Peribadi, Tazkirah & Fikir Dua Minggu di Brunei & Sudah Letihkah?

Dua Minggu di Brunei & Sudah Letihkah?

  • PDF
(7 votes, average 5.00 out of 5)

Dua Minggu di Brunei & Sudah Letihkah?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

masjid_brunei.jpg

 

Biasanya, setiap kali selepas mengendalikan kursus kesempurnaan solat, saya akan terlentuk keletihan yang amat sangat. Letih yang bukan hanya fizikal tetapi juga mental. Bak kata ramai, keletihan mental lebih memberikan kesan dahsyat kepada tubuh berbanding fizikal. Namun dalam hal ini, saya keletihan kedua-duanya.

Keletihan minda itu biasanya kerana isi dan kandungan yang disampaikan mesti sentiasa di awasi agar mampu difahami oleh pendengar, di samping setiap minit assessment akan dibuat di dalam minda untuk melihat response peserta. Jika ada yang kelihatan ‘lost', maka perubahan intonasi dan kandungan perlu dibuat agar saya tidak dilihat mendodoikan peserta. Fizikal letih kerana penyampaian kursus sebegitu tidak boleh dibuat sambil duduk, saya perlu berjalan ke hulu ke hilir sepanjang 10 jam ceramah. Jika diukur jarak pergerakan saya itu yang mundar mandir semasa setiap kursus itu, mungkin boleh mencecah ratusan kilometer?

Itu penangan sekali kursus solat, namun sepanjang dua minggu yang lepas. Mengendalikan kursus intensif Islamic Finance untuk kakitangan Bank Islam Brunei Darussalam nampaknya jauh lebih dahsyat berbanding kursus solat.

Jika kursus solat ia hanya memakan sehari penuh dari jam 8.30 pagi ke jam 6.30 petang. Namun kursus latihan di Brunei bukan satu hari tetapi 12 hari. Saya perlu mengendalikan 4 kumpulan dalam masa dua minggu. Setiap kumpulan dihadiri oleh 25-30 peserta. Setiap kumpulan memerlukan masa 3 hari untuk ( setiap hari dari jam 8 pagi sehingga jam 5.30 petang) atau 20 jam.

Kursus latihan ini akan melayakkan semua peserta mendapat sijil kewangan dan perbankan Islam dari The Markfield Instutite of Higher Education, iaitu sebuah institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Gloucester University, UK.

Pembentangan dibuat sepenuhnya di dalam bahasa inggeris dan membentangkan slide yang bukan disediakan oleh saya agak sedikit mencabar. Semua slide yang pengisian disediakan oleh Institut kerana semuanya perlu diiktiraf untuk universiti terlebih dahulu. Saya hanya dilantik untuk menyampaikannya.

Pembentangan isu kewangan sudah diketahui sukar, namun untuk merangkumkan semuanya di dalam 3 hari pembentangan dan diulang untuk 4 kumpulan, memang amat mencabar minda dan fizikal.

Saya hanya ada waktu kosong bermula jam 6 petang sehingga esok paginya jam 7. Kemudian, perlu bersedia kembali untuk menghadapi peserta kursus. Mujurlah peserta kursus adalah kakitangan bank, justeru mengulas dan menerangkan sebarang idea, khususnya berkenaan implementasi ideal produk perbakan Islam dan kelemahan semasa adalah lebih mudah berbanding jika pesertanya orang awam.

PROGRAM DI MIRI

Hari Sabtu dan Ahad adalah hanya waktu kosong yang ada, namun saya gagal mengandaikan tahap keletihan, hasilnya saya telah lebih awal bersetuju untuk menjadi pengisi dua program di Miri. Kuliah Maghrib dan kursus solat separuh hari.

Pada asalnya, saya hamper-hampir ingin membatalkan program di Miri kerana selepas dua hari mengendalikan kursus lathan di Brunei, suara mula serak basah dan seperti tanda akan hilang. Keadaan itu biasa bagi saya khussunya apabila batuk dan terus menerurs memberikan pengisian.

