Mengubah Fikiran Pendek Lagi
Sempit Yang Memandulkan Iman
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

Bagus dan menyakinkan.
Apa pendapat anda sekiranya anda menjumpai sebuah kotak icecream yang tercatat jelas pengumuman seperti berikut:

Pada hemat anda, berapa ramai yang akan berpura-pura tidak puas hati dan kembali menuntut ‘refund' atau ganti.? Jika dapat kembali wangnya atau ditukar, apa yang dapat dipuaskannya? Hanyalah nafsu sendiri, tanpa sedar tindakannya membawa bencana dan keburukan jua terhadap dirinya.
Tawaran ‘refund' dan tukar ganti seperti ini, boleh didapati secara meluas dalam amalan berniaga di negara bukan Islam, khususnya di sebelah Eropah. Setiap kali terlihat paparan seperti itu, akan terdetik di dalam diri, cukup ‘selesa' menjadi pelanggan dan berniaga jika sesebuah masyarakat itu profesional, telus dan amanah. Melaluinya, bilangan peniaga telus dan berhemah turut bertambah sehingga mampu melahirkan sebuah masyarakat amanah, selesa didiami, berniaga serta menjadi pelanggan.
Melalui pengalaman peribadi berada di negara sebelah Timur Tengah dan Malaysia, terbayangkan kerugian yang akan ditanggung oleh peniaga jika iklan sebegitu dipaparkan di kotak barang jualannya. Entah berapa peratus akan menipu dan mengembalikan barangan setelah puas diguna atau dimakan. Wallahu'alam.
Di United Kingdom, secara umumnya :-
- Stesyen minyak boleh isi minyak terlebih dahulu, kemudian baru bayar.
- Boleh beli icecream tertentu, jika tak puas hati dengan rasanya, boleh tuntut ganti dan juga wang, seperti di ASDA.
- Boleh beli barang pelbagai termasuk elektrik di kedai besar seperti ARGOS, jika dalam tempoh 30 hari dan rasa kurang berkenan, bolehlah ditukar walau telah diguna sepuas hati.
Memang benar, semua di atas tidak akan mampu dilakukan tanpa pengawasan system yang canggih dan teratur, namun ia juga lahir dari sifat amanah majoriti masyarakatnya.
Apa yang ingin saya ketengahkan di sini, bukanlah kehebatan kedai-kedai di UK, tetapi adalah ‘keselesaan' atau ‘perasaan lega' menjadi pelanggan dan peniaga di ketika tingginya sifat amanah di dalam sesebuah masyarakat walau mereka bukan beragama Islam.
KEBAIKAN MELAHIRKAN KEBAIKAN
Bertepatan dengan apa yang ditegaskan oleh Allah swt :وَمَا تُقَدِّمُواْ لأَنفُسِكُم مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِندَ اللّهِ إِنَّ اللّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Ertinya : "Dan kebaikan apa saja yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahalanya pada sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan. (Al-Baqarah : 110)
Benar lagi jelas, ayat ini bukan sahaja memberitahu perihal kebaikan balasan di Akhirat, malah juga balasan kebaikan di dunia lagi.
Pertama kebaikannya itu akan dirasakan oleh pelaku itu sendiri. Dia sendiri akan berasa lega, gembira dan lapang, perasaan tertekan dan stress berkurangan yang bukan hanya boleh meningkatkan potensi kesihatan tubuh fizikal, malah juga ketenangan spiritual seseorang.
Lebih hebat, aura kebaikan dirinya itu boleh terpindah kepada orang di sekelilingnya seperti isterinya, anaknya, keluarga, jiran-jiran serta rakan setugas. Mereka turut boleh merasa aman, damai serta selesa.
Nabi s.a.w pernah mengingatkan berkenaan kesan dan pengaruh kebaikan seseorang yang boleh berpindah kepada orang di sekitarnya.
