Peribadi, Tazkirah & Fikir PhD, Keluarga & Pindah Rumah Sewa

PhD, Keluarga & Pindah Rumah Sewa

  • PDF
(10 votes, average 5.00 out of 5)

Pindah Rumah Sewa Baru

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

Alhamdulillah, kami telah pun berpindah ke rumah sewa tetap. Terima kasih rakan-rakan Malaysia yang membantu memunggah barang tanpa sebarang bayaran. Malang juga apabila saya terlupa menyiapkan minuman atau makanan ringkas setelah selesai upacara punggah memunggah. Maklumlah terlalu sibuk mengemas sehingga terlepas pandang hal tersebut. Apapun, sudah menjadi kebiasaan di sini bantu membantu tanpa sebarang bayaran.

 

dari pintu dapur

 Gambar : Permandangan menarik dari pintu dapur rumah saya

 

dua

 

Gambar : Lagi gambar dari pintu dapur

Sudah menjadi kebiasaan pelajar baru yang sampai akan menumpang di mana-mana rumah Malaysia yang telah diputuskan oleh organisasi Malaysia di sini. Kebiasaannya setiap kawasan di UK yang mempunyai pelajar dan komuniti Malaysia akan mempunyai organisasinya tersendiri, mereka juga mempunyai seorang ketua yang sering dipanggil 'Penghulu'.

Mereka yang akan menetapkan dimanakah rumah sahabat yang akan menjadi tumpangan sementara bagi setiap orang yang baru sampai. Di Lampeter, tiada sebarang yuran dikenakan ke atas mereka yang baru sampai walaupun semua makanan minuman semasa menumpang, perjalanan ke sana sini dan lain-lain urusan memerlukan kos yang boleh tahan juga banyaknya. Ia terpulang kepada mereka yang baru sampai tadi untuk menghulurkan apa jua sumbangan kepada sahabat yang memberikannya tumpang secara ikhlas dan senang hati.

Mungkin keadaan di Lampeter ini berbeza dengan kawasan lain di UK, saya difahamkan ada sebahagian kawasan yang menetapkan bayaran tertentu kepada mereka yang baru sampai APABILA menumpang di rumah senior.

Ia adalah halal dan terpulang kepada mereka untuk menentukan tetapi ia mestilah diberitahu in up front agar tiada unsur gharar berlaku, terutamanya mereka yang baru sampai biasanya seidkit pening dengan nilai matawang tempatan. Pada hemat saya, adalah TIDAK DIHARUSKAN untuk PEMBERI TUMPANG mengambil sikap, ‘faham-fahamlah berapa nak kena bayar', ini kerana mereka yang baru memang tiada idea berapa yang perlu dibayar dan ia boleh mencetus perasaan tidak puas hati dan akhirnya 'dingin'.  

Apapun kebiasaan di Lampeter, iaitu tiada sebarang charge dikenakan sememangnya amat mulia, cuma dibimbangi ia akan menjadi terlalu membebankan sang tuan rumah dari sudut keduniaan, tetapi menguntungkan dari sudut akhiratnya sudah tentu.

Terima kasih rakan yang membantu..

RUMAH SEWA BARU SAYA

Menurut kontraknya, sewaan rumah ini adalah untuk tempoh selama enam bulan dahulu. Saya lega kerana ia mempunyai perjanjian yang teliti walaupun kelihatan dari satu sudut ia seolah-olah leceh dan menyusahkan.

Rumah sewa sementara yang sempat saya duduki selama sebulan, ia langsung tidak punyai sebarang perjanjian hitam putih.

"Tuan rumahnya selamba je, bila kita beritahu ada orang baru nak masuk, dia kata..ok" demikian kata seorang senior yang terlibat menempah rumah itu untuk saya dahulu.

"Tidak ada perjanjian apa-apa ke?" Tanya saya

"Tiada, ikut kita lah bila nak keluar" katanya pula.

KONTRAK SEWA DIPERLUKAN

Saya rasa mungkin ada di antara anda yang sedang menyewa rumah sama ada di dalam atau di luar Malaysia tanpa disertai sebarang perjanjian hitam putih. Sedikit malang kerana saya ada bertemu beberapa individu di Malaysia dan luar negara yang kelihatan berbangga kerana kononnya tuan rumahnya begitu ‘sempoi', mudah dan tidak formal.

Tiada perjanjian, tiada deposit dan lain-lain, semuanya best katanya, tidak ada pening sign sana sign sini, tidak perlu cari ‘referees' untuk dokumen dan lain-lain.

Padahal individu ini tidak sedar, tidak semua keadaan mudah di atas akan membawa kebaikan buatnya. Sempoi memang sempoi, tapi jika sudah dihalaunya keluar nanti. Tiada sebarang dokumen boleh membantu.

Ketahuilah aqad (kontrak) sewaan di dalam Islam adalah :-

1)    AQAD JENIS LAZIM : Ia jenis aqad yang tidak boleh ditamatkan dengan kehendak atau tindakan satu pihak sahaja. Ia mestilah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Inilah yang dinamakan aqad lazim.  Namun, jika anda menyewa rumah tanpa sebarang perjanjian hitam putih yang jelas, walau dengan sebaik manapun tuan rumah anda.

