Peribadi, Tazkirah & Fikir Jaga Adab, Bertambah Berkat

Jaga Adab, Bertambah Berkat

  • PDF
(43 votes, average 4.84 out of 5)

Jaga Adab Bertambah Berkat

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

islamicknowledge.jpg 

Semasa saya sedang memberikan kuliah pertama dalam kelas Fiqh Muamalat bagi pelajar tahun 3 di European Institute of Human Science. (www.eihs.org.uk)

Tiba-tiba seorang pelajar dari Russia mengangkat tangan lalu bercakap dalam bahasa arab yang masih boleh saya fahami walaupun bunyinya agak sedikit kelam kabut.

Ia satu perkembangan memberangsangkan, kerana sebahagian pelajar ini dahulunya tidak mengenali huruf 'Arab, namun hari ini dalam tempoh 4 tahun, mereka sudah boleh bercakap ‘Arab dengan gaya bahasa pasar, walaupun ada kesalahan namun ia tertutup dengan gayanya yang penuh yakin.

Itulah salah satu kunci untuk berjaya dalam pertuturan bahasa, keyakinan terlebih dahulu dan diikuti pembetulan sedikit demi sedikit.

"ustaz, kami sebenarnya suka kuliah ini tetapi kami harap ustaz tidak mengambil hak kami, biasanya pensyarah memberikan kami 10 minit rehat dan tamat 10 minit lebih awal"

Panas juga saya mendengarnya, namun disebabkan ini kelas pertama dan saya juga tidak maklum kebiasaan pengajaran di sini, saya hentikan kelas untuk 10 minit sebagaimana diminta dan menyambung kembali sejurus selepas itu.

 

eihs_pitures.jpg

 

Gambar : Permandangan hadapan bangunan European Institute of Human Sciences, Wales

 

Mengajar Fiqh Muamalat menjadikan saya begitu khusyuk sehingga tidak sedar waktu yang berlalu, keghairahan saya memberikan penerangan ditambah dengan pelbagai isu semasa yang sedang cuba difahamkan kepada pelajar. Majoriti pelajar bertubi-tubi mengajukan persoalan dengan penuh minat kerap menjadikan saya semakin tidak melihat jam.

Kelas ini dijadualkan pada hari Isnin bermula jam 11 pagi sehingga jam 1 petang. 2 jam kelas sememangnya berat kecuali bagi mereka yang benar-benar ghairah dengan ilmu.

Saya teringat kelas Sarjana (MA) Fiqh ketika di Jordan yang berlangsung 3 jam tanpa henti.  Namun demikian, inilah suasana kelas yang amat saya rindui sekarang, malah amat luar biasa apabila saya tidak dijengah perasaan mengantuk sama sekali walau  3 jam, berbeza sekali dengan kelas-kelas di ketika saya di peringkat Sarjana Muda (BA), mengantuk kerap menjengah.

Memang banyak alasan mempertahankan mengantuk itu, namun ia bukanlah sesuatu yang baik di hadapan guru.

Sebelum kelas kedua bermula, saya meninjau dokumen-dokumen yang disediakan untuk pensyarah oleh pihak pentadbir institut, tiada sama sekali peruntukan 10 minit rehat, semuanya diberikan atas budi bicara pensyarah.

"Tidak mengapalah, saya boleh berikan InshaAllah" demikian niat saya dengan harapan waktu rehat tersebut dapat memberikan kelegaan minda dan tenaga para pelajar.

Setakat ini tiada yang tertidur di dalam kelas saya, itu satu yang baik malah cemerlang. Namun walau tidak tidur, tidak dinafikan ada yang matanya celik tetapi mindanya tidur.

Bagi mengelak paksaan demikian, saya berfikir mungkin memberikan mereka rehat itu boleh diterima.

Kelas kedua bermula.


