Peribadi, Tazkirah & Fikir Sejadah 'Berdiri' di Rumah Saya!

Sejadah 'Berdiri' di Rumah Saya!

  • PDF
(29 votes, average 5.00 out of 5)

Sejadah 'Berdiri' di Rumah Saya!

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

sejadahku.jpg

 

Di ketika saya menulis artikel ini, di Malaysia khabarnya sedang agak hangat dengan peristiwa pelik sejadah ‘berdiri' di surau-surau. Mungkin disebabkan minat yang tinggi manusia kepada perkara luar biasa dan pelik, lalu hal ini menjadi tarikan media. Tersiarlah gambar-gambar sejadah berdiri di pelbagai akhbar dan media.

Surau yang terbabit menjadi penuh, orang ramai datang dari jauh dan dekat untuk melihat sejadah ‘berdiri', ya ‘berdiri' menunaikan solat? Wallahu'alam.

"mungkin ini teguran Allah kepada hambanya agar menunaikan solat" tegas seorang ustaz lepasan timur tengah, sambil mengangguk-angguk kepalanya, insaf barangkali.

"Ini tanda orang di sekitar surau terbabit tak solat, sampai sejadah terpaksa mendemonstrasikan apa yang patut dibuat" kata seorang pengulas semi profesional yang lain.

"Hebatnya islam, hingga ada sejadah berdiri" ada tak agaknya orang bukan Islam yang kagum dengan peristiwa ini sehingga boleh terpacul kata sebegini?

Memang benar, surau yang biasanya gersang dari pengunjung tiba-tiba menjadi penuh. Bertambah ramai kerana sejadah ‘berdiri'.

SAYA DITANYA

Biasanya saya tidak begitu meminati berita seperti ini, bukan ingkar atau menafikan, cuma Al-Quran itu sudah lebih dari ajaib untuk kita sebenarnya.

"Namun tidak mengapalah, ada sesetengah orang mungkin memerlukan yang lebih dari Al-Quran untuk beriman agaknya, seperti sejadah ‘berdiri', hmm pelik. Biarlah jika mereka ingin kagumi, asal akhirnya boleh kembali kepada Al-Quran." Tegas hati dalam saya bila terbaca satu tajuk berita di internet, tanpa saya minat untuk menekan dan membaca lanjut.

Namun satu hari, apabila saya ditanya berkenaannya dan diberikan link berita yang ditulis mengenainya. Tergerak pula hati untuk klik dan melihat gambarnya.

Subhanallah !

Saya tidak dapat menahan untuk senyum sejurus saya klik dan melihat gambar yang terpapar. Hati menjadi kurang selesa, minda laju berfikir. Saya memikir apakah yang telah jadi dalam pemikiran orang di zaman moden ini. Saya berfikir, adakah itu jenis ‘berdiri' yang dianggap hebat dan luar biasa?

Terus terang saya menjadi sedikit malu dengan gambar-gambar yang dipaparkan.

Mungkin anda tidak bersetuju dengan saya, anda bebas, namun saya tidak dapat memaksa hati dan minda saya untuk menerimanya sebagai keajaiban. Saya merasakan, agak ramai yang mentertawakan gelagat orang-orang surau yang mendakwa sejadah mereka ‘berdiri'.  

sejadahsatu.jpg

 

 

 

sejadahdua.jpg
Gambar : Inilah gambar sejadah 'berdiri' yang dipapar oleh media

 

PERTIKAIAN DAN MENJADI LAWAK

Saya mula terdengar lawakan orang. Pertikaian orang yang akhirnya akan memburukkan nama Islam dan penganutnya jua.

"entah budak nakal mana yang mendirikannya di waktu tiada mata yang melihat kecuali Allah, didakwanya luar biasa" kata sebahagiannnya

"Mungkin juga ada orang kampung yang berstrategi mempopularkan surau, kampung atau tempat mereka" seorang lagi memberi komen.

