Peribadi, Tazkirah & Fikir Ceramah Secara ‘Online'

Ceramah Secara ‘Online'

  • PDF
(3 votes, average 5.00 out of 5)

Ceramah Secara ‘Online'

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Nota :   ** alhamdulillah ceramah ini telah berjalan dengan lancarnya. Bagi sesiapa yang ingin mendengar download rakamannya - CERAMAH ONLINE UZAR **

Ceramah seorang diri di dalam bilik, dengan sebuah mikrofon kecil, berhadapan screen monitor komputer namun didengari oleh berpuluh atau beratus orang pendengar yang tidak kelihatan dek mata, bukanlah satu bentuk ceramah yang saya minati.

Sebelum ini telah banyak kali juga, saya berceramah dan penganjur menyiarkannya secara langsung sama ada audio sahaja atau audio dengan visualnya sekali. Namun suasana itu sedikit berbeza kerana masih ada audien yang boleh saya lihat di hadapan saya walau kecil jumlah mereka, masih boleh untuk saya renungi dan berinteraksi.

Namun ceramah di hadapan screen computer, secara berseorangan memang ada rasa peliknya, namun pernah saya lakukan sekali beberapa bulan yang lalu. Saya akui ada rasa sukar untuk menghayati ceramah sendiri, khususnya apabila tiba-tiba ada pendengar yang mengatakan suara tidak kedengaran, sedangkan yang lain berkata sebaliknya. Sebagai penceramah, saya yang ‘pening' hingga tidak pasti ingin mengulang semula isi yang telah disebut atau tidak. Kalau diulang pun intonasi dan penghayatannya sudah turun.

Keadaan mungkin boleh menjadi lebih kurang enak, apabila sebahagian besar isi ceramah saya biasanya datang secara spontan tanpa catatan semasa ceramah, justeru untuk mengulang semula akibat beberapa orang pendengar tidak mendengar dengan baik adalah satu cabaran tambahan.

Namun demikian, inshaAllah esok (13 Jun 2009), buat kali kedua saya akan berceramah secara online, di hadapan screen computer.

Melalui paltalk, pada jam 6 petang (USA), 11 malam (UK) - Hari sabtu 13 Jun 09

Bersamaan waktu Malaysia adalah 6.00 pagi (hari Ahad) saya akan ke udara merentas wayar dan gelombang internet.

kuliahonlinejun2009.jpg

Maklumat lanjut : layari

Amat baik sebenarnya dapat memanfaatkan kemudahan moden seperti ini untuk kebaikan Islam dan umatnya. Bayangkan seseorang penceramah dapat merentas sempadan geografi secara langsung (live) dean percuma pula, dapat berkongsi manfaat ilmu dengan jumlah  pendengar yang tiada hadnya di seluruh dunia. Pendengar pula boleh berinteraksi dengan sesi soal jawab.

Namun saya rasa, masih belum ramai penceramah yang tahu menggunakannya. Saya pula, baru mula belajar menggunakannya. Terima kasih kepada pihak MISG USA yang menyusun kuliah ini. Semoga ia berlangsung dengan lancar sebagaimana dirancang. InshaAllah. MISG memang tidak asing dalam industri ceramah online ini. 

CERAMAH DAN SKILL

Berceramah adalah satu dakwah yang sangat-sangat memerlukan skill, saya sendiri masih dan akan terus belajar cara dan kaedah yang efektif dan terbaik.

Kebiasaannya, apa yang pasti saya lakukan di peringkat awal adalah melihat latarbelakang audien. Namun hal ini tidak mudah untuk diperolehi khsuusnya jika berceramah di tempat yang pertama kali dijemput. Kita langsung tiada clue akan orang yang berada di hadapan kita. Jenis pemikiran dan harapan mereka terhadap ceramah kita.

Tatkala itu, jalan mudah adalah mengambil pendkataan ‘sederhana' dalam penyampaian. Maksud saya ‘sederhana' adalah mengimbangkan antara ilmiah dan ringan, antara isu asas dan perincian cabang. Sama seperti ceramah saya di Germany, Switzerland dan Perancis baru-baru ini. Ia adalah sebuah ceramah yang moderate untuk audien yang tidak saya ketahui latarbelakang dan kecenderungan mereka, apa yang diketahui hanya mereka adalah pelajar yang cerdas tetapi bukan bidang pengkhususan agama. Selain itu, itu pertama kali bertemu mereka.

