'Tanyalah Ustaz', Cuti Raya & Terus ‘Berlari'
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

Saya bersyukur, kepulangan saya ke Malaysia di hujung Ramadhan dan hari Raya Eidilfitri yang lalu diisi dengan pelbagai jenis program. Walaupun keletihan di samping gangguan jetlag, Alhamdulillah, masih juga dapat menyempurnakan tugas-tugasan yang diamanahkan. Cuma saya gembira kerana dapat melalui beberapa pengalaman baru dan menyumbang dengan lebih meluas lagi.
TERUS ‘BERLARI'
Merakaman 4 slot rancangan Muqaddimah di luar studio Seri Pentas TV3, merupakan satu penglaman baru khususnya di ketika berpuasa. Saya Berjaya mengulas empat topik bagi empat slot Muqaddimah untuk siaran TV9 iaitu :
- 1) Kedudukan Wanita Dalam Islam
- 2) Adab Berbeza Pandangan
- 3) Adakah Hukum Islam Menyusahkan?
- 4) Rezeki Halal Ibadah Maqbul
Kesemua rakaman ini masih belum disiarkan, saya difahamkan ia akan mula disiarkan pada akhir bulan Oktober atau awal November ini InshaAllah. Jutaan terima kasih kepada Akhi Nasran dan Puan Shamsinar kerana memberi ruang.
PERNIAGAAN RANGKAIAN SECARA ISLAM
Di samping itu, saya juga bersyukur kerana dapat menyumbang kepada kemunculan skim Multi Level Marketing yang dilakar menuruti hukum Fiqh Islam. Berita berkenaan hal ini boleh dilihat di link berikut dan berikut .
RAKAMAN DOKUMENTARI
Antara program lain yang juga pengalaman baru adalah rakaman dokumentari solat yang diuruskan oleh Layar Consult Sdn Bhd untuk terbitan Astro Oasis. Sempat merkaman 4 episod untuk siaran ini. Selain itu, saya juga perlu ke pejabat Utusan Malaysia dan Berita Harian untuk sesi temurama. Sebelah malamnya pula diisi dengan tazkirah ringkas di Masjid Puchong Indah.
Pengalaman merakam suara dan temuramah semasa berpuasa, terasa amat mendahagakan, khususnya dalam suasana baru pulang ke Malaysia. Amat terasa kepanasan dan dahaganya berpuasa di Malaysia berbanding di United Kingdom yang tidak menghauskan, cuma lebih lapar.
Digigit cuaca yang panas, mandian peluh, jetlag, rakaman suara dan bertutur sehingga beberapa jam, terus menerus, agak menguji saya dan memberikan pengalaman agak manis. Terasa kerdilnya diri berbanding para pejuang Islam di zaman Nabi s.a.w yang memasuki perang Badar di padang Pasir dalam keadaan berpuasa, juga teringat kisah peperangan sukar di Hunayn. Moga amalan kita semua diterima Allah walau amat kerdil.
TANYALAH USTAZ TV9
Untuk ahli keluarga sebelah isteri, saya sempat menyampaikan tazkirah Eidilfitri pada pagi raya pertama, manakala keluarag di sebelah saya, tazkirah dilaksanakan pada raya 26 Oktober 2009, Sesi tazkirah diikuti slot 'tanyalah ustaz' dimana ahli keluarga berpeluang bertanya pelbagai isu agama kepada saya secara live, kalau sebelum itu mereka hanya mengiktuinya di TV9, kali ini mereka dapat bertanya live.
Selepas semua urusan keluarga, ziarah saudara. Agenda selepas raya diteruskan. Terdapat dua agenda utama, pada asalnya, iaitu siaran langsung rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 dan mesyuarat Majlis Penasihat Shariah Standard Chartered Saadiq Berhad.
