan tertentu.

Dalam masa yang sama individu bergelar 'atok' ini cuba memuji penasihat Syariah luaran.

Padahal jika itu sifirnya, sudah tentu semua Penasihat Syariah luaran juga boleh dibeli, kerana mereka juga dibayar elaun oleh bank, syarikat dan kilang yang sama juga. Kemungkinan juga, jika mereka tidak meluluskan satu-satu produk, mereka juga boleh ditamatkan tempoh ‘appointment' mereka.

Justeru, dakwaan ini hanyalah bersifat menghancur tanpa asas, padahal ramai rakan-rakan saya di bank Islam yang berdebat dengan CEO mereka kerana isu Syariah, saya juga banyak pengalaman dalam hal ini, sehingga adakala saya bawa isu Syariah ke peringkat yang lebih tinggi dari CEO bagi memastikan kepatuhan Syariah dijaga. Malah apabila dibuat demikian, CEO makin hormat dan sayang ke kita kerana ketegasan dan amanah dalam menjalankan semakan Syariah. Tidak seperti yang dijangkakan oleh Atok tadi.

Malah ada penasihat Syariah yang saya kenali pernah menarik diri dan meletakkan jawatan kerana tidak setuju dengan sesuatu struktur kewangan yang ingin dilaksanakan. Walaupun projek itu memperuntukan penghargaan wang sebanyak RM 50,000 jika ia berjaya dilulus dan dilaksanakan.

Justeru, jangan mudah menyangka buruk secara umum kepada ahli agama sebagai menjual agama mereka kerana duit. Tidak saya nafikan jumlah ahli agama yang menjual agama mereka kian bertambah dari hari ke hari tetapi untuk dipukul rata kesemuanya bersifat demikian adalah tidak harus sama sekali.

Fatwa Rakan

Rakan saya berkata : "Wah, ustaz dah keluar dari bank, lepas ini susahlah orang yang benci kat ustaz nak guna hujjah.."ustaz bank tu mestilah pertahan bank Islam. Bank suap dia.", kerana ustaz bukan lagi disuap oleh bank...."

Saya hanya mampu tersenyum, tapi yang pasti saya akan pertahan perbankan Islam dalam perkara yang benar sahaja.

Sekian coretan ringkas di kesempatan waktu di 7 hari terakhir Ramadhan mulia ini.

Moga Allah mengampunkan saya dan anda semua dari sebarang perasan sangka buruk, tuduhan liar dan fitnah tanpa hak di bulan berkat ini.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

23 Ramadhan 1428 H

5 Oktober 2007



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

+1 #183 etsuhaila 2012-03-28 16:22
asalamualaikum ustaz saya ada soalan ......
apakah hukum menurut islam apabila malaysia menjual air kepada singapora dengan harga yang rendah dan singapura menjual balik dengan harga yang tinggi ?? :o
Quote
+2 #182 hukum public mutualzalpt2 2011-01-02 08:32
:-) askm utz, apakah hukumnya mengeluarkan duit simpanan kwsp, bg tujuan membuat pelaburan dalam public mutual, diharap utz dapat memberi penjelasan . tk
Quote
0 #181 kakitangan sebuah bank di klzariah 2011-01-01 12:43
assalamualaikum ,

Adakah sekarang ustaz menjadi ahli shariah di salah sebuah islamic bank ?
Quote
0 #180 duit kereta sewa tanpa permitPengusaha kereta sew 2010-11-26 21:54
salam ustaz,
Apa hukum memakan wang hasil kereta sewa tanpa permit di langkawi?

Ustaz, untuk pengetahuan ustaz baru2 ini seorang pegawai atasan kerajaan menghukum wang hasul perniagaan kereta sewa tanpa permit adalam haram. kami kurang bersetuju..minta usta beri penerangan terperinci kerana kami tidak mampu mengambil permit kerana kos terlalu tinggi dan terdiri daripada orang2 miskin?
Untuk pengetahuan ustaz, kereta sewa permit mesti kereta baru,insuran mencecah 3-10 ribu (ikut nilai kereta), perlu daftar syarikat sdn bhd, perlu ada bangunan, test dan pembaharuan permit
6 dan 1 tahun sekali, permit pula susah dapat akibat karenah birokrasi ..urus dgn LPKP,kementeria n pelancongan,JPJ ...sekian minta penjelasan ustaz secepat mungkin..supaya kami tidak berterusan memakan duit haram seperti yng dikatakan oleh pegawai kerajaan tersebut..tq
Quote
0 #179 Jemput Berceramahakif 2010-11-24 23:24
Salam..ustaz berada di mana skg?saya berhajat untuk menjemput ustaz mmberikan talk di kuliyyah of ENMS UIA.sudah lama tdak mendengar khabar ustaz di UIA..harap ustaz respon :roll:

