Peribadi, Tazkirah & Fikir Silat, Kung Fu & Kekuatan Sebenar

Silat, Kung Fu & Kekuatan Sebenar

  • PDF
(21 votes, average 5.00 out of 5)

Silat, Kung Fu & Kekuatan Sebenar

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

Saya adalah peminat seni mempertahankan diri sejak dari dahulu lagi. Filem kung fu seperti Jackie Chan, Bruce Lee dan Jet li kerap menjadi minat saya sejak dari dahulu. Namun semenjak dua menjak ini kesibukan dan priority dakwah terlalu demanding hingga masa untuk melegakan minda dengan menonton aksi seni mempertahankan diri semakin berkurangan.

Semasa saya di Sekolah Menengah, saya sempat untuk menyertai Persatuan Silat Seni Gayong, namun belajar silat ini bolehlah dikatakan seperti belajar Bahasa Arab, iaitu masalah :-

"hangat-hangat tahi ayam ".

Terlalu ramai saya temui individu yang berkobar-kobar ingin  mempelajari bahasa arab mel;alui kursus-kursus luaran dan sampingan, berhasrat untuk boleh memhami Al-Quran adalah niatnya. Bagus memang bagus, namun kurang dari 5 % yang berjaya konsisten mempelajarinya sehingga boleh dikatakan boleh faham sedikit-sedikit ayat di dalam kitab. Untuk fahami Al-Quran mungkin masih agak jauh.

Begitulah juga seni silat ini saya kira, minat yang tidak betul-betul mendalam serta tanpa komitmen luar biasa akan menjadikan kita berhenti separuh jalan. Hasilnya saya tidak pun cekap bersilat hari ini malah lupa habis bunga-bunga dan kuncinya.

Silat

 

SUPER FLY

Apa yang menarik, walaupun hanya mempelajarinya dalam tempoh sekitar 1 tahun lebih, minat saya di waktu itu memang agak boleh tahan. Sehingga saya sempat digelar oleh Jurulatih silat Gayong di sekolah sebagai Super Fly kerana berjaya mempersembahkan aksi lompat halangan (lompatan anak kambing) dengan jauh, tinggi dan betul caranya. Lebih menarik bagi saya, sehingga jurulatih tercabar lalu mengajak saya bertarung mempersembahkan lompatan siapa yang lebih tinggi dan lebih jauh semasa sesi latihan bersama rakan-rakan lain.

Saya masih ingat ketika itu waktu hujan renyai-renyai di atas padang sekolah yang mulai becak, sudah tentu lompatan menjadi lebih kurang risiko kerana takungan air, namun risiko licin pula mendatang. Menarik juga terkenang kisah lama, namun malangnya tiada gambar yang dirakamkan untuk dikongsi. Hanya ada satu gambar ini di zaman muda, menunjukkan wajah yang kononnya 'macho'.

 

 

Zaharuddin Abd Rahman

 

Walaupun tidak sempat mempelajari banyak buah kunci dan serang silat ini, saya terpilih juga mewakili sekolah dalam silat olahraga peringkat zon jika tidak silap saya.

Alhamdulillah saya berjaya menjadi naib johan, di samping berjaya menewaskan ramai pemegang tali pinggang yang lebih advance dari saya. Rasanya faktor utama kemenangan saya adalah sepakan saya kerap gagal dihalang peserta lain, sepakan saya selalu mengenai sasarannya hingga mendapat mata demi mata. Mungkin kerana minat saya yang kerap berlatih sepakan dan tendangan agar ia pantas dan cepat, ditambah pula dengan kaki saya biasanya lebih panjang dari kebanyakan peserta lain. Satu kelebihan orang bertubuh tinggi.

JEET KUNE DO

Semasa di Universiti Malaya pula, di tengah kesibukan yang pelbagai saya masih sempat mempelajari sedikit ilmu Jeet Kune Do, iaitu satu jenis seni bela diri yang diasaskan oleh Bruce Lee. Biasanya Jeet Kune Do, setiap sepakan dan tumbukan akan ditarik kembali dengan pantas.

