Peribadi, Tazkirah & Fikir Kiamat besar & Kiamat Kecil Datang Tiba-tiba

Kiamat besar & Kiamat Kecil Datang Tiba-tiba

  • PDF
(99 votes, average 4.64 out of 5)

Kiamat besar & Kiamat Kecil Datang Tiba-tiba

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

bumi.jpg

 

Kiamat besar disebutkan oleh Allah akan datang secara tiba-tiba, tanpa dapat diramal secara tepat oleh manusia. Nabi Muhammad hanya diberikan oleh Allah ilmu berkenaan tanda-tanda hampirnya sahaja. Tiada siapa yang mampu meneka tarikh tepatnya, sama ada tahun atau bulannya.

Sesiapa yang cuba mengira-ngira sama ada berdasarkan jumlah dan ayat al-Quran dan sebagainya, ia sebenarnya sedang melakukan kekarutan dan menyeleweng dari jalan yang benar.

فَهَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا السَّاعَةَ أَن تَأْتِيَهُم بَغْتَةً فَقَدْ جَاء أَشْرَاطُهَا فَأَنَّى لَهُمْ إِذَا جَاءتْهُمْ ذِكْرَاهُمْ

Ertinya : Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (iaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila hari kiamat sudah datang? ( Surah Muhammad : 18)

Itu perihal kiamat besar, namun disampingnya ada kiamat kecil, iaitu kematian yang sentiasa basah di bibir Rasulullah mengingatkan umat dan sahabatnya. Kiamat kecil ini juga kerap datang secara tiba-tiba, sehingga kata orang ia datang "tanpa seorang itu mampu atau sempat bersedia".

Hakikatnya itu tidak benar, sebenarnya Allah mendatangkan kematian setelah kita semua diberikan masa dan infra secukupnya untuk bersedia. Cuma kita yang terlalu lalai dan terhijab dek kerana kecantikan dan kenikmatan sementara yang wujud di atas dunia ini.  

Saya suka berkongsi tiga video melalui entry ini. Satu darinya telah saya kongsikan di facebook saya, namun bagi meluaskan lagi jangkauan kebaikan yang boleh diperolehi dari video ini, saya muatkan ia di web ini. Sebuah video yang saya tonton berkali-kali, dan sebuah video yang mampu mengalirkan air mata.

Video ini memperlihatkan seorang yang dijemput kematian ketika betul-betul sesudah solat. Betapa kita tidak dapat menjangka bila nyawa akan ditarik. Setiap organ yang berfungsi di dalam tubuh kita adalah dengan izin dan kuasa Allah, kita tidak mampu mengawalnya.  Kita tidak tahu, bila tiba-tiba ia jammed. Terhentinya ia beberapa minit cukup untuk menamatkan umur kita di atas dunia. Ia bukan seperti enjin kereta yang boleh ditangguh-tangguh untuk memulihkannya.

Video Satu

Kekaguman saya kepada individu ini bertambah apabila keadaan kematian yang begitu baik ( pada hari Jumaat  1 Jan 2010 adalah hari Jumaat dan beliau datang awal ke masjid) di sebarluaskan oleh ramai, malah dengan izin Allah, mampu menyedarkan dan menginsafkan ramai yang menontonnya. Ketika itu, terfikir bahawa kematiannya juga adalah sebuah dakwah yang hebat.

Setiap aliran darah, denyutan jantung, fungsinya hati, usus dan sebagainya, semua dikawal oleh kuasa Allah ta'ala. Bukan hanya apa yang di dalam tubuh malah juga semua yang diluarnya, Lihat video ini bagaimana secara tiba-tiba tiang boleh jatuh dan menimpa pejalan kaki.

 

Video Dua

Mungkin ada yang terfikir, seorang ahli sukan yang ‘fit' cergas dan sihat, mungkin tidak akan menerima serangan jantung, namun cuba lihat apa yang terjadi kepada pemain bolasepak Hungary ini . Selepas memberikan senyuman kepada pengadil yang memberikannya kad kuning dan terus...

