Wajahnya Muslim, Juadahnya Belum Tahu
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

Setiap orang menanggung dosa masing-masing, tiada sesiapa dibebankan dengan dosa orang lain. Itu adalah prinsip asas yang wujud di dalam Islam berdasarkan firman Allah swt : -
Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudaratannya kembali kepada dirinya sendiri; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali, dan akan diberitakan-Nya kepadamu apa yang kamu perselisihkan ( Al-An'am : 164 )
Imam Al-Qurtubi menjelaskan[1], ketiadaan kaitan ini hanya dari sudut dosa di akhirat, mankala di dunia, orang yang tidak melakukan dosa masih terdedah kepada azab yang dikenakan ke atas pelaku dosa. Ia berdalilkan kepada ayat dari Surah Al-Anfaal : 25 iaitu :-
"Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim sahaja di kalanganmu. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya"
TERIMA HADIAH DAN TANGGUNGJAWAB
"ustaz, saya ada terima hadiah aiskrim dari seorang rakan, tapi sebab saya baru sampai UK, dan tak tahu apa jenama dan kandungan yang halal, saya hanya bergantung kepada dia, boleh tak ustaz?" soal seorang pelajar di United Kingdom
"Ye la, tak kanlah dia nak bagi saya aiskrim ada babi pulak kan" tambahnya lagi sebelum sempat saya memberikan buah fikiran.
"Jika demikian, enta boleh makan aiskrim itu" jawab saya ringkas.
"Tak perlu baca ingredients ke ustaz?"
"Dah tadi anta kata, tak tahu apa yang halal, begini, kalau reti, bacalah dan buat penilaian ikut ilmu serta keyakinan sendiri, jika tiada mampu bergantung sahaja kepada penilaian rakan yang beri tu"
"Perlu tidak saya tanya dia direct,contohnya saya tanya "ni halal ke"?" katanya meminta penjelasan lanjut.
"Dua-dua boleh, nak tanya boleh, tidak tanya pun boleh juga, yang mesti adalah baca bismillah sebelum makan" saya menerangkan, cadangan itu berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w menerima daging dari seorang yang tidak dapat dipastikan sama ada ia disembelih atau tidak, maka diajar oleh Nabi untuk membaca basmalah.
"Kalau rasa kawan tu betul-betul rapat, sudut budaya dan adab pun ok, boleh ajukan pertanyaan, tapi kalau rasa ia sampai boleh menggugat hubungan persaudaraan, senyap saja dan balik semak sendiri dan buat keputusan, saya sendiri pernah simpan hadiah sekotak aiskrim yang orang bagi, akhirnya kami buang kerana tidak yakin, walaupun yang memberi tu rakan Islam juga" tambah saya lagi
MEMANG KERAP
Memang benar, bukan sesekali malah dalam banyak keadaan, kita tidak mampu untuk sentiasa meneliti dan menyemak segala-galanya, khususnya di dalam hal makanan.
Ketika kita memesan makanan di sebuah restoran milik orang Islam, adakah kita pasti ayam, daging lembu yang digunakan untuk menyiapkan hidangan adalah halal?.
Adakah kita dituntut untuk menyelidiki dan bertanya setiap masa, setiap kali? Bagaimana pula jika semasa memilih makanan di bazaar Ramadhan. Adakah semuanya halal ? atau adakah mencukupi hanya bergantung kepada bangsa atau agama penjual? Jika Islam, adakah secara automatic makanannya juga halal ? Bagaimana pula jika penjual itu berbangsa Melayu, adakah secara automatik dia juga Islam dan makanannya halal ? Begitukah sifirnya?
Jawapan yang ideal namun kurang praktikal adalah :
Semua tidak halal kecuali setelah yakin melalui kajian, semua bahan yang digunakan adalah halal.
Memberi jawapan sedemikian memang mudah, namun pelaksanaannya kurang dimampui. Islam tidak diturunkan untuk menyusahkan, namun begitu sebahagian hukum Islam ada yang dirasai sukar, bertujuan menguji sejauh mana keimanan umat Islam terhadap larangan dan suruhan Allah swt.