Sebelum ini saya membayangkan sejadah itu ‘berdiri' dengan tegak dan amat luar biasa.

Namun rupanya, ‘berdirinya' ia hanya seperti piramid sahaja. Jika itulah bentuk ‘berdiri' yang dikagumi, sejadah di rumah saya pun boleh ‘berdiri'.

berdiri.jpg

Gambar : Ini pula adala dua sejadah di rumah saya di UK, yang berdiri (saya yang mendirikannya, ini sejadah yang dah lama, jika baru beli, lagi tinggi ‘berdiri', sama tak?)

Saya tidak menafikan bahawa memang tersangat boleh, kuasa Allah untuk mendirikan semua sejadah-sejadah itu. Tapi tidak semua perkara yang luar biasa wajar dikongsi kepada umum, kerana sebahagiannya akan menjadi bahan gelak ketawa dan back fire kepada Islam dan penganutnya sendiri.

Sebenarnya lebih elok, jika benar-benar ia ‘berdiri' sekalipun, cukuplah bagi orang yang nampak untuk memuhasabah diri. Bagi saya, sesiapa yang dapat melihat sesuatu keajaiban, dialah target utama untuk insaf, sedar atau bertambah taqwa.  Kemudian, diamkan sahaja atau kongsikan bersama mereka yang amanah dan dipercayai sahaja.

Kaedah ini mengambil manfaat dari ajaran Islam iaitu bagi mereka yang mendapat mimpi baik atau buruk. Mimpi baik perlu dirahsiakan untuk diri dan hanya wajar dikongsi kepada orang yang hampir, amanah dan dipercayai sahaja. Jika tidak mimpi yang baik itu akan sengaja diputar belit sehingga membawa kesan negatif kepada empunya mimpi, akibat hasad dengki manusia di zaman ini. Manakala mimpi buruk jangan sesekali dikongsi dengan sesiapa pun, buangkan ia dari minda sama sekali, selepas beristi'azah dan meniup ke kiri sebanyak tiga kali serta menukar posisi baringan. Itulah yang diajar oleh baginda Nabi s.a.w.

Kepelikan di zaman ini bukanlah mu'jizat yang perlu dikongsikan kepada awam. Mu'jizat hanya berlaku di zaman Nabi s.a.w, Karamah hanya berlaku kepada individu yang soleh tanpa kehendak dan kawalannya. Keajaiban lain boleh dilihat pada alam semesta, itulah keajaiban, tubuh kita adalah keajaiban, maka jika masih perlukan keajaiban tambahan untuk dikongsi dan diwarwarkan. Dalami hal tersebut, maka manusia yang beriman dengan logik juga akan terkejut dan mengkaguminya.

diritegak.jpg

 

Gambar : saya ingatkan sejadah berdiri tu berdiri tegak macam ni. Rupanya tidak

Justeru, jika benar-benar ingin menayangkan kepada umum juga, pilihlah sesuatu keajaiban yang benar-benar sukar disangkal logik aqal, minda para pembenci Islam dan orang kebanyakan. Jangan sampai ‘keajaiban' yang disangka hanya sesuai menjadi bahan tertawa sehingga Islam dan penganutnya diperlekeh. Seperti keajaiban sejadah ‘berdiri'.

Kita semua bertanggungjawab menjaga nama baik Islam dan penganutnya. Jangan pula tersangat sensitif dan tinggi benar imiginasinya sehingga mendakwa sejadah itu sedang solat. Banyak lagi perkara lain yang perlukan sensitiviti umat Islam, namun asyik tidak diendahkan.

Saya menjadi lebih bimbang apabila umat Islam terlalu mudah mengagumi perkara pelik, kelak nanti mudah diperdaya oleh ajaran-ajaran sesat dan kepercayaan tahyul serta khurafat, lantaran kenipisan iman dan ilmu.

