Peribadi, Tazkirah & Fikir Saya Telah Bertolak Meninggalkan Malaysia Untuk 3 Tahun

Saya Telah Bertolak Meninggalkan Malaysia Untuk 3 Tahun

  • PDF
(23 votes, average 5.00 out of 5)

Saya Telah Bertolak Meninggalkan

Malaysia Sekitar 3-4 Tahun 

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

Setelah 3 bulan terlewat dihalang segala satu macam masalah dan cubaan, akhirnya dapat juga saya sekeluarga confirmed bertolak ke luar negara untuk menyambung pelajaran ke peringkat PhD. Segala puji bagi Allah yang mengizinkannya menjadi kenyataan.

InshaAllah jika tiada aral, saya sekeluarga hanya akan berada  di Malaysia sekitar 9 hari sahaja lagi. Pada tanggal 4 Julai 2008 jam 11 malam kami sekeluarga akan bertolak selama 13 jam 30 minit untuk ke destinasi. Kami juga akan singgah 5 jam di Amsterdam sebelum terus ke destinasi.

Masa untuk ke Library

 

SEMUA PEMBELIAN BUKU SECARA ONLINE DITUTUP

Atas sebab itu, semua pembelian buku online melalui zaharuddin.net dengan rasminya TERPAKSA DITUTUP. Namun bagi mereka yang masih berminat anda masih boleh membeli secara online melalui :-

1) Buku "Wang, Anda & Islam" di www.millionairesplanet.com

2) Formula Solat Sempurna ; hubungi Telaga biru sdn bhd di +603-6275 4070 / 6276 8057 dan  faruq@telagabiru.net.my

 

rtm

Gambar : Saya bersiaran di RTM, yang terakhir sebelum bertolak adalah pada 27 Jun 2008 (Jumaat) InshaAllah 

SAMBUNG DI MANA

Ini adalah soalan wajib yang diutarakan kepada saya setiap kali saya menyebut akan menyambung PhD.

"di Mesir ?"

"di Jordan?"

"di Syria?"

Inilah tekaan kerap yang diberikan oleh mereka yang bertanya. Sesuai dengan latar belakang saya seorang ahli agama dan ingin menyambung PhD di bidang Islam. Sudah tentulah negara Timur Tengah adalah lubuknya.

Saya sebenarnya agak malas menjawab, kerana jawapan saya agak ‘anti klimaks'.  Kerana saya tidak ke negara Arab malah saya akan mencari ilmu Islam di Negara BARAT. Secara spesifiknya di United Kingdom. Saya akan cuba mencari dan melihat sendiri nilai-nilai Islam yang diamalkan di tengah-tengah masyarakat bukan Islam di negara Barat ini. Cukuplah saya hidup di Jordan dengan mereka beragama Islam namun sikap dan sifat sebahagian mereka tidak kelihatan seperti Islam. Anti klimaks bukan?.

Saya sendiri satu ketika dahulu, memandang agak serong dan kurang enak dengan "Mengaji Islam di negara barat"

Terbayang terus menadah kitab Islam di depan seorang kafir atau Orientalis, tidak mandi wajib tetapi membaca ayat-ayat Allah dan lain-lain lagi. Selain itu, terbayang juga, ilmu Islamnya yang tidak pure, berhabuk dusta, berjarum racun  dan macam-macam lagi bayangan negatif yang menyelubungi pengajian Islam di negara Barat ini. Malah sebahagiannya memang tepat dan benar, lihat sahaja hasil-hasil keluaran darinya di negara kita Malaysia ini. Hal ini telah dihuraikan oleh Syeikh Dr Musfata As-Sibaie dalam buku beliau yang memuatkan pengalamannya mengembara dan bertemu pensyarah-pensyarah oreintalis di nebara-negara barat.

Saya juga tiada jawapan untuk mempertahankannya buat masa ini kerana saya sendiri belum sampai ke sana. Namun saya ada TARGET tersendiri, matlamat yang telah saya gariskan ini menyebabkan UK adalah pilihan saya berbanding negara-negara Timur Tengah. Maaf, belum masanya saya ingin berkongsi dengan pembaca perihal target tersendiri saya ini.