Tatakala itu, saya tidak boleh untuk menghurai terlalu ilmiah. Justeru itu, saya terpaksa fokuskan perkara asas terlebih dahulu, membetulkan set up pemikiran terhadap priority di dalam menanggi ibadah khusus dalam kehidupan. Walaupun ia mungkin berulang dengan kandungan ceramah saya di tempat lain. Namun ia adalah satu keperluan yang sukar dielakkan bagi saya untuk pendengar di tempat baru. Perkara ini akan terus berlaku selagi mana penganjur tidak meletakkan sebarang tajuk khusus.

TAJUK KHUSUS

Bila tiada tajuk khusus, saya akan menumpukan kepada perkara asas dan ringan bukan terlalu ilmiah tetapi tidak pula terlalu ringan.

Apabila ada tajuk khusus, ia lebih mudah bagi seorang penceramah untuk menyusun point yang ingin disampaikan. Mudah juga bagi saya.

Justeru itu, nasihat saya buat penganjur yang ingin menjemput mana-mana penceramah, meletakkan tajuk semasa jempuatan adalah lebih friendly penceramah berbanding tidak meletak tajuk sebenarnya. Ada penganjur yang cuba ingin memberikan keselesaan kepada penceramah lalu diberi kebebasan pencermaha memilih apakah isi yang ingin dikongsikannya. Tatkala itu, keberangkalian penceramah mengulang isi ceramah lama adalah tinggi. Khususnya bagi sesetengah penceramah yang mempunyai kecenderungan terhadap sesuatu isu atau perkara. Tentunya perkara yang satu itulah yang akan diulang nantinya. Sebagai contoh, penceramah yang cenderung mengajak kepada tajdid pemikiran pasti akan menceritakan bab itu, pencermah yang suka ‘hentam wahabi', pasti akan meneruskan minatnya itu. Penceramah ahli politik pasti akan melencong ke politik, penceramah yang mendalami bab kekeluargaan, pasti akan pergi ke isu keluarga, demikian juga penceramah muamalat kewangan, aqidah dan lainnya.

Justeru tentukanlah tajuk buat penceramah anda. Berikanlah sedikit maklumat latarbelakang berkenaan siapakah pendengar yang akan datang, dan maklumkan kepada penceramah anda, minat dan kecenderungan pendengar di tempat anda, iaitu sama ada mereka suka ilmiah tulen seperti universiti, lawak jenaka atau sedih menangis, atau audien yang suka diajak berfikir dan lain-lain jenis audien. Semua maklumat ini amat membantu penceramah anda.

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

12 Jun 2009

18 Jumada Thani 1430 H

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #12 Doa/amalan untuk fasih public speakingMohd razib 2010-01-18 21:24
Salam Ustaz,

Ustaz seorang yang berpengalaman dan pakar dalam menyampaikan ceramah2.Topik yang disampaikan menarik,meyakin kan pendengar dan lekat dalam ingatan.
Mohon ustaz kongsi doa-doa dan amalan-amalan harian dalam islam untuk meningkatkan kualiti kemahiran public speaking.Skill ini bukan sahaja berguna di tempat kerja tetapi juga untuk keluarga.

terima kasih.
Quote
0 #11 KIAMAT 2012?AZMARIZA 2009-12-10 05:40
Assalamualaikum ustaz.. :-) Saya nk tanya benarkah kiamat boleh diramal?Diharap ustaz dapat memberikan penjelasan yG selenGkapnya..terima kasih..Semoga Allah merahmati perjuangan ustaz sekeluarGa..ameen :-)
Quote
0 #10 Pengisian yang jelas lagi bersuluh.fadhliatari 2009-06-19 15:12
Assalamualaikum .

Alhamdulillah, memang besar jasa internet ni jika digunakan untuk perkara kebaikan.

Jarak bukan alasan tidak mampu menghadiri majlis ilmu. Terima kasih ustaz,

Lain kali berilah ceramah lagi. Berkali-kali, dan lagi.. dan lagi.