UZAR : study leave hingga 2011
Quote
0 #178 =)tuah 2010-11-20 20:43
suka baca jawapan ustaz untuk penginterview... ;-)
Quote
0 #177 Apresias... Akedemic ... andaMr.Thaveesak Mahamad 2010-09-12 06:25
Aku punya kesempatan untuk melihat apa manfaat yang berkaitan dengan pengetahuan umum di dalam net di punyai oleh ustaz
Sekarang Saya beradao di Thailand dan tertarik pada kandungan dan konsep
Para akademik Malaysia.
Karena hari ini dunia sangat dijelaskan menukar akademik.Agama lah sangat penting bagi kejayaan kita dilam dunia sekarang dan hari akhirat..
Quote
-2 #176 kelayakan menjadi pensyarahIluna 2010-05-21 04:47
hai, salam..
sy nak bertanya, kalu nak jadi pensyarah, kita kena amik sarjana berdasarkan kepada research ke? atau coursework pun bole?..harap dijawap ..
Quote
-1 #175 interview UIAazuni 2010-01-24 07:10
Ustaz, kalau interview kat UIA memang dia buat 3 peringkat ke? Saya baru bercadang nak mohon pensyarah UIA. memang prosedur kat UIA macam tu ye?

UZAR : ye, memang tiga kali. proses normal tu
Quote
0 #174 CELPAD_Enmsdhiya 2009-08-18 20:50
saya bakal menjejakkan kaki ke Kulliyyah ekonomi thn dpan..hrap dapat bertalaqqi dgn ust...insya allah

UAR : INSHALLAH, CUMA SAYA DIJANGKA BALIK MALAYSIA 2011
Quote
+1 #173 Amin...mus 2008-11-30 00:58
Alhamdulillah saya terharu mendengar semangat ustaz dlm satu aspek yg memainkan peranan yg besar dlm negara... DUIT... semoga ustaz sekeluarga dilindungi Allah dan sentiasa dikurniakan kesihatan supaya dapat melaksanakan tanggungjawab ini... AMIN.
Quote
0 #172 yusuf 2008-10-14 07:12
slm..satu keputusan yg bijak krn mengutamakan kepentingan ummah drp kepentingan diri-sendiri..syabas!.sy ada satu soalan,ust. sbg.pensyarah apa pendapat ust. sekiranya komen2 dr ust nanti akan bertentangan dgn "peraturan" universiti atau tidak selari dgn pandangan pihak pentadbir universiti?kerana keputusan di tgn mereka.

UZAR : Pandai-pandai buat statement, selebihnya tawakkal alallah
Quote
0 #171 Amin007 2008-06-18 17:07
tak sangka UZAR ada plan bekerja di dalam sektor perbankan semata-mata nak aplikasi hukum yang ada dalam kitab-kitab.

lepas tu jadi pensyarah di universiti atas maksud nak sebarkan pengalaman bekerja di bank kepada anak-anak serta sebarkan ilmu yang ada.

selalunya pensyarah akan terbitkan buku, setakat ni 2 buku aje, bila nak terbitkan buku lagi???. rasanya UZAR boleh pecahkan topik dalam buku 'Wang, Anda & Islam' jadi satu buku bacaan ringan. jual laa dalam RM 10 ker. syor aje. takde pun cerita pengalaman bekerja di bank ker

sekian wasalam

Amin007.org
Quote
0 #170 lld_uum 2008-03-03 22:06
salam...
tahniah ustz...
smoga lbh maju dan apa yang diusahakan mdapat keredhaan ALLAH....
Quote
0 #169 cool 2008-02-10 04:13
assalamualaikum ..

Alhamdulillah n Tahniah!!!..Bagus 'isi kandungan blog ustaz nie'...Orang kata macam 'ASTRO' tapi rasenyer bukan3..malah lebih3 bagus daripada itu..keep it UP!!!
Quote
0 #168 betik 2008-01-27 20:41
salam UZAR,

:D betik doakan agar ustaz dapat mencetak insan2 yang semacam ustaz juga...amin
Quote
0 #167 maslina mohamed 2008-01-06 00:13
:D
assalamualaikum
saya tertarik dgn website ni, mmg menarik perhatian.

memandangkan UZAR mempunyai pengalaman dan ilmu yang luas berkaitan perbankan islam, dihrpkan UZAR dapat la membantu saya jika ada kemuskilan mengenainya kerana sy mengajar di salah sebuah kolej di Pahang.