Pun begitu, semua arahan dan larangan yang dituntut oleh Islam, masih berada di dalam ruang lingkup kemampuan manusia biasa. Tiada arahan yang tidak dimampui oleh tenaga manusia, sebagai contoh wajib sebulan sekali solat di angkasa, puasa mestilah 48 jam berturut-turut tanpa makan dan minum.
Tiada di dalam Islam tuntutan sedemikian. Firman Allah swt : -
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. ( Al-Baqarah : 286 )
Atas alasan ini, jawapan kepada pelbagai persoalan di atas adalah :-
Semua penjual Islam WAJIB bertanggungjawab menjual barang yang halal sahaja. Oleh itu,
- Jika dijual ayam : Wajib dipastikan diambil ayam tersebut dari pembekal yang diyakini melaksanakan proses sembelihan yang sempurna.
- Jika buka restoran : wajib dipastikan ayam, daging dan lain-lain bahan mentah yang dibeli adalah halal, dari pembekal yang halal.
- Jika buka gerai : wajib bertanggungjawab di hadapan Allah swt akan semua hidangan atau juadah yang dijual. Semuanya menggunakan bahan yang halal dan diadun tanpa sebarang kandungan haram seperti arak dan sepertinya.
- Jika beri hadiah : Wajib bertanggungjawab bahawa hadiah makanan yang diberi, adalah makanan yang halal, telah dipastikan melalui ilmu, ia tidak mengandungi kandungan haram.
- Jika buat kenduri, rumah terbuka, jamuan : Wajib bertanggungjawab memastikan semua juadah adalah dari bahan halal, jika caterer yang menyediakan, wajib tuan rumah memastikan caterer bertanggungjawab ke atas perkara tersebut.
Semua pemberi hadiah, penjual makanan dan minuman, penjemput ke majlis dan pembekal memastikan bahan yang mereka sedia dan beri adalah HALAL. Tanggungjawab HALAL tergantung di atas bahu mereka, tiada cop halal JAKIM bagi sepinggan mee mamak, semangkuk mee bandung dan tom yom, secucuk satay dan ayam percik. HALALnya bergantung kepada si penjual dan mereka yang menghidang (jika kenduri).
Saya fikir amat PENTING untuk diingatkan para penjual, pemberi, penjemput, penjamu dan sebagainya berkenaan tanggungjawab mereka ini. Kerana umat Islam sememangnya tidak mampu untuk bertanya dan menyelidiki setiap satu hal di atas.
Saya sebenarnya merasa sedikit bimbang, apabila umat Islam pada ketikanya kelihatan bergantung sepenuhnya kepada bangsa. Jika restoran dilihat dilayan oleh Melayu, tanpa ragu dan bimbang lagi, diyakini semua hidangannya adalah halal. Sebenarnya, ramai Melayu dan Mamak yang bukan lagi Islam, ramai juga peniaga Melayu dan Mamak yang tersangat ambil mudah bab halal, sehingga ada kemungkinan mereka ingin menjimatkan kos dengan membeli ayam bangkai (tidak sembelih yang lebih murah) untuk restorannya, untuk kedai ayam perciknya, untuk jualan di kedai sataynya dan sebagainya.
Maka tulisan ini ingin mengingatkan mereka bahawa TANGGUNGJAWAB di hadapan Allah swt kelak adalah di bahu mereka semata-mata.
Saya
masih ingat, beberapa orang ahli Majlis Penasihat Syariah berbangsa Arab di
sebuah bank Islam, ketika menghadiri mesyuarat Syariah di Malaysia, mereka
menyangka semua makanan di Malaysia adalah halal, disebabkan Malaysia terkenal sebagai
sebuah Negara umat Islam. Sehingga mereka tidak sedar, begitu banyak kedai Cina
bukan Islam yang menghidangkan makanan haram. Disebabkan tidak tahunya itu,
mereka kenyang di kedai Cina. Entah halal atau tidak ...tidalah diketahui.
PROGRAM ISLAM DI HOTEL, MAKANANNYA?
