Peribadi, Tazkirah & Fikir Makanan Halal : Memang Nasib atau Apa ?

Makanan Halal : Memang Nasib atau Apa ?

  • PDF
(23 votes, average 4.61 out of 5)

Makanan Halal : Memang Nasib atau Apa ?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Mee Kari Dengan Mee Berasid BorikSaya amat berminat untuk menyahut cabaran sebegini, malah saya juga amat berminat untuk berbincang dengan pengusaha Bumiputra seperti ‘Metamorf', Noraini's dan banyak lagi bagi mencipta dan membina sebuah syarikat yang sepertinya.

Saya juga suka membaca kisah pengusaha makanan halal seperti ‘mee kuning jenama ‘IBU' keluaran Nada Food Sdn Bhd yang sanggup berhempas pulas untuk tidak meletakkan ‘asid borik' dalam produk mee kuning serta prorduk-produk lain mereka walaupun ia membawa suatu cabaran dan kesukaran untuk menjualnya akibat kurang tahan lama. Mereka berpegang dengan prinsip. Tahniah dan saya turut gembira. Baca di sini. 

Apakah asid Borik ?

Asid borik adalah satu bahan kimia yang sepatutnya untuk pengunaan luaran sahaja.

Cth.: kosmetik sebagai bahan anti-jerawat. Tujuan asid borik supaya mee kelihtan berkilat, tahan lama & bewarna kuning.

Smptom pengunaan asid borik adalah loya, muntah, cirit birit, kidney failure, sistem peredaran darah lumpuh.

Uji cara kampung: Biasanya boleh diuji menggunakan air kunyit. jika mee kuning jadi merah ertiny tinggi kandungan asid borik tetapi cara ini juga adalah kurang tepat.

Punca haram: Asid borik diharamkan kerana ia boleh menyebabkan penyakit kanser & menjadi antara punca lelaki mandul.

Akta: Dilarang di bawah Akta Makanan 1983 & Peraturan-peraturan Makanan 1985. Ia kekal dalam kumpulan racun kategori C & D.

Tujuan asid borik: Memelihara kesegaran bahan makanan & melindungi dari basi @ sudah lama, mee.

Produk yang biasa mengandungi asid borik: bebola ikan, kek ikan, keuetiaw, bak chang, & bberapa jenis kuih nyonya.

Baca lagi

Toxicology

While strictly speaking, Boric Acid is poisonous if taken internally or inhaled, it is generally not considered to be much more toxic than table salt (based on its mammal LD50 rating of 2660mg/kg body mass).[1]. The Thirteenth Edition of the Merck Index indicates that the LD50 of boric acid is 5.14 g/kg for oral dosages given to rats, and that 5 to 20 g/kg has produced death in adult humans. The LD50 of sodium chloride is reported to be 3.75 g/kg in rats according to the Merk Index. According to the Dutch Health Council(1998/19) Boric Acid should be regarded as if it impairs fertility in humans (R60).

However, it is toxic to unborn infants, and on the testicles of boys. Also, it has been associated with low birth weight, eye malformations and problems with the nervous system

Keadaan Semasa 

Malangnya, buat masa ini perancangan ini tidak muat memasuki pelan kerja saya disebabkan komitmen yang pelbagai dan perancangan khusus peribadi yang belum mencapai targetnya, walau bagaimanapun ia sentiasa ada dalam pelan minda saya. Cuma belum diketemui masa yang sesuai untuk memulakan langkah.

Terus terang, saya punyai azam bukan sekadar menghadkan sumbangan kepada umat Islam dalam bab ilmu Islam sahaja, malah juga mewujudkan peluang kerja bagi umat Islam dan bahan makanan halal.

Bagaimana dengan anda? Apa pandangan anda dengan dua beirta di bawah. Saya secara peribadi amat tidak selesa, dan minda saya agak aktif juga memikirkan penyelesaian.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

27 Oktober 2007

15 Syawwal 1428 H

Bukan bumiputera monopoli industri halal

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Sejumlah 80 peratus pengusaha industri halal di negara ini dimonopoli oleh bukan bumiputera berikutan potensi besar dalam bidang tersebut.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Halal Industri Development Corporations Sdn. Bhd. (HDC), Datuk Jamil Bidin berkata, penyertaan kaum bumiputera dalam bidang itu ketika ini masih rendah iaitu sekitar 20 peratus.

"Hasrat HDC adalah untuk menggalakkan penyertaan bumiputera dalam bidang ini supaya seimbang dengan bukan bumiputera.

