Peribadi, Tazkirah & Fikir Dr Asri Tiba di United Kingdom

Dr Asri Tiba di United Kingdom

  • PDF
(16 votes, average 3.31 out of 5)

  Dr Asri Tiba Di United Kingdom

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Dr Mohd Asri Zainal Abidin, satu nama yang mashur di Malaysia sama ada dengan pujian, sanjungan mahupun cercaan dan penghinaan.

1 Disember yang lalu, beliau menjejakkan kakinya di United Kingdom sebagai ahli akademik dan orang biasa tanpa jawatan eksklusif mufti perlis.

Oleh kerana beliau akan bersabatikal di Universiti of Wales, Lampeter (UWL) maka kami dari universiti berkenaan merasa tanggungjawab untuk menjemput dan mengambil beliau di Airport Heathrow London. Jaraknya tidak dekat, iaitu sekitar 450 km dan 5 jam perjalanan dengan kereta.

Dr Asri dijadualkan tiba bersama keluarga beliau iaitu bersama isteri dan empat orang anaknya. Ini memerlukan kami pergi dengan sebuah MPV 7 seater (milik saya) dan sebuah kereta besar berjenama BMW milik seorang senior Dr. Asri semasa Kolej Islam Klang dahulu yang turut berada di UWL . Kami berempat semuanya dan berharap ruang kereta yang masih ada mampu memuatkan Dr Asri satu keluarga bersama beg-beg mereka.

Disebabkan perjalanan yang begitu jauh, kami mengambil keputusan untuk berehat satu malam di Luton, London sebelum esoknya bertolak ke airport. Sementara menunggu jam 4.30 petang iaitu ketibaan Dr Asri di Heathrow, kami mengambil keputusan memanfaatkan waktu terluang yang ada untuk mencari bahan-bahan kajian thesis kami di perpustakaan SOAS, Universiti of London.

TERLEWAT DAN UJIAN

Menurut info yang kami ada, Dr Asri akan sampai di Airport jam 4.30 petang, kami menanggarkan urusan passport dan beg mungkin akan mengambil masa 45 minit. Justeru kami budjet sampai di Heathrow pada jam 5.30 petang.

Jam 3 petang kami bergegas keluar dari SOAS dan dicampur dengan kesesakan lalu lintas dan penantian lama menunggu ayam goreng halal untuk hidangan dalam kereta buat Dr Asri dan keluarganya (maklumlah kami tahu biasanya orang baru sampai sangat lapar), kami terlewat sampai di airport, kami hanya sampai di airport sekitar 5.50 petang.

Amat-amat mujur rakan-rakan dari Nottingham dan Oxford telah sampai awal, dapatlah mereka meneman Dr Asri sementara menunggu ketibaan kami.

Dari Airport, terus bertolak ke UWL dan sampai di Lampeter pada jam 11.30 malam dengan cuaca disukat pada - 3 darjah celcius. Kasihan melihat Dr Asri yang menggeletar kesejukan, baju beliau tidak cukup tebal.

Hasil mesyuarat warga Malaysia di Lampeter, Dr Asri sekeluarga ketika ini ditempatkan di penginapan sementara iaitu di rumah Ust Abd Halim Naam sehinggalah rumah sewa beliau dapat dipastikan.

Sehingga ini masih  belum putus sama ada beliau akan duduk terus di sekitar kawasan ceruk Lampeter ini atau beliau ingin menetap di kawasan-kawasan lain di UK. Apa yang pasti, supervisor beliau adalah Dr Mawil Izzidien untuk kajian sabatikal ini dan kajian sabatikal berbeza dengan PhD dimana ia tidak begitu memerlukan kehadiran penyelia dalam banyak keadaan.

Bagi sesiapa yang ingin melihat gambar-gambar kami di airport, boleh buka di link ini. Maaf kami dari Lampeter tidak memetik satu gambar pun di airport.

maza2.jpg

Gambar : Wakil-wakil dari Lampeter bersama Dr MAZA. ( Ihsan dari team notts)

Semoga Dr Asri akan mampu mencapai targetnya sepanjang keberadaannya di United Kingdom. Tidak dinafikan kedatangannya ke UK memberikan pelbagai respon di kalangan pelajar tua dan muda di UK. Ada yang benci, marah, suka, gembira, takut dicop Wahabi, nak berdebat  dan macam-macam lagi. Lucu pula memikirkan ..terutamanya bagi mereka yang takut dan benci dengan bayang-bayang.

Bagi kami, biasa-biasa sahaja. Apa yang baik, dialukan sentiasa.

Sambutan dibuat secara sederhana sahaja dan tidak kelihatan seperti sambutan orang ternama. Maaf setakat itu sahaja yang kami mampu.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

3 Dis 2008



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 10 guests

Komen Terbaru

You are here: Peribadi, Tazkirah & Fikir Dr Asri Tiba di United Kingdom