Cuma cukuplah logik ringan ini saya hidangkan. Ijazah pertama saya perolehi dari Universiti Malaya, MALAYSIA. Ijazah Kedua dari Universiti Yarmouk, JORDAN. Maka saya memilih United Kingdom kerana keperluan saya untuk mengetahui corak dan cara pembelajaran, manusia dan kehidupan dan sistemnya, gaya hidup, suasana, research metholodogy, bahasa dan banyak lagi.

Saya kira, sudah agak memadai pengalaman saya menjadi pelajar di Universiti di Malaysia, demikian juga di sebuah negara Arab seperti Jordan, Syria dan Mesir. Kini, sampai masa saya melengkapkan ilmu dan pengalaman di benua barat yang belum saya ketahui sebelum ini.

Saya perlu mendalami dan fahami kehidupan di benua-benua asas ini untuk berdakwah di peringkat nasional dan antarabangsa dengan lebih berkesan. Saya kira logik ringan tadi pun sudah cukup untuk menjustifikasikan mengapa saya memilik negara Barat. Saya harap, ilmu atas kertas (PhD) dan ilmu melalui penelitian dan pengalaman ini kelak akan dapat menghasilkan sesuatu yang amat bermanfaat untuk saya kongsikan bersama masyarakat.

 

Hiasan Library Islam

 

Adapun dari sudut keilmuan atas kertas dan kitab, saya tidak begitu banyak mengharapkannya dari pengajian PhD ini, kerana tahap keperluan seperti itu adalah lebih sesuai ketika saya menuntut di Jordan dahulu, di pergunungan ulama, kitab dan kehalusan bahasa Arab sebagai asas mendalami ilmu Islam. Matlamat saya di peringkat PhD adalah berbeza dari target ketika saya menuntut di  Jordan.

Jangan bimbang, saya tidak rela menuntut ilmu Fiqh Islam dari seorang orientalis. Profesor atau pensyarah yang akan bertanggungjawab menyelia thesis PhD saya adalah seorang ulama dari negara Iraq, beliau adalah seorang Islam, ahli sunnnah wal jamaah dan bukan Syiah.

Walalupun beliau tidaklah begitu popular, namun beliau sedang menyelia tesis PhD seorang pendakwah Islam yang cukup terkenal di dunia Arab, iaitu Syeikh Amru Khalid. Salah seorang tokoh agama Islam paling berpengaruh di dunia.  So, kira ok la ye tak.

UNIVERSITI MANA NI?

Jawapnya University of Wales, Lampeter. Universiti ini bukanlah sangat terkenal dan popular di United Kingdom seperti Oxford, Cambrigde dan lain-lain. Justeru, mengapa perlu saya memilihnya?

Banyak sebabnya, antara yang paling utama adalah kesukaran mencari pensyarah (professor) yang mampu dan sanggup menyelia tajuk yang saya pilih, tajuk yang menggabungkan bidang Fiqh, kewangan dan perbankan moden. Bidang ini sebagaimana saya katakan amat sedikit ulama yang mahir, justeru untuk mencari pensyarah yang mahir dan bersedia juga begitu sukar.

Saya masih ingat, pensyarah-pensyarah Islam di University of Birmingham membalas email saya sambil meminta maaf kerana mereka tidak mahir sama sekali dalam tajuk yang saya cadangkan, lalu mereka mencadangkan Wales atau Durham.

Selain itu, saya pun bukankan bijak sangat untuk mengambil di universiti-universiti yang terlalu sukar serta popular. Cukuplah saya memilih universiti yang sesuai dengan kemampuan dan IQ saya. Yang lebih penting adalah usaha diri sendiri berbanding universiti yang hanya merupakan faktor sampingan kepada kejayaan seorang pelajar.

Itulah kesimpulan yang boleh saya luahkan setelah melihat dan merasai pengajian di dua benua (Asia dan Timur Tengah). Walaupun Univeristi pilihan saya ini tidak begitu mashyur, namun ia cukup membuatkan seorang ulama terkemuka dan menduduki senarai ‘Top Five' dalam senarai individu berautoriti dalam bidang kewangan Islam seluruh dunia memilihnya. Beliau juga sedang menyiapkan PhD di university ini, beliau adalah Syeikh Nizam Ya'qubi .

