Peribadi, Tazkirah & Fikir Kembara Wolfsburg, Kad Hutang & Dilema Di Eropah

Kembara Wolfsburg, Kad Hutang & Dilema Di Eropah

  • PDF
(4 votes, average 5.00 out of 5)
 

Kad Hutang & Dilemma Di Eropah

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net


 

Saya berada di daerah Wolfsburg, Germany di ketika ini. Alhamdulillah baru sahaja sudah menyelesaikan tiga program kepada para pelajar Malaysia di sini.

Wolfsburg adalah satu bandar kecil di sebelah tengah Germany, ia bukanlah satu bandar yang sangat terkenal. Kekuatan bandar ini banyak bergantung kepada kilang atau pusat pengeluar kereta Volkswagen. Menurut para pelajar di sini, pusat pengeluaran dan kilang inilah yang menjadikan bandar Wolfsburg boleh terus hidup dan berkembang sedikit demi sedikit.  

Namun hari ini (23 Mei 2009), Bandar ini menjadi semakin terkenal kerana buat pertama kali dalam sejarah bolasepak Germany, pasukan mereka muncul juara liga utama Germany setelah menewaskan Warder Bremen petang tadi lalu meraih 69 mata keseluruhan. Sekaligus menewaskan Bayern Munich yang jatuh ke tempat kedua dengan 67 mata. Kebetulan, saya berada di Wolfsburg ketika mereka mencipta hari bersejarah mereka, tatkala artikel ini ditulis pun, sambutan dan masih kedengaran sorak sorai warga Wolfsburg di luar kediaman tumpangan saya ini.

 

wolfsburg bola.jpg

BUDAYA & BAHASA

Setakat 3 hari berada di sini, jelas kelihatan warga German mempunyai nilai pemanduan yang sama dengan kebanyakan warga United Kingdom. Mereka memandu dengan berhemah, jika dilihatnya kita sedang menuju ke zebra lane sahaja, mereka sudah memperlahankan kereta dan berhenti untuk memberikan kita menyeberang. Keadaan yang sama seperti di UK, namun tidak seperti di Malaysia, Jordan dan Maghribi tentunya.

InshaAllah, hari ini saya akan mula memandu di German, nanti saya laporkan bagaimana etika pemanduan kseluruhannya di Germany, Switzerland, Perancis dan Luxemburg.

Selain itu, orang Germany juga kelihatan cukup komited dengan bahasa ibunda mereka sendiri, hatta siara televisyen mereka dari filem ke kartun, semuanya menggunakan bahasa german, tiada pula sarikata dalam English atau lain-lain bahasa. Malah jika ada filem yang berbahasa Inggeris disiarkan, ia telah pun di alihbahasa ke bahasa German sepenuhnya. Kartun seperti Pocoyo, SpongeBob, filem Back to the future (pelakon Micheal J Fox) dan lain-lain semuanya telah dialihbahasa sepenuhnya.

Semalam saya cuba masuk ke sebuah kedai baju di Bandar Wolfsburg, setiap kali saya bercakap Inggeris, merkea akan membalas di dalam German. Pening-pening lalat saya dibuatnya, memang benar bahasa German bunyinya memang dahsyat sikit, teringat kepada P.Ramlee yang agak kerap mengatakan :

"Ini bahasa Germann dah.."

Bagi saya Bahasa German, dari sudut pelik bunyinya ada kelihatan sedikit persamaan dengan Bahasa Welsh, yang tidak kurang peliknya malah mungkin lebih pelik dari bahasa German.

ISLAM DI WOLFSBURG

Walaupun Bandar Wolfsburg tidak besar, namun boleh berjumpa dengan ramai juga penduduk Islam di sini, terdapat beberapa buah kedai Kebab dan pasar mini milik warga Turki dan Arab. Malah kerap juga saya terserempak dengan warga Arab, wanita bertudung di Wolfsburg ini. Cuma warga Pakistan dan India tidak kelihatan menjadikan bandar ini berbeza sedikit dari Leicester dan lain-lain daerah di UK yang dipenuhi Pakistan dan India.