 

Video Tiga

 

LUPA

Ramai yang terlupa di akhirat sana, nikmat yang maha besar sedang menunggu bagi sesiapa yang bersedia dan sentiasa menambah persediaan dan bekalannya. Nikmat Syurga tidak mampu sama sekali digambar, sebagaimana pereka cipta kereta Ford di awal rekaannya tidak akan mampu sama sekali terbayang kereta Ferrari di zaman ini. Jika diandaikan seorang dari kita tiba-tiba melayang ke masa silam dan cuba menerangkan perihal bentuk dan enjin Ferrari, bentuk  dan fungsi i-phone dan i-pad ,tentunya tiada siapa yang berada di zaman itu boleh membayangkannya.

Begitulah kenikmatan akhirat yang disebut oleh Nabi dari Allah ta'ala :

أعددت لعبادي الصالحين ما لا عين رأت ، ولا أذن سمعت ، ولا خَطَرَ على قلب بشر

Ertinya : Aku menyediakan bagi hambaku yang soleh (syurga) yang tiada mata yang telah pernah melihatnya (tidak mampu tergambar), dan tidak pernah didengari (kenikmatannya) oleh telinga dan tidak mampu terlintas (tahap kenikmatannya) oleh hati manusia. ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Manakala dalam catatan Imam Ahmad

إنه من يدخل الجنة ينعم ولا يبأس، لا تبلى ثيابه، ولا يفنى شبابه، في الجنة ما لا عين رأت، ولا أذن سمعت، ولا خطر على قلب بشر

Ertinya:  Sesungguhnya sesiapa yang memasuki Syurga Allah akan dikurniakan nikmat yang tidak akan jemu, tidak binasa pakaiannya, tidak hilang kepemudaan/pemudiannya, apa yang di dalam Syurga, sesuatu yang mata tidak mampu tergambarnya, dan tidak pernah didengari (kenikmatannya) oleh telinga dan tidak mampu terlintas (tahap kenikmatannya) oleh hati manusia. (Riwayat Ahmad)

Para ulama menghuraikan, perihal Nabi Adam yang pernah mendiami Syurga tidak sama sekali bertembung dengan hadis ini kerana syurga itu sentiasa berubah-ubah nikmatnya dan tidak akan sama sekali membosankan. Luasnya tidak tercapai oleh bayangan aqal manusia. Menurut hadis, individu yang menerima syurga paling terbawah pun besarnya adalah beberapa kali ganda dunia hari ini, apatah lagi yang lainnya. Justeru itu, apa yang dilihat oleh nabi Adam, dengan mudah sekali bagi Allah mengubahkan kepada apa yang dikehendakiNya.

Akhirnya sekali, ingatlah pesan dan teguran Imam Hasan Al-basri:

ما رأيت يقينًا لا شك فيه أشبه من شك لا يقين فيه من الموت

Ertinya : Tidaklah aku melihat satu perkara yang amat pasti (yakin) serta tiada keraguan padanya akan datang tetapi diperlakukan seperti suatu perkara yang tidak pasti hadirnya, (seolah tidak yakin kewujudannya) lebih dari perihal kematian.

Sama-samalah kita berdoa agar sewaktu nyawa kita ditarik kita berada di dalam keadaan yang baik di sisi manusia, amat baik di sisi Allah. Janganlah dimatikan kita sewaktu terlanjur melakukan maksiat.

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

23 April 2010

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

+1 #50 kiamatsam_syira 2012-03-05 16:32
Subhanallah.... kiamat pasti datang.. kurasa diri ini terlalu kerdil. muhasabah diri, cukupke bekalan ku untuk di bawa ke SANA.
Ku mohon semoga dapat mengucap LAILAHAILLALLAH DI saat nyawaku dihujung akhir hidup ku.
Ameen.
Quote
0 #49 minta izinjundullah 2011-12-18 02:31
ustadz ane izin copas ya....
Quote
0 #48 Doa Mohon Kematian dalam keadaan Baik.Nawwal Al-Attas 2011-11-29 11:57
Ya Allahu Biha, Ya Allahu Bi Khusnil Khatimah. Ameen.
Quote
+1 #47 kilang pahalaatirrah malisa amira 2011-10-14 08:29
:lol: bagus jugak yer ustaz nie
Quote
0 #46 kilang pahaladamia put 2011-10-14 08:25
ustaz seorang yang baik .facebook ustaz adalah kilang pahala
Quote
0 #45 tak dpt bukanurul jannah wahidah 2011-06-01 12:32
as salam ust sy tak dpt buka ketiga2 video ust
Quote
0 #44 tak dpt bukanurul jannah wahidah 2011-06-01 12:31
as salam ust...sy tak dpt buka video 1-3 camne ya...
Quote
+4 #43 video penceramah dicabut nyawa ketika berceramahlokman 2011-05-31 21:51
asalamualaikum ustaz,

ustaz dah lihat video seorang penceramah yang dicabut nyawanya ketika berceramah? ketika itu dahinya ada kesan seperti disedut.