Bagi mereka yang tidak sempat menonton siaran Tanyalah Ustaz, berikut adalah beberapa petikannya.
u. zaharuddin tanyalah ustaz siri 1 (2/4) from zaharuddin on Vimeo.
u.zaharuddin tanyalah ustasz siri 1 (3/4) from zaharuddin on Vimeo.
ust zaharuddin Tanyalah Ustaz Siri 2 (1/4) from zaharuddin on Vimeo.
Ust Zaharuddin Tanyalah Ustaz Siri 2 (2/4) from zaharuddin on Vimeo.
Sesiapa yang berhasrat untuk menonton penuh semua siri tanpa kurang, boleh download dan menonton di komputer sendiri. Boleh muat turun dari link-link ini.
Beberapa catatan gambar sewaktu di Malaysia baru-baru ini.
LAGI RAKAMAN, URUSAN BUKU DAN RUMAH
Agenda selepas raya juga menjadi amat sibuk apabila saya juga sibuk menguruskan pembelian buku wang, anda dan Islam oleh pihak Perpustakaan Negara sebanyak 475 naskhah. Katanya sebagai penghargaan kepada para penulis buku di Malaysia, Alhamdulillah buku saya terpilih. Semua pembelian dan urusan penghantaran perlu saya uruskan sendiri.
Lebih unik, sempat juga saya menjual kereta Myvi milik isteri saya dan membeli sebuah rumah di Gombak setelah usaha keras mencari dan mengurus dalam tempoh 4 hari. ! Semua urusan perbankan dan guaman bagi kedua-dua transaksi besar itu juga sempat disiapkan sebelum pulang ke United Kingdom.Keputusan pembelian rumah dibuat setelah info rakan, beberapa orang ahli keluarga dan semakan melalui internet mendapati pasaran harga rumah di Malaysia sedang meningkat khususnya di kawasan strategik di sekitar Gombak. Di waktu yang sama, kadar pembiayaan oleh bank-bank Islam pula sedang berada di paras yang amat baik. Setelah menimbang pelbagai perkara, saya nekad dengan keputusan tersebut bagi mengelak harga semakin melambung 1-2 tahun lagi.
Pada masa yang sama juga, sibuk berkejar ke radio IKIM fm untuk rakaman slot buku Untukmu Wanita dan juga 4 slot bicara Multi Level dan perniagaan Islam, StormReaders ( untuk siaran bulan Disember 2009 nanti).
Semasa menghadirkan diri ke studio, sempat bertemu Al-Fadhil Ustaz Zamri Zainul Abidin, dan beliau memaklumkan yang rakaman siri muamalat Islam yang pernah saya lakukan dahulu telah disiarkan di radio IKIM, setiap pagi Isnin jam 7.30 ke 7.42 pagi. Di tengah kesibukan menunggu giliran ke studio rakaman untuk slot Storm readres itu, Ustaz Zamri terus meminta saya untuk merakam sekitar 5 atau enam siri Muamalat bagi siaran akan datang, namun masa tidak mengizinkan, dan akhirnya saya terpaksa merakam sendiri di UK dan mengirimnya ke Malaysia.
Terus terang, keadaan sibuk sebegitu menjadikan kebanyakan pengisian saya terpaksa dibuat secara spontan tanpa persediaan, bagi mereka yang mendengar pastinya dapat menangkap kekurangan tersebut. Apapun, itulah yang terdaya dan sempat disumbangkan buat masyarakat sewaktu kepulangan ke Malaysia baru-baru ini.
Walau kelihatan sibuk pada zahirnya, hakikatnya masih terlalu ramai yang jauh lebih sibuk dan berjasa serta menyumbang berbanding saya, justeru operasi ‘berlumba', mengejar dan terus ‘berlari' dalam memberi manfaat kebaikan Islam akan diteruskan. Yang paling penting, untuk memastikan usaha ini bernilai di sisi Allah dan bukan hanya pada pandangan manusia yang sementara ini. Doakan saya agar istiqamah dan ikhlas..