Satu lagi trend masakini adalah menganjurkan program di hotel-hotel besar lima bintang. Syarikat swasta dan tidak terkecuali sektor awam kerajaan kerap menganjutkan program besar di hotel sebegini. Bayangkan satu persidangan ulama Fiqh sedunia dibuat di hotel lima bintang di Putrajaya. Yang hadir adalah kumpulan ulama terhebat di seluruh dunia, apabila tiba waktu makan, mereka semua makan tanpa banyak soal. Semua bersangka baik ia adalah halal, sedangkan berapa banyakkah hotel lima bintang di Malaysia yang mendapat sijil iktiraf makan dan dapurnya bersih serta halal?!
Saya tidak mendakwa ia haram, Cuma ingin menarik perhatian semua bahawa TANGUNGJAWAB memastikan halal adalah penganjur. Mereka menanggungnya di dunia dan akhirat.
PERSIDANGAN KEWANGAN ISLAM DI LONDON PROMOSI ARAK?
Baru-baru ini satu persidangan besar 8th Annual Islamic Finance Summit, dianjurkan di London. Bayangkan di dalam buku kertas kerja, dengan bangganya pihak penganjur memaklumkan dimana letaknya bar-bar yang boleh dikunjungi oleh para peserta. Pelikkan!
Memang ada hujah, kononnya kerana ramai juga peserta yang bukan Islam. Namun ia hujah yang karut lagi salah.
Ada pula yang berkata, "Dah penganjurnya pun bukan syarikat milik Islam, ia hanya sebuah syarikat latihan yang popular dunia, dan diketahui ia bukan milik umat Islam"
Ye, saya faham, ia memang bukan milik Islam, tetapi amat buta syarikat ini sehingga di dalam sebuah konferen kewangan Islam sedunia, di samping pemakluman bertulis tempat solat, borang itu ini, tempat makan dan lain-lain, dengan tidak pekanya mereka memasukkan sekali maklumat berkaitan bar serta restauran jualan arak.
PERSIDANGAN LAIN?
Demikian, sebegitu banyak persidangan berkaitan Kewangan dan Perbankan Islam dianjurkan. Memang sudah menjadi lumrah, ilmu perbankan dan kewangan Islam adalah satu jenis ilmu yang eksklusif sehinggakan persidangan mereka juga amat mahal yurannya dan bertempat di hotel lima bintang.
Sekali lagi diingatkan, penganjur bertanggungjawab memastikan makanan pagi, tengahari dan petang di persidangan itu adalah halal. Para peserta TIDAK AKAN MAMPU BERTANYA, malah sebahagian memang tidak MAHU BERTANYA kerana dijangka akan lebih menyusahkan mereka.
Kita sepatutnya bimbang, akan wujudnya persidangan dan seminar berkaitan hal ehwal dan ilmu Islam, tetapi makanan yang dihidang adalah ayam tidak sembelih, daging bangkai lembu, manisan berperisa arak dan sebagainya. Justeru itu, penganjur perlu lebih peka dan membuat demand serta meletak syarat kepada pihak hotel untuk memastikan semua bahan untuk persiapan makanan adalah HALAL.
Jika tidak, mereka akan bertanggung jawab atas segala dosa makanan haram yang disuap oleh peserta, seluruhnya..
"Eh..bukankah kita tak tanggung dosa orang lain?" soal seorang rakan setelah mendengar penjelasan saya di atas.
"benar, itu jika tiada kaitan, namun mengabaikan tanggungjawab, punyai kaitan, sama seperti seorang bapa mengabaikan nafqah isteri dan pelajaran agama anaknya, bukankah dia berdosa, malah menanggung dosa atas segala sikap buruk dan kejahilan anaknya?" Jelas saya.
Itulah yang disebutkan oleh nabi s.a.w :
Ertinya : "Setiap kamu adalah penjaga dan bertanggungjawab atas perkara yang di bawah jagaan dan tanggungjawabnya" ( Riwayat Al-Bukhari)
Sampaikan ingatan ini kepada seramai mungkin peniaga dan penjual. Ingatkan kepada pemberi hadiah, penjemput kenduri, pengusaha kantin dan caterer bahawa mereka mempunyai TANGGUNGJWAB yang besar. Bukan sekadar kira-kira untung rugi di buku log akaun mereka sahaja yang mesti diambil kira, tetapi KIRA-KIRA DOSA di akhirat lebih wajar dan lebih penting untuk difikirkan.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
30 Jun 2009
[1] Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, halaman 150
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
Info yang bagus orang2 melayu yag islam..