www.youtube.com/.../
Quote
+2 #42 sakaratul mautsafrizan 2011-05-31 11:56
semalam, 30hb mei 2011, hari isnin, di tv9, rancangan tanyalah ustaz jam 10.00 mlm....ustaz harun din al hafiz membicarakan tentang 'sakaratul maut' bhgn 2, (terlepas bhgn 1)...sungguh mengharukan....perihal maut yang datang pd setiap manusia.... tanda2 kedatangan maut tu pd wajah manusia....perihal hijab...perihal cara mana seseorang tu maut...mohon lah supaya kita umat Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam mendapat Husnul Khatimah.....
terasa gerun...insaf...menyesal...mcm2...
amat bermakna perbincangan ini....
Quote
0 #41 Petua kebijaksanaanzaizur 2011-05-31 11:46
Sada Rasullullah : " Orang yang paling bijak adalah orang yang banyak mengingat mati" Sama-sama kita mengambil pelajaran
Quote
0 #40 mohon sharekhairul 2011-05-31 11:14
Assalamualikum, mohon share di fb ye ustaz..
Quote
0 #39 subhanallahnorhayati binti mohd 2011-05-31 11:11
assalamua'laikum ustaz.

Subhanallah...mohon share ya ustaz.
Quote
0 #38 kongsisyafiq 2011-05-31 10:12
minta ambil sedikit kandungan entri ini, untuk menyebarkan ke org ramai insyaallah
Quote
+7 #37 Ajal X Tggu!!!farok 2011-05-22 22:27
Ajal????(ajal pasti datang)
Masih ingatkah talkin yg d baca imam...
Sesudah jenazah di kembumikan??
Ingatlah mati itu BENAR!!!
Syurga itu BENAR!!
Neraka itu BENAR!!!
Kiamat itu BENAR!!!!
Sama2 kita fikir. kehidupan mana yg
berkekalan???
@Dunia???
@akhirat???
Quote
+3 #36 mohon izin shareZaa 2011-05-12 08:38
Assalamu'alaikum ya ustaz...
subhanallah..ya Allah..akhirilah umur kami dgn kesudahan yang baik dan jgnlah kiranya Engkau akhiri kehidupan kami dgn kesudahan yg tdk baik...

terima kasih ya ustaz dgn tazkirah yg sungguh menyedar dan menginsafkan...

Sy mohon izin share di fb sy ya ustaz...
syukran
Quote
+1 #35 syukuralhamduli lahrudy bin bohari 2011-04-08 14:26
asalamulaikum ust...nama saya rudy.saya kagum dgn ust..saya mengaku mmg saya tak pandai baca al quran.saya sedih saya tak pandai baca al quran..saya taknak salah kan keluarga saya kerana masa kecil saya ada jiran sudi mengajar saya mengaji tapi saya leka....sampai skrg baru tersedar...saya seorg yg [censored] kerana tidak mempelajarinya...tlg lah saya ustat
Quote
+1 #34 Subhanallah!!!sheila 2011-03-25 23:33
Allahuakbar...terima kasih ustaz atas artikel & peringatan yg amat berguna ini..sungguh menginsafkan..terasa hina & kerdilnya diri ini dgn tuhan...
Quote
+2 #33 islahkan diriirfan 2011-03-21 14:51
dunia sementerara akhirat kekal, nikmat didunia hanya sekejap n nikmat diakhirat adalah kekal selama-lamanya.
Quote
+2 #32 allah hu akbaraizat-umad-allah 2011-03-12 13:53
emmm taubat la umat islam :cry:
Quote
+4 #31 berfikirlah dengan sebaiknye.sham 2010-12-16 13:39
kematian adelah satu kemerdekaan,keb ebasan bg org beriman,setelah kita redha ape yg diperintah Allah dengan keikhlasan.Bagiku syurga yg plg tiggi ialah aq mengenali Allah dan beserta dengannya dan melebur dengannye..
Quote
+2 #30 kematiansaparina 2010-12-16 07:48
kematian itu adalah pasti..setiap yang hidup pasti akan mati..persoalanya adalakah kita bersedia untuk mati sebab itulah kita disuruh melakukan amal ibadat seolah -olah kita akan mati keesokan hari...
Quote
+4 #29 Mimpi hari qiamatHandie 2010-10-21 05:03
Quoting hamba allah:
Aku tidak mahu ke shurga atau neraka. Walau shurga sehebat mana, aku tidak mahu ke shurga kerana didikan ku dan kemuliaan ku hanya beriman kepada allah. Bagiku kemewahan dunia ini atau di shurga ini tidak bererti. Aku mahu lenyap begitu sahaja. Allah hidupkan ku untuk memuliakannya dan bukan untuk menikmati kesenangan dunia ini. Jadi aku hidup untuk sembah allah. Ku nohon Allah untuk hilangkan ku.