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
22 Syawal 1430 H
12 Oktober 2009
MUAT TURUN PENUH SEMUA SIRI SEBAGAIMANA DI BAWAH :(IHSAN MYMAKTABY.COM)
Download MP3: http://www.mediafire.com/?idjonykyyuz
Download Video (format FLV): right click - save target as... / save link as...
Bahagian 1, Bahagian 2, Bahagian 3, Bahagian 4
NEW 048. Jual Beli & Perniagaan Menurut Islam - Tanyalah Ustaz TV9 (Siri 157) 26 September 2009
Download MP3: http://www.mediafire.com/?2d2fyzjyu3m
Download Video (format FLV): right click - save target as... / save link as...
Bahagian 1, Bahagian 2, Bahagian 3, Bahagian 4
NEW 049. Jual Beli & Perniagaan Menurut Islam - Tanyalah Ustaz TV9 (Siri 158) 27 September 2009
Download MP3: http://www.mediafire.com/?2ymiygmlwij
Download Video (format FLV): right click - save target as... / save link as...
Bahagian 1, Bahagian 2, Bahagian 3, Bahagian 4
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites
































Comments
saya tak jumpa jawapan dari ustaz dalam soalan yang ditanya berkenaan ads4bucks samada mengikut syariat atau tidak. sesiapa yang ada jawapan mohon dikongsi. Terima kasih..
Untuk membeli sesebuah rumah, pihak bank hanya memberi pembiayaan 90%, bagaimana cara Dr. menyelesaikan kos 10% lagi, sumbangan takaful, legal fee dll. adakah secara cash money? perkongsian pengalaman Dr. amat berharga buat saya yg. dlm. proses membeli rumah secara Islamik.
Moga ALLAH S.W.T membalas Dr. dengan sebaik2 ganjaran.
Pasal pairing ni, nak dpt pairing pun plu usaha..x de nye manipulate..itu komisen kita sbb kita tunaikan kerja kita...company bagi la komisen.,..mcm u keje...kalau x turun keje hari ni x de la gaji,..x ke sama? Lagi 1...org yg kita bawa join tu...bukan nya x hantar gi kursus, g training..sminar...mcm kita nk jadi doktor...blaja la kedoktoran...nk jadi networkers, blaja la ilmu networkers yg betol..
Untuk kpd sesiapa yg musykil jugak...Ads4bucks ni portal iklan...u promote website ni u dpt komisen...bila join u dpt 8 jenis produk untuk kembangkan bisnes u...produk dia smua online tools service...kalau ada sesiapa yg maseh musykil khususnya dari kuching sarawak..do add me in fb Hamim Sixtynynez
Bapa saya baru saja meninggal 40 hari dan dia meninggalkan sebuah rumah dan tidak mewasiatkan kpd sesiapa, jd kami mengambil keputusan utk mengikut hukum faraid. Tapi saudara mara kami membantah sbb alasan adik sy masih tinggal di sana dan ini menyebabkan mereka beranggapan yg saya dan kakak sy mengejar harta rumah. Terus terang kami tidak terlintas spi ke situ, kami lebih memikirkan adik kami dr itu dan kami dua beradik yg sudah berumah tangga tidak keberatan mangambil dia tinggal di rumah kami tp adik sy lebih selesa tinggal bersendirian. Dan alasan utk menjual rumah itu, pertama kami tidak mahu dia tinggal seorang diri di rumah meskipun dia sudah berusia 28thn dan kedua dia perempuan dan apa-apa boleh berlaku dan ini membimbangkan kami. Jika boleh sy memohon pendapat ustaz apa jalan terbaik utk kami laku kan.
Wasalam.