Sebelum ia bermula, pihak pentadbir institut memaklumkan kepada para pensyarah agar memperlahankan sedikit penerangan kerana tahap kecekapan bahasa arab pelajar adalah berbeza-beza di antara satu dengan yang lain. Kami juga diberitahu agar jangan tergesa-gesa kerana mengejar silibus tetapi boleh berhenti di mana sahaja asalkan pelajar dapat faham.

Ada bagusnya juga, fikir saya

Teringat saya di UIAM yang agak terkejar-kejar untuk menamatkan silibus yang disediakan. Topik-topik pula kebanyakannya bukan ringan untuk pelajar.

HAK ANDA ATAU SAYA ?

Sedang khusyuk saya menjawab soalan pelajar dan menerangkan perihal pecahan aqad di dalam Fiqh Muamalat, tiba-tiba .

"Ustaz, maaf , hak kami adalah untuk berehat 10 minit"  tegas pelajar yang sama dahulu.

Kali ini saya cukup terasa.

Saya merasakan biadapnya pelajar ini.

"Anda salah" kata saya

"Tiada hak anda untuk berehat 10 minit, jangan sesekali mendakwa ia HAK anda. Ia adalah hak saya sama ada untuk berikannya atau tidak" 

"Malah ingin saya ingatkan, anda semua dengan adab menuntut ilmu, jika anda berfikir kelas ini adalah sebagai satu perniagaan, anda pelanggan kerana membayar yuran dan saya tukang jual, anda tersilap, mungkin anda boleh berfikiran sedemikian jika ini bukan pengajian Islam, namun dalam pengajian Islam unsur barakah sewaktu pengajian amat penting"

"Anda semua ini, merupakan bakal-bakal imam, qadhi dan mufti di negara anda, tiba-tiba sibuk dengan 10 minit rehat, mengabaikan adab majlis ilmu, adakah anda rasa anda boleh berjaya dengan sikap begini" Celoteh saya dengan separuh marah.


Saya marah dengan sikap bakal-bakal pendakwah ini, datang ke Institut untuk mempelajari ilmu Islam, namun dibawa sikap dan adab tidak Islam. Tidak hormati guru dan majlis ilmu.

Seorang pensyarah dan pakar hadis di Universiti Al-Yarmouk dahulu sangat sensitif dengan adab dalam majlis ilmu, sehingga jika terdapat pelajar yang menyilangkan kaki sewaktu duduk (di dalam kelas) akan dimarahinya, paling tidak akan disindirnya secara tajam.  

Ada pula guru yang membalingkan pen kepada pelajar yang tidur dan macam-macam lagi.

Malangnya, guru yang ingin mendidik ini berhadapan dengan karenah pelajar yang kurang adab.

Terhakis sungguh adab menuntut ilmu, tiada lagi penghormatan kepada guru, saya sering teringat bagaimana para pensyarah Islam di pelbagai institusi pengajian dicemuh dan dikutuk oleh pelajarnya tanpa sebab yang haq.

Cara berinteraksi dengan guru juga semakin jauh dari adab murid dan penuntut ilmu.

Sebaliknya pensyarah yang memberikan soalan bocor, bermudah-mudah, selalu memberi waktu rehat, mungkin dianggap hero dan favourite. Tidak ketinggalan sebahagian rakan-rakan sepengajian saya ketika di Jordan yang suka mengutuk pensyarah di luar kelas. Malah ada yang dituduhnya sebagai zalim hanya kerana tidak memberikan soalan-soalan jangkaan.

Padahal yang memberikan soalan bocor itulah yang zalim dan mengkhianati amanah.

Allah swt pernah menggambarkan bagaimana adab penuntut ilmu di hadapan gurunya :-

قَالَ فَإِنِ اتَّبَعْتَنِى فَلاَ تَسْأَلْنى عَن شَىءٍ حَتَّى أُحْدِثَ لَكَ مِنْهُ ذِكْراً

Ertinya : Berkata Khidr (selaku guru), jika kamu ingin ikutiku maka jangan kamu bertanya apa-apa sehinggalah aku menceritakannya kepadamu " ( Al-Kahfi, 70)

Imam az-Zamakhshari berkata :

وهذا من آداب المتعلم مع العالم والمتبوع مع التابع

Ertinya : Inilah sebahagian dari adab penuntut ilmu bersama gurunya, pengikut dengan yang diikutinya" ( Al-Kasyyaf, 2/686)

Namun ini tidaklah bermakna, anda tidak boleh bertanya apa jua semasa guru mengajar, apa yang perlu adalah ‘minta izin' dan menunggu guru menamatkan percakapannya.