Setiap sesuatu yang kita lakukan akan dibalas oleh Allah, sahabatku. Jika kebaikan yang kita buat, kebaikan yang Allah beri. Dia adalah yang maha pemberi pembalasan.
Quote
+2 #28 kiamatwahyu 2010-09-06 06:07
Tahun 2012 :
Dan
aku melihat orang-orang mati, besar dan kecil, berdiri di depan takhta
itu. Lalu dibuka semua kitab. Dan dibuka juga sebuah kitab lain, yaitu
kitab kehidupan. Dan orang-orang mati dihakimi menurut perbuatan mereka,
... berdasarkan apa yang ada tertulis di dalam kitab-kitab itu.
(wahyu 20:12) => 2012 ?? benarkah tahun 2012 adalah HARI PENGHAKIMAN ??

UZAR : yang penting bukan bila tapi sudah kah kita berseida. Tentunya hanya orang jahil yang meramal meramal tarikh dan tahun ini sedang Allah merahsiakan & nabi juga tidak mengetahuinya.
Quote
+3 #27 ingat mati sebahagian kiamatnorlela binti hj ishak 2010-08-05 17:02
benar utz. saya sentiasa berusaha ingat mati, justeru saya dpt mengekang nafsu sya tehadap dunia.namun tidak menjejaskan prestasi kerja saya kern kerja juga ibadah, insyaalah amin,tq
Quote
+1 #26 Komen kiamatinneke susanty 2010-07-31 16:18
SubhanALLAH...bertaubat lah segera sblm datang kiamat besar dan kiamat kecil....!!!
Quote
+2 #25 LURUSjohari 2010-07-17 04:47
TUNJUKI KAMI JALAN YANG LURUS.IAITU JALAN ORANG ORANG YANG TELAH ENGKAU KURNIAKAN NIKMAT KEPADA MEREKA
Quote
0 #24 komenct nor azlina 2010-06-19 10:48
salam,ustaz sy punye pun xleh bace videonye....mcm mane ye??? :-? terima kasih..... :D
Quote
0 #23 video xleh baca..abdul fatah haron 2010-06-02 21:46
ustaz,leh mintak url video tu tak,saya computer xleh baca lah sebab adobe flash xder..sekian terima kasih..
Quote
+4 #22 DaripadaNYA kita datang..kepadaNYA kitaMuhammad Nasir 2010-05-21 23:48
Video yang cukup menginsafkan..semoga kita bermuhasabah diri dengan keadaan dunia yang semakin sampai ke penghujungnya....
Quote
+1 #21 Kematianshamara 2010-05-10 18:14
Masa itu nyawa dan kehidupan. Berlalunya masa bermakna sebahagian dari kehidupan kita telahpun berlalu. Kita sedang menghampiri jadual kematian yang sedang menunggu. Semakin bertambah umur kita, semakin pendek hayat kita. Cuma kita mungkin boleh mengubah ketetapan tersebut dengan memohon doa dipanjangkan umur. betulkah begitu Ustaz?
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 94 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Peribadi, Tazkirah & Fikir Kiamat besar & Kiamat Kecil Datang Tiba-tiba