Ketika bersembang dan berbual di dalam bahasa Arab dengan pengasas markaz Islam Wolfsburg yang berasal daripada Tunisia, menurutnya solat Jumaat di masjid baru mereka boleh mencecah 300 orang, dan jika hari raya jumlah boleh meningkat ke 600-700 orang. Namun jumlah Muslim dari kalangan  warga Germany yang asasl tidalah ramai. Kebanyakan warga Muslim di sini berasal daripada Turki dan negara Arab, mereka adalah pekerja sama ada di kilang Volkswagen dan lainnya. Namun mereka tidak semewah warga Islam di UK.

Markaz Islam pula banyak bergantung kepada derma pemerintah Shariqah yang biasanya mendemra tidak kurang dari Euro 60,000 setahun. Kutipan derma solat Jumaat hanya mampu mencecah purata Euro 1500 sebulan. Hasilnya, Markaz Islam di sini tidak mampu menggaji pegawai sepeunuh masa kecuali Imam sahaja. Apapun, binaan markaz Islam dan masjid ini cukup kemas dan bersih. Program kami juga dibuat di sini, tanpa sebarang sewa, cuma infaq bebas sahaja diberikan kepada pihak markaz.

 

DILEMMA KAD KREDIT DI GERMANY

Memberi dan menentukan hukum sememangnya agak mudah, maksud saya sejurus didapati sesuatu transaksi itu bercanggah dengan beberapa undang-undang jual beli yang diputuskan oleh Islam, maka tentulah hukumnya haram. Namun apa yang sukar, adalah mencadangkan jalan keluar, khususnya bagi mereka yang sudah terjebak dan yang sedang mencari alternatif yang praktikal.

Semalam saya memberikan sedikit kuliah ringkas berkaitan dengan kerjaya dan kewangan kepada sekumpulan pelajar Malaysia di Wolfsburg. Rata-rata mereka adalah pelajar kejuteraan automotive dan mekanikal.

Disebabkan kerana Germany tidak langsung mempunyai bank Islam walau sebuah, malah tidak kedapatan mana-mana bank konvensional mereka menawarkan akaun simpanan Islam, pembentangan saya tentunya menjadikan para pelajar resah gelisah dan adakalanya buntu.

Mungkin, agak sukar untuk mereka mengelakan diri dari menyimpan wang di akaun simpanan konvensional (riba) di sebabkan ketiadaan akaun Islam. Selain itu, ketiadaan kad debit Islam dan kad kredit yang diitiraf halal menyukarkan lagi keadaan.

Keadaan ini menjadikan ramai yang tiada banyak pilihan kecuali terpaksa menggunakan kad kredit Citibank, Deutsche Bank dan lainnya. Memang benar, selagi tiada alternative yang boleh diambil, selagi itu terdapat keringanan di dalam Islam untuk menggunakan kad kredit riba ini namun dengan SYARAT MEMBAYAR PENUH PADA SETIAP BULAN bagi mengelakkan sebarang kadar interest.

 

KAD PREPAID TUNAI DI UNITED KINGDOM

Bagi pelajar di United Kingdom, keringan itu sukar diberikan kepada mereka kerana di United Kingdom, kita masih mempunyai Llyods Bank Ltd yang menawarkan akaun Islam serta kad VISA debit Islam. Malah mereka juga mempunyai panel Shariah yang mengesahkan semua produk ini.

Manakala jika kita ingin mengembara di Eropah dan bimbang kad VISA DEBIT Lloyds mungkin tidak laku di Eropah, masih tidak sebarang keringanan (rukhsah) bagi kita menggunakan kad kredit bank konvensional yang haram itu.

Ini kerana,  ada satu maklumat yang amat baik untuk dikongsikan bagi semua warga Islam di United Kingdom yang ingin ke Eropah sama ada atas tujuan tugas atau melancong, iaitu disampng membawa wang tunai yang berisiko tinggi, kita boleh menggunakan kad :

‘Kad Prepaid The Money Shop'

Menggunakan kad prepaid mastercard titanium oleh The Money Shop . Kad ini dinamakan sebagai kad percutian (holiday card), bagi memudahkan sesiapa yang ingin melancong membawa wang euro tanpa perlu mengambil risiko membawa dengan wang tunai yang banyak.

