Peribadi, Tazkirah & Fikir UK : Teknologi vs Salji vs Balingan Kasut

UK : Teknologi vs Salji vs Balingan Kasut

  • PDF
(13 votes, average 5.00 out of 5)

 

UK : Teknologi vs Salji Kapas vs Balingan Kasut

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Minggu ini United Kingdom diserang oleh salji yang dilaporkan terhebat sejak 20 tahun lepas. Tempat kami di ceruk wales yang jarang-jarang merasainya turut diliputi salji buat kali kedua tahun ini walaupun ia belum cukup tebal, dijangka esok (Selasa - 3 Feb 09) lebih tebal berbanding hari ini.

snowfeb.jpg
 

Apa yang menarik perhatian saya tentang ‘serangan' salji di UK ini bukan pada keseronokan bermain saljinya, tetapi yang agak mengejutkan saya adalah kesannya apabila ia turun sedikit lebih daripada biasa.

Di kota sesibuk London dilaporkan turun sekitar 10 cm ke 30 cm tebalnya. Cuaca tidaklah begitu sejuk, hanya sekitar negatif 2 - 7 sahaja (-2 hingga -7).  Sebelum ini lebih sejuk.

Sebelum ini saya menyangka binses dan penduduk UK sama seperti Moscow di Russia, kawasan sejuk di Cina dan lain-lain negara bersalji di dunia. Mereka telah lali dengan salji dan setiap bisnes dan kehidupan mereka telah mengambil kira kaedah mengatasi masalah salji setiap kali ia turun. Manakan tidak, sejak saya berada di Uk sejak 7 bulan lepas, pelbagai kemudahan telah sedia ada bagi menghadapi pelbagai kesan akibat cuaca sejuk seperti contoh remehnya  :-

     •1)    Frost (air batu beku), di cermin kenderaan. Kaedahnya kita boleh membeli sejenis ceceair khas yang boleh disembur ke cermin, dalam beberapa saat sahaja, air batu akan cair dan cermin akan kembali normal.

     •2)    Frost  akibat air di dalam bekunya air collant dan air basuhan wiper bagi kenderaan ; juga mudah diatasi, campurkan sahaja sejenis cecair anti frost bersama air, nescaya ia tidak akan beku walau dalam cuaca sejuk di bawah 20 darjah celcius.

     •3)    Jalan raya yang dipenuhi salji dan air batu licin ; mudah sahaja. Dengan segera mererka menaburkan sejenis garam khas di sekitar jalan utama, dengan itu air batu dan salji akan cair dengan segera.

Saya pasti banyak lagi kesan akibat salji dan cuaca sejuk tetapi tentunya semuanya telah diramalkan, justeru saya menaruh baik sangka apabila menyangka teknologi sudah tersedia bagi menghadapinya. Khususnya seperti ciptaan-ciptaan mudah seperti di atas, tentunya salji sekadar tebal 15 cm boleh dengan mudah diatasi dan tidak memberikan banyak kesan negatif.

TEKNOLOGI TERSUNGKUR

Rupanya, sangkaan saya meleset. Walaupun salji ini telah mereka ramalkan turunnya sepanjang minggu ini, namun  salji ciptaan Allah swt ini dengan mudah sahaja menawan bumi UK sehingga lumpuh bisnes dan majoriti pergerakan warga Britain sepanjang hari ini (Isnin : 2 Feb 2009 ), itu belum lagi esok dan hari berikutnya yang menurut ramalannya bakal menyaksikan ketebalan salji yang lebih dahsyat.

Menurut faktanya, kesan dari salji  menyebabkan : -

     •a-    kerugian perniagaan sebanyak £ 1.2 billion sehari disebabkan pekerja gagal sampai ke tempat kerja dan perkhidmatan gagal berfungsi.

     •b-    Lapangan terbang utama Heathrow, Luton, dan lain-lain airport tutup sepenuhnya. Manakala sebahagian masih dibuka separuh tetapi menghadapi banyak masalah kelewatan dan kegagalan pendaratan atau penerbangan.

     •c-    Hampir semua penerbangan di batalkan. Beribu-ribu penumpang terkandas di airport dan bermalam di sana tidak pasti berapa lama. Tidak boleh pulang ke rumah dan tidak boleh ‘terbang'.

     •d-    Tiada satu pun bas double decker dan lainnya yang bergerak di dalam London menyebabkan semua pekerja tidak mampu pergi ke tempat kerja.