Kalau bisnes ni bagus kenapa guna pairing system? Sedangkan scam dan skim cepat kaya mmg suka guna sistem ni. Mmg terbukti boleh jana income cepat tp seketika sahaja. Sy dh byk buat research mengenai konsep pairing system ni. A lot of people manipulation. Kalau ada pertanyaan sy boleh terangkan secara detail lg.
saya memang berminat dalam perniagaan internet ni.memandangkan saya ingin menjana pendapatan sambil mengurus sendiri anak anak saya.dalm proses untuk membina laman web sendiri untuk menjual.ADA SEORANG KAWAN MENGAJAK SAYA JOINT ADS4BUCKS.SAYA DAH SURVEY SEDIKIT DEMI SEDIKIT ADS4BUCKS NI.DAN PROGRAM NI BERBENTUK MLM DAN NETWORKING.TAPI SAYA MASIH BUNTU DLM MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK JOINT ATAU TIDAK PROGRAM NI..
HARAPAN SAYA DAPATLAH KIRANYE USTAZ DAPAT JELASKAN SEDIKIT ATAU ULASKAN MENGENAI PROGRAM INI.ADAKAH PROGRAM TU MENGIKUT SYARIAT PERNIAGAAN DALM ISLAM..?
Ustaz, saya terbaca di sebuah forum (Indonesia)tent ang mengapa umat Islam perlu azan? Di bawah adalah copy dari forum tersebut.
""Apakah ajaran islam tdk mampu membuat umatnya untuk beribadah atas kesadaran sendiri? Kenapa harus dipanggil2? Harus diingetin? Sangat gak asik lagi serius nonton acara TV trus kepotong adzan maghrib. Belum lagi yg di mesjid koar-koar....""
Semoga penerangan Ustaz dapat mencerahkan kembali perkara tersebut.
Terima Kasih
adalah haram jika seorang perempuan membuang bulu di kaki dan mukanya? bulu di muka lebat spt misai dan bulu kaki juga lebat...apakah cara penyelesaiannya ...boleh ustaz bantu...syukran
4 tahun lepas sy ada membeli tanah & rumah dari pakcik saya dengan harga 85ribu, tapi sy bayar sikit2.. smpi skrg masih berbaki 5ribu. Baru2 ni dia meminta sy menjualkan balik rumah tu kat anak dia. sy setuju tp dgn harga 130 ribu. harga tu sy kira berdasarkan kpd jumlah byrn balik hutang ke bank (2 personal loan) dan baki hutang kat bank, plus kerugian sy setelah 4 thn membeli rumah tetapi x dapt duduk atau sewakan rumah berkenaan, disebabkan anak dia enggan berpindah dari situ. apakah sy blh meletakkan harga sebanyak itu? harap ustaz dapat memberi pandangan.. respons dari ustaz amat2 dihargai
UZAR : ya boleh letakkan harga itu. disamping tu lebih elok jika diminta professional valuer untuk menilai harga rumah tersebut.
UZAR : BUKAN, ia adalah Musharakah Mutanaqisah dan Aitab
tahniah diatas usaha dan penat lelah ustaz selama ni yg banyak membantu kami....
ada soalan lah ustaz...
bagaimana dgn konsep belajar al-quran dan tajwid secara elektronik??sedangkan kita mestilah belajar dari ustaz dan pakar2 tajwid dan al-quran utk mempelajari Al-Quran....
cukupkah jika kita hanya mengikut bacaan yg dibacakan tanpa melihat bagaimana huruf dan makhraj2 disebut??
tq.....klu soalan ni dah ada sebelum, maaflah....
sarjantulang
UZAR : boleh sebagai salah satu alternatif, namun perlukan guru selepas pandai dari elektronik tu untuk semak sekaligus sama ada bacaan tu dah betul atau tidak
UZAR : lebih elok dari sudut monetary sukar untuk saya naishat kerana ia bergantung kepada analsia peribadi dan semasa, kedua-dua ada kelebihan. saya menggunakan kedua-duanya untuk rumah saya. sebuah beli guna fixed, sebuah lagi pakai BFR.