Konsep kad Prepaid The Money Shop ini ada banyak persamaannya dengan Kad Prepaid Tune Money di Malaysia, ia juga halal untuk digunakan oleh warga Malaysia di tanahair khususnya. Namun banyak juga mendengar rungutan berkenaan kad ini. SIla baca komentar di sini

Kita kembali kepada perbincangan kad Money Shop. Secara ringkasnya, kad ini membolehkan kita menukarkan wang tunai (contohnya dari Pound Sterling atau lainnya kepada matawang Euro), kemudiannya secara pilihan kita semua jumlah Euro itu boleh kita dimuatkan ke dalam kad prepaid titanium ini. Dengan itu, kad ini akan menjadi seperti kad debit yang halal, kerana tiada sebarang interest yang dikenakan atau diambil, malah tiada juga sebarang caj bagi setiap transaksi yang menggunakan matawang Euro.

Apa yang lebih penting, kad ini diiktiraf oleh Master Kad (Master Card) dan boleh digunakan seluruh Eropah, sama ada untuk membeli tiket keretapi, kapalterbang, hotel atau penginapan, mengeluarkan wang tunai di mesin ATM dan membeli barangan. Jumlah minimanya hanyalah GBP 200.

Maka dengan wujudnya kad ini, saya kira semua warga Muslim di seluruh UK bolehlah mereka mencari jalan untuk memohon kad ini dan menggunakannya secara halal.

Cuma kelemahannya yang ketara adalah :

a)    Kedai-kedai The Money Shop ini hanya berada di UK.

b)    Ia hanya boleh dipohon oleh seseorang yang menetap di UK. Justeru, pemohon terpaksalah mencari rakan dan akaun di UK untuk membolehkan mereka membuka kad ini.

 

Dengan limitasi itu, gagal hasrat saya untuk mencadangkan kad ini dipohon oleh warga Muslim di seluruh Eropah khususnya di negara yang tiada khidmat perbankan Islam. Petang tadi, saya cuba mencadangkan kepada para pelajar Malaysia di Germany, namun setelah meneliti dua syarat di atas, kelihatan ia gagal menjadi alternatif kepada mereka.

Maka satu-satunya alterntaif mereka adalah memohon kad-kad caj dan kad kredit Islam di Malaysia dan membawanya ke Germany dan negara lainnya. Antara bank Islam di Malaysia yang menawarkan kad ini adalah Ar-Rajhi Bank Malaysia, HSBC Amanah Malaysia atau Maybank Islamic Bank Malaysia. Manakala Bank Islam yang menawarkan kad kredit Islam adalah Bank Islam Malaysia Berhad dan Am Islamic Bank.

Demikian apa yang sempat saya fikirkan sepintas lalu sebagai cadangan jalan keluar bagi pelajar dan warga Malaysia di sekitar Eropah dan negara yang tiada kemudahan khidmat perbankan Islam.

Sekadar itu dahulu, InshaAllah, ada peluang akan saya kongsikan catatan bermanfaat berkenaan kembara di Eropah. Esok (24 Mei 2009) saya akan mengambil kereta sewa untuk meneruskan perjalanan di destinasi seterusnya.

Sekian,

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Wolfsburg, Germany

23 Mei 2009

 

 

 

 


 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #15 Ejaan 'dilemma'Husaini Ibrahim 2009-06-05 15:02
Salam'alaik UZAR, maaf andai menegur sesuatu tak berkaitan dengan hukum tetapi selaku anak Melayu tak sedap juga memandang. Ejaan dilemma yang UZAR tulis itu dalam bahasa Inggeris, yang betul ialah DILEMA (dengan satu 'm')

Sekian, 8)

UZAR : terima kasih atas teguran.
Quote
0 #14 Kad HutangAhmad 2009-06-02 03:03
Salam,

Mengapa perlu kepada kad kredit. Tiada masalah jika tiada kad kredit. Tidak seperti mempunyai akaun bank.

Ustaz, kad kredit bukannya essential, tapi lebih kepada keselesaan. Mungkin akan menyusahkan kita sikit, tapi pada saya tidak menjadi alasan (keringanan) untuk membolehkan kita menggunakan kad kredit yang tak islamik. Lagipun di German dan dimana-mana tak ada kad kredit pun tak apa.

