Peribadi, Tazkirah & Fikir Dua Minggu di Brunei & Sudah Letihkah?

Dua Minggu di Brunei & Sudah Letihkah?

  • PDF
(7 votes, average 5.00 out of 5)

Dua Minggu di Brunei & Sudah Letihkah?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

masjid_brunei.jpg

 

Biasanya, setiap kali selepas mengendalikan kursus kesempurnaan solat, saya akan terlentuk keletihan yang amat sangat. Letih yang bukan hanya fizikal tetapi juga mental. Bak kata ramai, keletihan mental lebih memberikan kesan dahsyat kepada tubuh berbanding fizikal. Namun dalam hal ini, saya keletihan kedua-duanya.

Keletihan minda itu biasanya kerana isi dan kandungan yang disampaikan mesti sentiasa di awasi agar mampu difahami oleh pendengar, di samping setiap minit assessment akan dibuat di dalam minda untuk melihat response peserta. Jika ada yang kelihatan ‘lost', maka perubahan intonasi dan kandungan perlu dibuat agar saya tidak dilihat mendodoikan peserta. Fizikal letih kerana penyampaian kursus sebegitu tidak boleh dibuat sambil duduk, saya perlu berjalan ke hulu ke hilir sepanjang 10 jam ceramah. Jika diukur jarak pergerakan saya itu yang mundar mandir semasa setiap kursus itu, mungkin boleh mencecah ratusan kilometer?

Itu penangan sekali kursus solat, namun sepanjang dua minggu yang lepas. Mengendalikan kursus intensif Islamic Finance untuk kakitangan Bank Islam Brunei Darussalam nampaknya jauh lebih dahsyat berbanding kursus solat.

Jika kursus solat ia hanya memakan sehari penuh dari jam 8.30 pagi ke jam 6.30 petang. Namun kursus latihan di Brunei bukan satu hari tetapi 12 hari. Saya perlu mengendalikan 4 kumpulan dalam masa dua minggu. Setiap kumpulan dihadiri oleh 25-30 peserta. Setiap kumpulan memerlukan masa 3 hari untuk ( setiap hari dari jam 8 pagi sehingga jam 5.30 petang) atau 20 jam.

Kursus latihan ini akan melayakkan semua peserta mendapat sijil kewangan dan perbankan Islam dari The Markfield Instutite of Higher Education, iaitu sebuah institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Gloucester University, UK.

Pembentangan dibuat sepenuhnya di dalam bahasa inggeris dan membentangkan slide yang bukan disediakan oleh saya agak sedikit mencabar. Semua slide yang pengisian disediakan oleh Institut kerana semuanya perlu diiktiraf untuk universiti terlebih dahulu. Saya hanya dilantik untuk menyampaikannya.

Pembentangan isu kewangan sudah diketahui sukar, namun untuk merangkumkan semuanya di dalam 3 hari pembentangan dan diulang untuk 4 kumpulan, memang amat mencabar minda dan fizikal.

Saya hanya ada waktu kosong bermula jam 6 petang sehingga esok paginya jam 7. Kemudian, perlu bersedia kembali untuk menghadapi peserta kursus. Mujurlah peserta kursus adalah kakitangan bank, justeru mengulas dan menerangkan sebarang idea, khususnya berkenaan implementasi ideal produk perbakan Islam dan kelemahan semasa adalah lebih mudah berbanding jika pesertanya orang awam.

PROGRAM DI MIRI

Hari Sabtu dan Ahad adalah hanya waktu kosong yang ada, namun saya gagal mengandaikan tahap keletihan, hasilnya saya telah lebih awal bersetuju untuk menjadi pengisi dua program di Miri. Kuliah Maghrib dan kursus solat separuh hari.

Pada asalnya, saya hamper-hampir ingin membatalkan program di Miri kerana selepas dua hari mengendalikan kursus lathan di Brunei, suara mula serak basah dan seperti tanda akan hilang. Keadaan itu biasa bagi saya khussunya apabila batuk dan terus menerurs memberikan pengisian.

LETIHKAH?

Namun, Alhamdulillah kedua-dua program itu dapat disempurnakan dengan sederhana. Namun saya amat letih, hanya mempunyai beberapa jam untuk meneruskan training untuk dua lagi kumpulan di Brunei. Tatkala itu terfikir, betapa lemahnya tubuh ini berbanding para sahabat yang berjuang merentasi padang pasir, di bawah kepanasan matahari. Diri terasa kerdil dan malu untuk berkata ‘letih'.