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

23 Oktober 2009

 

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

+1 #63 sejadah berdiriguru 2011-04-27 22:43
assalamualaikum .
sekitar tahun 2009 dulu (ketika gempar fenomena sejadah berdiri di sana sini), saya juga kurang percaya. tapi satu masa waktu zohor di surau sekolah tempat saya mengajar, selepas selesai solat zohor, saya berehat seketika.
sambil tu saya lihat ada 4 org pelajar sedang bersiap2 utk solat jemaah sesama mereka. slps beberapa ketika saya pandang ke arah mereka skali lg, di blkg pelajar yg jadi makmum tu ada sejadah yang 'berdiri' setinggi lutut. saya fikir "pandai lak budak2 tu letak sejadah macam tu" (sejadah tu jenis kain yang nipis tanpa bulu, bukan yang berbulu tebal). terus saya keluar dari surau.
esoknya pelajar2 tu memberitahu saya, lps mereka selesai solat, baru mereka sedar perkara tersebut dan beberapa minit kemudian sejadah tu jatuh dengan sendirinya.

sekadar berkongsi apa yang saya lihat.
saya pun tak pasti apakah yang saya lihat tu sejadah 'berdiri' sendiri atau 'berdiri' kerana perbuatan seseorang.
wallahu a'lam.
Quote
+1 #62 salam lagiPeniaga Nasi Palsu 2010-08-29 07:58
sejadah berdiri?

adoi la masyarakatku, bila ada benda berlaku jangan la cepat panik, buat malu jers dengan orang lain