Penamatan dari satu pihak mungkin boleh berlaku dan boleh mengakibatkan pergaduhan dan pertengkaran. Telah banyak saya dengar pelajar Malaysia di Jordan dan lain-lain negara yang dihalau keluar dalam tempoh 24 jam oleh tuan rumah mereka, tiada pilihan kerana tiada kontrak untuk menguatkuasakan hak bila berlaku masalah ini. Bila ia berlaku, ia bercanggah dengan hokum Islam kerana ia adlah aqad lazim.

 

2)    MESTI ADA TEMPOH MULA DAN TAMAT : Tempoh mesti ditetapkan dengan jelas : Bila bermula dan bila tamatnya. Ia amat perlu bagi mengelak sebarang risiko terhadap penyewa dan memudahkan pemberi sewa merancang juga. Namun, rumah sewa sementara saya baru-baru ini tiada tempoh, ini menyebabkan saya kurang selesa dan menjadi sebab tambahan untuk saya keluar segera dari rumah tersebut.

  

3)    DEPOSIT BOLEH : Harus untuk tuan rumah mengambil deposit yang dinamakan ‘urbun' dalam aqad sewaan. Dan ‘urbun ini adalah termasuk dalam kategori bayaran sewaan juga, Cuma ia dibayar in advance' sahaja.

Pengambilan ‘urbun ini dibenarkan atas dalil tindakan Umar Al-Khattab r.a yang melakukannya dengan persetujuan para sahabat yang lain. (Qarar Majma Al-Fiqh Al-Islami Ad-Dawli no 72 (8/3) )

 

4)    TANGGUNG JAWAB MAINTANANCE ASAS : Tidak halal untuk tuan rumah untuk mensyaratkan penyewa untuk memperbaiki kerosakan asal atau kerosakan major pada struktur asas rumah yang bukan rosak disebabkan penggunaan penyewa. Adapun, menukar bulb mentol yang terbakar boleh dipertanggungjawabkan kepada penyewa. (Al-Ma'ayir As-Syar'iyyah, hlm 138 ; Fatwa Majlis Shariah Al-Barakah, no 9/9)

 

 

 

BAIKI RUMAH & SIKAP

Kelebihan orang putih di sini, mereka akan bertungkus lumus membaiki rumah sebelum penyewa baru masuk. Rumah yang saya baru duduki juga mendapat treatment yang sama. Dalam masa seminggu tuan rumah menggantikan peralatan yang rosak, memasukkan carpet baru di sebahgain bahagian rumah yang kurang elok, mengecat dinding rumah, trimmed halaman belakang rumah yang sebelum ini dipenuhi  pokok besar dan rumput panjang, membasuh langsir-langsir rumah, membasuh bahagian-bahagian rumah yang kotor dan lain-lain. Sehinggalah rumah tersebut kelihatan selesa dan sedap mata memandang.

Namun, menurut rakan-rakan yang  sudah lama berada di UK, jika kita meyewa rumah dari orang Pakistan. Kitalah yang harus menanggung semuanya. Rumah yang disewakan tidak langsung dibersihkan dan lain-lain. Lebih dahsyat dari itu, jika ada yang rosak dan diadukan kepadatuan rumah, ia hanya akan dilayan mungkin beberapa bulan atau setahun hadapannya. 

Demikian juga apa yang berlaku ketika saya di Jordan, kita akan masuk rumah dengan segala jenis sampah dan kotor, ia bergantung kepada sejauh mana bersihnya rumah itu ditinggalkan oleh orang sebelumnya.  

Membersih dan memperbaiki rumah sewa adalah sikap sebahagian besar tuan rumah ‘orang putih', namun ia bukan sikap sebahagian besar tuan rumah berbangsa Pakistan dan Arab. Apa akan jadi jika sikap mereka ini dikaitkan dengan Islam?. Sudah tentu nama Islam akan turut tercemar akibat perilaku bangsa yang menganutinya.

Saya juga teringat kata rakan-rakan di sini,

"Jika beli kereta ‘second hand' dari Pakistan dan bukan orang putih , kena lebih hati-hati kerana mudah ditipu"

Saya tiada pengalaman sendiri berhadapan dengan situasi demikian tetapi sering diulang-ulang oleh kebanyakkan pelajar Malaysia yang saya temui di UK.

BIL AIR DI UK

Sewa rumah di UK memang jauh lebih mahal dari Malaysia. Selain harga sewaan, bil-bilnya juga menawarkan beban baru.

Bil air di rumah yang baru yang saya duduki ini menggunakan system tanpa meter, bermakna pihak berkuasa akan mengenakan purata bil kepada semua penduduk di kawasan terbabit. Malangnya bil air dan sewerage yang dikenakan kepada rumah ini adalah tinggi iaitu GBP 44 sebulan (RM 281). Jumlah ini tidak mengira sebanyak manapun air yang kita gunakan, bayaran tetap sama.

