Peribadi, Tazkirah & Fikir Himpunan Ulama Syariah Kewangan Islam Februari Ini

Himpunan Ulama Syariah Kewangan Islam Februari Ini

  • PDF
(11 votes, average 5.00 out of 5)

Himpunan Cendiakawan Syariah

Kewangan Islam Februari Ini 

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

persidangan kewangan Islam
 

Di musim dunia tempatan dan antarabangsa kekurangan cendiakawan Shariah di dalam bidang kewangan, Jabatan Perbankan Islam & Takaful, Bank Negara Malaysia setiap tahun mengambil inisiatif untuk memperkasa keputusan-keputusan Shariah yang telah dibuat di dalam industri kewangan dan perbankan Islam.

Hasilnya, setiap tahun mereka akan mengadakan  ‘Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara'. Jika tidak salah, muzakarah ini dianjurkan buat pertama kalinya pada tahun 2005. Kali kedua pada tahun 2006 dan bagi tahun 2007, ia telah ditangguh menjadi muzakarah pada tahun ini.

Banyak yang menarik dengan muzakarah ini, saya menghadiri muzakarah pada tahun 2006 yang diadakan di Langkawi. Selain dari mengukuhkan ukhuwah di kalangan para cendiakawan Syariah di dalam bidang yang khusus iaitu Kewangan Islam, daya kekuatannya semakin terserlah apabila ia mengabungkan hampir semua ahli Majlis Penasihat Syariah bagi Institusi Kewangan Islam di Malaysia dan juga sebahagian dari wakil Shariah dari Brunei, Indonesia dan Thailand. Beberapa buah kertas kerja biasanya akan dibentangkan dan dibincang, akhirnya keputusan dibuat bagi manfaat semua.

Tahun ini pasti akan jadi lebih menarik kerana bukan hanya wakil sesebuah majlis Syariah sahaja (sebagaimana sebelum ini) yang dijemput tetapi semua ahli Majlis Penasihat Syariah serta beberapa wakil Pegawai Syariah dalaman turut dijemput, ini bakal menjadikan perbincangan dan hasil percambahan fikiran yang lebih matang dan mantap.

Secara ringkasnya, berikut adalah objektif muzakarah ini :-

•1)    Menyediakan platform bagi para cendiakawan Syariah untuk berbincang dan bertukar fikiran mengenai perkembangan terkini kewangan Islam;

•2)    Menjadi pemangkin untuk menggalakkan aktiviti-aktiviti penyeledikan kewangan Islam oleh para cendiakawan islam yang berpotensi  dan ;

•3)    Menjadikan hasil penyelidikan dan perbincangan sebagai input dalam memperkukuhkan keputusan-keputusan Syariah.

Menurut kebiasaannya, selain dari muzakarah peringkat nusantara ini, Bank Negara juga akan mengadakan "International Shariah Scholars Dialogue" yang menggabungkan seluruh ulama kewangan Islam dan Shariah dari seluruh dunia. Pada tahun ini difahamkan muzakarah peringkat antarabangsa ini akan diadakan dalam bulan Julai 2008.

Berikut pula dua tajuk yang akan dibincangkan dalam sesi Muzakarah pada tahun ini ;-

 


Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara 2008

"Memahami Pelaksanaan Konsep Syariah

dalam Konteks Kewangan Islam Kontemporari"

27-28 Februari  2008

Aturcara Bengkel

Rabu, 27 Februari  2008

9.00 pagi -

12.30 tengahari

Sesi Bengkel

BENGKEL 1: PENGGUNAAN  WA`D DALAM KONTRAK BUYU`, IJARAH  DAN SYIRKAH

  • Perbezaan wa`d dengan akad dari segi mulzim dan bukan mulzim

                   

  • Kaedah Penggunaan  Wa`d dalam Kontrak Buyu`,` Ijarah dan Syirkah: Implikasi Hukum

  • Had dan batasan dalam penggunaan wa`d  dalam kontrak kewangan Islam semasa

Moderator  : Prof. Madya Dr. Abdul Halim Muhammad

Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara    Malaysia

Pembentang Kertas 1

Ustaz Ahmad Suhaimi Yahya

Pengarah Divisyen Syariah, Kuwait Finance House

Kumpulan Perbincangan

1- Dato' Seri Setia Awang Haji Metussin Haji Baki

Ahli Lembaga Pengarah dan Badan Penasihat Syariah   Bank Islam  Brunei Darussalam Berhad 