memang kelakar

memang tak betul

memang memalukan



banyak tol masa mereka yang tulung tegakkan sejadah tu, hahaha
Quote
0 #61 Sejadah berdiri.....Hamba Allah.... 2010-05-22 04:57
Bismillahirrahm anirrahim.
Assalamualaikum ?
Astaghfirullaha l-azim?. Bila bercakap pasal ?Sejadah berdiri?, saya akui bahawa saya ini memang seorang hamba Allah yang cetek ilmu agama. Tetapi, dalam hal ini perlu kah kita berbicara soal kemampuan akal fikiran tentang wujudnya ?sejadah berdiri? ? Memang jelas?.?pada akal, manusia mampu melakukan atau membuat sejadah itu berdiri bahkan lebih dari itu?. Akan sesungguhnya, ada juga yang mesti kita yakin biarpun melampaui akal fikiran kita untuk berfikir sebagaimana Rukun Iman yang ENAM. Bila bercakap soal kemampuan akal dan apa yang semestinya kita ingat bahawa orang kafir sekali2 tidak akan mempercayainya biarpun ianya menjangkaui kemampuan akal fikiran mereka sebagaimana yang terjadi di zaman Rasulullah s.a.w dimana dengan Mukjizat yang ada pada baginda yang membahagikan bulan kepada 2 bahagian. Tetapi berapa ramaikah orang kafir yang kagum dan terus memeluk Islam ? Sesungguhnya akan ada banyak alasan mereka dan lantas menuduh bahawa Rasulullah s.a.w itu seorang Ahli Sihir?. na?uzubillah dan terus menyangkal kerasulan baginda. Berbalik kepada ?sejadah berdiri? itu, saya sempat ke Sekolah Agama Maahad Ar-Rahmah Kubang Kerian dan sempat juga bertanya serba sedikit dengan seorang ustaz di sana. Beliau pun pada masa itu dalam keadaan terpinga2. Allahu-Akbar?.. Itulah kekuasaan-Mu ? Ya Allah. Sesungguhnya saya takut untuk berbicara soal hukum dan soal kepercayaan di sini. Ya Allah? Ya Tuhanku?. Kuatkanlah keimananku kepada-Mu, kepada Malaikat-Mu, kepada Rasul-Mu, kepada Kitab-Mu ( Al-Qur?an), kepada Hari Kiamat-Mu dan kepada Qada? dan Qadar-Mu?.. Amin Ya Rabbil-Alamin.
Quote
0 #60 KinsafanDr,Mohd.Rashid 2010-01-29 17:50
Assalamualikum wbt tuan & puan.
Sejadah berdiri bukanlah perkara pelik,,banyak lagi perkara2 yang telah & sedang berlaku dimana kita agak leka!
Insaflah wahai sahabat2ku sekalian dengan
berbagai2 peringatan yang diberikan.
Quote
0 #59 salamAhmad 2010-01-16 01:50
:-x salam...setahu saya n pengetahuan saya ..sudah ada fenomena @ video yang menunjukkan sejadah berdiri
sebelum berlaku di malaysia ..sebelum hebohnya perkara itu..
tapi ..ianya hanya satu ..
yang sekarang yang media hebohkan adalah yang banyak..pulak2..
subhanallah..begitu besar dugaan Allah..
Quote
0 #58 Allah Maha Besarkdann 2009-12-27 09:35
Yakinlah ALLAH maha besar, saya dah alami sendiri di rumah saya baru-baru ni... hanya ALLAH yang tahu.
Quote
0 #57 ada hikmah disebaliknya..ku cri Ahlul sunnah wal jamaah 2009-12-23 06:25
urmm..pd pndapat sy..xkisah la sejadah tu bdiri sndiri ke or ada tgn2 yg mndirikan sejadah tu..yg penting amik ape yg tersirat..tiap2 yg berlaku tu ade hikmah disebaliknya..mayb sbg peringatan utk kita agar tidak meninggalkan solat dan tetap menjaga 'tiang seri' agama Islam itu sndiri..TQ ustz atas penerangan yg jelas..
Quote
0 #56 Melayu Sekarangyem 2009-12-14 22:52
walaupun saya baru form5,,tapi saya sangat malu dengan sikap orang yg sanggup mencemarkan ISLAM hanya untuk mnjadi popular..tidakkah orang yg dtg kesurau2 ini untuk mengambil gambar sejadah berdiri dan imam surau ini yg membenarkan media membesar-besarkan perkara ini berasa malu dan hina???
mereka sanggup dapat kepopularan dengan cara menghina ISLAM,,sudah teruk sangatkah umat ISLAM sekarang ini??
fikir2 lah sendiri dan janganlah menganggap semua remaja ISLAM sekarang ini tidak layak untuk mengatakan rasa kecewa kpd orang2 yg sanggup untuk mencemarkan ISLAM..saya cukup sedih dengan tindakan orang ramai untuk mndapat glamour dengan menghina ISLAM..mereka kata sejadah itu berdiri sendiri untuk insafkan orang lain kononnya,,tidak cukup dan besarkah kekuasaan yg ALLAH tunjukkan sekarang ini seperti Tsunami,gerhana matahari,alam semesta malah musibah yg diberikan kpd umatnya??
tidak cukupkah??
Quote
0 #55 sejadah berdirizawiyah 2009-12-05 19:14
Setelah membaca artikel saudara dan melihat sendiri gambar-gambar sejadah berdiri yang sibuk diperkatakan itu, nampaknya kita sebagai umat Islam cuba mempermainkan umat yang lain dengan membuat kejutan [censored].

Sejak pertama kali saya terima kejutan sejadah berdiri ini saya telah terfikir, ini bukan sesuatu yang anih atau ajaib. Sebelum heboh-heboh sejadah berdiri ini pun sejadah dah berdiri seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Kepada umat Islam yang begitu mudah percaya, gunakanlah akal fikiran anda. Ini adalah gurauan, jangan jadikan sebagai sesuatu yang serius :D
Quote
+1 #54 lagi pelikrin 2009-12-01 22:09
sejadah berdiri tak pelik sangat