Sudah tentu ia tinggi jika dibandingkan dengan Malaysia. Namun airnya lebih bersih dan boleh diminum. Walaupun demikian, jumlah yang dikenakan lebih mahal dari rumah rakan-rakan pelajar Malaysia yang lain di Lampeter ini. Ada yang kena GBP 30, ada GBP 28 dan lain-lain. Kesimpulannya, bil rumah ini dikatakan mahal kerana lokasinya dan saiznya. Wallahu'alam.

Apapun cara kiraan sebegini mempunyai sedikit masalah dari sudut pandangan Shariah. Ia mungkin boleh dielakkan dengan memasang meter khas untuk rumah ini, namun ia tertakluk kepada persetujuan tuan rumah. Bil air berdasarkan meter pula ada kemungkinan lebih mahal dan urusannya lebih sulit, demikian kata sebahagian rakan di sini. Serba salah dan sukar membuat keputusan.

Itu baru cerita bil air, belum bil elektrik dan gas lagi. Saya belum tahu kisahnya lagi kerana bilnya hanya akan sampai 3 bulan sekali.

PHD DAN RUMAH

Rumah yang saya sewa ini tergolong dalam kategori sedikit mahal, namun saya tiadapilihan lain. Secara peribadi saya bersetuju dengan kata-kata seorang Prof.Madya di UIA ketika membentangkan kertas kerjanya di Kursus Metodologi Penyelidikan di UIAM.

"Waktu buat PhD adalah satu waktu yang boleh sangat memerlukan kesabaran buat sebuah keluarga, terutamanya jika si suami yang menyambung PhD manakala isterinya tidak. Ini kerana sang isteri akan merasa kurang perhatian dari suami keran asuami terbeban dengan fikiran menyiapkan PhD, hingga menyebabkan tumpuannya kepada isteri dan anak-anak jatuh merudum. Jika tidak ditangani dengan baik, ada rumahtangga yang bergoncang kerananya" Demikian lebih kurang isinya.

 

ruang tamu

 

Gambar : Ruang Tamu Setelah Dibaiki dan dibersihkanoleh Tuan Rumah

 

 

tgh rumah

 

Gambar : Dari Bahagian Laluan Tengah Rumah setelah di cCat semula oleh tuan rumah.

Beliau menambah :

"bagi lelaki pula, ia berbeza jika si isteri yang menyambung PhD dan suami ikut bersama, ini kerana suami lebih bebas untuk ke sana sini, bekerja dan enjoy kehidupan mereka di negara asing ini. Keadaan ini jarang boleh dinikmati oleh isteri, jika suami yang belajar. Hasilnya tekanan ke atas suami adah kurang berbanding isteri. Tekanan ke atas isteri pula berganda"


Untuk itu, saya kira berkorban sedikit wang ringgit yang dikumpul dahulu untuk menyediakan rumah sewa yang lebih selesa adalah merupakan unsur tambahan yang penting buat keluarga saya terutamanya anak-anak yang inginkan ruang untuk berlari dan bermain.

Memang sangat benar, kemampuan sabar sang isteri amat amat diperlukan di ketika pembelajaran PhD ini. Suasana yang hampir sama juga ketika saya menyiapkan masters di Jordan dahulu.

 

 

Keluargaku

 

 Gambar : Saya, isteri dan anak-anak di Abereron, Wales, UK

Perjalanan kajian PhD saya akan bergerak ke stage seterusnya setelah selesai urusan rumah ini. Ditambah pula, sudah mendapat kata putus bersama Supervisor berkenaan tajuk yang akan saya kaji untuk PhD ini semalam.

Maka dengan sedikit keselesaan suasana di rumah sewa baru ini diharap merangsang kemampuan dan idea dengan lebih baik. Juga sudah tentu, merangsang ibadat yang lebih cemerlang terutama menjelang Ramdhan al-Mubarak. Doakan.

اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبَ وَ شَعْبَانَ وَ بَلِّغْنَا رَمَضَان

O Allah! Make the months of Rajab and Sha'ban blessed for us, and let us reach the month of Ramadan (i.e. prolong our life up to Ramadan, so that we may benefit from its merits and blessings) [Narrated by at-Tabarani and Ahmad]

 

Kepada rakan-rakan di Lampeter dan lain-lain kawasan di UK, kami alu-alukan jika ada yang ingin bertandang dan berziarah ke Lampeter, sudikanlah berziarah ke rumah kami. Cuma harapannya, dapat memaklumkan telebih dahulu sebelum datang.

Mobile phone saya (yang baru) : ++44753 4988537

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

8, Mill Street,

Ceredigion, Lampeter,

SA 48 7HX

Wales, United Kingdom

www.zaharuddin.net

20 Sya'ban 1429 H

21 Ogos 2008

 

 

 

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 11 guests

Komen Terbaru

You are here: Peribadi, Tazkirah & Fikir PhD, Keluarga & Pindah Rumah Sewa