terima kasih
Quote
+1 #166 pelajar ikip/jordan 2007-11-30 20:45
aslkum..sy student yarmouk,sy tertarik dgn pendpt ustaz yang nak sebarkan ilmu di negara sendiri.walaupun twaran di qatar tu memg x dinafikan semua org memg mengimpikannya.sya pun berniat kalau ada rezeki sya nk kerja di sana tp pendpt ustaz buatkn sy terfikir ape salahnya berkhidmat utk bangsa sendiri yang ketandusan ilmu..sya hrap usaha kita semua akan diredhai ALLAH SWT..
Quote
+1 #165 cadangan dari MEKAH 2007-11-29 16:21
>>bersesuaian dengan ustaz yang sudah berjaya menjadi pensyarah di sana.

saya ada cadangan perubahan sistem perbankan islam memilih kelompok kecil pelajar UIAM terutama dari kuliah ilmu wahyu atau ekonomi atau juga pelajar program double degree ekonomi ilmu wahyu, untuk di beri fokus pembinaan kefahaman mereka untuk menjadi perubah kepada perbankan islam. we need to islamize the islamizer first.antara penekanan yang seharusnya di tekankan ialah dari sudut menyedarkan mereka untuk melakukan perubahan. pemantapan ilmu kemahiran bahasa arab-inggeris, istilah fiqh dan usulnya serta keperluan lain

-muhammad toriq, X-student kuliah ekonomi uia. kini mengikuti kursus imam dan pendakwah di rabitah alam islami, arab saudi

KOMEN UZAR : CDGN YANG BAIK, BOLEH DIFIKIRKAN
Quote
0 #164 Mohd Johaary Abdul Hamid 2007-11-29 03:14
Salam UZAR,

1st of all, congrate coz dh jd lecturer kt UIAM. By d way, thxs coz sudi datang MARDI tempohari (Okt'07).

Insya Allah, akan datang kami akan jemput lagi maybe utk buat seminar kewangan Islam di MARDI pulak.

Ustz, maybe pd masa akan dtg kita boleh buat smart partnership coz sy di Pusat Penyelidikan Ekonomi & Pengurusan Teknologi, MARDI. Kita sharing knowledge about Islamic Economic & Agriculture. Insya Allah.

ex-UM

KOMEN UZAR : INSHAALLAH
Quote
+1 #163 kamaruzahan mohd salleh 2007-11-25 23:15
Allahu Akbar !!!!!!!!!!!!!

Saya sentiasa belajar dari uzar.

abun
um '96 - '99
First Batch Dakwah.

:-)
Quote
+1 #162 Md Jafni 2007-11-22 03:11
SALAM PERJUANGAN!

Alhamdulillah, zaharuddin.net berguna utk anak murid di MRSM ni. Mudah-mudahan Allah limpahkan kurniaNya agar rahmat, barakah serta maghfirahNya dirimu sekeluarga hendaknya.

KOMEN UZAR : TERIMA KASIH AKHI USTAZ JAFNI..

Drpd:
Rakan lama yang sentiasa mendoakanmu. 8)
Quote
+1 #161 fazi2301 2007-11-22 01:46
Salam Ustaz,

Semenjak saya mula melayari web Ustaz, semakin berkobar-kobar rasanya utk saya mendalami dan mengamalkan ilmu Allah ini. Terima kasih Ustaz kepada segala ilmu yang di kongsikan.
Semoga Allah sentiasa membukakan pintu hati saya untuk menuju jalan kebenaran dan semoga Ustaz sentiasa di kurniakan kesihatan utk meneruskan perjuangan Ustaz.

Tahniah kepada Ustaz. :-)
Quote
+1 #160 suria 2007-11-21 16:45
Tahniah...
Tapi saya jealous,alangka h bagusnya ustaz menjadi pensyarah saya di universiti darul iman.mohonlah menjadi pensyarah saya dlm bdg kwngan Islam.
Quote
+1 #159 lin 2007-11-20 16:55
Assalamualaikum ustaz...
dalam bulan 9 lepas..saya ada call RHB utk bercakap dgn ustaz...rupany a ustaz dah berpindah ke bank lain....saya ke sebuah kedai buku..belek majalah ape ye tak ingat, saya dapat tahu ustaz rupanye di bank Qatar ..

Minggu lepas taksilap saya, saya tgk RTM 1 ustaz jadi jemputan untuk rancangan selamat pagi malaysia dan dari situ saya tahu ustaz dah jadi pensyarah di UIAM.... ustaz, teruslah berjuang.....supaya orang yg lemah macam saya selalu diperingatkan.....