Adab-adab penuntut ini sangat ditekankan oleh ulama silam sehingga Imam Al-Ghazzali menyebut :-

ومهما أشار عليه المعلم بطريق في التعلم فليقلده وليدع رأيه فإن خطأ مرشده أنفع له من صوابه في نفسه

Ertinya : Apapun yang diterangkan oleh guru semasa pengajian maka hendaklah (penuntut) mengikutinya dan meninggalkan pandangan peribadinya, kerana kesilapan sang guru lebih bermanfaat dari apa yang mungkin benarnya apa yang datang dari dirinya (penuntut)" ( Ihya 'Ulumiddin, 1/50)

Tidak dinafikan kita boleh berhujjah, berdiskusi  dan mengkritik pendapat Imam Al-Ghazzali di atas, namun sefaham saya ia dibuat dalam konteks penekanan keperluan menghormati guru, meyakini ilmunya dan adab-adab penuntut ilmu di hadapan guru.

Sebagai murid atau penuntut, jika anda tidak bersetuju dengan sesuatu pendapat guru, anda boleh berbincang dengan guru secara tertutup, mengemukakan hujjah anda dalam bentuk yang beradab dan tenang serta menjaga air muka serta menghormati tarjihan sang guru.

Ramai saya temui, penuntut yang menampilkan hujah seolah-olah si guru tersebut tidak tahu. Ramai penuntut yang baru khatam dua tiga buah kitab, merasakan diri lebih bijak dari gurunya.

Jika ada yang mengatakan, "memang hakikatnya murid itu lebih bijak dari gurunya" atau  "murid tidak yakin guru itu lebih tahu dari dirinya",

Nescaya ketika itu, murid itulah yang KURANG BIJAK, salah dan kurang berilmu, iaitu kerana dia perlu memilih guru, lalu kenapakah memilih guru yang diyakini kurang ilmu berbanding dirinya ?. Malah sebenarnya, individu yang merasakan dirinya berilmu adalah tanda dia belum cukup berilmu. Ye, sepatutnya, walau siapapun guru, walau terbukti sang guru 'kurang ilmu', namun anak murid yang pandai tetap akan beroleh manfaat dan ilmu baru dari guru tersebut, banyak cara dan bentuknya. 

Imam Malik Bin Anas dan Muhammad Ibn Sirin berkata :-

العلم دين فانظروا عمن تأخذون دينكم

Ertinya : Ilmu itu agama, maka telitilah dari siapa kamu ambil ilmu agamamu" (Tibyan fi adab hamla al-quran, 1/25)

Lihatlah contoh anak murid Imam Syafie Rabi yang berkata :-

وقال الربيع صاحب الشافعي رحمهما الله ما اجترأت أن أشرب الماء والشافعي ينظر إلي  هيبة له

Ertinya : Berkata Rabi', murid dan rakan SYafie, aku tidak berani meminum air sedangkan Imam Syafie sedang memandang ke arahku, merasakan kehebatannya" (Tibyan fi adab hamla al-quran, 1/25)

Malah penuntut ilmu Islam di zaman silam amat menghargai gurunya sehingga mereka sering berdoa :-

اللهم استر عيب معلمي عني ولا تذهب بركة علمه مني

Ertinya : "Ya Allah, tutuplah aib guruku dari penglihatanku dan janganlah hilangkan berkat ilmunya dariku"

WEB INI JUGA MEYAKSIKAN

Inilah juga sikap sebahagian pengunjung web ini dan lain-lain web agama apabila bertanya soalan dan membidas hujjah. Terdapat yang tiada adab langsung, dalam masa yang sama mengharap jawapan saya dan rakan-rakan ustaz.