"Industri halal amat luas, bukan tertumpu pada produk makanan sahaja, malah ia merangkumi perdagangan, produk pengguna, kosmetik, bahan kecantikan, kesihatan, produk herba dan farmaseutikal," katanya ketika ditemui selepas melancarkan program ‘Juara Halal' di sini hari ini.

Menurut beliau, sejumlah 90 peratus pengusaha yang terlibat dalam industri ini terdiri daripada industri kecil dan sederhana.

Masalah itu telah menyekat peluasan pasaran, khususnya di luar negara yang pada umumnya memiliki peraturan ketat berhubung kelulusan kemasukan produk-produk terutama produk makanan dan farmaseutikal.

" Sijil ‘Halal' kita amat diyakini oleh masyarakat global terutamanya di Asia Barat berbanding sijil halal negara lain seperti Thailand.

" Namun begitu, produk halal Malaysia kurang ditemui di luar negara," kata beliau.

Jelasnya, perkara itu berlaku kerana pengusaha-pengusaha tempatan terdiri daripada IKS dan kurang mendapat pendedahan daripada segi pengembangan kewangan serta pemasaran.

BACA BERITA PENUH DI SINI


Status halal 14 pusat sembelih tak dijamin

KUALA LUMPUR: Empat belas pusat penyembelihan di sembilan negeri serta lebih 100 syarikat pengeluar produk makanan dan keperluan harian termasuk beberapa jenama terkenal, dikesan belum membaharui sijil pengesahan halal. Berikutan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak dapat menjamin status perkhidmatan dan produk berkenaan sama ada halal kerana ia meragukan.

Pusat penyembelihan itu terletak di ibu kota dan Labuan, Perak, Selangor, Melaka, Kedah, Johor, Negeri Sembilan serta Pulau Pinang. Antara produk makanan dan barangan keperluan harian itu pula ialah minuman segera, makanan dalam tin, majerin, bebola ikan, nugget dan burger.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz, berkata pusat penyembelihan dan syarikat terbabit akan dikenakan tindakan jika masih menggunakan logo halal setelah sijil pengesahan halal berkenaan tamat tempoh.

"Menjadi tanggungjawab syarikat terbabit memperbaharui sijil pengesahan halal, empat bulan sebelum tempohnya tamat. Kebanyakan sijil pengesahan halal syarikat terbabit didapati sudah luput, Ogos lalu.

"Kealpaan mereka menyebabkan Jakim kini tidak dapat menjamin status perkhidmatan serta produk mereka sama ada halal atau tidak serta boleh meragukan pengguna," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Beliau berkata, perkara itu berlaku disebabkan kecuaian pengusaha pusat penyembelihan dan pemilik syarikat terbabit yang memandang remeh serta tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.

Wan Mohamad berkata, sijil pengesahan halal yang dikeluarkan Jakim tidak boleh dipandang ringan kerana pihaknya bertanggungjawab memastikan pelbagai produk yang menggunakan logo halal tidak dicemari unsur haram.

"Jakim tidak akan berkompromi dalam soal halal haram kerana ia boleh menjejaskan kesucian umat Islam serta memperjudikan kepercayaan mereka terhadap kerajaan.

"Kedegilan pengusaha hanya merugikan mereka kerana pengguna kini semakin bijak dan mempunyai kesedaran kepenggunaan yang tinggi. Pengguna kini semakin teliti berhubung status makanan dan produk yang ingin dibeli," katanya.

Mengenai proses memperbaharui sijil halal, beliau berkata, ia mengambil masa sekurang-kurangnya dua bulan kerana terpaksa melalui proses pemeriksaan ketat terhadap premis dan bahan mentah yang digunakan.

"Bagi produk makanan pula, kita menitikberatkan bahan yang digunakan kerana kami pernah mendapati unsur tidak halal dicampur dalam produk makanan," katanya.

Maklumat mengenai pengeluar serta produk makanan dan keperluan harian yang sudah tamat tempoh sijil halalnya boleh dirujuk menerusi laman web Jakim di www.islam.gov.my/portal/.

INFO: Syarat rumah sembelih

  • Setiap penyembelih hendaklah warga negara Malaysia dan mempunyai Sijil Penyembelih
  • Jumlah penyembelih hendaklah mencukupi mengikut kadar sembelihan
  • Mempunyai Sijil Pemeriksaan Veterinar daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan
  • Rumah sembelih hendaklah berasingan dari rumah kediaman
  • Rumah sembelih hendaklah berpagar dan memastikan tiada binatang lain berkeliaran
  • Binatang yang disembelih tidak boleh dilonggokkan di dalam satu tempat



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 12 guests

Komen Terbaru

You are here: Peribadi, Tazkirah & Fikir Makanan Halal : Memang Nasib atau Apa ?