Kagum dgn usaha ustaz yg mgkn payah utk dilakukan oleh orang lain. mudah2an ianya istiqamah.
Cuma bila dpt tahu yg ustz dh join Shariah Committee di Saadiq, ana harap ustz dpt prtegaskn mengenai penggunaan kontrak kontroversi e.g. BBA, Inah, dayn, istisna' ala malizi dll spt yg prnah usahakn di 1 investment bank sblm ini. FYI, Bank yg prnah ustz prtegaskn tu, alhamdulilLah smpai la ni komited dgn decision ustz.
UZAR ; InshaAllah, tapi baru join..so produk2 yang digunakan atas restu dan kelulusan penasihat syariah yang terlebih awal. perlu slow2 dan by stages dinilai semula. Tidak boleh mudah-mudah nak 'tembak' ..:-), nanti terpelanting balik..
Ust, ana ada satu soalan. apakah pandangan ust, kalau seorang lelaki berkahwin dengan seorang wanita (janda) yang masih belum mempunyai anak, dan wanita tersebut tua 3 tahun dari lelaki tersebut. bagaimana cara utk kita meyakinkan keluarga (lelaki) bhw itu adalah pilihannya.
harap ust boleh bagi ulasan dan memberikan kaedah&jalan.
salam
UZAR : Tiada masalah, beritahu saja keluarga itu tanda istikharah ( jika telah istikharah)
Ana nak tanya pandangan UZAR ttg p`amalan purdah dari segi hujjah yang baru2 ini telah dilarang penggunaannya oleh Tantawi..
...isteri ana d antara muslimah yg m`amalkan pemakaian purdah ini tatkala keluar dari rumah..
d harap pencerahan dari UZAR
waassalam...
ana ingin bertanya ttg isu larangan amalan niqab(purdah)ya ng telah d buat oleh Tantawi pemimpin t`tinggi Al-Azhar.
...isteri ana d antara muslimah yang m`amalkan pemakaian purdah ini apabila keluar dari rumah...
wassalam..
UZAR : teruskan pakai purdah tu. Larangan tu hanya kerana maslahat keselamatan yang lebih besar .. mengikut penilaian tantawi di Azhar. wallahu'alam.
sy dan suami nak refinance loan rumah kpd governmt, sy nak tanya UZAR adakah gov.loan ni syariah-compliant dan kalu yer kenapa UZAR tak ambil gov. loan sbb kalu tak salah sy rate gov 4% je..
sy nak refinance secepat mgkn, jadi pendapat UZAR amatlah sy dan suami hargai.. terima kasih..
UZAR : IA BUKAN LOAN TETAPI FINANCING.
ambil kedua-dua pun ok. dua-dua dah disahkan patuh syariah oleh pensihat syariah mereka internal dan external.
UZAR : TIDAK dibenarkan, kerana Rasulullah tak ajar buat begitu.
UZAR : RHB Islamic punya Syariah compliance dan lain-lain features lebih menarik khususnya mereka sedang ada promosi hariraya.
nk tny..kenape imam tak baca kuat ms rakaat ketiga dan keempat?tak mcm rakaat pertama n kedua
syukran ya ustaz..=)
UZAR : SEBAB nabi tunjukkan cara nak beribadah dan nabi tak baca kuat
UZAR : Penjelasan ada dalam buku wang, islam dan anda. riba bukanlah margin keuntungan dari jual beli aset biasa, hanya jual beli item ribawi shj, untuk faham apa benda aset ribawi dan bukan, kena rujuk buku saya tu,.
tahniah pada ustaz kerana berjaya memenangi ANUGERAH LAMAN WEB BERUNSUR ISLAM TERBAIK pasa anugerah MEDIA ISLAM NEGARA pada 7.10.09 yang lalu
terima kasih ats perkongsian cerita2 sebegini. smg dapat menjadi contoh n pencetus motivasi tuk kami berbakti di jalan-NYA..
RSS feed for comments to this post