الرجل على دين خليله فلينظر أحدكم من يخالل
Ertinya : "Agama seseorang itu adalah mengikut rakannya, maka telitilah seseorang yang ingin dijadikan rakan baiknya" ( Riwayat Abu Daud)
Demikian juga sabdaan Nabi :
إنما مثل الجليس الصالح وجليس السوء، كحامل المسك ونافخ الكير، فحامل المسك إما أن يُحذيك، وإما أن تبتاع منه، وإما أن تجد منه ريحاً طيبة، ونافخُ الكير إما أن يحرق ثيابك، وإما أن تجد منه ريحاً منتنة
Ertinya : "Perumpaan orang yang baik dan orang yang jahat itu adalah seperti penjual wangian dan tukang bakaran besi, Maka penjual wangian (kamu akan dapati kebaikan baunya) sama ada melalui pemberiannya, atau kamu beli darinya atau atau tempiasan baunya, adapun pembakar besi, sama ada ia akan membakar bajumu atau mendapat baunya yang busuk.." ( Riwayat Al-Bukhari)
Jelas, berpunca dari kebaikan satu orang manusia, ia boleh bercambah kepada yang lain dan dirinya menjadi semakin selesa dan gembira. Maka jadikan diri kita sebagai TITIK MULA tersebut. Jangan beralasan dan asyik mengharapkan orang lain untuk memulakan. Memulakan sesuatu yang baik ditengah suasana keburukan adalah sifat mulia tugas kenabian. Ia kerap dirasakan pelik dan asing lalu dikritik dan ditertawa oleh sang penjahat.
Tiada sebarang ruginya untuk mengelak diri dari maksiat dan keburukan, serta bersikap lurus dan amanah dalam setiap urusan kehidupan kita bersama manusia lain.
Mengapa perlu kita menipu sedangkan ia tidak disukai jika terkena kita sendiri?.
Mengapa perlu memaki hamun sedang ia pedih buat orang lain dan juga diri kita?.
Mengapa perlu merasuah dan mengambil rasuah sedang ia hanya akan merosakan diri kita sendiri serta mengalakkan kehancuran dalam bisnes, hancur pula nilai kualiti.?
Bukankah bagus dan terpuji, jika kita mampu memahami hakikat itu di minda dan hati kita, lalu menjauhi keburukan yang tidak lain hanya akan meninggalkan stress kepada mental, fizikal dan spiritual kita. Namun mengapa masih keburukan menjadi pilihan?!.
Cuba fikir-fikrikan dalam-dalam dan jauh-jauh ke dalam diri kita, mencari sebutir iman yang masih berbaki, suburkan ia..
Di United Kingdom, beberapa kawasan yang tinggi rekod jenayahnya MENJADIKAN KOS PELBAGAI JENIS INSURAN TURUT TINGGI. Kawasan seperti Manchester, Birmingham, London dan sebagainya adalah kawasan bandar yang dihuni oleh pelbagai bangsa dan sikap, maka pelbagai pula jenayahnya. Bertambah rendah kadar jenayah, semakin rendah kos insuran yang ditanggung, seperti di Lampeter, Wales. Bukankah indah sebegitu.
Lebih rendah kos rasuah perniagaan, maka lebih murah kos sesebuah pengurusan dan pembuatan, Bukankah lebih baik?
Lebih rendah bilangan jenayah setempat, rendah pula tahap kebimbangan ibu bapa dan penduduk. Hasilnya masyarakat yang kurang tekanan dapat dihasilkan. Bukankah ia lebih baik?
KEJAHATAN TIDAK MELAHIRKAN KECUALI KEBURUKAN
Amat malang, semakin ramai manusia hari ini lebih suka melihat manfaat yang dekat dan pendek, kesenangan sementara dan mudah akibat tertipu dek kebodohan sendiri.
RASUAH
"Mengapa kau beri dan ambil rasuah?"
"Jika tak beri rasuah, masakan syarikat aku boleh hidup?"
Itu alasan aqal pendek serta bingung seorang peniaga. Tidak dilihatnya jenayah rasuahnya itu secara meluas iaitu secara ‘big picture' yang akhirnya akan terkena kesan buruknya kepada perniagaannya sendiri, melalui pelbagai cara. Malang apabila dia hanya mampu melihat begitu pendek, ringkas dan tersekat.