Saya cuba membayangkan web ini sebagai satu medan dakwah dan kuliah ilmu yang diberkati, Namun ia kerap dicemari oleh individu kurang adab. Bila dimarah, disindir kononnya kita tidak sabar dan tidak berhikmah.

Sebaiknya, jika tidak mempercayai saya dan apa yang saya sampaikan, jauhkan sahaja diri dari web dan tulisan saya. Abaikan saya, semudah itu.

Di benaknya, berhikmah itu agaknya boleh dipijak-pijak tanpa melawan. Sedang baginda Nabi s.a.w dan para sahabat sendiri pun pernah bertegas dan keras dalam pendekatan. Kebanyakkannya bergantung kepada latar belakang penanya dan pelaku kesilapan.

Perlu saya tegaskan, para ustaz termasuk saya adalah manusia biasa, tidak maksum dan jika ada yang biadap, tidak ramai ustaz yang masih ingin melayani soalan dan hujahnya.

Terdapat juga yang amat cetek ilmunya, tetapi bila membantah seolah terlalu bijak, sedangkan dari soalan yang diutarakan, kita sudah boleh menjangka sejauh mana ilmunya, kerana soalan itu sebahagian dari ilmu.

AMRU KHALID DAN GURUNYA

bersama syeikh amru

Gambar : Sebelah kiri saya guru dan supervisor kami, Prof. Dr Mawil Izzi dein, UZAR, Syeikh 'Amru Khalid, Ust Abd Halim naam (rakan phd), dan Fauzi ( rakan Phd dari LIbya) 

Semalam, saya berpeluang bertemu dengan Syeikh 'Amru Khalid, seorang tokoh Muslim yang amat popular di dunia Islam terutamanya di dunia Arab. Beliau tersenarai salah seorang dari seratus orang tokoh paling berpengaruh di dunia. Baca berita berkenaan pencapaian top 100 ini.

Beliau juga sedang menyiapkan PhD nya di Universiti of Wales, Lampeter. Supervisor beliau juga adalah sama dengan saya iaitu Prof. Dr Mawil Izzi Dein. Semasa bertemu dengannya saya cuba mengajaknya untuk memberikan sedikit kuliah pendek kepada warga Malaysia di sini. Namun dengan penuh hormat beliau menolak sambil merujuk kepada Dr Mawil.

Bayangkan, tokoh sebesarnya masih hormat dan mengambil kira pendapat gurunya. Hormatnya kepada Dr Mawil kelihatan cukup jelas.

KESIMPULAN

Berusahalah mencari guru yang dipercayai, doakan agar tidak terlihat aibnya, dan jangan mencari kelemahannya, ambil kebaikannya, diskusi dengannya dengan adab dan masuki majlisnya dengan hormat agar berkat ilmu mampu sampai dan memberikanmanfaat di dunia dan akhirat.

Ingatlah, berkat itu amat perlu dalam pengajian ilmu Islam, dengan wujud keberkatan, kefahaman mudah diperoleh, ingatan lambat luput, amalan menjadi mudah, hati menjadi tenang.

Tanpa adab, berkat hilang dan susut, kefahaman tidak menjelang tiba, lupa adalah sindrom biasa dan fikiran sentiasa merasa serabut, hati gersang dan kering.

