Peribadi, Tazkirah & Fikir Tertipu & Ditipu Di Wales

Tertipu & Ditipu Di Wales

  • PDF
(6 votes, average 4.67 out of 5)

Tertipu & Ditipu Di Wales

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Ada beberapa orang yang menghantar sms kepada saya meminta saya mengemaskini entry di web ini terutama kisah-kisah berkaitan orang sini. Terima kasih atas keperihatinan dan minat anda. Sebenarnya minggu lepas, minggu ini dan akan datang boleh dikira minggu-minggu yang agak sibuk.

Amat lama sudah saya tidak berceramah, iaitu sudah 3 minggu, terasa amat lama sekali. akhirnya minggu lepas (1- 3 Ogos 2008) saya dijemput ke Dublin, Ireland untuk menyampaikan ceramah motivasi berkaitan keluarga Islam.

 

Univeristy Of Wales, Lampeter
Gambar : University Of Wales, Lampeter 

Ia memang bukan bidang kepakaran saya namun bagus juga untuk saya mencuba-cuba explore tajuk baru selain yang telah saya biasa di Malaysia. Dua tajuk diberikan pertamanya adalah "Memugar kembali hubungan suami isteri" dan yang kedua "Pendidikan anak menurut Islam".  

Semalam (4 Ogos) pula mendapat info bahawa 'supervisor' saya sudah kembali ke Wales dan ingin bertemu buat pertama kali pada jam 12 tengahari di pejabatnya. Persiapan untuk perbincangan segera saya lakukan.

Pertemuan pertama kami menjadi luar biasa apabila seorang senior menghubungi dan mengajak saya untuk mengambil supervisor yang rupa-rupanya sedang 'tersangkut' di sebuah kedai membaiki kereta. Keretanya rosak, enjinnya kereta volvonya hampir jatuh ke bumi. Pertemuan pertama di workshop kereta..dan barulah terus ke pejabatnya.

Minggu depan saya akan berpindah rumah maka minggu lepas dan sekarang masih sibuk dengan pembelian barang-barang asas.

Pada 12 dan 13 Ogos pula, perlu terbang ke Dubai, UAE untuk menghadiri mesyuarat Penasihat Shariah sebuah Bank Islam yang baru sahaja melantik saya sebagai penasihatnya. Minggu depan juga merupakan hari keluarga Malaysia di Lampeter. Minggu akan datang, jemputan ceramah pertama di UK bermula. Destinasi pertamanya mungkin di Lancaster.

Selain dari hal-hal di atas, ada lagi yang banyak menyumbang kepada keserabutan saya. Jika sebelum ini saya agak banyak menyebut sikap-sikap positif masyarakat di sini terutamanya Wales.

 

uwl

 

Gambar: University Of Wales, Lampeter Semasa Salji 

KENA TIPU WALAU BERHATI-HATI

Kali ini saya ingin menyebut beberapa sikap negatif mereka hingga akhirnya kita akan tertipu, ditipu dan dirompak secara profesional. Ye, belum sampai sebulan di sini saya sudah banyak kali ditipu. Bukan kerana saya tidak berhati-hati tetapi setelah anda membaca kisah saya dan beberapa rakan-rakan yang tekena di sini, saya yakin anda akan faham, malah akan terkena juga walau setinggi manapun tahap berhati-hati anda. Sebahagian rakan mengatakan, 'Ikut nasib' kerana ada yang kena sedikit dan ada yang kena banyak dan lain-lain.

KENA CURI DAN TIPU

Minggu pertama saya sampai, saya perlu membuka akaun bank tempatan untuk memudahkan pelbagai urusan pembayaran di sini. Bank Lloyds Tsb menjadi pilihan saya lantaran ia mempunyai akaun simpanan Islam dan juga debit kad Islam.

Pembelian pertama saya menggunakan kad ini adalah peralatan tomtom melalui internet. Pembelian berjaya tanpa sebarang penipuan. Namun rakan saya yang juga baru membeli dengan cara yang sama sudah tertipu, tomtom yang dipesannya selamat sampai namun beg khas tomtom yang turut dipesan tidak sampai sehingga hari ini. Sedangkan wangnya sudah disedut dari kad debitnya.

Esoknya saya membuat satu lagi urusniaga pembelian melalui internet iaitu pembelian talian mobile phone dan telefon bimbit sekaligus. Kali ini pembelian dibuat melalui web http://www.moneysupermarket.com/ setelah mendapat cadangan dari rakan-rakan yang sudah biasa dengannya.

Kali ini saya tertipu... pesanan saya berjaya, namun setelah empat hari mobile phone tidak sampai ke rumah sama sekali. Padahal menurut pengalaman rakan-rakan, pembelian melalui internet di sini begitu efisyen dan cepat, dalam dua tiga hari mesti sudah sampai

Keadaan menjadi semakin mengelirukan apabila saya membuat semakan statement urusniaga di bank dan mendapati sebanyak GBP 125 telah diambil dari akaun saya sedangkan tiada sebarang urusniaga yang saya lakukan dengan jumlah tersebut. Jelaslah saya telah ditipu atau wang saya telah dicuri. Oleh siapa?..tidak dapat dipastikan.