Dengan izin Allah, kesihatan fizikal dan mental saya mengizinkan untuk menyelesaikan semua kumpulan dengan jaya dan lancar. Namun memikirkan perjalanan pulang dari Brunei ke United Kingdom, transit di Malaysia beberapa jam, mengundang sedikit kerisauan. Saya terpaksa menempuh ‘azab' bermusafir, kegagalan melelapkan mata dan gangguan jet lag.

Apapun, saya bersyukur kerana selamat sampai ke pangkuan keluarga dengan tubuh sihat. Selepas sehari sampai, barulah demam menjelma. Tidak mengapa demam di sisi isteri dan keluarga tidak merisaukan berbanding jika saya tidak sihat semasa di Brunei.

Cukup melegakan apabila berjaya menamatkan semua sesi laitihan tersebut. Kini saya telah berpengalaman mengendalikan kursus intensif tiga hari untuk Sijil kewangan dan Perbankan Islam yang dikeluar oleh The Markfield Institute of Higher Education, UK.

NEGARA BRUNEI

Tidak dinafikan, ia merupakan satu pengalaman yang amat baik. Berinteraksi dengan kakitangan Bank Islam Brunei (BIBD) juga memberikan banyak info menarik berkenaan produk-produk kewangan mereka. Selain itu, dapat juga info menggembirakan berkenaan Brunei. Boleh saya katakan, antara negara umat Islam yang paling berjaya dalam menerapkan sistem pemerintahan secara Islam.

Negaranya bersih dari arak, termasuk di hotel-hotelnya. Bersih dari perjudian, pelacuran, karaoke, rumah urut, pub dan yang sepertinya. Merokok tidak dibenarkan di kawasan awam. Berpakaian tidak senonoh tidak dibenarkan juga di khalayak awam, malah di kawan awam di sekitar hotel juga dilarang. Saya melihat sendiri bagaimana dua orang warga emas dari Jepun yang hanya berpakaian pajamas di kawasan lobi hotel, diminta oleh kakitangan untuk segera kembali ke bilik bagi menukar pakaian.

Dari info rakan-rakan Brunei, agak ramai juga yang mengatakan Brunei sebuah Negara yang membosankan. Mengapa?. Tidak lain kerana Brunei terlalu sunyi, tiada hiburan kata mereka. Adakah kerana tiada menyediakan perkhidmatan haram dan nafsu maka ia menjadi bosan?.

Saya gembira dengan Brunei, walaupun tahap kesedaran berkenaan haram riba masih belum meluas, namun kadar jenayah rendah dan sensitiviti menjaga hal-hal keagamaan di dalam Negara agak tinggi. Saya kira pemimpinnya berjaya melakukan apa yang termampu buat masa ini untuk menunaikan amanah selaku pemimpin.

Sekadar coretan ringkas pengalaman buat kali ke empat saya di Brunei Darussalam. Menulis dalam keadaan demam yang belum betul-betul kebah. Berikut adalah beberapa rakaman gambar sewaktu di Brunei dan Miri, Sarawak.

 

 

 

 

 

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

7 Julai 2010

 

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #14 bruneisalim 2010-08-08 17:14
Assalamualaikum ,

Saya ingin mengiakan pemerhatian ustaz zaharudin berkenaan brunei. Kecenderungan negara brunei terhadap agama islam amatlah tinggi. Itulah sebabnya Sultan Brunei memperkenalkan konsep negara zikir. Ia adalah langkah yang baik bagi meningkatkan syiar Islam di Brunei. Punca-punca maksiat banyak ditutup.

Terdapat juga anak-anak muda yg agak kebaratan, tetapi ini adalah cabaran bagi seorang pendakwah bagi membawa mereka kepada Islam.

* Saya pernah lihat ustaz zaharudin di Empire Hotel, tetapi agak tergamam nak tegur takut salah orang. InsyaAllah ada rezeki kita berjumpa lagi.

Rakyat M'sia di Brunei.
Quote
0 #13 Salam...Faizal 2010-07-31 03:10
itu sbbnye sy terlalu teringin ke Brunei...
Quote
0 #12 terharuyie 2010-07-17 01:53
"Tatkala itu terfikir, betapa lemahnya tubuh ini berbanding para sahabat yang berjuang merentasi padang pasir, di bawah kepanasan matahari. Diri terasa kerdil dan malu untuk berkata ?letih'.."

huhu,sgt2 terharu.. :sigh:
Quote
0 #11 Kursus Solat di Lembah Kelangkatana 2010-07-14 09:57
Salam buat Ustaz & the team..