Minta izin copy untuk dipanjangkan..
THX
Starbucks HARAM, ISO 9002 JABATAN IMEGRESAN HALIMAH BINTI HAMZAH PASUKAN PETUGAS PROGRAM MS ISO9002 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA Please note that all chocolate, vanilla and coffee drinks at Coffee Bean and Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich is from animal origin (pork). Raspberry Frap uses cherries that has been dip n alcohol & the tiramisu contains RUM. Please pass this message to our muslim friends. Call JAKIM 03 - 8886 4000 for more information. Thank you INI
ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI SAUDARA SESAMA MUSLIM, SAMPAIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN...
semalam saya termakan babi kerana tidak tahu daging itu daging babi..
persoalannya..adakah saya perlu samak dalam mulut atau hanya di bibir sahaja?
terima kasih.
Nak mintak sedikit pandangan UZAR. betul ke makanan yg ada code E426 tu mengandungi lemak yg tidak halal?tlg komen..terima kasih
Saya ingin berkongsi pengalaman.
Saya mempunyai seorang rakan yang membuka sebuah restoran. Beliau adalah taukeh kedai tersebut.
Baru-baru ini, saya terserempak dengan beliau di mana beliau sedang keluar dari kedai ayam Cina. Saya akui saya tidak nampak apa yang dilakukannya di kedai itu kerana ketika saya terserempak dengan beliau, dia sudah pun keluar dari kedai.
Walau bagaimanapun, keadaan itu menyebabkan saya tidak berani makan di kedai rakan saya itu.
Saya berasa amat sedih kerana sebagai seorang Muslim, beliau tidak berfikir panjang untuk membeli ayam di kedai terbabit.
Harap dijadikan pengajaran kepada kita semua. Alangkan yang betul-betul Muslim pun membeli di kedai Cina, apatah lagi yang diragui keIslamannya....
sekadar ingin kongsi pandangan: kat pasar malam, warung burger tepi jalan, gerai, restoran, warung dan lain2 terlalu banyak yang menggunakan telur yang masih berada pada tray kertas ( tray telur) sedangkan telur itu adalah najis kalau tidak dibasuh terlebih dahulu, bayangkan telur keluar daripada perut ayam, telur pulak jatuh kat najis ayam kemudian dikutip letak kat tray then terus dimasak tanpa dibasuh.. then kita pulak yang beli makanan samada utk diri sendiri atau utk kawan2 dan di bg kpd anak2.. yang tukang masak satu hal dan yang beli pun satu hal...so kena hati2 dlm memilih makanan.
Memang benar. sekarang ni ramai penjual/ peniaga makanan Islam yang ambil ringan dan remeh soal halal dan haram. sy pernah ke sebuah gerai makanan yg diusahakan oleh orang Islam. Di kedai itu menawarkan menu mee kolok. Dalam nada bergurau sy bertanya kepada cashier selaku bos d gerai tersebut. " Mee kolok ni sape yg buat? Dengan selambe bos gerai tersebut menjawab "org Cina yg buat. Orang Melayu x pandai nak buat Mee mcm ni...." Di buat oleh orang Cina bagi sy tidak ada masalah. Masalahnya ialah status halal dan haramnya. Sehingga ke hari ini, sy tidak pernah lg berkunjung ke gerai tersebut.Walaupun rasa nak sgt makan mee kolok tersebut.
Hari Raya.
Ziarah-menziarahi adalah sgt digalakkan. Namun begitu sy sgt gusar apabila kebanyakan makanan yg dihidang seperti kuih-muih, biskut dan kek kebanyakannya dibeli di supermarket( kuih tunjuk) yg mana status halal dan haramnya mmg sudah diketahui. kdg2 terdetik dalam hati kuih/ kek je cantik tapi haram. Bila tuan rumah jemput makan, sy hanya menjawab dah kenyang. (dlm hati kata dah kenyang sbb hilang selera). Mudah2an kita sama2 menjaga makanan yg kita makan. kerana ini akan mempengaruhi hidup kita dan keluarga kita. Wassalam. Syukran UZAR atas artikel yg sangat memberi tahu.