Apa yang boleh dilakukan hanyalah membuat aduan segara ke bank serta menafikan urusan transaksi itu dilakukan oleh saya atau sesiapa yang saya kenali. Bank dengan segera mematikan kad debit saya tadi setelah semua urusan dan prosedur diikuti, tiga hari kemudian kad debit yang baru saya terima. Wang tersebut pula akan di refund oleh bank namun mengambil sedikit lagi masa dan perlu juga mengisi beberapa borang. Inilah kerja tambahan buat saya dan menyibukkan saya.

Kesimpulan saya dalam penipuan ini, tiada apa yang boleh kita lakukan untuk mengelak dari penipuan sebegini kecuali kerap menyemak sejarah transaksi dari kad kita agar kita dapat segera bertindak membuat laporan jika terdapat wang keluar yang langsung tidak kita lakukan.

Saya kira penipuan sebegini agak sukar dielakkan walau semaksima mana hati-hati anda sekalipun, seorang rakan yang bertugas sebagai doktor perubatan di Ireland juga memberitahu saya pengalaman kad debitnya.

Beliau menceritakan bahawa baru saya menerima kad tersebut dan tidak pernah menggunakan walau sekali. Pelik lagi ajaib apabila mendapati sampai bil menunjukkan pembelian nombor ekor dan lain-lain menggunakan kadnya. Amat pelik.

LAGI PENIPUAN TIDAK DISANGKA

Kali ini melibatkan kereta saya pula.

Saya dicadangkan oleh rakan yang turut menggunakan honda Shuttle di sini untuk pergi membuat servis sulong honda shuttle saya di kedai specialist servis honda di Swansea. Ia baik untuk kali pertama katanya. Ia benar kerana sudah tentu orang honda lebih mahir dalam mengurus dan meneliti kereta ini.

"Selepas ini tidak perlulah lagi ke kedai honda kerana harganya sudah tentu lebih mahal dari kedai biasa yang lain, cukuplah skelai sebagai muqaddimah." demikian nasihatnya.

Secara umumnya, membaiki kereta di UK memang agak mahal. Kebanyakkan kedai menggunakan kaedah bayaran mengikut tempoh buruh dibuat. Kadar biasa adalah 1jam buruh = GBP 25.

Justeru jika kerata anda memerlukan tempoh berjam-jam, maka duit pun berganda-ganda sepadan dengan jamnya. Jika mereka lakukan kerja sambil lewa dengan sengaja, anda akan terpaksa bayar lebih kerana jamnya sudah bertambah.

Kalau di kedai biasa mungkin GBP 25 satu jam, di kedai honda boleh mencecah GBP 50 satu jam. Di kedai Mercedez GBP 100 satu jam. Begitulah...

Tanpa banyak bicara, saya bersetuju kerana memikirkan kebaikan jangka panjang untuk kereta honda saya.

GBP 431, itulah kos major service yang saya perlu bayar di kedai honda. Mereka juga mendapati ada beberapa kerosakan yang perlu diperbaiki dan ia memerlukan lagi kos GBP 370 iaitu kos pembelian parts kereta yang perlu diganti dan buruh sekaligus.

Terkejut juga melihat kosnya. Saya mengambil keputusan untuk menyelesaikan servis sahaja. Penukaran bahagian yang rosak saya akan lakukan di workshop kecil di sekitar Lampeter sahaja, pastinya ia lebih murah fikir saya.

Untuk tujuan itu, saya hanya membeli parts yang perlu ditukar sahaja dari kedai honda ini dan pemasangannya akan dibuat oleh mekanik lain.

Aeron Motors, inilah nama workshop kereta di sekitar Lampeter dan beberapa student Malaysia di sini punyai pengalaman dengannya.

Kereta saya memasuki workshopnya pada sebelah paginya dan sebelah petangnya ada berita ajaib. Tuan kedai menghubungi saya dan mengatakan ada dua parts yang saya bawa dan beli dari kedai honda sudah TERSILAP, ia untuk kereta honda civic dan bukan honda shuttle.

Mana mungkin parts yang dicadangkan dan diberikan sendiri oleh specialist honda dari kedai honda yang besar di Swansea boleh tersilap.. siapa yang cuba menipu ni ?? pening memikirkan.

Terpaksalah saya mengubungi specialist Honda di Swansea semula dan mengkhabarkan hal ini. Specialist menafikan mereka tersilap dan mengatakan memang benar ia sesuai untuk honda civic tetapi ia juga sesuai untuk semua jenis honda. "Universal" katanya.

Setelah saya mendesak untuk semakan semula, mereka diam beberapa ketika dan akhirnya mengakui tersalah beri. Saya cukup kesal terutamanya apabila mengenangkan jarak dari Lampeter ke Swansea bukanlah dekat iaitu sekitar 90 KM dan minyak bukan murah. Bil saya menelefonnya saja sudah mencecah GBP 15 (anda boleh kalikan dengan 6.5 untuk mendapatkan nilai RM).

"Kamu kena berikan saya ganti rugi kerana kesilapan ini" Tegas saya.