Saya just nak kan info tentang bilakah next Kursus Solat yang akan diadakan di area Lembah Kelang..? dan kepada siapa saya boleh berhubung..?

Sekian, Jazakallahu khair

katana
Quote
0 #10 sedikit berbezaummi 2010-07-13 23:40
Assalamua'laikum...

sy, suami dan rakan sempat mnziarahi Brunei pada cuti CNY yg lepas. sedikit gmbaran berbeza-pd wktu mlm, di shopping complex di sana ada jg remaja lelaki & perempuan yg melepak.pakaian pn agak moden & seksi, membuatkan kami takut pengaruh negatif barat sedang masuk ke brunei perlhan2 & mungkin menjadi spt KL.mg dijauhkan pkr spt itu...
Quote
0 #9 semoga Ustaz diberi kekuatan..InsyaAllahmohd johari othman 2010-07-13 21:41
Assalamualaikum Ustaz,
Kapan nk buat seminar formula solat kt KL?buatlah Ustaz.. =)
Quote
0 #8 Damainya BruneiUmmu Atifi 2010-07-13 06:12
Salam. Saya pernah tinggal dan bertugas di Negera Brunei Darussalam selama hampir 9 tahun. Kini saya sudah pulang ke Malaysia. Sungguh. Damai jiwa, hati dan mata yang diperoleh sepanjang di sana susah untuk dimiliki di negara sendiri.
Quote
0 #7 Jzkk Ustaz ZaharuddinJuhari Jalil 2010-07-10 07:16
Assalamualaikum ...

terima kasih ustaz...ana bersama isteri sempat mengikuti 2 kuliah ustaz ketika di miri...alhamdulillah bertambah kefahaman ttg Kebaikan itu keberkatan & Formula Solat Sempurna...jzkk
Quote
0 #6 Jetlagmus 2010-07-10 00:25
Saya bangga serta mengucapkan tahniah kpd ustaz yg tidak pernah jemu2 ke sana ke mari walaupun terpaksa lebih 12jam dlm flight.

Pendapat saya agar diberikan sedikit ruangan utk ustaz berehat selepas setiap kali melakukan perjalanan jauh dgn penerbangan akibat jetlag. Bagi saya pergi ke timur mendapat lebih rehat dari pergi ke barat. Akan tetapi perubahan biological clock dlm badan tidak dapat menafikan keperluan utk berehat. Badan akan sentiasa menunjukkan waktu tertentu utk berehat secara automatik. Prevention is better than cure.

wallahualam
Quote
0 #5 islam di bruneibiru? 2010-07-09 16:13
salam ustaz. terharu saya membaca dan bersyukur bila ustaz cerita pasal islam di brunei , saya doakan berterusan malah lebih baik akan datang.
kalau nak banding islam di makaysia?
ustaz sendiri lebih maklum...

wallahualam
Quote
0 #4 indahnya bruneisemut 2010-07-08 18:18
Salam ustaz, thanks ustaz kerana berkongsi cerita...saya tertanya2 bilakan keadaan yg ustaz alami di brunei dapat kami alami di Malaysia...sebuah negara Islam......
Quote
0 #3 :)fajridil adha 2010-07-08 18:05
Salam..

sy rasa berbangga pula bila mendengar Brunei antara negara yang paling berjaya yang menerapkan sistem pemerintahan Islam. Malaysia ni entah bila nak ada pemerintahan sedemikian rupa.. -fajridil.blogspot.com (fajridil.blogspot.com)-
Quote
0 #2 tahniahzulkifli 2010-07-08 16:39
Tahniah dan teruja dengan perkongsian UZAR dan memberikan saya motivasi untuk terus gigih dalam kehidupan. Teruskan UZAR dan saya doakan agar sama2 kita dipermudahkanNy a untuk setiap perjuangan.
Quote
0 #1 TahniahHadi Rofiee 2010-07-08 04:19
Assalamu'alaikum Ustaz.

Tahniah saya ucapkan. Apabila membaca artikel2 ustaz berkenaan pengalaman2 ini, semangat saya tiba2 bertambah untuk terus belajar dengan bersungguh2.

Terima kasih Ustaz. :-)
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 96 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Peribadi, Tazkirah & Fikir Dua Minggu di Brunei & Sudah Letihkah?