Hmmm.. jika demikian, bagi saya ‘Not bad at all' universiti ini.

Nah, kini tinggal 9 hari lagi sebelum saya berlepas ke sana, lewat tiga bulan dari tempoh sepatutnya saya sampai. Justeru, saya sudah kehilangan 3 bulan untuk PhD saya. Doa anda amat diperlukan, dan jutaan terima kasih bagi mereka yang mendoakan saya dan menyokong web ini.

WEB INI AKAN HIDUP KE?

InshaAllah, saya kira WALES tidaklah mundur sampai tidak mempunyai jaringan internet. Kesibukan saya melakukan PhD pula?. Ini tidak dapat saya ulas lagi kerana belum menghadapinya lagi, namun saya yakin akan mampu update web ini seperti biasa.  Malah mungkin lebih aktif...mana tau.

Sekadar coretan awal.

  

 

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

25 Jun 2008

 

 

 

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #210 ustaz akan bercuti ke kampungummumukhlis 2010-12-09 16:36
salam,ustaz akan balik malaysia 24 dis-4 januari,penuh jadual ya....saya pula ke mesir 21 dec-8 jan,baru balik malaysia.ustaz,nanti buat bengkel solat nabi di kulim,dah lama saya mohon,sejak 2003 rasanya.salam takzim.

UZAR : saya perkenalkan kursus tu pertama kali pad atahun 2006. ini bermakna sejak 2003 tu, permohonan adalah ditujukan kpd ustaz lain, bukan saya. tempoh sgt pendek dan sgt penuh..tiada kemampuan menganjurnya setekat ini.
Quote
0 #209 assalamualaikum ,ustzshida 2010-10-22 09:30
ustz smbung ph.d syria?apa pendapat ustz sekiranya saya sambung belajar di syria lepas stam?tapa saya tak tahu uni ap yg d iktiraf malaysia kat sana tu...
Quote
0 #208 salam to ustazmushroom 2009-04-16 20:20
assalamualaikum ...
first time kenal ustaz sebelum nie just bukak x baca pun, then tjumpa blog ummu husna, tertanya2 who is she,di sebalik peribadinya wondering who is her great husband and who are their daughter hasil didikan daripada kedua ibu-bapa yang hebat....teruskan usaha semoga ustaz sekeluarga dilindungi ALLAH...bangga because i have ur family in Islam... :-)
Quote
0 #207 Assalamualaikum TERTIBON 2009-03-12 20:54
semoga anda sekeluarga mendapat perlindungan Allah selalu.....amin

UZAR : terima kasih
Quote
0 #206 ilmu menggunungnora5421 2009-02-07 08:00
salam..ustaz
hope u and ur family in the pink of health
we pray for your safety, success
my fren (pharmacist) also in Lampeter, following her husband to further his study
she noticed about u there

UZAR : Terima kasih..ya, isteri u dahlan, munirah kan
Quote
0 #205 destinasi ilmuummi rohani 2008-11-26 02:57
Assalammualaiku m w.b.t
Tahniah atas semangat ustaz melanjutkan pelajaran biarpun jauh di rantau orang. Semoga Allah s.w.t memberkati dan memelihara ustaz sekeluarga dalam perjalanan menambah khazanah ilmu di bumi asing, Amin. :-)
Quote
0 #204 Suhaida 2008-09-30 20:49
Salam,

Selamat Hari Raya. Harap Ustaz sekeluarga sihat walafiat. Untuk makluman ustaz, saya pernah bekerja di Hisham Sobri & Kadir, Muamalat Department (satu floor dengan Marlina). Saya sempat jumpa Ustaz masa Ustaz di RHB Islamic. Saya di London dari tahun lepas, baru habis LLM di King's College. Saya berhajat untuk teruskan dengan PHD dalam Islamic Banking/Finance di Markfield. Sekiranya dapat, saya ingat nak mintak pandangan Ustaz tentang topic PHD saya. Is it possible if we could communicate via personal emails? I appreciate if you could reply to my mail at izadanwar@yahoo .com.

