Peribadi, Tazkirah & Fikir Gambar Sekitar Kursus Solat 30 Mac 2008 & Sebab Terakhir

Gambar Sekitar Kursus Solat 30 Mac 2008 & Sebab Terakhir

  • PDF
(8 votes, average 4.50 out of 5)

Kursus Solat : Mengapa Terakhir ?

(Beserta Gambar Kursus 30 Mac 08)

Segala puji bagi Allah, tamat sudah Kursus Penghayatan Solat & Muhasabah Diri terakhir kami anjurkan dan dibuka kepada awam dianjurkan untuk beberapa tahun akan datang.

 

 

Sedang autograph buku

Gambar : Sedang autograph buku (gambar ihsan Akhi Adly )

 

Terima kasih kepada semua yang membantu dan semua peserta yang sudi mendaftar. Menurut laporan yang diberi kepada saya, amat rencam ragam peserta semasa ingin mendaftar. Ada yang tidak beri nama, ada yang kata telah email tetapi tidak sampai, ada kata sudah fax namun juga tidak keluar, ada yang berbahasa agak kasar sambil menuduh penganjur kami mungkin ingin menipu kerana disuruh bayar dahulu dan pelbagai lagi. Ada yang datang mendaftar untuk kali ke tiga, kedua dan keempat.

Semasa kursus juga menyaksikan pelbagai ragam, ada yang sangat terpaku matanya mendengar setiap hujjah, ada yang asyik mengangguk, ada yang tertawa di tempat yang orang lain tidak ketawa, ada yang makan bahagian orang lain sehingga peserta yang solat dahulu tidak sempat makan, ada yang sudah mengumpul soalan panjang lebar untuk ditanyakan kepada saya, dan pelbagai lagi.

 

Selepas tamat program dan meniliti borang kaji selidik, barulah saya tahu yang makana petang tidak mencukupi dan ramai yang tidak dapat menikmatinya termasuk saya. Pihak caterer telah meminta maaf atas kelemahan pengurusan mereka. Sudah tentu kami juga memohon maaf atas kekurangan yang tidak disengajakan itu, maka pada asalnya cukup tetai mungkin kerana sedap, peserta yang makan awal, telah mengambil lebih dan ada juga yang bungkus di dalam tisu sedangkan masih ramai yang belum menikamtinya kerana menunaikan solat Asar terlebih dahulu. Hmm.. Saya sendiri tidak dapat menikmati sebarang jamuan mahupun minuman petang.

 

 

aa

 

 

Itulah rencamnya kehidupan kita manusia di atas muka bumi Allah swt. Moga dengan solat ini kita dilihat sebagai bersama oleh Allah swt sebagai penghuni syurgaNya, dilihat oleh Nabi Muhammad s.a.w sebagai satu tanda kita bersungguh untuk mencantikkan solat kita disulami dengan ilmu dalam setiap pergerakkannya sambil cuba mengisi penuh semua ruang yang boleh diisi dengan pahala dan peluang redha Allah swt.

 

 

a4


 

 

Peserta terlebih ramai, menyebabkan dewan asal yang saya anggarkan tidak lebih dari 290 peserta, namun hingga hari akhir peserta melebihi jumlah itu sehingga terpaksa dipindahkan ke dewan lebih besar yang mampu memuatkan 500 - 800 peserta. Alhamdulillah, dewan mampu memuatkan peserta dan memberikan keselesaan..

Atas permintaan beberapa pelawat setia web, berikut adalah beberapa gambar sewaktu kursus, namun kamera ini gagal menangkap gambar yang lebih terang..

 

 

5



 

6

 

Mengapa kursus ini dianggap terakhir yang dianjurkan  untuk awam?, jawabnya ..

kerana saya perlu ke luar Negara bagi menyambung pengajian saya di peringkat PhD dalam bidang Fiqh, Maqasid Shariah, Perbankan & Kewangan Islam. Sekali 3 takhassus sekaligus InsyaAllah. Doakan saya..

Inilah cara saya, selepas tamat Sarjana Muda (B.A), saya mengambil keputusan untuk tidak terus menyambung Sarjana (M.A), saya ingin bertugas dalam masyarakat terlebih dahulu agar saya dapat membuat survey, mengetahui priority ilmu yang diperlukan serta dapat memahami realiti semasa, justeru apabila menyambung peringkat MA, saya akan tahu apa jenis ilmu dan priority yang perlu saya mahiri. Selepas pulang dari Jordan, saya merancang bekerja di sektor perbankan dan korporat terlebih dahulu tetapi hanya dalam tempoh yang specifik dengan target ilmu dan pengalaman yang telah dirancang. Kini sudah sampai masanya saya menyambung PhD sijil pula. Moga diizin oleh Allah swt untuk menamatkannya dan perolehinya serta mampu membawa pulang manfaat lebih meluas dari sebelumnya.  Ameen.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

1 April 2008

 

 

 

 

  

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini
  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 2 guests

Komen Terbaru

You are here: Peribadi, Tazkirah & Fikir Gambar Sekitar Kursus Solat 30 Mac 2008 & Sebab Terakhir