Ketika pertemuan pertama dengan guru Jeet Kune Do di UM, beliau cuba mendemontrasi kepantasan elakan mereka dan serangan mereka. Seorang dari guru tersebut menyuruh beberapa orang dari kalangan kami untuk cuba menyepak kakinya dan dengan pantas. Jurulatih berkata dia akan menjerat kaki kami dan mendemosntrasikan kehebatan Jeet Kune Do, demikian katanya. Sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa Islam di ketika itu, saya diminta oleh rakan-rakan untuk memulakan tendangan serta menanggung risiko pertamanya sebelum ahli exco saya

Kami bersedia, lalu saya mula menghadiahkan tendangan saya.

Oooo!!!, jurulatih lain tiba-tiba menjerit apabila saya menendang. Anda tahu kenapa?

Kerana jurulatih tadi gagal menangkap kaki saya dan juga gagal mengelak sepakan saya. Jurulatih lain bising kerana bimbang saya akan menyakiti jurulatih tadi kerana dimaklumkan selepas itu kaki jurulatih itu ada cedera lama, dia tidak pula menyangka sepakan saya akan berjaya mengenainya. Saya meminta maaf. Mereka bertanya :

" ada belajar ke sebelum ini?"

" saya ada ada belajar silat gayong dulu" jawab saya

"patut le.."kata tiga jurulatih ..

Itu kisah dulu, bukan nak menunjuk apa-apa pun. Malah sekarang bukannya saya cekap lagi pun, dah lama tinggal. Sekadar mengimbas minat saya dalam ilmu seni mempertahankan diri sahaja. Ia satu aktiviti yang sihat, kecuali jika dimasuki unsur syirik.

Biasanya semua yang apabila mempelajari ilmu silat, wushu, karate, taekwando dan lain-lain seni ilmu pertahan diri. Mereka akan kerap diuji dengan ilmu itu sendiri, iaitu ujian dengan perasaan rasa kuat, handal, hebat, ego dan teringin untuk membelasah akan muncul dalam diri. Jika tidak ditangani ia akan membawa kepada munculnya kumpulan kaki buli yang menyalahgunakan ilmu.

Saya masih ingat beberapa rakan di sekolah dan kampus yang gagal menangani gelodak ilmu mempertahan diri masing-masing sehingga menjadi terlalu ego, membuli dan sebagainya.

Ujian rasa kuat ini juga tidak ketinggalan dihadapi oleh pelajar yang menyertai pasukan RoTU (kadet tentera). Terdapat mereka yang perasan hebat kerana pernah memegang senjata, belajar lasak dan terasa diri kuat.

Ini semua cabaran yang mesti ditangani. Inilah ujian bagi mereka yang berilmu.

JET LI PAKAR WUSHU

Apa yang lebih menarik dari itu, saya pernah melayari website Jet Li. Di ruangan soal jawabnya saya berasa kagum dengan jawapannya yang bijak dan berhemah. Malah banyak juga yang menepati nilai-nilai yang diajar oleh Islam. Antara yang paling menarik adalah seperti di bawah (www.jetli.com) :-

Dear Mr. Li

I study Kung Fu and I believe not to use it outside the school. But people now are taking advantage of this knowing that I will not fight back. This has now escalated into me getting beaten up. Have you any advice on when it is ok to use martial arts and do you know any good techniques on avoiding confrontation?

Yours Sincerely
Alex Griffiths
Aberdeen, Scottland

Jet's Response

Fighting, or seeking revenge, is a self-defeating process and the escalation of retaliatory violence can have very bitter consequences.

For example, let's say that you fend off three attackers. That's fine, but when those people recover they'll come back to attack with six or eight. Even if your physical training and condition has improved, there is a point in which the outcome is worse than you had bargained for. In the end the potential for harm is unimaginable.

You have to ask yourself what is the benefit of fighting back -- what is the emotional reward? Happiness? Will you be happier if you fight them? What feelings will that situation promote? When you seek conflict, there is no end -- it continues until someone breaks the law, or even worse, death or injury. You use a fist, then maybe they get a knife. Then you get a sword, and they get a gun, and it escalates .. and the anger and potential for irreparable damage increases. Where does it end? You can't imagine at the beginning of this cycle what the end will hold.