Maaf ustaz, saya tak setuju dengan pendapat (pada kes kad kredit), "Memang benar, selagi tiada alternative yang boleh diambil, selagi itu terdapat keringanan di dalam Islam untuk menggunakan kad kredit riba ini namun dengan SYARAT MEMBAYAR PENUH PADA SETIAP BULAN bagi mengelakkan sebarang kadar interest"

Sebabnya: Saya berpendapat keringanan hanya boleh digunakan dalam keadaan keperluan atau dharurat bukannya untuk keselesaan.

Mohon penjelasan.

AHMAD
Quote
0 #13 terima kasihzul 2009-05-28 21:58
Assalamualaikum ustaz. saya cuma hendak memberikan penghargaan kpd ustaz kerana keikhlasan dlm membantu memberikan ilmu2 yg bermanfaat kepada kami sama ada di sini atau dlm buku2 tulisan ustaz. teruskan usaha murni mu. saya sgt menyokong.
Quote
0 #12 terpanggil utk bertanyaasrar 2009-05-28 04:00
salam alaik us...mudah2an dipermudahkan segala urusan dlm menuntut ilmu & mnjalani khdpn dibumi Allah ini...saya cuma nk bertanya setelah terlanjur membaca artikel us ni...camne erk konsep yg boleh diguna pakai untuk dijadikan dalil bilamana 1 hari nanti,kita boleh menggunakan kad prabayar telefon sbg ganti kpd cash money...means cthnya,kita boleh topup RM 1000 dlm satu2 masa...n then bila kita pergi ke mana2 supermarket ke,stesyen minyak or whateverlah,kit a boleh menggunakan kad prabayar kita tu untuk membayar barang yg dibeli dgn cara money transfer...benda ni mungkin berlaku & x mustahil akn jadi lebih kompleks pd masa akan dtg dgn kecanggihan teknologi yg ada skg...sbg seorang pelajar dlm bidang syariah,msh blm ada apa2 penglaman & pndedahan,sye kira us adlhtmpt terbaik utk berkongsi ilmu & rujukan....sekadar berfikir mengikut logik akal....
Quote
0 #11 Mohon penjelasan..Kamal 2009-05-28 01:13
Assalamualaikum UZAR,
Terima kasih di atas penerangan ustaz tapi di sini saya hendak menyimpang dari topik ini dan berharap sangat sekiranya ustaz dapat menulis pula tentang Jemaah Tabligh, siapa mereka dan mengapa mereka tak disenangi oleh masyarakat? Pada perhematan saya yang serba kekurangan ini, contohnya; selalunya jika mereka mengadakan taklim, mereka mahu masyarakat menyertai mereka tetapi apabila surau-surau atau masjid mengadakan majlis ilmu mereka sering kali menghilangkan diri. Saya sangat berbesar hati sekiranya ustaz dapat memberi penerangan kerana tindakan mereka sebegini selalunya tak disenangi oleh masyarakat. Terima kasih.
Quote
0 #10 new experienceshahida 2009-05-27 08:42
salam ustaz.. memang seronok dengar ustaz bg pengisian mase kt wolfsburg :-) dr segi kewangan juga pasal solat..
kalau ustaz ade masa, datanglah ke germany lagi ye..
Quote
0 #9 guestfaisal 2009-05-27 03:32
Pada pendapat saya tiada salahnya menggunakan sistem perbankan eropah seperti Deutsche Bank, Postbank dll. Jika seseorg pelajar germany menggunakan sistem perbankan islam di germany pasti akan ada service charge sebanyk 2euro setiap pengeluaran.

Disamping itu di Germany kebanyakkan student lebih senang menggunakan debit card yang tidak mengenakan sebarang service charge. Yang saya peliknya di malaysia setiap transaksi di kedai2 kecil pengguna terpaksa menanggung service charge ini. Di samping itu saya Maybank contohnya mengunakan Perbankan Islam tapi setiap pengeluaran dikenakan charge sebanyak 50 sen. Bank Islam di malaysia juga didapati tidak efisyen dan pengeluaran di atm maschine juga dikenakan charge. Saya harap Ustaz dapat memberikan idea kepada Bank Islam di Malaysia supaya setiap pengeluaran duit di ATM machine selain Bank Islam tidak dikenakan charge kerana merugikan pengguna dengan menyimpan duit situ.

Semoga ustaz berjaya dalam musafir di Germany.