Lupa bahawa sebuah masyarakat perniagaan yang korup menjauhkan perkembangan skill dalam sesebuah perniagaan. Mengundang pekerja yang korup juga, dan melarikan pelanggan. Ya, jangka pendek mungkin boleh mendabik dada, namun tunggu kesan buruknya kelak.
Rasuah bukan sahaja ditegah Islam malah disedari kesan buruk dan besarnya oleh pengusaha dan peniaga di Negara maju seperti Sinagapura, Amerika, UK, Jepun, Eropah dan lainnya. Mereka sedar, ZERO-RASUAH adalah pra-syarat untuk menjadi negara maju dari sudut ekonomi serta memandaikan masyarakat kerana perolehan kontrak adalah hasil kebijaksanaan dan kualiti kerja dan bukan hasil kebodohan beri rasuah.
TIPU
"Mengapa kau menipu, mengatakan barang ini rosak?
"Saja, supaya aku dapat semula duit aku dan boleh nak beli yang lain free"
demikian alasan kurang bijaknya. Apa yang dilihat hanyalah kepentingan diri sendiri, dia lupa tindakan buruknya itu satu hari mampu menjadikan dirinya sebagai mangsa pula.
Pernahkah anda ditipu sepanjang hidup? Tatkala itu tentu kita terfikir, mengapalah dia sanggup menipu kita, bukan? Justeru, jangan sesekali melakukan kepada yang lain.
ZINA
"Mengapa kau berzina dengan isteri, anak orang, kakak orang?"
"entahlah, aku rasa tak tahan nafsu dan terdorong dek nafsu, tapi seronok jugak" mungkin itu tegas seorang penzina perosak masyarakat yang patut dihukum bunuh sampai mati. Tidak disedarinya, perangai buruk itu merosakkan kaum wanita, selain mendorong ke arah lahirnya sebuah masyarakat bebas zina. Satu hari akan sampai kepada anak dan isterinya serta menambah peluang besar untuk diri dan keluarga, mati akibat AIDS dan lain-lain penyakit kelamin.
Malang apabila yang difikir hanya keseronokan seketikanya, tidak difikir tekanan perasaan ibubapa si wanita, suaminya, anak, dan lebih dari itu, tidak difikir perasaan Rasulullah s.a.w yang akan dijadikan tempat bergantung untuk syafaat di akhirat kelak.
PUKUL
"Mengapa kamu pukul orang ini?"
"Padan muka dia, kurang ajar sangat dengan aku, biar dia rasa dan tahu siapa aku"
Itulah desakan jiwa amarah si pemukul, dia lupa perbuatan itu hanya menusuk dendam dalam diri si mangsa, tunggu satu hari balasan lebih teruk mungkin menunggu, jika bukan diri sendiri, maka keluarga menjadi mangsa.
UMPAT
"Mengapa kau cerca, hina dan mengumpat dia sebegini?"
"Memang dia layak untuk ini, dia memang hina dan aku suka dia jatuh tersungkur pada pandangan mata orang lain"
nafsu suka melihat kehancuran orang lain diwarwarkan sebagai matlamat, konon untuk kepuasan diri, tiada sedar tindakannya hanya menunjuk kemunduran aqalnya kepada di pendengar dan pembaca lain.
RIBA
"Mengapa kau ambil perbankan riba untuk membeli rumah?"
"Kerana ia jauh lebih murah"
Tegasnya dalam keyakinan palsu yang disangka hakiki. Pengelihatan mata mindanya pendek sekali kerana tidak mengerti formula kira-kira dengan betul hingga tidak diambil perhatian kesan kiraan compounding interest atas kelewatan bayaran dan rebate.
Tidak pula meneliti percentage yang ditawarkan itu untuk tempoh berapa tahun.
Tidak sedar, jumlah ongkos bulanan yang disebut oleh pegawai bank di awal permohonan itu berbeza dengan jumlah mulai tahun ketiga akan datang.