 

(  aksi pilihan saya )

But if you don't fight back, then you are not allowing them to control your response. When you refuse to take revenge then you are in charge. They beat you up once. Then what? They beat you up a second time? Okay .. they already beat you up ... what do they want to prove? That they can win? They already proved that. Fine, they're "better" than you. Congratulations to them. What's next? After once or twice they'll lose interest in beating you up again, then it's finished

If you don't give in to the urge to fight back, you control the outcome. If you take revenge, the outcome controls you.

I'm proud of your decision not to fight back. When you learn martial arts, it's not just a physical endeavor -- it is also internal -- and your actions show an understanding of some of the highest levels of martial arts. Many masters of martial arts would have conducted themselves the same way as you. And, of course, one day those people who beat you up will have regrets that they hurt you -- they will feel guilty. So perhaps their outcome, even though they won in the short term, is not so kind in the long term.

 

( Aksi pilihan saya )

The goal with any conflict isn't to kill the other person. The goal is to win their heart. Turning one from enemy to friend is the highest level of martial arts. You win the battle without throwing a single punch.


 

Apa pandangan anda dengan jawapan artis popular kungfu Jet Li ?? BAGI SAYA CUKUP BAGUS, terutamanya bagi seorang yang amat mahir dalam bidang seni mempertahankan diri wushu sepertinya.

 

Kesimpulan saya apa yang dijawab oleh Jet Li adalah sesuai dengan apa yang dikehendaki oleh Islam, bertepatan juga dengan konsep sabar, berpandangan jauh dan menahan marah.

 

Sabda nabi s.a.w : -

 

ما خُيِّرَ رسول اللَّهِ بين أَمْرَيْنِ إلا أَخَذَ أَيْسَرَهُمَا ما لم يَكُنْ إِثْمًا فَإِنْ كان إِثْمًا كان أَبْعَدَ الناس منه وما انْتَقَمَ رسول اللَّهِ لِنَفْسِهِ إلا أَنْ تُنْتَهَكَ حُرْمَةُ اللَّهِ فَيَنْتَقِمَ لِلَّهِ بها

Ertinya : Tidaklah Nabi S.a.w dalam memilih antara dua perkara kecuali akan mengambil yang lebih mudah selagimana tidak tergolong dalam dosa, namun jika ia tergolong dalam bab dosa maka Nabi akan menjadi orang yang paling jauh darinya dan tiadalah Nabi s.a.w membalas dendam & marah atas sebab dirinya kecuali APABILA DICEMARI DAN DICABULI kehormatan Allah swt , maka baginda akan bertindak (marah) bagi pihak Allah ( Riwayat Al-Bukhari, 3/1306 )

Selain itu nabi juga bersabda : -

 

فَمَا تَعُدُّونَ الصُّرَعَةَ فِيكُمْ قَالَ قُلْنَا الَّذِي لَا يَصْرَعُهُ الرِّجَالُ قَالَ لَيْسَ بِذَلِكَ وَلَكِنَّهُ الَّذِي يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ

Ertinya : Nabi bertanya sahabat : Apakah kamu fikir berkenaan hal kekuatan dalam gusti (berlawan)? Sahabat menjawab : Lelaki yang tidak mampu ditandingi gustinya   Nabi menjawab : tidak sedemikian tetapi kekuatan yang sebenarnya adalah seseorang yang mampu mengawal dirinya ketika marah" ( Riwayat Muslim, no 4722 )

 

Jelas dari hadis ini nabi s.a.w sedang menguji kefahaman sahabat, apabila kebiasaannya seseorang akan memuji orang yang handal bergusti serta dianggap kuat dan gagah.

 

Namun pada pandangan Islam, gagah itu berbeza sudutnya dari fizikal luaran. Penguasan dalaman lebih utama dari penguasaan luaran. Hati lebih penting dari fizikal. Benar itulah dia.

 

Memang dari satu sudut kita dibenarkan untuk mempertahankan diri, tetapi bila mengenangkan susulan mudarat yang mungkin mendatang, adakalanya lebih wajar untuk senyap kecuali jika pukulan boleh meragut nyawa dan melumpuhkan anggota diri jika tidak melawan.

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

16 Mei 2008

 

 

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 16 guests

Komen Terbaru

You are here: Peribadi, Tazkirah & Fikir Silat, Kung Fu & Kekuatan Sebenar