Peribadi, Tazkirah & Fikir Asam Garam Berblog, Akhirnya 2 juta

Asam Garam Berblog, Akhirnya 2 juta

  • PDF
(11 votes, average 5.00 out of 5)

 

Asam Garam Berblog,  Akhirnya 2 juta

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

akukomputer.jpg
 

25 Mac 2006, itulah hari pertama web saya muncul di alam internet dengan serba kekurangannya. namun dengan jiwa dan hati penuh semangat untuk menyumbang sesuatu yang berharga buat umat.

Walaupun, saya bukanlah individu yang mempunyai bakat dalam menulis, namun perasaan ghibtah kepada manfaat yang boleh dikongsi dengan pembaca dari seluruh dunia menjadikan saya berusaha juga untuk menulis, walau dengan bahasa Malaysia yang tunggang langgang. Saya percaya praktis akan membawa penambahbaikan dari masa ke semasa, malah respon pembaca sentiasa dapat memberikan idea sama ada apa yang ada di dalam minda telah berjaya di sampaikan dengan berkesan.

Hari ini, 5 Januari 2009 pelawat web ini dengan rasminya mencecah jumlah 2 juta. Alhamdulillah, namun sangat jauh berbanding web Chedet yang mencapai 8.9 juta dalam tempoh 9 bulan. Betul, bukanlah satu perbandigan yang adil, beliau bekas Perdana Menteri selama 22 tahun, terlalu ramai yang membencinya, mencintai dan mengkagumnya, orang sebegini tentunya sentiasa mendapat lawatan dari ramai.

SEMINGGU TIDAK UPDATE

Walaupun pelawat web ini tidaklah begitu ramai, namun saya merasa bersalah pula apabila tidak memuatkan entry baru. Inilah ‘hantu' yang sering menggangu mereka yang mempunyai blog dan mempunyai pelawat kerap. Mereka pastinya resah gelisah apabila tidak menulis artikel baru.

Ada yang takut pelawat lari..ada yang takut peluang dakwah mengecil dengan kurangnya pelawat , ada yang takut bisnes di blog akan jatuh merudum dan macam-macam sebab lagi.

Sudah seminggu saya tidak membuat pengisian baru, sejak 29 Dis yang lalu. Permintaan pelawat untuk membariskan doa qunut nazilah dan memberikan ertinya juga belum sempat saya penuhi.

Ini adalah kerana saya sibuk menulis dua buah buku baru sepanjang seminggu, siang , malam pagi dan petang di hadapan computer dan kitab-kitab rujukan, di samping mengikuti perkembangan menyanyat hati di Palestin. Alhamdulillah baru semalam dapat menghantar manuskrip dua buah buku terbaru dalam bidang fiqh muamalat.

Kandungannya tiada terdapat di web ini..ia pengisian baru, nantikannya dalam 3-4 bulan lagi, jika tiada aral ia akan muncul di pasaran.

Ada sebuah lagi sedang dikarang di samping menyiapkan tesis PhD. Doakan. Buku-buku untuk tahun 1430 H dan 2009 InshaAllah.  

SYUKUR DAN TERIMA KASIH

Saya sebagai individu biasa, berasa syukur kerana masih ada individu di luar sana yang sudi mengambil manfaat dari pengisian dan hasil buah fikiran saya yang tidak seberapa ini. Terima kasih.

Sama sekali tidak saya nafikan, mungkin ada kesilapan yang wujud dalam artikel dan jawapan yang saya berikan, sama ada dalam bentuk teknikal, kesimpulan, hujah mahupun gambaran masalah. Namun ia adalah kelemahan manusia biasa dan banyak kali saya ingatkan agar pembaca bebeas untuk menerima atau menolak pandangan saya. Namun dalam masa yang sama timbangkan sewajarnya sebelum membantah atau menghentam.

Ada sebahagian orang yang cukup allergic dengan saya, ada beberapa individu yang saya baru temui di pelbagai tempat menyebut

Adakalanya semasa mereka membincangkan sesuatu isu, contohnya dalam hal kewangan dan hukum, lalu apabila disebutkan sahaja nama saya, terus ada yang melenting sambil mendakwa saya terlalu syadid (keras), ada yang berkata :

" kau ni, asyik zaharuddin, zaharuddin , zaharuddin, tak ada nama lain ke nak rujuk"

Ada juga penulis blog lain yang sentiasa mencari point untuk tidak bersetuju dengan saya, jika dia dapati, itulah yang akan sentiasa dihighlightkan di blognya..  Seolahnya, jika saya kata A, dia mesti nak kata B, tidak kiralah apa jua hujjah yang diberi.