Maka jadilah jumlah bayaran bulanan yang diberitahu oleh orang bank di awal permohonannya itu sebagai mazhab penentu bank mana pilihan hatinya. Tanpa dilihat lebih besar dan jauh kepada kadar-kadar lain yang tercactat di dalam kontrak dengan bank. Apatah lagi untuk kembali melihat kontrak janjinya dengan Allah swt. Malu dan kasihan melihat sebegitu pendek minda aqalnya dalam menilai kiraan.
Mata hati menjadi buta dari dosa dan pahala yang tertanggung oleh pemakan riba sepertinya.. Teruslah dia akan buta di dunia dan buta pula di akhirat kelak. Nauzubillah..
KOS AKIBAT KEJAHATAN
Kejahatan sebenarnya bukan hanya menyusahkan di akhirat, malah amat menyusahkan di dunia, berapa banyak kos yang terpaksa ditanggung kerana kejahatan manusia,
Alat anti kecurian, kunci, pagar, cctv, penjara, polis serta alatannya, alat anti wang palsu, anti kecurian, peti besi dan banyak lagi. Bayangkan kos yang dikeluarkan untuk semua ini.
Semua diperlukan kerana masyarakat yang diyakini berpenjenayah.
Saya dapat merasakan, bagaimana lega dan selesa rumah tanpa geril besi di setiap tingkap dan pintu, tanpa perlu additional lock untuk kereta di ketika menginap di Wales.
Peniaga juga selesa berniaga kerana sedar, majoriti masyarakat tidak menipu.
Ramai pencuri terpaksa menanggung kos tinggi akibat jenayahnya, sebagai contoh ketika mengambil insuran, apabila statistik kecurian kereta yang tinggi di sesebuah kawasan, seluruh penduduk kawasan itu akan menanggung kos insuran yang tinggi. Mungkin akan datang, si pencuri mencuri di kawasan orang lain, tapi kelak hasil tindakannya semua kawasan menjadi kawasan aktif jenayah dan kos menjadi tinggi. Lebih hebat dan bahaya, tindakannya memberi inspirasi kepada yang lain untuk turut serta sebagai penjenayah, lalu keluarganya menjadi mangsa.
FIKIRLAH LUAS DAN LEBIH JAUH
Oleh kerana itu, Islam mengajar kita untuk menilai sesuatu dari skop yang paling luas, keluar dari kepentingan diri kepada keluarga, masyarakat, negara dan akhirat kita. Allah swt menyebut:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Ertinya : Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah swt, dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Hasyr : 18)
Atas sebab itu juga Islam mengharamkan arak, disebut secara jelas keburukan lebih besar dan umum dari kebaikannya yang terhad kepada golongan tertentu, lalu ia diharamkan. Selain isu arak yang ingin Allah sampaikan, ayat tersebut juga mengajar kita suatu corak pemikiran, iaitu fikirlah dengan lebih luas dan lebih jauh.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
21 Oktober 2009
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
sekadar pandangan saya sebagai pemerhati biasa. Rasanya kita memerlukan lebih ramai lagi golongan cerdik pandai agama yang mampu terjun kedalam dunia sebenar dan bermain dengan realiti perniagaan sebagaimana yang ustaz lakukan.
mentaliti masyarakat kita sebahagiannya beranggapan cerdik pandai agama hanya pandai memberi pandangan tetapi bukan contoh. betul kita lihat rasuah kadangkala menjadi satu alasan untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup. cerdik pandai agama perlu terjun dan mengikut contoh sebagaimana junjungan besar kita yang menjadi peniaga yang jujur yang pada masa itu perniagaan dipenuhi dengan berbagai perkara yang salah.
sekadar pandangan.
Sy byk membaca buku2 motivasi barat.tetapi sy selalunya akan bandingkan nilai mereka dgn nilai islam.bolehkah sy copy entri ustaz ini utk dijadikan perbandingan dgn pemikiran barat,THINKING BIG DAN PETTY THINKING?penulisan sy tidak seberapa,tapi sy rasa bertanggungjwb terhdp pembaca blog sy.kerana muslim mestilah mengamalkan nilai seorg muslim.