"No, maaf kami tidak boleh berbuat demikian" jawab Bryan Abraham, specialist yang bertanggungjawab melakukan kesilapan tadi.

"Jika tidak, saya akan tulis komplen rasmi dan hantar ke General Manager kamu" ancam saya

"tak mengapa teruskan, bahagian yang kami berikan itu memang adakalanya tersilap" katanya selamba.

"Jika demikian kamu memang sangat tidak efisyen, lembap dan tidak profesional" bentak saya.

Pegawai tersebut hanya senyap mendengar kritikan pedas saya itu.

"jadi bagaimana saya ingin dapatkan parts yang betul" saya menyambung bicara dengan hati panas.

"anda perlu datang ke sini semula dan untuk parts yang betul, harganya berbeza dan anda perlu beli satu set" tegasnya pula

Panas membara juga hati mendengar jawapannya, sudahlah dia silap, bila kita minta ganti disuruhnya pula membeli satu set. Bermakna duit perlu ditambah.

"Jiak demikian , tidak perlu, saya ingin mendapatkan kembali wang saya atas parts yang salah ini sahaja" kata saya

"itu tidak jadi masalah, sila datang ke sini dan kami akan mengembalikan wang anda" jawabnya.

Sehingga hari ini saya belum menukar parts itu kerana ingin menggaubngkan tujuan ke Swansea. Pelajar-pelajar dari Lampeter memang biasa turun ke Swansea hampir setiap minggu untuk membeli makanan halal, demikian juga saya. Justeru saya terpaksa menangguhkan ke Swansea pada minggu hadapan agar boleh menggabungkannya dengan tujuan pembelian barang mentah dan menukar parts di Swansea. Jimat petrol ....

Oleh yang demikian, boleh saya katakan "tertipu lagi"...ia juga amat tidak dijangka. Semuanya melibatkan kos.

Kesimpulan saya, jangan sekali pergi di Honda Swansea kerana pekerja tidak efisyen dan tidak profesional. Malah abaikan sahaja cadangan kereta sesuatu jenama elok diservis di specialist terbabit terlebih dulu sebelum di workshop biasa, kecuali jika anda memang sudi membayar lebih banyak.

Dari hasil servis honda saya, tidak saya dapati sesuatu yang hebat dilakukan oleh mereka, hanya servis biasa, tukar minyak hitam dan lain-lain. Bukan specialist honda pun sudah tentu boleh melakukannya.

KISAH DI AERON MOTORS

Jika tadi saya sebutkan, kereta saya dimasukkan ke workshop aeron motors untuk penukaran parts yang hampir rosak tadi. Setelah beberapa parts berjaya ditukar..

Perkara ajaib dan pelik berlaku.

Kereta saya yang asalnya memang mengeluarkan sedikit bunyi-bunyi akibat ekzos yang perlu di welding dan bushes yang perlu ditukar.

Namun setelah keluar dari workshop Aeron Motors..kereta saya mengeluarkan bunyi amat kuat sepanjang perjalanan.

‘Ini macam tikus membaiki labu pula ni‘ fikiran saya mengkritik.

Baru semalam saya sempat membawanya semula ke Aeron motors, dan setelah diteliti, Pemilik kedai mengatakan, ia adalah akibat brake pads tayar belakang yang sudah nipis. Ia perlu ditukar..

"Kereta saya ini baru sahaja diservis di Honda, malah laporan servis juga ada, barke pads belakang masih baik hanya haus sebanyak 10% sahaja, bagaimana tiba-tiba sejurus keluar dari kedai awak, brake padnya habis" Soal saya kepadanya.

"oh kami tidak pasti, kami tidak buka langsung tayar belakang kamu sebelum ini" katanya biasa.

"ini sudah kes amat ajaib, tiada sebarang bunyi seperti ini sebelum masuk ke kedai kamu dan sejurus kelaur bunyi timbul..dan kamu katakan ia brake pad, sedangkan honda servis sudah semak brake pad dan ia masih baik" tegas saya.

Tauke kedai berbangsa Wales, tiada memberi komen.

Akhirnya dengan terpaksa dan tanpa banyak pilihan, tinggallah kereta saya di workshopnya lagi. Kali ini GBP53 perlu dikeluarkan untuk pad baru dan kos buruhnya.

Saya ditipu tanpa terjangka sekali lagi. Mungkin ini kali terakhir saya deal dengan Aeron motors rasanya.

Di samping nilai positif masyarakat di sini, tidak dapat dinafikan sifat 'menipu', terutama alam hal duit amat subur di sini. Justeru, sebarang pupukan nilai positif yang tidak didasari oleh agama akan menghasilkan tamadun kemajuan yang pincang. Sebarang kemajuan yang tidak dibina asas atau diakari oleh kekuatan aqidah pasti akan sampai ke penghujung yang sama. Rakus duit dan harta tanpa mengira cara pemerolehannya.

Demikian coretan kali ini, moga ada pengajaran yang dapat dimanfaatkan oleh pembaca sekalian.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

5 Ogos 2008



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini
  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 4 guests

Komen Terbaru

You are here: Peribadi, Tazkirah & Fikir Tertipu & Ditipu Di Wales