Jumpa Saya di ‘Tanyalah Ustaz' TV9 Hujung Minggu Ini
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

Alhamdulillah, proses ‘berlari' mengejar kebaikan dan menyebar manfaat ketika saya berada di Malaysia bersambung kembali selepas cuti raya ini. Selain program-program sampingan yang tidak dimasukkan ke dalam jadual aktiviti, antara program yang saya kira agak penting untuk diwarwarkan (khususnya kepada pengunjung setia web ini) adalah kemunculan pertama saya dalam rancangan ‘Tanyalah Ustaz' terbitan TV9.
RANCANGAN UNIK
Satu rancangan yang bagi saya amat unik dan diperlukan di masa ini kerana menyediakan ruang tanya jawab agama secara live antara penonton dan tetamu. Seingat saya, kali terakhir saya melihat rancangan seperti ini adalah sekitar tahun 1988-1990 yang lalu. Ketika itu siarannya diterbitkan oleh RTM menampilkan tokoh agama Al-Marhum Dato Hj Ishak Baharom yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Mufti Negeri Selangor. Ia disiarkan pada waktu petang sekitar jam 6-7 petang.
Rancangan tersebut kelihatan mendapat sambutan hangat dari para penonton. Namun malangnya, rancangan seperti itu mulai hilang dari TV kita. Saya masih ingat ketika saya dijemput ke NTV 7 sekitar tahun 2004, di balik tabir saya cuba menyarankan ntv7 untuk menerbitkan kembali siaran seperti itu. Namun ia tidak menjadi kenyataan dengan seribu satu alasan dan masalah.

Kini, atas inisiatif TV9, program tanyalah ustaz sudah mencecah 160 episod. Saya difahamankan oleh penerbit, sambutan terhadap program ini juga semakin meningkat. Sehingga soalan-soalan tidak putus-putus diterima sama ada sebelum siaran ke udara mahupun sesudah siaran tamat. Tahniah kepada semua pihak yang bertanggung jawab dan berusaha kerana pastinya hasil usaha mereka bakal dianggap sebagai amalan jariah yang amat baik sama ada untuk dunia dan akhirat mereka.
Salah satu kelebihan rancangan ini juga, adalah tetamu jemputannya akan bepeluang menjawab spontan setiap soalan yang dikemukakan. Memangnya tidak mudah untuk menjawab spontan, khasnya bukan semua soalan mampu dijawab oleh ustasz/ah jemputan. Kalau boleh pun, mungkin setengah soalannya memerlukan huraian panjang atau mungkin juga kurang dikuasai oleh sang ustaz.
Saya pernah melihat beberapa siaran
'tanyalah ustaz' ini dan mendapati kesalahan kecil dalam fakta berlaku dalam jawapan
yang disampaikan oleh ustaz jemputan. Namun, kesalahan tersebut tidak wajar
dijadikan isu besar untuk menolak dan mem'bantai' sama ada program ini secara
keseluruhannya ataupun ustaz/ah jemputan yang terbabit. Kesilapan amat boleh
berlaku, khususnya di waktu jawapan spontan diperlukan, dan ditambah dengan
kekangan waktu yang disediakan. Saya juga pasti menemui kesukaran untuk memberikan jawapan spontan dalam rancangan tersebut nanti. Doa saya agar dijauhkan dari kesilapan-kesilapan lidah dan juga segala jenis penyakit hati di dalam amalan. Doakan saya ya.
RUANG DAN PELUANG
Di kesempatan berada seminggu lagi di Malaysia (sebelum berlepas ke UK semula), Alhamdulillah, saya diberi ruang dan peluang untuk berkongsi sedikit ilmu kurniaan Allah swt dalam rancangan ini. Ya, buat pertama kali.
Justeru, dengan rendah diri, saya menjemput tuan-tuan dan puan-puan untuk bersama saya di dalam rancangan tersebut pada
Jumaat : 25 Sept (7.00-8.00 pg)
Sabtu : 26 Sept ( 7.00 - 8.00 pg)
Ahad : 27 September ( 7.00 - 8.00 pg).