UZAR : salam, boleh..cuma lg sertakan sumber web ini saja ye.
Assalamu 'alaikum warahmatullah
Apa yg UZAR saksikan sekarang di UK & banyak Eropah bukanlah sesuatu fenomena yang baru. Ketika saya menjejak kaki di sana hampir 30 tahun yg lalu, keadaan demikian (money back guarantee, self-service bagi pembelian petrol dan suratkhabar, dll). Memang terpikat dgn keindahan akhlak mereka.
Bila diperhatikan bagaimana ianya boelh terjadi demikian, pada hemat saya, adalah kesan dari sistem pendidikan mereka. Jika dibandingkan dgn sistem pendidikan kita yang lebih mementingkan akedemik sahaja. Malah cuba tanyakan rakan2 yg bukan Muslim - anak2 mereka yg belajar matapejaran Moral, mesti menjawab soalan peperiksaan "word-by-word according to the text book" Jadi subject itu yg sepatutnya dijadikan asas jatidiri, bukan dihayati dan diamalkan, hanya sekadar utk lulus peperiksaan...
If we are serious about becoming world-class citizens, we have to revamp the education system and parents have to support by setting good examples themselves... else, nothing will change, if not worsens... na'uzubillah min zalik!
Cuba bayangkan, sekiranya iklan-iklan di TV itu berasaskan (atau main theme) AKHLAK atau MORAL disamping mengiklankan produk mereka... sebagai contoh kecuali kerajaan memperuntukkan sebahagian duit cukai pendapatan kita khusus utk itu... secara tidak langsung boleh memumupuk kesedaran atau awareness - kepada tanggungjawab diri, masyarakat dsb.
Atau BILLBOARD di tepi jalan atau dinding bangunan... Sekurang-kurangnya tidakpun berpuluh ribu orang dapat tengok hari-hari... (train the subconcious)...
Dahlah jumlah yang pergi masjid tu boleh kira dgn jari - boleh tengok peratus yg pergi dengar tok guru baca kitab dgn yg pergi sembahyang jumaat tu...jauh beza...
Negara kita yg ingin maju ni lebih byk mempromosi kepada EKONOMI, EKONOMI, EKONOMI...tak habis habis... semuanya pasal duit... bukan tak boleh, tapi kalau sama banyak dgn pendidikan akhlak atau moral kan bagus...
Di sekolah, guru-guru pun dibebankan dgn tugas-tugas clerical lebih byk dr memberi pendidikan (dalam stllabus kata lain - arahan authority soh buat mende lain) hasilnya, cikgu yg over workload tak sempat nak create awareness bukan kpd pelajar2 jer tapi diri sendiri, tapi sama sama peers... Apabila cikgu setakat MENYAMPAIKAN ILMU bukannya TRANSFER ILMU, bayangkan lah, sama jer lah hasilnya... guru yg tidak mengamalkan ilmu yg di ajar akan menghasilkan pelajar yg juga tak mengamalkan ilmu yg dipelajari ...ilmu berjaya di transfer tp kesan tak ada... huhuhu..
sekadar memberi komen...
sudahlah...semua marilah kita mula buat amar makruf. tegur dan nasihat sepanjang masa rakan-rakan kita yang berdekatan agar ingat pada kematian dan besarkan allah. insyaallah iman kita pun boleh meningkat dan seterusnya dapat bertahan dari godaan nafsu.
Komen pertama saya selama ini.Di kawasan kampung di jepun akan ada `pondok-pondok sayur dan buah-buahan`.Pilih saja sayur/buah kemudian letak duit dalam bekas yang disediakan.Tiada sayur/buah,mahupun duit yang hilang.Benar,trust system adalah mentaliti yang hilang dari masyarakat umat islam di malaysia.
Pernah juga saya keluarkan duit di ATM bernilai rm300,tapi disebabkan kecuaian saya,hanya kad sahaja diambil tanpa wangnya.Tapi selepas berjalan seminit tiba-tiba seorang lelaki jepun berlari ke arah saya sambil menyerahkan duit saya.Subhanallah!