JazakaAllah.

UZAR : Ye boleh email saya di zaharuddin@yaho o.com
Quote
0 #203 Hadi 2008-08-26 02:18
Semoga kami akan mendapat tempias dr ilmu yg anta pelajari, semua nya ana yakin demi Islam..X-RUMAH UNIT AMAL, KJ..
Quote
0 #202 J.Ahmad 2008-08-17 13:44
Salam UZAR...
Saya tak pernah respon pe pun tentang wbste UZAR. Tetapi Saya pembaca setia artikel UZAR.. Rasa Terharu gak, coz UZAR akan pergi jauh...:cry:
Semoga UZAR berjaya dalam mengejar target yang diimpikan... Teruskan perjuangan....
Semoga Allah memberkati segala usaha UZAR..... :-)
Quote
0 #201 ummi ziyad 2008-08-16 01:26
Semoga Allah memberkati usaha Ustaz dalam menyuburkan lagi ekonomi Islam.
Quote
0 #200 din 2008-08-16 01:15
tahniah!!!
Quote
0 #199 Maslina 2008-08-12 23:23
SALAM..

Saya gembira ust dapat melanjutkan pelajaran tapi dalam masa yang sama saya sedih kerana saya berhajat untuk membawa ibu dan bapa mertua saya ke kursus penghayatan solat sebelum mereka berangkat ke mekah.mungkin bukan rezeki ibu dan ayah saya... :sigh:


UZAR : INSHALLAH AKAN DATANG JIKA ADA REZEKI
Quote
+1 #198 iiustudent 2008-08-12 23:21
salam.. ustaz nak sambung ye? tahniah..patutla saye nak add subject ustaz, cari2 name ustaz xde..

uzar : bukan 'nak'tetapi sedang sambung :-)
Quote
0 #197 rosman marzuki 2008-08-10 07:17
:D
salam hormat buat saudara sekeluarga.tahniah atas pemberian allah utk saudara teruskan pengajian dalam mendalami ilmu yg berseuaian dengan syarak dan permodenan.moga ilmu ini terus hidup dan dipermudahkanNY A untuk disampaikan kepada masyarakat islam dan antarabangsa kerana islam itu bersifat sejagat dan bersesuaian untuk semua manusia

uzar : terima kasih dan doakan saya agar istiqamah
Quote
0 #196 Fairul 2008-08-10 07:09
Salam uzar..saya baru buka web uzar ni..murah rezeki uzar..saya doakan semoga uzar berjaya dan uzar sentiasa kongsi ilmu dan pengalaman dari sana bersama kami disini..uzar sayapun ada link laman uzar kat blog saya..minta halal uzar ya..
Quote
0 #195 am0i ida 2008-08-08 06:35
Maaf kerana lama tak jenguk ke blog Uzar disebabkan saya sendiri sudah lama tak online kerana tidak sihat beberapa bulan lepas...maklumlah dapat rezeki yang ke-3...memang rindu nak dapatkan ilmu dan info di sini tapi tak larat nak online lepas tu modem di rumah pula rosak...sampaikan salam ukhuwwah fillah saya buat wife Uzar dan minta didoakan ketabahan saya sebagai seorang ibu...tersentuh dan tersedar betapa besar sangat pengorbanan ibu saya apabila saya sendiri menjadi ibu yang baru saja sedikit bilangan anak tapi terasa kepayahannya...
Quote
0 #194 nor 2008-08-08 04:36
:-) saya br 1st time lawat laman ni...moga bertambah ilmu didada saya...insyaallah

uzar : moga bermanfaat
Quote
0 #193 che azam 2008-08-06 08:25
Siru ala barakatillah!Mo ga semua selamat...
Quote
0 #192 norhayati 2008-08-06 06:59
tahniah, semoga dapat sama2 berkongsi ilmu bila pulang nanti.
Quote
0 #191 siti masaliny 2008-08-03 06:17
Assalamualaikum , tahniah atas penerusan pengajian. semoga berjaya. Kirim salam buat kak ina.
Quote
0 #190 am0i Ida 2008-07-29 07:59
Salam Uzar...
Diharap masih belum terlewat untuk saya ucapkan selamat menimba ilmu buat Uzar di sana. Semoga Uzar sekeluarga baik-baik belaka dan tabah di negara orang...