 

 

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

5 Nov 2008



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #64 musykilnasrul 2011-09-12 04:04
slm ustaz nak tnya la...ada sorg guru ni dia suka maki pelajar,peranga i dia pon lebey kurg pelajar gak...kononnya nak rapat ngn pelajar...pelajar ramai suka dia tp ada sorang pelajar tu mengadu kat saya dia xberapa senang ngn guru ni....dia pernah tgur guru ni.tapi guru ni maki dia balik,bila pelajar ni tgur adik2 bwh,adk2 jwb guru ni buat boleh pon...jd saya ingin mhon penjelasan dari ustaz..
Quote
0 #63 perbezaan itu rahmat?fina 2011-09-07 13:39
Quoting cik sab:
salam ustaz.
Maafakn saya jika comment ni nampak kurang adab. saya sekarang belajar di russia, n di sini, memang selalunya pensyarah di tengah2 lesson akan bagi break(at least 5 minit) and break tu untuk pelajar keluar dari dewan kuliyyah, ambil angin luar. jadi, mungkin pelajar yang ustaz mention tu dah terbiasa dengan condition sebegini. budaya kita di malaysia mungkin berlainan sedikit. tapi perbezaan itukan rahmat =)


siapa kata perbezaan itu rahmat?hadis mana yg anda gunakan?
Quote
0 #62 Tahniah ustazredzuan 2010-04-26 21:03
betul apa yg ustaz katakan.keberkatan itu penting dalam menuntut ilmu.Ana seorang pendidi. mudah2an ilmu yg disampaikan menjadi amal untuk alam akhirat
Quote
0 #61 Adabnina 2010-04-20 09:32
bercakap soal adab saya rasa terkilan bila menonton bila musang berjanggut..wajarkah adengan mencium dahi pengantin selepas akad nikah dilakonkan di dalam masjid..tidak ada garis panduan menjaga maruah agama islam ke di negara kita ni....
Quote
0 #60 Penuntut IlmuPenuntut ilmu 2010-04-09 22:36
Salam, sahabatku..ini bukanlah isu beza budaya..ini adalah isu adab dan akhlak dalam menuntut ilmu. Di mana pun kita di atas muka bumi Allah ni, adab wajib dijaga. Ia nilaian awal peribadi seseorang. Wallahu'alam =)
Quote
0 #59 :)ezzani 2010-04-09 19:03
Salam ustaz,wah ustaz dapat berjumpa dengan Ust Amru Khalid..kirim salam kpd dia ya ! :-)
Quote
0 #58 beza budayacik sab 2010-04-09 10:55
salam ustaz.
Maafakn saya jika comment ni nampak kurang adab. saya sekarang belajar di russia, n di sini, memang selalunya pensyarah di tengah2 lesson akan bagi break(at least 5 minit) and break tu untuk pelajar keluar dari dewan kuliyyah, ambil angin luar. jadi, mungkin pelajar yang ustaz mention tu dah terbiasa dengan condition sebegini. budaya kita di malaysia mungkin berlainan sedikit. tapi perbezaan itukan rahmat =)
Quote
0 #57 bersetujurazor 2010-04-09 02:39
saya amat bersetuju dengan pendapat sebahagian pensyarah, dimana saya sebagai pensyarah yg baru memegang subjek, amat tersepit antara dua pihak. ada sebahagian student yang jujur dan ingin belajar dan ada yang mahukan hint. fakulti juga ada memberi borang pernilaian dan seperti biasa markah rendah jika carrymark mereka rendah dan markah tinggi diberikan oleh pelajar yang faham. Saya setakat ini akan tetap meneruskan pembelajaran tanpa unsur2 penipuan tetapi disamping itu menolong mereka seperti memberi latihan yang kerap dan minta untuk present. supaya mereka semua bersedia untuk final mereka secara automatik.

terima kasih ustaz.
Quote
0 #56 salaamIzzuddin 2010-04-08 09:04
teringat lg waktu bljar syariah islamiyyah d smka inanam sabah,sy tdor dlm keadaan bdn tegak(nk cover la konon).skali kena pnampar blkg badan,malunye.skali dpt B3 jer SPM
Quote
0 #55 Allah Maha Sempurname 2010-04-08 03:03
Guru ada bermacam2 karektor begitu juga murid2. Teringat masa jadi murid dulu,I had a feeling my teacher tak berapa suka kat saya sbb anak sedaranya pun se kelas dgn saya & saya pula sering dapat menjawab semua soalan2. Faham kan maksud saya?