orang yang tak solat lagi pelik
patut keluarkan dalam paper

belum yang minum arak, berjudi bll
Quote
0 #53 sejadah berdiriepal hijau 2009-11-26 18:22
hehe.. suami saya kata, mesti terkekek kekek orang yang mendirikan sejadah tu ketawa bila semua orang sibuk tengok sejadah berdiri tu....
Quote
0 #52 tak pandailaser 2009-11-17 09:22
bkn stakat org bkn islam je yg akn ketawakn, sy sndri da ketawa dan trcakap '[censored]'... mmg amat [censored].. saye amat yakin yang Allah amat tersangatlah boleh mendirikan sejadah tu, tp bkn dgn cara 'koman' macam tu...kalo da asek brlaku, maknanya adela 'tgn2 kreatif' yg buat tu..xkan xley nak fikir? [censored] sgt ke melayu? benda mcm tu pon kate ajaib? hei...xpaham aku!
Quote
0 #51 www.motivasi-kerja.comMotivasi Kerja 2009-11-09 08:53
Alhamdulillah cara ust menerangkan tentang sejadah ini saya rasa dapat membuka mata ramai pihak. Susah bila terlalu percaya pada pemikiran mistik dan ajaib ni.
Quote
0 #50 commentKhairul Fatah 2009-11-08 06:43
Congrat. This is a very good article.
Quote
0 #49 renungantaufik 2009-11-07 23:24
assalamualaikum ........
saya bukanlah orang bijak pandai agama tapi sekadar berkongsi pandangan...
kejadian sejadah berdiri atau solat menjadi kutukan bagi seluruh umat islam...xkiralah Allah yang menjadikannya mahupun manusia...
kita sebagai umat islam sepatutnya malu dengan diri sendiri selepas kejadian atu bukannya mengagumi sejadah itu.....sejadah solat itu menjadi simbolik bahawa betapa teruknya umat manusia sekarang ini amar mungkar nahi makruf...sepatutnya yang mengimarahkan masjid alah manusia tapi xde siapa yang melaksanakan tanggungjawab itu sehinggakan sejadah yang terpaksa buat...... :cry: ....sungguh sedih melihat keadaan umat islam sekarang....renung-renungkanlah :-?
Quote
0 #48 Sejadah BerdiriUst. Amin 2009-11-07 22:04
Salam ustaz, bagus artikel ustaz nih, saya ust. amin ust IKM Johor Bahru, saya sebenarnya malas melayan cerita nih, sebab saya tak percaya terlalu kerap, kalau cam dulu 2 @ 3 tahun lepas ada pecaya sikit la tapi itupun ragu2.

Pernah saya ditanya staff atau orang lain tentang ini, saya kata jangan percaya sangat dengan alasan sejadah benda yang tak bernyawa camne dia nak sembahyang, kalau binatang atau tumbuhan lain memanglah sentiasa berzikir kepada Allah. Ini memang memalukan Islam, paling kelaka ialah orang berpendidikan percaya, ust-ust kitapun banyak yang percaya. Tak percaya dengan kenyataan Ketua Pengarah JAKIM yang kata bendani kurafat.

Saya tak taulah apa nak jadi dengan umat Islam kita sekarang suka percaya dengan benda kurafat dan melucukan ini. Saya memang tak mau layan orang tanya saya cakap takbetul je dan pikirkan sendiri.

mari tengok sini bagi semua orang macam2 ada di blog saya asshafiee.blogspot.com
Quote
0 #47 sokong...mohd samri bin yahya 2009-11-04 20:29
betoll3..
ermm kenapelah orang zaman le ni an selalu sangat mempertikaikan perkare yang sebergini (same dengan kisah sejaadah berdiri)
pe yang menakjubkan sangat..
mungkin ia menjadi satu kepelikan kepade kita kerane hal ini jarang terjadi..
tetapi an kalu nak difikirkn semula...
adekah seme ini datang dary Allah...
mungkin hal ini dilakukan oleh segolongan manusia yang inginkan kontroversi..
itu dari aspek negatifnya..
dari aspek positif...
ade baiknye lah manusia zaman le ni menjadikannya iktibar disebalik pe yang terjadi..
agak pelik..
mungkin sekarang zaman tersangat lah berubah....
palik2...
eh mane de yang pelik...
manusia zaman le ni yang pelik...
Quote
0 #46 keajaiban bukan bermakna bertambah keimaAizanazlin 2009-11-04 03:42
sejadah klau solat pun bukannya sah solat dia, kepercayaan itu adalah apabila keajaiban tidak berlaku, maka masa itulah boleh diperhatikan kepercayaan sebenar...
Quote
0 #45 Sejadah Je La Yg SOlathafeez 2009-11-02 08:27
Ustaz,