Tema atau topik yang diberi kepada saya adalah
"Jual beli dan Perniagaan Menurut Islam"
Semua soalan-soalan berkaitan topik berkenaan, jika masih ada yang bersarang di minda anda sekalian, atau yang telah ditanyakan kepada saya melalui sms, web dan email tetapi masih tiada jawapan, maka bolehlah diutarakan dalam rancangan terbabit. InshaAllah saya cuba sedaya mampu untuk memberikan jawapan yang terbaik, setakat kemampuan ilmu yang ada.
Namun, perlulah penyoal memahami adab ketika menyoal, juga etika mengutarakan soalan yang melibatkan nama-nama tertentu sama ada syarikat atau individu perseorangan, eloklah dielakkan kerana boleh membawa implikasi pelbagai yang mungkin tidak digemari oleh pihak stesyen TV. Mudah ceritanya, faham-fahamlah, ini TV dan bukan ceramah di rumah persendirian.
Kalau tidak mahu berfaham-faham, pihak penerbit bakal menentukan tindakan sewajarnya.
Jangan lupa ya..temujanji kita.
Zaharuddin Abd Rahman
3 Syawwal 1430
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
Saya ada 2 soalan.
Soalan 1, saya yakin yang seluar saya tidak bersentuh dengan kulit anjing walaupun pada masa itu, ada 2 ekor anjing berada rapat dengan saya. Jadi saya tidak melakukan samak. Sekarang ni saya tiba2 rasa was2. Wajib ke saya lakukan samak??
Soalan 2, kalau saya wajib lakukan samak, perlukah saya samak semua baju & peralatan yang pernah bersentuhan dengan seluar itu atau saya cuma perlu samak seluar yang saya gunakan pada hari tu sahaja???
Tolong ustaz..
ustaz rakan saya mengalami gatal gatal pada kulitnya dan membentuk gelembung pada kaki & tangannya dan blh jadi sgt lah gatal kadang2 tak boleh tidur malam .dia mengalaminya setelah byk bermimpi perkara pelik seperti jatuh dari tempat tinggi ,jatuh ke dalam tempat najis dan lain2.berkaitan penyakit ini agak sukar untuk dia menunaikan solat kerana air bisa dr kawasan kaki ini mengalir dgn banyak rawatan doktor tlah dibuat tetapi pulih seketika dalam 2@3 hari kemudian jadi semula .suatu hari dia cuba mendengar ayat ayat ruqyah dan apabila selesai dia rasa mual dan muntah keesokan hari dia beritahu saya yang air bisa kakinya semakin byk sehingga dia menangis kerana sukar utk dia tunaikan solat melihat keadaannya saya juga sedih..saya harap utz bleh hantarkan jawpn di emel saya cara utk bantu dia.......wassalam
saya telah enam tahun mendirikan rumah tangga dan mempunyai 2 anak lelaki. baru-baru ini ibu mentua telefon bapa saya menyatakan pernikahan saya dan anaknya tidak sah kerana ayah saya tidak ada pada hari pernikahan.
pada waktu pernikahan ayah saya dalam perjalanan ke kuala lumpur.ayah saya akan menunaikan umrah(tarikh asal telah diubah pada hari tersebut). beberapa hari sebelum itu ayah saya telah bertanya kepada kadi tentang ketiadaan beliau pada hari pernikahan saya dan bersetuju mewakilkan penikahan kepada kadi tersebut. kadi tersebut maklumkan tak ada masalah sebab ayah telah bersetuju dengan penikahan saya. mentua maklumkan dia lihat rancangan tv9 isu ini tapi saya tak jelas apa butir bicara yang sebenar rancangan tersebut. Mohon penjelasan ustaz.
Pertanyaan:.