LETIHKAH?

Namun, Alhamdulillah kedua-dua program itu dapat disempurnakan dengan sederhana. Namun saya amat letih, hanya mempunyai beberapa jam untuk meneruskan training untuk dua lagi kumpulan di Brunei. Tatkala itu terfikir, betapa lemahnya tubuh ini berbanding para sahabat yang berjuang merentasi padang pasir, di bawah kepanasan matahari. Diri terasa kerdil dan malu untuk berkata ‘letih'.

Dengan izin Allah, kesihatan fizikal dan mental saya mengizinkan untuk menyelesaikan semua kumpulan dengan jaya dan lancar. Namun memikirkan perjalanan pulang dari Brunei ke United Kingdom, transit di Malaysia beberapa jam, mengundang sedikit kerisauan. Saya terpaksa menempuh ‘azab' bermusafir, kegagalan melelapkan mata dan gangguan jet lag.

Apapun, saya bersyukur kerana selamat sampai ke pangkuan keluarga dengan tubuh sihat. Selepas sehari sampai, barulah demam menjelma. Tidak mengapa demam di sisi isteri dan keluarga tidak merisaukan berbanding jika saya tidak sihat semasa di Brunei.

Cukup melegakan apabila berjaya menamatkan semua sesi laitihan tersebut. Kini saya telah berpengalaman mengendalikan kursus intensif tiga hari untuk Sijil kewangan dan Perbankan Islam yang dikeluar oleh The Markfield Institute of Higher Education, UK.

NEGARA BRUNEI

Tidak dinafikan, ia merupakan satu pengalaman yang amat baik. Berinteraksi dengan kakitangan Bank Islam Brunei (BIBD) juga memberikan banyak info menarik berkenaan produk-produk kewangan mereka. Selain itu, dapat juga info menggembirakan berkenaan Brunei. Boleh saya katakan, antara negara umat Islam yang paling berjaya dalam menerapkan sistem pemerintahan secara Islam.

Negaranya bersih dari arak, termasuk di hotel-hotelnya. Bersih dari perjudian, pelacuran, karaoke, rumah urut, pub dan yang sepertinya. Merokok tidak dibenarkan di kawasan awam. Berpakaian tidak senonoh tidak dibenarkan juga di khalayak awam, malah di kawan awam di sekitar hotel juga dilarang. Saya melihat sendiri bagaimana dua orang warga emas dari Jepun yang hanya berpakaian pajamas di kawasan lobi hotel, diminta oleh kakitangan untuk segera kembali ke bilik bagi menukar pakaian.

Dari info rakan-rakan Brunei, agak ramai juga yang mengatakan Brunei sebuah Negara yang membosankan. Mengapa?. Tidak lain kerana Brunei terlalu sunyi, tiada hiburan kata mereka. Adakah kerana tiada menyediakan perkhidmatan haram dan nafsu maka ia menjadi bosan?.

Saya gembira dengan Brunei, walaupun tahap kesedaran berkenaan haram riba masih belum meluas, namun kadar jenayah rendah dan sensitiviti menjaga hal-hal keagamaan di dalam Negara agak tinggi. Saya kira pemimpinnya berjaya melakukan apa yang termampu buat masa ini untuk menunaikan amanah selaku pemimpin.

Sekadar coretan ringkas pengalaman buat kali ke empat saya di Brunei Darussalam. Menulis dalam keadaan demam yang belum betul-betul kebah. Berikut adalah beberapa rakaman gambar sewaktu di Brunei dan Miri, Sarawak.

 

 

 

 

 

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

7 Julai 2010

 

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 23 guests

Komen Terbaru

You are here: Peribadi, Tazkirah & Fikir Dua Minggu di Brunei & Sudah Letihkah?