Tapi Allah lah tempat mengadu, dan kini saya pula menjadi guru kepada golongan veteran. Banyak cabarannya & menuntut sifat sabar yg teramat sangat.Sabar, sabar, sabar & Allahlah tempat mengadu..
Alhamdulillah hati lega, murid2 jadi kawan kita. Akan datang tak tau le, serahkan padaNya dgn berbekalkan ilmu & pengalaman. Background seseorg juga memainkan peranan thd karektornya.
Quote
0 #54 nak tanya..a.b.syatirah 2010-04-08 02:00
maaf..sy nak tanye bende yg x berkenan pon dgn post ust..cume sy nak tanye ust jadi pensyarah ke kat eihs..sy nak apply masuk boley x? mudah x syarat2 nye?

UZAR : boleh appky, semua syarat dan cara ada di web tersebut. namun skrg dah saya bukan lagi mengajar di sana, tu tahun 2008 sahaja
Quote
0 #53 MadamPensyarah 2010-04-08 00:24
Assalamualaikum ustaz dan pembaca.

Baru 4 tahun menjadi pensyarah, saya sudah merasakan apa yang ustaz rasa...bercakap di dalam kelas, ponteng, minta soalan bocor etc..

yang paling menyedihkan, ISO mewajibkan pelajar memberi markah kepada pensyarah dan ia dikira di dalam KPI pensyarah.Bagi pensyarah yang garang, selalu memberi assignment, selalu suruh pelajar mencari jawaban dahulu sebelum bertanya membuta tuli akan diberi markah yang rendah oleh pelajar.

dan yang sebaliknya akan diberi markah tinggi.

Serba salah kami dibuatnya...

UNi sekarang telah menjadi satu gudang perniagaan dan 'customers are always right"
Quote
0 #52 GuruRazali Razman 2010-04-07 17:42
Salam,

Terima kasih kerana catatan ini. Sesungguhnya saya anggap UZAR sebagai guru saya walaupun belum pernah bertemu...iaitu guru melalui blog dan buku.

Apa yang UZAR katakan telah saya belajar sendiri menerusi pengalaman. Semasa melanjutkan pengajaran kursus MBA di UIA dulu, dalam beberapa kelas awal, saya banyak menyoal dan mempersoal...bukan sahaja pensyarah tetapi juga presentation pelajar lain. Tetapi satu hari saya lihat air muka seorang yang dipersoal, yang rasa marah kerana saya tidak 'give face'kepadanya. Saya meminta maaf dan sejak itu, saya lebih prihatin dan lebih menjaga adab dalam persoalan dan kritikan dan sentiasa 'give face' dan mengelakkan diri dari mengaibka orang yang memberikan pembentangan, walaupun kalau saya rasa dia salah.