UZAR : ALHAMDULILLAH, LAMA TIDAK KELIHATAN DI WEB ?
Quote
0 #189 mahasiwa 2008-07-29 04:06
ustaz, ada peluang saya nak sambung master di sana? nak info :-)

UZAR : MUDAH SAJA, BUKA WEB UNIVERISTY INI DI www.lamp.ac.uk
Quote
0 #188 azhar 2008-07-28 05:26
tahniah ustaz..
moga diberkati dan dirahmati sekeluarga di sana, walaupun jauh dekat di hati , harap ada maklumat dari UK, salam untuk semua..

ana ada link dgn web ustaz..moga dihalalkan ..tak pernah minta izin pun sebelumni..cuma bila ustaz nak pi..UK jadi sebak..tak tau sebab apa..kenal idak tapi..sebak tu ada..orang berilmu dah pergi jauh dari bumi Malaysia...
wasallam..

UZAR : HALAL INSHAALLAH...DOAKAN ANA BERJAYA MENJADI ORANG BERILMU...DAN BERAMAL
Quote
0 #187 Ismail Chik 2008-07-23 06:21
Salam,
Saya mendoakan agar Uzar berjaya dalam meneruskan pengajian dlm PhD,mengamal dan menyumbangkan pada masyarakat kelak. :-)
Quote
0 #186 CikNorWangsa 2008-07-23 06:18
Assalamualaikum w.b.t;

Ustaz - ana pernah menuntut ilmu dgn Ustaz - belajar cara solat.

Doa ana semoga Ustaz sekeluarga sentiasa dimudahkan segala usaha dlm berjihad.
Quote
0 #185 Nurlin 2008-07-23 05:26
Salam UZAR, :D
Saya ingin rekomenkan website UZAR pada rakan rakan yang lain terutama sekali yang ingin tahu lebih lanjut berkenaan Perbankan Islam. Mohon halalkan Ilmu yang diberi ya Ustaz.Alhamdulillah.

Terimakasih UZAR :D

UZAR : SUDAH TENTU HALAL..ALHAMDULILLAH
Quote
0 #184 inas 2008-07-21 05:37
Salam uzar...
Alhamdllh... alhmdllh... alhmdllh...
Smga bjaya dunia + akhrt, dpmudhkn sgla urusan hdp.. bjaya dengan cmrlg + gmlg.. smga sntiasa drhmti + dbrkti + dredhai-NYA.. amin..
Quote
0 #183 Hilmy 2008-07-21 05:36
Assalamualaikum ....

Semoga berjaya dlm menuntut ilmu yg sememangnya tiada penghujung.Bila kembali ke malaysia curah kan segala ilmu tersebut untuk seluruh rakyat Malaysia.Kami akan tetap setia dgn website ini.Jgn lupa update.
Quote
0 #182 Jasa Nilai 2008-07-16 05:18
Semoga ilmu yang diperolehi dapat dikongsi bersama dengan kami dimalaysia
Quote
-1 #181 Asyurasyuhada 2008-07-16 04:54
Assalamualaikum Ustaz, saya dari Negara Brunei Darussalam. Saya kagum dengan kesungguhan Ustaz, Mudah-mudahan Allah akan memudahkan dan sentiasa memberi Taufiq dan Hidayah kepada Ustaz sepanjang kehidupan ini, 'Setiap 'amal itu Allah nilai daripada niatnya, saya percaya Ustaz sudah pun menanamkan niat yang baik, mudahan natijahnya nanti pun terus berjalan dengan baik, ameen..teruskan perjalanan hidup ini berbekal iman dan taqwa, assalamualaikum ..
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 98 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Peribadi, Tazkirah & Fikir Saya Telah Bertolak Meninggalkan Malaysia Untuk 3 Tahun