Semoga UZAR sihat-sihat selalu
moga Allah terus membantu UZAR menyebarkan betapa pentingnya mencari harta yang halal agar hati suci kerana hati suci adalah permulaan datangnya cahaya Allah. Dengan mengenal diri dan mengetahui syariat Islam, bantuan Allah untuk mensejahterakan diri, masyarakat dan alam dapat direalisasikan.
Boleh tak uzar komen pasal beberapa perkara ini dlm artikel2 yg akan datang:
1. Saya dapati banyak program2 hiburan di TV atau radio ada rancangan ala2 menipu atau mengenakan orang seperti Panggilan Hangit Radio HotFM, Boom,boon bang TV3 dan lain2. Walaupun tujuan hiburan tapi unsur menipu tu macam jadi takpe ata halal pula.
2. Saya terbaca pasal lelaki kena jaga aurat antara pusat & lutut, oleh itu pakai seluar yg menampakkan bentuk punggung & bahagian kemaluan depan macam seluar jeans boleh jatuh kira tak menutup aurat dgn sempurna sama macam kalau perempuan pakai seluar. Ikutkan pakai seluar slack yg sederhana longgar pun boleh kira tak berapa tutup aurat dgn betul, kalau sembahyang pakai seluar boleh jadi tak sah. Saya diberitahu juga rakan aurat lelaki dengan lelaki cuma 2 kemaluan depan belakang sahaja sebab Nabi pernah duduk dengan sahabar terdedah bahagian pehanya. Benarkah?
wslm.
mungkin itu yang akan menghalang Malaysia dari mencapai negara maju 2020-kerana mentaliti rakyat nya!..lebih gerun lagi, dikala kita mengatakan negara maju itu tidah bertamadun serta berakhlak, kita pula berperangai lebih teruk dari mereka..apakah hanya dengan solat, puasa, haji bererti umat Islam lebih bertamadun dan berakhlak.sukar untuk mendengar terima kasih,salam @ hello) dikalangan umat Islam sendiri sedang disana ucapan thank you, good morning, hi, good luck sedia dimulut - diucapkan kepada sesiapun walaupun tidak dikenali.
sy tidak lagi berpeluang ke seberang lautan di negara sejuk. tidak lah dapat berkongsi pengalaman yang tiada lagi.
bukan juga hendak menyangkal atau memperlekehkan suasana dan amalan "refund" di negara orang.
dalam hemat sy, kuasa pengguna di negara sana besar berbanding di Malaysia. jika di bandar2 besar di negara sana, selalu diketahui umum dengan keberkesanan persatuan/organisasi berasaskan pengguna. tidak seperti di Malaysia.
jika disebut persatuan pengguna islam malaysia, mahupun persatuan pengguna pulau pinang, ternyata tidak setanding dengan di negara sana. bukan tiada usaha memantapkan pengaruh pengguna, tetapi masyarakat sendiri tidak bersatu hati dalam banyak hal. lihatlah isu kenaikan harga petrol, harga tambang bas ekspress, harga gula, harga minyak masak dsb. Berdesas-desus di awal krisis, kemudian ... lega.
jika disebelah fikiran sy lagi, ada sesuatu yang sy fikirkan mengapa peniaga-peniaga di bandar negara sana boleh menawarkan "refund". saya cuba berfikir lebih kritikal dan saya ingin berkongsi link ini: youtube.com/.../OqZMTY4V7Ts
Sejak dari itu rumah saya bergrill penuh semua tingkap, dalam rumah sendiri pun saya tak berani letak barang merata-rata, mesti kena letak dalam laci berkunci.
Dalam masyarakat yang teruk dan korup seperti ini, di mana tempat kita yang telah cuba sedaya upaya menjaga hak orang lain sedangkan hak kita tidak di jaga oleh masyarakat?