Sejadah jela yg berdiri dan solat..tuan sejadah tak abis2 dok promote cerita dan amik gambar.

Sedih btol dgn umat Islam skang nie? Kalo perkara yg manusia boleh buat apa yg taksub sgt?

Kalo kejadian alam,tsunami,ge mpa bumi baru lah taksub sbb manusia xmampu buat..ALLAH je mampu
Quote
0 #44 Kain Sarung / Kain Pelekat Berdiri!el.ilmy 2009-10-31 20:13
Assalamu'alaikum wbt..

Disampaikan adalah pautan ke video kain sarung / kain pelekat berdiri di rumah saya: www.youtube.com/.../

Bukan ajaib..cuma nak maklumkan bahawa mudah saja nak buatnya berdiri begitu, 30 saat sudah jadi.

Fikir-fikirkanlah..
Quote
+1 #43 kelapa ajaib dan kambing ajaibDollah PM 2009-10-30 19:57
orang tak perasan kata al-quran tu ajaib sebab orang jarang jumpa dengan al-quran. tapi, pokok kelapa yang mudah dilihat di tepi pantai, dalam poskad dan di kampung, orang tak perasan pulak kata ajaib. sebijik buah kelapa yang masak dan gugur, bila ditanam akan menumbuhkan sepohon pokok yang mampu menghasilkan berpuluh-puluh biji buah kelapa. setiap biji buah kelapa tersebut pula akan terhasil sepohon kelapa seperti tadi juga. pada saya, pokok kelapa adalah satu benda yang sangat ajaib. hingga kini belum wujud satu rekaan maknusia yang mampu meniru sifat kelapa.

bagaimana dengan kambing? kambing lagi ajaib, siap boleh berjalan dan makan. kalau kereta yang kena isi petrol, akan rosak kalau isi gasoline. tapi kambing, boleh minum air sungai dan boleh makan rumput. banyak jenis daun dan pokok yang kambing boleh makan. tak mati pun kambing tu. ciri yang sangat ajaib pada kambing ialah ia mampu melahirkan kambing yang bila besar akan sama ciri sepertinya. dan, manusia belum lagi mencipta sejenis mesin yang boleh melahirkan mesin lain, dan mesin baru tersebut akan membesar dan seterusnya berfungsi seperti mesin asal, lepas tu boleh melahirkan beberapa mesin lagi.

kalau saya sendiri melihat sejadah berdiri dan rukuk seperti orang sembahyangpun, saya tetap anggap kambing dan kelapa lebih ajaib lagi. saya akan anggap sejadah ajaib kalau kita potong empat, sejadah tu akan kembang jadi saiz biasa; yakni terhasil 4 keping sejadah normal.

pada saya, kereta bergerak kerana tayar berputar juga adalah satu keajaiban. konsep ciptaan Allah iaitu tayar tersebut bergerak, bukannya badan kereta tersebut. tetapi hasilnya kereta tersebut maju ke depan. kemudian diilhamkan dalam fikiran manusia untuk mencipta kenderaan darat.

tu belum masuk kekaguman saya terhadap segitiga. walau bagaimana bentuk atau herotnya segitiga tersebut, jumlah ketiga-tiga sudutnya adalah 180 darjah. lihat pula kestabilan seigempat di dalam bulatan. terlalu ajaib ciptaan Allah.
Quote
0 #42 Tak setuju kenyataan ini....khairulaznan 2009-10-29 19:35
5. Al Quran mukasurat hilang
Kalau Al Quran mukasurat hilang, biasanya kualiti kertas dan dakwat cetakan yang tidak baik. Boleh hantar unutk pelupusan ke Unit Kawalan Teks Al Quran, BHG Kawalan Penerbitan dan Teks AL Quran , Kementerian dalam Negeri. Di setiap negeri atau Unit Tapisan Media, BHG Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Negeri masing2.