Buat masa ini ayam yang diyakini diproses
secara Islamic (PUKAL) ADALAH dari Ayam
Azzain dan Ayam HPA. Tapi kita kena bayar
mahal sikit laa. Demi Allah..apa lah hal
harga tu ...kan
Ada juga kedai2 makan yang besar dan mempunyai cawangan sampai berbelas tempat telah menyediakan perunding syariah sendiri untuk memastikan kawalan dari segi halal makanan yang disediakan.
Yang pasti, kedai2 ini dimiliki oleh orang bukan Islam. Maka banyak lah permasalahan yang lain timbul.. bagaimana menentukan setiap kedai ini magikuti piawaian yang telah ditetepkan oleh perunding syariah tadi. Kebiasaannya, perunding syariah ini memang sudah dikenali ramai dan selalunya keluar di radio atau tv..
UZAR : tatkala itu, harus bagi orang ramai makan di kedai tersebut. dan perunding Shariah itu bertanggungjawa b.
UZAR : boleh rujuk wikipedia
Hotel lima bintang pun hanya nama sahaja, tapi sering meng'confuse' kan dalam hal-hal sebegini melalui cara yang betul2 berhemah dan 'tricky'. Kita memang tidak larat nak memeriksa, tapi pandangan saya adalah lebih baik kita terus menjauhi dengan tidak makan makanan yang sedemikian. Bagi yang concern pasti timbul was-was, dan bagi yang 'ala makan je laa' pasti tiada masalah. Masih terdapat byk lagi makanan yang diyakini halal di Malaysia ini.
Sekadar pandangan.
"Satu lagi trend masakini adalah menganjurkan program di hotel-hotel besar lima bintang. Syarikat swasta dan tidak terkecuali sektor awam kerajaan kerap menganjutkan program besar di hotel sebegini. Bayangkan satu persidangan ulama Fiqh sedunia dibuat di hotel lima bintang di Putrajaya. Yang hadir adalah kumpulan ulama terhebat di seluruh dunia, apabila tiba waktu makan, mereka semua makan tanpa banyak soal. Semua bersangka baik ia adalah halal, sedangkan berapa banyakkah hotel lima bintang di Malaysia yang mendapat sijil iktiraf makan dan dapurnya bersih serta halal???
saya ada pengalaman makan di hotel-hotel. biasanya makanan dihidang secara bufet. masalahnya pihak hotel atas tulis nama makanan dalam bahasa inggeris. jadi ada satu istilah yang saya cuba terjemah dalam bahasa melayu macam ada unsur-unsur kebabian.
jadi saya akan tengok pilihan, kalau sarapan pagi alamat bijirin sarapan dan susu segar laa.
saya akan cuba elak makan benda-benda yang namanya berunsur keharaman.
mungkin sebab tu palastin dan iraq kita tak boleh nak buat apa-apa sebab kita tak semak sama ada makanan yang kita makan halal ker tak? kita yang ada kuasa pun memilih katering yan halal pun tak pergi ke dapor dia orang untuk lihat sama ada ada bercampur arak ker tak dalam setiap makanan yang ditempah. kebanyakan kita hanya pilih makan yang sedap aje tanpa fikir kesedapan tu mungkin ada unsur keharaman.
hasilnya walaupun doa qunut dibaca oleh semua rakyat malaysia, kalau makanan yang kita makan ada unsur keharaman, mana mungkin Allah nak perkenankan doa kita.
saya ingat kebanyakan kita suka cari masa atau tempat untuk doa mustajab atau selalu mintak ustaz atau orang alim yang disangka wali namun bab makanan halal ni tak diambil perhatian. sahabat dulu hanya solat 2 rakaat sahaja Allah tunaikan permintaan.
sangka halal??? mungkin perlu dipertimbangkan semula
Kadang2 ada pula pendapat yg popular iaitu menjaga keredhaan Allah lebih utama dari menjaga hati manusia..
Haramnya salam lelaki dan wanita wlupun tgn sudah dihulur kpd kita.malah ada pendapat utk mengelakkan rasa malu penghulur salam dikhalayak ramai kita sambut salam itu.