2-Dr. Aznan Hasan

Ahli Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia

3-Dr. Shamsiah Mohamad

Pakar Syariah Suruhanjaya Sekuriti

4- Dr. Mohammad Anwar Ibrahim

Ketua Komisi Fatwa Dewan Syariah Nasional Majlis Ulama Indonesia

5- Ustaz  Burhanuddin Bin Lukman

Penasihat Syariah Al-Rajhi Banking & Investment (M) Berhad

6- Encik Jasani Abdullah  

Ketua Jabatan Pembangunan Produk, Hong Leong   Islamic Bank

BENGKEL 2: HUKUM PENGGUNAAN DANA HASIL DARIPADA AKTIVITI PENDANAAN SECARA ISLAM

  • Pandangan Ulama Secara Umum

  • Adakah wujud perbezaan hukum  antara penerimaan dana haram dengan penggunaan dana ke arah aktiviti yang diharamkan 

  • Perbezaan sumber dana yang diperolehi dan digunakan melalui kontrak jual beli dengan ijarah atau syirkah

Moderator : Dato' Dr. Abdul Halim Ismail

Ahli Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia

                           

Pembentang Kertas 2

Ustaz  Zaharudin bin Abdul Rahman

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Kumpulan Perbincangan

1- Prof. Madya Dr. Engku Rabiah Adawiah Engku Ali

Ahli Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia

2- Dr. Muhammad Akram Laldin

Ahli Majlis Penasihat Syariah HSBC Amanah (M) Berhad

3- Dr. Muhammad Syafii Antonio

Ahli Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia

4- Prof. Dr. Zainal Azam Abdul Rahman

Pensyarah International Centre for Education in  Islamic Finance

(INCEIF)

5- Dr. Ismaae Alee                       

Ahli Majlis Penasihat Syariah Islamic Bank of Thailand

6- Dr. Md. Nurdin bin Ngadimon

Pakar Syariah Kanan Suruhanjaya Sekuriti

7- Encik Azahari Kudus

Timbalan Pengarah Perbendaharaan, Kuwait Finance House (M) Berhad

12.30 tengahari

Makan tengahari

2.00 petang

Sambungan sesi Bengkel 1 & 2

4.30 petang

Minum petang & Bersurai

 

Khamis, 28 Februari  2008

8.30 pagi 

Ketibaan para peserta & Sesi pendaftaran

9.00 pagi

Taklimat Program

9.15 pagi

Jamuan Ringan

9.45 pagi

PEMBENTANGAN BERKUMPULAN 1:

Moderator  : Prof. Madya Dr. Abdul Halim Muhammad

Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia

Ahli Kumpulan

1- Ustaz Ahmad Suhaimi Yahya

Pengarah Divisyen Syariah, Kuwait Finance House

2- Dato' Seri Setia Awang Haji Metussin Haji Baki

Ahli Lembaga Pengarah dan Badan Penasihat Syariah   Bank Islam  Brunei Darussalam Berhad 

3-Dr. Aznan Hasan

Ahli Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia

4-Dr. Shamsiah Mohamad

Pakar Syariah Suruhanjaya Sekuriti

5- Dr. Mohammad Anwar Ibrahim

Ketua Komisi Fatwa Dewan Syariah Nasional Majlis Ulama Indonesia

6- Ustaz  Burhanuddin Bin Lukman

Penasihat Syariah Al-Rajhi Banking & Investment (M) Berhad

7- Encik Jasani Abdullah  

Ketua Jabatan Pembangunan Produk, Hong Leong   Islamic Bank

12.30 petang

Makan tengahari

2.00 petang

PEMBENTANGAN KUMPULAN 2:

HUKUM PENGGUNAAN DANA HASIL DARIPADA  PENDANAAN SECARA ISLAM PADA AKTIVITI TIDAK PATUH SYARIAH

Moderator : Dato' Dr. Abdul Halim Ismail

Ahli Majlis Penasihat Syariah Bank Negara

Ahli Kumpulan

1- Ustaz  Zaharudin bin Abdul Rahman

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

2- Prof. Madya Dr. Engku Rabiah Adawiah Engku Ali

Ahli Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia

3- Dr. Muhammad Akram Laldin

Ahli Majlis Penasihat Syariah HSBC Amanah (M) Berhad

4- Dr. Muhammad Syafii Antonio

Ahli Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia

5- Prof. Dr. Zainal Azam Abdul Rahman

Pensyarah International Centre for Education in  Islamic Finance

(INCEIF)

6- Dr. Ismaae Alee                       

Ahli Majlis Penasihat Syariah Islamic Bank of Thailand

7- Dr. Md. Nurdin bin Ngadimon

Pakar Syariah Kanan Suruhanjaya Sekuriti

8- Encik Azahari Kudus

Timbalan Pengarah Perbendaharaan, Kuwait Finance House (M) Berhad

4.30 petang

Rumusan

Dr. Mohd Daud Bakar

Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia

5.00 petang

Minum petang & Bersurai

 

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 10 guests

Komen Terbaru

You are here: Peribadi, Tazkirah & Fikir Himpunan Ulama Syariah Kewangan Islam Februari Ini