Alles gute

mit freundlichen gruessen.

uzar : terima kasih, cuma pandangan anda tu berdasarkan nafsu atau ada bersandar nas dan dalil?. Hukum bukan kut nafsu tetapi perintah Allah dan RasulNya
Quote
0 #8 MrHafiz Hassan 2009-05-26 23:50
Salam UZAR..

Selain Llyods TSB, pelajar di UK juga boleh membuka akaun simpanan@ semasa dengan Islamic Bank of Britain dan memperolehi kad debit MasterCard, juga akaun Amanah dengan HSBC Bank. Jadi ada pilihan lain di sana.:-) Cuma insuran kereta hanya terhad kepada SalaamHalal Insurance dan tiada lagi kemudahan insurans kembara (travel insurance) dan insurans rumah. Mengenai kad prepaid lain termasuk Cordoba Gold, pemohon tidak perlu mempunyai akaun bank lain di UK, hanya alamat sahaja untuk kad dipos. Untuk mengisi dan menambah amaun kredit, pemilik kad hanya perlu ke pejabat pos di serata UK juga kedai2 runcit yang mempunyai kemudahan e-pay. Sesetengah card provider mempunyai pakej bayaran bulanan (servis) tanpa sebarang caj pengeluaran di ATM machine dan pembelian, termasuk pembelian di luar negara dan pakej pengenaan servis charge (tetap 99p) setiap pengeluaran/pembelian. Mungkin kemudahan prepaid kad dapat diperluaskan di negara2 Eropah utk kemudahan umat Islam.
Quote
0 #7 Diners club charge cardzul 2009-05-26 22:51
Assalamualaikum UZAR, apakah hukum menggunakan kad caj diner club? ini krn saya sering membeli kek di secret recipe menggunakan kad caj tersebut krn mendpt diskaun 10%.
Quote
0 #6 Artikel yg menarikSerena 2009-05-26 18:00
Salam Uzar.

Wpun saya tak dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara, sekurang2nyer artikel Uzar ni dpt jugak mmbuka mata saya ttg pgalaman hidup di negeri orang.

Terima kasih.
Quote
0 #5 MrHafiz Hassan 2009-05-26 13:44
Salam UZAR,

Guten tag! :-) Sekadar nak menambah, kad prepaid Syariah pertama di UK telah dilancarkan pada tahun 2007 iaitu Cordoba Gold www.cordobagold.com. Fatwa dari Syeikh Haitham Al-Haddad, forums.islamicawakening.com/.../.... Selain kad prepaid The Money Shop, beratus kad lagi yang sama konsep boleh didapati dan dibezakan kemudahan dan kadar yang ditawarkan di www.moneysupermarket.com. Selamat mencurahkan ilmu utk masyarakat.

Wassalam
Quote
0 #4 Panduan di UKMuhammad 2009-05-25 23:42
Assalamu'alaikum

Bolehkah ustaz menulis suatu artikel panduan fiqh muamalat khusus bagi mereka yang akan ke UK. Bermula dari hukum menggunakan traveller's cheque, money gram dll sehinggalah pelbagai transaksi muamalat harian di UK.

Wa jazaakumullah khaira
Quote
0 #3 Good to readWawa 2009-05-25 02:48
Penulisan yang menarik, informatif dan useful. UZAR, have a great day there. I am looking forward for you next tulisan. Wassalam.
Quote
0 #2 FC Wolfsburg bestpengunjung 2009-05-25 02:20
wah..xsabar rasanya nak tunggu catatan seterusnya UZAR di Germany.. nak tahu pendapat2 mengenai org dan budaya situ..
Quote
0 #1 Kad Debit UK Di MalaysiaJ 2009-05-25 01:15
Assalamualaikum ustaz. Saya seorang pelajar di United Kingdom dan mempunyai kad debit Islam Lloyds TSB.

Soalan saya, jika saya pulang ke Malaysia dan menggunakan kad debit ini di Malaysia untuk membeli barang online serta mengeluarkan duit dari ATM, apakah hukumnya? Adakah timbul hukum pertukaran matawang di dalam transaksi ini?

UZAR : tiada masalah untuk gunakannya di Malaysia. Pertukran wang yang berlaku tu semuanya ok.
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 109 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Peribadi, Tazkirah & Fikir Kembara Wolfsburg, Kad Hutang & Dilema Di Eropah