Mungkin klu ada hadiah yg xpasti halal haram tu elok kita buang klu ragu2 ataupun terus makan?ataupun ikut mood iman kita pada masa itu? Pertanyaan sebegini muncul dalam org awam..seperti saya.
Saya boleh dikatakan setiap waktu melihat web ustaz bagi melihat komentar yang membina dan ulasan Uzar pada setiap komentar. Tapi saya kurang memahami kenapa ramai komentar menggunakan topik luar dari tajuk pengisian Uzar.
Apakah relevannya komentar mereka disiarkan atau adakah mereka kurang memahami objektif pengisian yang Uzar utarakan? Saya berharap komentar hanya tertumpu kepada skop yang diutarakan justeru penghayatan dan pembelajaran dapat dikongsi bersama. Kerana ada para komentar yang dilihat bernas dan telus dalam komentar bagi pengisian berkaitan dan ini boleh dijadikan manfaat bersama para pembaca. 'We come for better discussion and we leave with great conclusion'.
Syukran
Wassalam
UZAR : Memang betul agak kurang komentar yang bernas lagi bermanfaat, sememangnya ingin saja saya men'delete'nya, namun terasa kesian akan susah payahnya menaip.
Di harap pembaca kualiti dengan komentar kualiti akan bertambah dari masa ke semasa.
makan untuk hidup bukan hidup untuk makan...
Macam mana dengan pinggan mangkuk, periuk belanga, cawan, microwave dan segala peralatan memasak yang dibeli dari carboot, perlu disamak? TK.
ustaz, kawan saya meminjam dari saya wang sebanyak rm20ribu pada bulan januari 2008 lalu untuk besarkan perniagaannya dan dia berjanji untuk membayar hutang kepada saya rm2000 sebulan dengan membuat kontrak mengenai pembayaran hutang tersebut. Dalam kontrak tersebut katanya bila masuk bulan ke 11 dan 12 dia akan teruskan membayar rm2000 dengan niat sebagai hadiah kepada saya disamping akan memberikan rm20 ribu lagi katanya sebagai hadiah kepada saya
ringkasnya :
hutang saya kepadanya = rm 20,000
----------------------------------------------------------------------------
dia membayar hutang sebulan rm 2000 selama setahun(12x2000) = rm 24,000
pada awal 2009 keuntungan syarikatnya berganda dan dia hadiahkan = rm 20,000
jumlah yang saya terima = rm 44,000
soalan saya ustaz ;
adakah boleh saya menerima wang hadiah tersebut ustaz?
semoga ustaz membantu kekusutan saya..wang lebihan itu masih belum saya gunakan dan akan saya pulangkan sekiranya ia mengandungi unsur haram..
terima kasih ustaz.
Saya setuju dgn tulisan ustaz. Ramai umat Islam ambil mudah dlm soal makanan. Kalau orang bertudung yang serve makanan atau makan kat restoran mana-mana, mereka makan tanpa ragu. Ada juga yang bertanya dgn non-Muslim.."ini food halal ke?" Begitu rendah nilaian "halal" bagi mereka. Baru-baru ini ada alat yang di cipta untuk mengesan "babi atau by-product" nya spt lemak dll. Sayangnya tak di hebah kan dimana kita boleh dapatkan nya. Bukan kah senang untuk kita buat self-test sebelum kita beli sesuatu makanan. Alat ini altenatif yang baik kerana "self-test yakni iman" kita dah terlalu rapuh utk kita menolak makanan yang subhah. Asal ada tanda halal semua sebat. Non-Muslim boleh buat apa saje nak untung...! Tolong la peka sikit wahai saudara ku...wallahua'lam.
Kandungan alkohol dalam sebotol ubat batuk Rhinatiol dewasa ialah 1.64%. Halalkah ia ?
Terima kasih.
Saya sangat suka membaca artikel di sini. Cuma saya rasa mungkin lebih bermanfaat jika Ustaz menulis tentang apa yang biasa ditanya di dalam comment.
Banyak pelawat web ini ingin tahu status sesuatu jenis perniagaan sama ada halal, haram atau syubhah. Dan mereka turut memberitahu nama perniagaan dan info nya sekali, contohnya Ceramic tu...