Tak kan hilang secara tiba-tiba tak sampai 3 minit pun dari 3muka surat kepada 12 mukasurat(setia p kali diulang kira, mukasurat yang hilang makin bertambah sehingga berhenti mengira)pun sebab kualiti kertas dan dakwat....saya rasa sebab kualiti iman.... diman iman kita pada ...kun fa ya kun ...
Quote
0 #41 Apa lagi lah?rizam 2009-10-28 21:28
Salam...
Sekadar pendapat saya... Ramai orang Islam sekarang lebih suka melihat perkara2 yang konon2 nya pelik. dan kemudian berkata 'Inilah tanda kekuasaan Allah'. Tapi, bukan kah:

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran) bagi orang-orang yang berakal"

Masih mahu mencari tulisan kalimah ALLAH pada kayu, ikan, kambing, pokok, buah...
Fikirkanlah, penciptaan kayu, ikan, kambing pokok, buah dll itu adalah lebih kompleks dari meletakkan kalimah Allah itu pada benda2 tersebut...

Bukan melekehkan perkara tersebut, cuma berfikir lebih jauh sedikit... Lihat dan selidiklah diri sendiri akan kejadian jasad kita ini... Bukan kuasa Tuhan ke tu?
Quote
0 #40 RASUL MELAYUNordin 2009-10-28 20:22
Pelik.. Memang Pelik...
Bukannya sejadah berdiri tu yang Pelik...
Mentaliti orang kita yang pelik... mudah sangat dipengaruhi dengan yang pelik-pelik...

Bagi saya..Ini bukan mentaliti Orang Islam sebenarnya.. Ini adalah mentaliti "Orang Kita"... Lihat Orang Islam di Eropah..(mungkin UZAR lebih maklum).. Orang Islam di Amerika, China dsb.. rasanya mentaliti mereka lebih Objektif... maafkan saya atas komen ini.. tapi rasanya kita perlu berubah ketika ini agar Islam lebih dihormati..

*lebih Pelik dengan kewujudan Rasul Melayu... Alhamdulillah dia sudah insaf dan bertaubat
Quote
0 #39 salam...Apih.. 2009-10-28 17:41
salam... artikel yg bagus... minta izin untuk dipostkan di dalam blog ye...
Quote
0 #38 Kalau sejadah berlarikam 2009-10-28 07:13
saya boleh buat robot yg boleh berlari. kalau saya bungkus sikit robot tu dengan sejadah sekreatif yg boleh kemudian control pakai remote pun boleh jd gempak juga...:D
Quote
0 #37 Batu menangiskakaishah 2009-10-28 01:18
salam..

"Hai Anak Adam, peliharalah diri kamu dan ahli keluargamu daripada api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu.." dan batu itu menangis kerana takut menjadi bahan bakar lalu minta pertolongan dari Rasulullah s.a.w...