Ustaz, saya ada ambil islamic home financing drpd hong leong bank...ape pendapat ustaz...sebelum tu puas saya cari bank mana paling elok dalam menawarkan fasiliti tersebut tapi setelah ditimbangtara saya pilih hong leong bank...sebab ada kemudahan "prepayment" yg memang menjadi ciri utama yg kami nak...apa pendapat ustaz tentang "prepayment" ini...kerana setahu saya RHB tiada kemudahan ini..saya ada called ustazah di RHB dan diberitahu bahawa panel syariah RHB masih dalam peringkat perbincangan...saya keliru sebab ada bank yg boleh buat dan ada yg tidak...seperkara lagi betulke kalau islamic financing takde konsep "floating" yg merujuk kpd BLR....tapi saya ada jugak jumpa istilah IFR...kawan kawan saya kaa kalau dah floating tu bukan islamic namenye...
Mohon penjelasan ustaz....terima kasih...
wassalam
Quote
-3 #158 pandangan 2007-11-15 03:45
Sistem SMS Tanya Hukum & Pandangan
Ust Zaharuddin Abd Rahman
Taip :
UZAR
dan hantarkan ke 33221
Caj : 15 sen (caj biasa oleh syrkt tel)
50 sen bagi setiap balasan jawaban
oleh Telco & Penyelia Sistem

ASM, Ustaz...

Saya kurang pasti dengan charge yang dikenakan utk menyebarkan ayat Allah...agak contradicting dgn ceritra ustaz di atas....

KOMEN UZAR : TERPULANG PADA ANDA UNTUK MENILAI. CUKUPLAH AHLLAH SEBAGAI SAKSI. ANDA NAK BENCI KE, NAK TUTUP KE, NAK TAK RESPECT KE. ANDA BEBAS..SAYA HANYA MENGHARAP REDHA ALLAH.

SISTEM SMS TU PUNYA SAMBUTAN, UNTUK BAYAR BAYARAN BULANAN SERVER WEBINI PUN TAK CUKUP, BAYARAN BULANAN SERVER INI SAYA KELUARKAN RM 200 SEBULAN.

SMS TU HANYA MENGHASILKAN ( SELEPAS DITOLAK OLEH CELCOM, DIGI & MAXIS SERTA OPERATOR SISTEM) BEBERAPA PULUH RINGGIT DAN SEKALI SEKALA SAMPAI SERATUS LEBIH SEBULAN YANG SAMPAI KEPADA SAYA.

UNTUK MENGHIDUPKAN WEB INI. WEB INI BERKOS RIBUAN RINGGIT. 90 % DUIT SAYA SENDIRI, ILMU DI DALAMNYA JUGA 100 % SAYA YANG USAHAKANNYA.

CUKUPLAH DENGAN PERANGAI ORANG MELAYU YANG ASYIK PENYAKIT HASAD DENGKI. PERGILAH KE KANCAH LAIN JIKA NAK PHD BUKAN DI WEB INI.
Quote
0 #157 kHAIRUL ANWAR 2007-11-14 15:56
Salaam Z, Kudos. You made a right choice.
Quote
0 #156 Wan Nazri Othman 2007-11-10 01:08
Assalamualaikum ustaz...

Alhamdulillah dan tahniah saya ucapkan kpd ustaz...Semoga ustaz dapat menyumbangkan sebanyak mungkin lautan ilmu ustaz kepada mahasiswa dan mahasiswi di Taman Ilmu & Budi UIAM...
Semoga Allah meredhai dan memberkati setioap hasil usaha murni ustaz sebagai seorang yg mempunyai prinsip dan keazaman yg kuat untuk menabur budi dan jasa kpd umat Islam..."Be a man of principle"...
Jazakallahu khairan kathira
Quote
0 #155 ummuaeyman 2007-11-09 01:39
Tahniah dan penghargaan juga buat zaujah tercinta kerana di sebalik kejayaan seorg suami itu ada isteri yg sentiasa meniupkan semangat perjuangan...Ya Allah, bantulah kami utk mempunyai semangat seperti UZAR.

KOMEN UZAR : BENAR, SUDAH TENTU PENGORBANANNYA DAN SUMBANGANNYA AMAT DIHARGAI DAN MEMBANTU SAYA.
Quote
0 #154 qudsee 2007-11-08 02:06
:-) :-) :-) :-) :-)
ahlan wa sahlan ila hadeeqatul 'ilmi wal fadheelah!
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 98 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Peribadi, Tazkirah & Fikir Saya Bertugas Di Tempat Baru : UIAM