Ini satu pengalaman amat berharga yang saya pelajari yang sangat praktikal dalam dunia sebenar. Selain itu, peringatan UZAT membuatkan saya teringat bahawa ada perkara yang sepatutnya saya lakukan dengan lebih baik lagi semasa bercakap dengan pensyarah semasa belajar dulu.
Quote
0 #51 ingatan semula yer?latahzan_ikhsan 2010-04-07 15:42
SALAM USTAZ..
artikel ni sengaja diterbitkan semula ye ustz?ana dah baca dl..however..jzk ust
Quote
0 #50 ..eman 2010-04-07 14:26
salam ustaz..
boleh saya tahu bagaimankah adab ketika meninggalkan majlis ilmu contohnya kuliyah agama di surau/masjid.Tq
Quote
0 #49 guru hargai pelajarasray 2010-04-06 23:38
masih ingat lg..dulu ada cikgu ganti utk subjek math..biasa la cikgu ganti...tak berapa mahir sgt...time tu dkt spm dah, jd praktis je..dia byk bg soalan..setiap hari ada yg baru...tp yg menariknya dlm kelas tu ada bbrapa pelajar yg extra bijak..jd cikgu ni ambil mereka ni sebagai contoh..bila cikgu tu tiada jawapan, tp murid ni ada jawapan..lalu dia cikgu tu suruh pelajar ni share kat depan..akhirnya kami berterusan mendapat soalan dgn cikgu dan perbincangan jawapan dgn rakan sambil bimbingan cikgu td..amat selesa dgn cikgu yg tak kerek ni...
Quote
0 #48 ingin bertanyaayub 2010-04-06 22:41
salam uzar.. saya ingin bertanya tentang amalan semasa hamil,isteri saya baru hamil anak pertama kami. saya ingin jauhkn amalan atau cara org2 tua dahulu, saya ingin mengetahui amalan semasa hamil dan semasa kelahiran mengikut sunnah rasul..
harap mendapat cadangan dan ulasan uzar
Quote
0 #47 Semoga KuatAbdullah 2010-04-06 21:11
Salam. Membaca artikel ini, tertangkap hati pada keluhan pendakwah yang dibidas dan dirintangi oleh hentaman kurang bijak dari orang ramai. Ustaz selaku pendakwah tentu sekali sangat banyak dicuba dengan pelbagai dakyah sempit masyarakt yg kurang tahu, hanya kerana penerangan ustaz seakan 'melanggar' mereka. Sabarlah Ustaz, jika ramai yang mencemuh, ramai lagi yang menyenangi kerja ustaz di web ni. Semoga terus kuat menegakkan yg hak.
Quote
+1 #46 Adab berguruzul zaki hashim kasim 2010-04-06 18:02
Tersentuh hati saya apabila membaca artikel ustaz, saya rasa saya banyak dosa dengan guru2 saya. Apa yan ustaz tulis memang benar dan saya berharap kesedaran ini tidak terlewat untuk saya. Tq ustaz
Quote
0 #45 ilmu dan agamaHamba ALLAH 2010-04-06 17:47
assalamualaikum ustaz,

pasangan agama adalah ilmu, ianya tidak dapat dijadikan satu, jika disatukan tentu disifatkan bid'ah, kerana mungkin ia tidak pernah diamalkan oleh Rasullulah S.A.W tetapi ilmu adalah hasil dan maanfaat dari pemahaman dan amalan agama (beriman pada rukun iman), jadinya orang yang tidak ada pengetahuan tentu menolaknya. menolak(atau mudah menerima) ilmu tanpa mengkaji dahulu adalah bahaya ditakuti benar (atau salah). apa pendapat ustaz?
Quote
0 #44 dugaanme 2010-04-06 06:42
Guru ada dugaan, murid pun ada dugaan. Semua manusia ada dugaan.
Tak mustahil mereka akan menjadi rapat satu hari nanti klu masing2 tahu menangani dugaan ni..
Quote
0 #43 PuncaWakil Takaful 2010-04-05 19:00
Itulah hakikat dalam institusi pendidikan masa kini. Terlalu banyak kes-kes pelajar yang tak beradab. Apabila dihukum, guru dipersalahkan. Ini sangat berbeza di zaman nenek moyang kita. Malah, zaman saya (80-an - 90-an), pelajar-pelajar masih lagi mengekalkan adab & kesantunan. Di zaman itu, apabila dimarahi guru, ibu bapa tak melenting. Malah kita akan dimarahi oleh mereka apabila pulang ke rumah. Mungkin sistem pendidikan kita yang semakin tak ambil endah dengan fenomena ini? Ataupun mungkin kerana kurangnya komunikasi antara pendidik dan ibu bapa? Patut diajar secara khusus tentang akhlak di sekolah-sekolah.
Quote
0 #42 Mohon kebenaran copy-pasteJuliana 2009-12-08 22:25
Assalamualaikum .
Teguran yang sungguh membina dan mendidik. Mohon kebenaran dari pihak UZAR untuk saya copy-paste ke e-group kelas pengajian saya. Terima kasih.
Quote
0 #41 ikhlas dan sabar..Pendidik Bumi Kenyalang 2009-05-02 08:57
slm ustaz...tahniah sebab dah jadi lecturer UIA...dulu masa ana study UIA pnh juga attend ceramah ustz. Masa tu ustz baru blk dr Jordan.Tahniah ustaz, pengisian web ini sangat mantap...mengenai adab tadi...ana sangat bersetuju dengan ustaz..sedih melihat ramai student pd zmn mutakhir ini agak kurang beradab..semakin tinggi ilmu sepatutnya semakin rendah diri..tetapi sebaliknya...cabaran menjadi pendidik sangat mencabar..apatah lagi seperti ana yang di'postingkan' di sekolah rendah yang majoritinya kristian...mengajar P.Islam untuk murid Islam yang 6 orang sahaja..doakan ana kuat dan tabah berdakwah di sini..moga ustaz berjaya di dunia dan akhirat...amin..
(X-IIUM)

