Politik & Dakwah Politik Islam & Dakwah Perang Info & Berita Di Musim Pilihanraya : Pengajaran

Perang Info & Berita Di Musim Pilihanraya : Pengajaran

  • PDF
(12 votes, average 4.75 out of 5)

Perang Info & Berita Di Akbhar

Sempena Pilihanraya

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

Satu lagi fenomena yang agak menarik di musim pilihanraya ini adalah pengaruh dan rujukan orang ramai kepada media yang bebas. Kalau sebelum ini saya ada menyebutkan harapan untuk melihat media yang tidak dikhususkan untuk ahli parti tertentu agar bersifat lebih telus dan professional bagi menarik pelanggan dan keyakinan rakyat yang semakin bijak membandingkan berita.

Siapa Lebih Laju Coverage

Kali ini, bersama-sama artikel ini saya sertakan fakta menarik yang menunjukkan saluran berita Utusan Malaysia dan Berita Harian yang telah ditewaskan oleh berita Malaysiakini.com yang sedang dalam tempoh promosi tanpa bayaran selama dari 4 - 12 Mac 08.

Cuba jika dilihat dan dibandingkan pada 6 bulan lepas, semua akhbar harian perdana amat sukar digugat oleh akhbar-akhbar eletronik alternatif lain, namun kali ini media berita tersebut teruk ditewaskan oleh Malaysiakini.

Harakahdaily hanya mampu menaikkan sedikit namun gagal meraih pelawat seramai malaysiakini disebabkan ‘update' berita mereka yang agak lambat berbanding malaysiakini yang lebih terkini dan fresh. Bagaimanapun, mereka telah dapat mendahului bharian.com yang sebelum ini amat sukar digugat. 

Namun perlu diingat, media akhbar Malaysiakini tidak mempunyai pemimpin politik mereka sendiri yang memerintah atau menang untuk diperolehi info dengan cepat berbanding harakah. Namun kelihatan tahap keprofesionalan mereka mendapat berita kelihatan lebih cekap terutamanya di musim hangat politik Malaysia ini. Saluran media Malaysiatoday memang hanya mengumpul berita dari pelbagai sumber lain sahaja, justeru tidak hairanlah tahapnya tidaklah begitu menonjol di musim pilihanraya ini.

Cuba lihat dua graph yang dicatatkan oleh alexa.com ini.

1) Untuk tempoh 6 bulan sebelum

6 bulan

2) Ini prestasi dalam tempoh sebulan ini untuk lebih jelas

Tempoh sebulan lepas 

 

Nasihat Buat Akhbar Tempatan

Menarik bukan.? Justeru nasihat saya buat akhbar tempatan, jika ingin melariskan jualan (bukankah ia tujuan utama sebuah akhbar komersial ini), ubahlah sikap pemberitaan kepada yang lebih bijak dan professional.

Bagi akhbar-akhbar alternatif  lain, tingkatkan kecekapan dan kepantasan untuk membuktikan anda media yang cekap dan boleh diharap. Bukankah anda juga mempunyai kakitangan yang 'fulltime'. Tingkatkan prestasi, kualiti dan kecekapan, demikianlah ajaran Islam.

Terutamanya di ketika pihak pembangkang diberi kepercayaan menerajui 5 negeri, tahap efisyen perlu dipertingkat agar rakyat boleh mendapat info dari pelbagai pihak sebelum sesuatu berita dihadamkan dan 'tersangkut' dalam minda dan hati mereka.

Menjadi tuntutan Islam di dalam menghakimi sesuatu perdebatan dan kes pertikaian untuk mendengar dari kedua-dua pihak sebelum membuat sebarang keputusan. Sebagaimana yang diajar oleh Nabi SAW :-

 

فإذا جلس بين يديك الخصمان فلا تقض للأول حتى تسمع من الآخر كما سمعت من الأول فإنه أحرى أن يبين لك القضاء

Ertinya : Apabila datang dua orang yang bertengkar (yang inginkan perbicaraan) di hadapanmu maka janganlah kamu (hakim) memutuskan keputusan bagi yang pertama sehinggalah kamu mendengar penjelasan dari pihak lain sebagaimana yang engkau dengari dari pihak yang pertama, kerana ia lebih tepat dan baik untuk memandumu dalam menetapkan hukum (atau keputusan)" ( Riwayat Abu Daud, no 3582, 3/301 ; Al-Hakim, Shohih ; Al-Ahkam As-Sultaniyah, 1/75 : Al-Ahadith Al-Mukhtarah, 2/388  ;  hadith hasan menurt Imam Ibn Hajar ; Fath Al-Bari, 13/171 )

Namun jika pihak yang satu lagi kurang efisyen..siapa lagi yang ingin dipersalahkan. 

 

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

12 Mac 2008



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 7 guests

Komen Terbaru

You are here: Politik & Dakwah Politik Islam & Dakwah Perang Info & Berita Di Musim Pilihanraya : Pengajaran