     •e-    Seluruh perkhidmatan tube (keretapi bawah tanah) ditutup sepenuhnya hari ini (isnin), dianggarkan satu hari tutup beerti, mereka rugi £ 40 juta.

      •f-     Semua perjalanan keretapi biasa dan komuter (atas tanah) di batalkan.

      •g-    Hasil anggaran kasar dari 300 syarikat besar, mendapati setiap seorang dari lima orang pekerja gagal samapi ke tempat kerja hari ini..

      •h-    Pasaran saham London, separuh kosong akibat pekerja yang tidak sampai.

      •i-     Lebih 3000 sekolah ditutup dan banyak lagi.

Sumber

APA PENTINGNYA INI?

Apa yang saya fikirkan adalah kembali tergambar kekuasaan Allah swt menenggelamkan teknologi canggih ciptaan manusia. Semuanya terkandas dan tidak berfungsi. Itu pun masih ramai yang berlagak lebih bijak dari Allah swt, sehingga tanpa segan silu menolak hukum hakam yang ditentukan oleh-Nya.

Hari ini, kita kerap terlupa kekuasaan Allah swt akibat terpesona dengan kecanggihan tekonologi. Sehingga keyakinan kepada teknologi menjadikan kita terlalu ‘rasa kecil' hingga akhirnya menjadi semakin mundur ke belakang dari semua sudut, sama ada teknologi, kewangan, idea, minda dan lebih teruk, mundur juga dari sudut spiritual, sehingga semakin tipis pergantungan kepada Allah swt. Tiada lagi sangka baik dengan kekuasaan Allah swt.

Justeru itu, kembalikanlah keyakinan kepada kebesaran Allah swt, dalam masa yang sama mengorak langkah menjadi seorang yang lebih berminat kepada ilmu, buku, tekonologi dan akhirnya mampu membina semula ketamadunan Islam yang mengkagumkan dahulunya.

LAGI PEMIMPIN DI BALING KASUT

Di tengah-tengah kesejukan salji ini, Perdana Menteri Republik Cina, Wen Jiabao menjadi mangsa kedua menerima balingan kasut di United Kingdom, apabila memberikan ucapan di Universiti Cambrigde hari ini ( 2 feb 09 ). Para pelajar yang marah dengan isu Tibet menghadiahkan balingan kasut, namun balingan kurang berjaya berbanding balingan wartawan Iraq. Kasut hanya sampai 1 meter dari tempat Perdana Menteri Cina berdiri. Salah dari mereka menjerit "How can the university prostitute itself with this dictator?" cukup pedas bukan?

(sumber )

Siapakah bakal pemimpin ketiga di seluruh dunia akan meraih juara ketiga dibaling kasut?. Sama-sama kita tunggu.

Ada apa dengan isu di Tibet? Mereka menuntut kebebasan mereka yang dirampas oleh republik Cina. Sebahagian penduduk Tibet adalah beragama Islam. Dahulunya umat Islam di Tibet mendapat kebebasan dalam menyebarkan Islam dan beramal dengan Islam, Namun setelah penaklukan oleh Republik Cina pada tahun 1959, mereka ditindas.  Menurut laporan pada tahun 1994, sekitar 23,000 rakyat Muslim dari bangsa Tibet sendiri dan juga Cina di daerah ini. Sebagaimana nasib penduduk Tibet beragama Buddha, kesmeua mereka ditekan dan ditinads oleh kerajaan republik Cina. Mereka menuntut kemerdekaan..! lalu demonstartsi mengiringi kedatangan Perdana Menteri Cina ke United Kingdom dan balingan kasut.

Bacaan lanjut :-  Pertama  atau Kedua

editsalji2.jpg

editsaljifamily.jpg 

editsaljikhalil.jpg 

Gambar : Beberapa gambar kami di Lampeter, Salji 3 Feb 2009 (sekitar 10 cm) 

 auwlsalji.jpg

auwlsalji2.jpg 

Gambar : 1) Dari Universiti Wales 3 Feb 2009  2) Asrama pelajar Univ Wales, Lampeter 3 feb 09

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

2 feb 2009

United Kingdom



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 14 guests

Komen Terbaru

You are here: Peribadi, Tazkirah & Fikir UK : Teknologi vs Salji vs Balingan Kasut