Semoga Allah merahmati Tuan sekeluarga dan perjuangan. Ameen
Quote
0 #9 pembetulan linkibnuabi 2009-06-15 20:44 Quote
0 #8 alah bisa tegal biasaizham 2009-06-15 20:28
salam ustaz, bg saya tiada kekurangan dlm setiap perkara baru yg manusia lakukan spt ustaz nie. malah ianya mberi kelebihan kpd ustaz krn dlm utk jangka masa pjg benda baru spt ini akan dirujuk oleh rakan ustaz yg lain utk myampaikan ilmu mereka dlm versi baru iaitu ceramah online. bygkan seorg ilmuwan atau ape saje kategori manusia yg pakar dlm bidang masing2 tidak dpt menyampaikan ceramah o pengajaran mereka kpd org yg memerlukan kerana jatuh sakit.jadi tidakah benda baru spt ceramah online ini akan memberikan kemudahan kpd mereka dlm menyampaikan ilmu kpd org yg mencari ilmu. bak kata org melayu alah bisa tegal biasa.mula2 mmg kekok ustaz tapi akhir skali ia akan memberi kelebihan kpd setiap org yg mencuba benda baru ke arah kebaikan dan yg paling penting sahamnya akan berterusan dan digunakan oleh org ramai,ustaz gak yg dpt kelebihanny,dok gitu? :D
Quote
0 #7 link kuliah onlineibnuabi 2009-06-14 19:07
4shared.com/.../...

selamat mengambil manfaat darinya :-)
Quote
0 #6 Syukran To UZARGeekspro 2009-06-14 18:57
Tahniah sye ucapkan ust di atas kuliah online ni pg td pukul 6 pg waktu Malaysia...Tak lupa juga kepada penganjur...harap2 lps ni ade lg ceramah mcm ni...
Quote
0 #5 Dengar tru browserMohd Zahidi 2009-06-14 13:30
Boleh layari paltalk versi webbased, tak perlu install client dlm PC atau Macintosh, express.paltalk.com/, tp perlu pada latest flash player v10. Cuma, pendaftaran dari m'sia dibekukan buat sementara. Tp, boleh gunakan kaedah proxy.
Kebykan proxy server base di US.
Quote
0 #4 Waktu Australia (baca : Melbourne)zaim 2009-06-13 23:31
Salam

Kalau Malaysia kok 6 pagi, maka waktu Australia khususnya sekawasan Melbourne, 8 pagi :zzz Ustaz, nak tanya, kami pelajar di Australia nie terutama Victoria dipademikkan dengan Swine Flu. Kalau ikut Sirah Rasul saw, tak leh keluar daerah kan kalau ada wabak? Dan yang nak datang sini pun tak boleh masuk kan? Sebab ramai budak Victoria habis exam nie nak pulang ke Malaysia, manakala yang budak UK nak ziarah ke kawan-kawan dekat Victoria. Mohon nasihat ustaz hatta ringkas :-) Jazakallahukhai rankasira :zzz
Quote
0 #3 waktu bersiaranabuMAH 2009-06-13 15:27
assalamualaikum Ustaz,
Sekadar cadangan lewatkan sekitar 15 minit utk kami di Malaysia lari balik kerumah dari masjid kerana Solat Subuh di sini bermula lebih kurang dlm 5.50pagi.

Terima kasih

UZAR : inshaAllah akan dipertimbang.
Quote
0 #2 LEBIH BAIK DIRAKAMMOHD ASHURI SENAWI 2009-06-13 14:30
ALMAKLUM , KALAU DAPAT DIRAKAM KAN LEBIH BAIK...MALAYSIA SUBUH 5.35 PAGI, MEMANG SEMPAT , KALAU KEMESJID TERLEPAS...YANG PERTAMA SAYA TERLEPAS DAH.
Quote
0 #1 waktu bersiaran sebenar di malaysiashahkl 2009-06-13 00:06
salam Ustaz..
satu soalan.. 13/6 tu time untuk UK kan? sebab kalau 11pm on 13/6 di UK.. di malaysia sudah 14/6 @ 6am.. so, takut ada yang confuse tunggu depan pc pada pagi Sabtu, when the exact ceramah is on Sunday morning.. :-)

Harap dapat penjelasan.. tq

UZAR : OOH YE, 11 PM waktu UK bersamaan 6 pagi 14 Jun (pagi AHAD di Malaysia). Thanks kerana bertanya
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 103 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Peribadi, Tazkirah & Fikir Ceramah Secara ‘Online'