Jadi saya rasa mungkin lebih baik dijelaskan tentang itu berbanding topik-topik lain. Kerana Ustaz diakui sebagai specialist bab Ekonomi dan Bisnes, jadi org akan rujuk pada Ustaz. Eloklah jika umat Islam rujuk pada yang ahli, bukan sebarang orang.
Saya berada di UK. Saya cuma nak tanya UZAR makan tak Domino's Pizza (Vege) & Sandwich Tuna GREGGS? Saya difahamkan Domino's Pizza halal.
UZAR : hmm, maaf saya memang tak makan tapi tak pasti sama ada ia halal atau tidak.
Baru ini, saya ada ikuti isi pidato Dr Asri tentang keluasan fiqh. Sgt menarik kerana bersifat memudahkan dalam hal jilatan dan sentuhan Anjing. Dalam hal produk makanan, bagi malaysia yang dianggap negara Islam beliau menyarankan kepada penggunaan logo haram bukan halal. Semua pada lazimnya dianggap halal boleh di makan kecuali yang dilogokan haram. Kuatkuasa atas logo ini. Dah dicadangkan kepada Jakim (tapi macam tak terima). Kelihatan sangat memudahkan dan melegakan pengguna Islam?
Bayangkanlah logo halal yang takda no rujukan atau untuk dihubungi. Begitu banyak. Logo Jakim pun tak banyak. Pernah saya sms 3 kali atas 3 produk .. termasuk roti yang terkenal .. semuanya bermasalah seperti logo halalnya dah expired. kalau kita kawal anak kita dari makanan sebarang (junk food pelbagai jenis coklat , manisan dll)sentiasa sahaja ada ibubapa yang memberinya samada melalui majlis di tadika dll.
Bagaimana pandangan ustaz dgn saranan Dr Asri?
abu-dubeis.blogspot.com
Satu penjelasan yang ringkas dan mudah difahami.. mohon kebenaran tampal artikel ni di information board surau
UZAR : silakan
Pada pendapat saya, jika semua peniaga, pembekal, penjual, penternak atau siapa sahaja yang terlibat di dalam industri pemakanan ni buat kerja dan teliti pasti kita x menghadapi masalah yang besar.
Wujudnya JAKIM untuk meneliti kesemua produk halal dan haram mungkin dilihat tidak mencukupi kerana JAKIM itu sendiri kita lihat hanya satu organisasi sahaja. Kurang berkemampuan untuk menilai dan meneliti semuanya. Jadi apa yang perlu dilaksanakan adalah sikap dan attitude semua pihak.
Buat kerja masing-masing dan tentukan dengan teliti produk masing-masing. Peniaga sekarang semuanya nak untung besar tanpa mengambil berat soal ini. Jika kita pengguna buat kerja tapi pihak penjual atau peniaga x buat kerja, jadi memang susah lah nak bendung masalah ini.
Majoriti peniaga hentam je halal haram. Kalau ada pun hanya melepaskan batuk di tangga. Tidak teguh dalam memperkasakan soal halal dalam makanan. Itulah punca utama saya rasa dan seterusnya bila makan makanan yang haram jiwa akan lebih terdorong ke arah negatif (kewangan riba). Pasal makan pun makanan haram, lalu jiwa mati. Hati buta dan tindakan akan disusuli dengan tiada keberkatan Ilahi. Cuba renungkan, jika kita mampu makan makanan yang halal dan sentiasa kita teliti berterusan pasti jiwa dan hati kita bersih. Berkat makanan halal tu akan menghasilkan pemikiran dan tenaga kerja yang halal pula.
Maka, perlakuan pasti terhindar dari pelbagai aktiviti negatif. Baca artikel ustaz, duduk sebentar dan renungkan sekeliling. Tiba-tiba terfikir dah berapa banyak kita makan makanan yang kita tidak tahu halal haramnya. Hakikat! Pasai sume pakat main makan janji perut kenyang. huh ustaz, dunia semakin banyak pancaroba dan dugaan. Semua ini ujian dari Allah pada hemat saya bagi melihat keteguhan dan keimanan kita. Mari meneliti. Wassalam
Artikel yg sungguh bermanfaat. Mohon ustaz izinkan saya utk attach di laman blog saya. Sekian, terima kasih.
RSS feed for comments to this post