Saya pasti, hal yang sama turut berlaku kepada sebahagian individu lain, terutamanya mereka yang popular, malah bertambah popular seseorang itu, lebih banyaklah perkara sebegini akan berlaku kepadanya agaknya.

Ada juga mereka yang sengaja menggunakan nama saya untuk mencari populari khususnya dalam isu kewangan dan hukum, iaitu dengan cara, tidak bersetuju dengan pandangan saya. Padahal adakalanya itu bukan pandangan peribadi saya tetapi adalah fatwa Majlis Fiqh antavangsa OIC dan Majlis Syariah Kewangan Islam sedunia.

Macam-macam..

Sebahagian pelawat setia web saya dahulunya juga telah hilang, datang pula yang baru, sebahagian mereka yang memusuhi web saya turut datang dan pergi. Tentunya mereka akan pergi kerana setiap komen mereka yang tidak membina lagi emosi akan saya delete tanpa siaran, sebahagian besarnya tidak pun saya bacanya sehingga habis.

STATISTIK

Statistik pelawat bagi web saya adalah terbuka untuk tontonan public, tiada perlu saya rahsiakan seperti sebahagian blogger lain. Lebih pelik ada sebahagian bloggers yang mereka cipta jumlah pelawat hanya bagi membuktikan web mereka popular. Itulah kerja orang yang menipu diri sendiri.

Anda hanya perlu klik di sitemeter dan tanpa memerlukan password, anda sudah boleh meneleiti jumlah pelawat di web saya pada setiap hari.

Berikut adalah statistic bulanan pelawat dan page view di web saya

astat09.jpg

Berikut pula adalah statistic pengisian paling popular dengan jumlah hitnya.

Rank

Title

Hit

1 Profile 85543
2 Skim Empay : Halal atau Haram? 73806
3 Multi Level Marketing Menurut Shariah  72254
4 Perbincangan Hukum Pelaburan ASB : Kemaskini 69015
5 Aurat Wanita : Apa Sudah Jadi ? 65774
6 Menonton Filem Lucah Oleh Suami Isteri 64791
7ABB Fund, Eaindex, DanaFutures, Arabic Fund & Winlifund : Hukum Shariah  64554
8 Perbincangan Hukum Uptrend & Hai-O61413
9 Bahaya Nafsu Lelaki & Seks 61217
10 Hukum Onani Lelaki & Wanita61063

 

Akhirnya, saya amat mengharapkan cadangan-cadangan dari pembaca untuk meningkatkan lagi keupayaan manfaat web ini. Namun tidak dinafikan sebahagian cadangan tidak mampu saya lakukan walalupun saya amat bersetuju kerana sebahagiannya tidak disupport oleh engine web ini atau saya tidak berkemampuan mengubahnya.

Namun kini, telah ada pembantu ikhlas yang pakar dalam bidang web dan enjin web yang membantu saya dari luar Negara. Segala cadangan bernas akan saya salurkan kepada beliau.

Selain itu terima kasih juga kepada beberapa individu pemurah yang menderma secara bulanan untuk hidup dan hayat web ini. Wang yang disumbangkan saya anggap sebagai amanah untuk sentiasa membuat pengisian bernilai, berkualiti dan bermanfaat di web ini. Syukran.

Akhirnya jutaan terima kasih kepada isteri tercinta dan anak-anak yang sentiasa melapangkan pemikiran, mencetuskan ilham serta idea, memberi ketenangan sehingga mampu mengarang buat ummah.

Jutaan terima kasih atas sokongan dan dokongan anda semua pelawat setia, sekali sekala, pengkritik setia, pemuji tabah dan pencari salah di web http://www.zaharuddin.net/. Saya sentiasa cuba memperbaiki diri dari komen dan input anda semua.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

5 Januari 2009



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 27 guests

Komen Terbaru

You are here: Peribadi, Tazkirah & Fikir Asam Garam Berblog, Akhirnya 2 juta