Anak-anak muda kita bukannya nak buat benda-benda berfaedah seperti bekerja cari rezeki yang halal, yang pandai tu belajarlah sehingga menara gading, tapi makin ramai yang ketagihan dadah, arak, pil khayal dan yang seangkatan dengannya.
Hasilnya dah tak ada duit peras ugut dari ibu bapa sendiri, tak dapat duit pecah rumah, mencuri, meragut, merompak, menyamun dan sebagainya. Patutnya penagih dadah bukannya dimanjakan dengan menghantar mereka ke pusat serenti, tapi hukuman penjara dan sebatlah yang wajar.
UZAR : sedar atau tidak, kebanyakkan makhluk perosak ini lahir dari keluarga yang pincang. Ibu bapa yang lemah dan mungkin terlalu alpa dengan mencari kekayaan. hingga lupa kekayaan akhlak dan santun anak dan keluarga lebih membahagiakan. Justeru, kemaskan diri sebagai tunjang keluarga utuh. Jangan biar diri lemah akibat kelamahan masyarakat
Kadang-kadang terfikir siapa yang lebih berakhlak kita atau mereka? persoalan yang masih belum ada jawapan nyer..
Suka sy ingin berkongsi cara promosi yg dilakukan di luar negara...seperti saudara pengarang tahu,di malaysia juga ada seperti itu.contohnya court mamoth.. sebenarnya keberkesanan sesuatu kaedah itu memang bergantung kepada tahap pemikiran dan keprihatinan sesebuah masyarakat...apa pun ianya adalah pendapat saya sahaja...tepuk dada tanyalah selera bagi saya kurang tepat..sebaiknya tepuk dada tanyalah iman..
p/s: di bawah sub topik 'RIBA', ustaz menulis; 'Teruslah dia akan buat di dunia dan buta pula di akhirat kelak'
buat @ buta?
saya tanam semula getah pun peg. RISDA minta duit kopi utk lulus, yg tak sangka berkopiah dan dah HJ pulak tu. nampaknya penyakit rasuah ni dah menyerang sesiapa saja.
Semoga dirahmati Allah s.w.t. Saya mendoakan agar ustaz sentiasa bersemangat dalam berdakwah dan memberi saya kekuatan agar turut sama amar makruf nahi mungkar.. Saya ada soalan ustaz, apakah hukumnya jika jual beli emas dan perak dibuat tempahan dulu. Maknanya lock harga, kemudian proses transaksi berlaku iaitu bayar dan terima kemudian. Saya benar2 memerlukan jawapan. Terima kasih ustaz.
mmg plik, negara islam sendiri pn kalah dr segi akhlak dgn mreka di brt..mgkin sbb kite cbe nk tru mrk sgt smpai dah jadi biasa budaya rsuah dsbg.
semoga kepimpinan negara akan menjadi cth tauladan yg baik kpd rakyat m'sia utk berubah kpd yg lbh baik
(Bernama) - At 12.14pm on Dec 14 last year, a government-owned Proton Perdana filled up fuel worth RM113 at a petrol kiosk in Raub, Pahang, and a minute later the same vehicle filled up for RM112 at the same kiosk, according to the Auditor-General's Report of 2008.
The same vehicle filled up at the same kiosk at 6.35pm and 6.36pm on Dec 19, for a total of RM225, the report says, adding that the same thing was repeated on Dec 23, 24, 26 and 31, for a total fuel cost of RM1,349.95.
The report cites the case as abuse of the indent card for procurement of fuel for government vehicles, and says an audit check revealed 24 cases of filling up of fuel in a period of less than five minutes involving five vehicles of the Pahang state secretariat.
The report says no action was taken against the authorities in the matter and, as a consequence, the state secretariat had to bear the high consumption cost of fuel.
It says the state secretariat informed that the matter would be resolved with the cooperation of the Pahang branch of the Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry by inspecting the system of fuel procurement applied by suppliers.
The audit department also found the maintenance cost of four Proton Perdana V6 Executive of the state secretariat to be excessive compared to the procurement cost of the vehicles.
Read more: mt.m2day.org/.../84
RSS feed for comments to this post