Ahmad & Muhammad adalah adik beradik kandung yang mempunyai sebidang tanah bersebelahan setiap seorang 0.5 ekar.
Suatu ketika dahulu kira2 40 tahun lalu Ahmad sebagai abang telah menghadapati kesempitan wang ketika merantau lalu pinjam adiknya Muhammad sebanyak RM 300 pada sekitar tahun 60an dan pada masa yang sama adiknya ada menumpang tanah 0.5 ekarnya semasa pemberian ayah.Apabila Ahmad meninggal anaknya menuntut bahagian tanah tadi tetapi dimaklumkan si Muhammad warisnya jika hendak mendapatkan semula 0.5 ekar itu perlu membayar balik pinjaman tersebut mengikut nilai semasa sekarang.
MOHON PANDANGAN USTAZ.
Sekian terima kasih.
Ustaz apakah hukum jika kita memakai pendinding yang berupa kebal ( jika ditetak dengan pisau yg tajam pun tidak jadi apa2 )..untuk mengelakkan diri dr dimasuki benda2 halus ( Jin,syaitan )...
Sekian,terima kasih
sy ingin bertanye tentang solat sunat hajat...diketahui byk cara melakukan solat sunat hajat. sy ada merujuk buku -buku mengenai cara melakukan solat sunat hajat 12 rakaat.solat ini dilakukan sebayak 6 salam dan pada rakaat terakhir selepas tahiyat akhir dikehendaki sujud dengan bertakbir. semasa sujud hendak membaca alfatihah 7x ayat kursi 7x . selepas tuh bagun dan memberi salam.selepas salam sujud dan membaca doa dan hajat yang dikehendaki.
soalan saya:
1) selepasbangun dari sujud sebelum salam kedudukan mcm mana (masih dlm kedudukan tahiyat akhir ke) dan adakah tahiyat aakhir perlu dibaca sekali lagi sebelum memberi salam?
2) selepas salam terus sujud untuk membaca doa dan hajat.ngun daripada sujud terus boleh berdoa atau apa lagi yang boleh dilakukan selepas itu.
mohon penjelasan..
teriam kasih
apakah hukumnya hubungan kelamin pasangan pada siang hari suami hendak bermusafir selama 2 minggu? adakah hukumnya makruh dan tidak baik sama seperti larangan berjimak pada malam suami hendak bermusafir @ larangan jika suami bermusafir 3 hari 3 malam? Minta penjelasan ustaz...
terima kasih ustaz
No2....saya tinggal kat kampung....banyak tahlil...tapi menantu saya cakap...tahlil x boleh buat....berdosa...macam mana ustaz...?
saya nak bertanya mengenai aqiqah..adakah boleh kalau saya ingin membuat kenduri aqiqah untuk anak saya, tetapi saya ingin buat aqiqah dan kambing yang telah dimasakkan itu saya ingin sedekahkan kepada rumah anak-anak yatim?saya mempunyai anak lelaki, maka aqiqahnya dua ekor kambing..boleh ke kalau saya sedekahkan kambing yang telah dimasakkan itu ke dua rumah anak-anak yatim yang berlainan..(contoh seekor kambing utk rumah anak-anak yatim putera dan seekor lagi utk rumah anak yatim puteri).minta penjelasan dari ustaz dan berikan sedikit pendapat untuk diri saya..sekian terima kasih..
Ustaz, saya ingin bertanya mengenai konsep mengantikan puasa bersekali dengan puasa sunat syawal. Ada setengah pendapat mengatakan ganti puasa dahulu baru berpuasa enam dan setengah pendapat pula mengatakan boleh dibuat bersekali maksudnya semasa niat, niat bersekali berpuasa ganti dan puasa sunat syawal.
Yang kedua, adakah puasa seorang yang mempunyai penyakit asma/semput akan batal apabila mereka menggunakan "INHALER"
minta tunjuk ajar & penjelasan..terima kasih
RSS feed for comments to this post