Subhanallah..belumkah tiba masanya hati umat Islam mahu memperhatikan kejaiban yang sebenar? lembaran demi lembaran penuh dengan keajaiban sangat jauh ajaibnya dibandingkan dengan sejadah yang berdiri itu.. sehingga batu pun boleh menangis mendengar ayat Al Quran..yang tak menangis ialah manusia yang hatinya lebih keras dari batu..nauzubillah..

moga-moga setiap pembaca dan umat-umat Islam diseluruh dunia akan merasakan keajaiban AlQuran dengan hati dan minda sekali..kecil..kecil sangat sejadah tu..T kasih UZAR yang sudi ulas isu ini..moga kita semua beroleh hidayah dan ditetapkan di atas jalan yang mustaqim..insya'Allah..
Quote
0 #36 Al Quran mukasurat hilangHidayat 2009-10-27 17:59
Kalau Al Quran mukasurat hilang, biasanya kualiti kertas dan dakwat cetakan yang tidak baik. Boleh hantar unutk pelupusan ke Unit Kawalan Teks Al Quran, BHG Kawalan Penerbitan dan Teks AL Quran , Kementerian dalam Negeri. Di setiap negeri atau Unit Tapisan Media, BHG Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Negeri masing2.
Quote
0 #35 Mmg ajaib!eeqbalz 2009-10-27 15:47
Assalamualaikum ,

Sebenarnya keajaiban berkaitan sejadah ni boleh dilihat pada sesuatu ketika sahaja. Ini mmg sohih & bukan lelucon. Wallahi! Ini mmg kisah benar yg terjadi di pejabat saya tapi perlu diperhatikan dgn teliti & pd waktu2 tertentu shj.

Ini pastinya tanda2 hampir kiamat. Begini peristiwanya. Pd suatu hari sy masuk ke pejabat spt biasa. Apabila masuk waktu zohor sy bentang 2 helai sejadah. Satu say gunakan & satu lg terbentang kosong di sebelah sy.

Selesai solat zohor sy duduk di tepi surau dan melihat kedua2 sejadah tersebut terbentang. Tapi tiada apa berlaku jd sy blk smbg kerja semula.

Kemudian apabila sy lalu di surau/store tersebut sekitar jam 2.50 hingga 3.40 ptg sy agak terkejut kerana ternampak ada bayang2 atau kelibat org menggunakan sejadah itu tetapi agak kabur. Itu pun sgt sekejap dan hampir2 saya tidak nmpk bayang tersebut.

Berderau darah sy ustaz! Apakah ini jin / malaikat / khadam / penunggu surau / bunian??? Mmg seram sejuk sy & naik bulu roma.

Sy terus lari ke tempat sy & meneruskan kerja. Pada hari2 yang berikutnya sy cuba2 juga menjenguk surau /store tersebut sekitar jam 3 petang. Ternyata kelibat itu ada tetapi masih kabur & samar2!

Ini tentulah petanda kiamat hampir sangat! sehingga jin & makhluk halus pun dah rajin beribadah di sejadah yang sy bentangkan itu. Agak aneh kerana hanya sekitar jam 2.30 - 3.40 ptg setiap hari sahaja ia berlaku termasuk hari jumaat!

Sy yakin kalau tetuan semua buat eksperimen ini pasti berhasil. Sy jemput seorg ustaz & dia buat kesimpulan :
i. bayang2 tersebut adalah manusia
ii. ia berlaku pada waktu tersebut kerana lazimnya di pejabat sy org Islam solat zohor pd waktu itu (setelah kenyang makan & hisap rokok & borak2)
iii. ia kabur kerana solat dilakukan amat pantas laksana kilat
iv. ajaib skali sejadah dibentang tp tiada yg mau gunanya terutama pd waktu solat sehinggalah hampir2 habis waktu br ada org pakai. sedangkan krisis di akhirat adalah pasti, kita masih bersenang lenang. MMG HAIRAN & AJAIB
Quote
0 #34 Peringatan untuk kita semua..abgzol 2009-10-27 03:18
..komen dari saya isu ini sebenarnya hanya sekadar peringatan kepada kita kerana surau-surau jarang penuh! Ntah ler sama ada ini kejadian benar atau ada insan yang sengaja 'mendirikan' sejadah tu untuk memberitahu agar kita sama-sama memeriahkan surau & bukannya sejadah yang akan bersolat di surau..
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 95 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Peribadi, Tazkirah & Fikir Sejadah 'Berdiri' di Rumah Saya!