UZAR : AMEEN, moga kuat dan istiqama
Quote
0 #40 UZAR..alawiyah ahmad 2009-03-29 08:11
salam UZAR, saya nak minta UZAR tlg request email isteri ustaz halim naam.
kak habibah ahmad dardiri ialah senior saya waktu saya form one di SMKA bota.
tolong ya,
terima kasih.
jzkk
wassalam

UZAR : Boleh email ke suami beliau iaitu
Quote
0 #39 tak pernah jadi anak murid ustaz...alawiyah ahmad 2008-12-10 08:04
cuma baik dengan kak habibah...sebab jaga adik-adik junior macam saya (1996).
subhanallah dunia ini..kecil je..
'ala kulli hal,kalau UZAR dapat beri contact kak habibah kepada saya...sangatlah dihargai...macam jejak kasih pula rasa..

UZAR : MAAF saya tak ingat kak habibah yangmana satu, dan sudah tentu tiada contactnya
Quote
0 #38 Alfina 2008-11-21 00:59
Assalamualaikum UZAR,

Ulasan artikel di atas mmg bagus, saya nk tanya sbb saya ada pengalaman seperti di atas. Semasa saya sekolah dulu saya pernah bangun dan mengingatkan guru tersebut yang dia telah terlebih masa iaitu dah tiba masa rehat. Guru tersebut marah dan menyatakan dia nak tgk sejauh mana saya boleh berjaya. Guru tersebut bukan mengajar just bercerita sbb dia guru ganti mata pelajaran itu. Adakah saya benar2x salah kerana niat saya hanya mengingati tetap guru tesebut nampak mmg sakit hati. terima kasih UZAR
Quote
0 #37 wardah_syifa 2008-11-16 03:42
Assalamualaikum

teringat plak, dlm bertanye pn mst ade adab..seharusnya pertanyaan kte tu ats dasar ingin tahu, bkn utk menduga ilmu seorg GURU..

btlkn kiranya silap..
Quote
0 #36 nurulyaqin 2008-11-15 06:05
Assalamualaikum ,

Saya memang mengenali ustaz sejak ustaz diUM lagi, dan tabik dgn semangat dan daya juang ustaz dalam menuntut ilmu dan menegakkan islam.

Saya ada sedikit cadangan dan saya yakin insyaallah jika ustaz dapat melihat sedikit ttg andragogy (kaedah pengajaran untuk orang dewasa)serta budaya pelbagai bangsa ustaz akan menjadi pejuang ilmu yang lebih mantap.

Sekadar cadangan.


UZAR : Syukran atas cadangan
Quote
0 #35 fuad 2008-11-15 01:51
assalamualaikum ustaz.. apa khabar ustaz di sana.. jika ustaz tidak keberatan, sampaikan salam saya pada Amru Khalid.. saya merupakan peminat beliau, dan sering kali mengikuti rancangannya di channel ART... walaupun pengetahuan bahasa arab saya hampir sangat pada kosong, tetap saya dapat merasakan ruh ilmu yang disampaikan...
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 98 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Peribadi, Tazkirah & Fikir Jaga Adab, Bertambah Berkat