Barraq Hussain Obama
: Harapan atau Ancaman?
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Sah, baru sebentar tadi dalam keadaan demam, saya menyaksikan secara langsung siaran khas angkat sumpah oleh Sdr. Barraq Hussain Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat. Begitulah nama beliau yang diucapkan semasa angkat sumpah. Nama ‘Hussain' di tengah itu menjadi isu hangat semasa kempen beliau, dan menjadikan sebahagian umat Islam ‘cuba' meletakkan sedikit harapan, selain daripada kerana asal usulnya yang punyai kaitan dengan Islam.
Majlis angkat sumpahnya disaksikan secara langsung di Washington oleh sekitar 2 juta warga Amerika dan lain-lain negara. Dalam suhu sesejuk negatif enam (- 6 darjah celcius) mereka berhimpun seperti himpunan pemimpin di Iran.
Obama berucap dengan bahasa inggeris yang advance, ucapannya pula kelihatan dipersembah secara spontan dan bukan membaca teks.
Terbayang saya bagaimana sukarnya untuk memikirkan teks dan kandungan bagi ucapan sulongnya tadi. Dengan kehadiran pimpinan kerajaan lama yang diketuai oleh Bush dan bekas-bekas Presiden, dan hampir satu dunia yang ingin mendengar buah fikirannya.
George W. Bush laknatullah yang bertaraf kasut sudah keluar dari rumah Putih yang selepas ini akan didiami oleh Presiden Kulit Hitam. Ye rumah ‘putih' yang dibina secara kerahan oleh hamba sahaya berkulit Hitam di Amerika berpuluh tahun dahulu.
Ketika Bush keluar berhadapan dengan manusia seramai satu hingga dua juta di hadapan Capitol Hill, wartawan BBC yang melaporkan secara langsung melaporkan banyak suara yang memberikan ‘booooo' kepadanya. Namun ia tidak begitu kuat kerana di'cover' oleh lagu yang mengiringi Bush keluar.
ADA HARAPAN BAIK UNTUK ISLAM ?
Ramai yang menafikan harapan itu dengan mengemukakan petikan-petikan ucapan Obama, kenyataannya, dan sebagainya yang TIDAK menampakkan sebarang harapan buat Islam.
Bagi saya, tentunya kita akan frust dan lemah lesu jika kita mengharap beliau akan merubah ketetapan tradisi dan polisi Amerika secara seratus peratus, atau mudahnya tiba-tiba bersikap amat menyebelahi Islam dan mendahulukan kebajikan Islam khususnya di Iraq, Palestin, Afghanistan dan lainnya secara terus terang khususnya, mencerca yahudi Israel dan memotong bantuan dananya di samping memuji Osama Laden.
Ia adalah kerana harapan anda terlalu ideal mungkin, tanpa menafikan kuasa Allah mengatasi segalanya dan boleh menjadikan harapan itu ke alam realiti.
Mengapa perlu harap belas dan ihsan bukan Islam!?
Bentak beberapa individu Islam yang bersemangat berkobar-kobar. Benar, wajarnya tidak sedemikian, namun di waktu kita lemah kerana kesalahan Muslim sendiri, kita terpaksa akuinya. Akuinya bukan bermakna terus putus asa. Nabi s.a.w sendiri berusaha mencari kabilah yang kuat untuk dipujuk bersama Islam di awal-awal Islam dahulu, agar Muslim menjadi kukuh dari sudut fizikalnya.
Kita juga boleh meminta bantuan atau menggunakan peluang yang ada dari bukan Islam demi kebaikan Islam, sebagaimana Nabi s.a.w menggunakan khidmat si kafir semasa berhijrah.
Dicelah kelemahan kesatuan dan ilmu dalam dunia umat Islam, saya berpandangan, tidak salah untuk kita mengharap pemimpin di negara kuasa besar dunia yang bukan pembuli dan kaki perang serta membuka ruang diskusi. Atau kata lainnya, ‘less evil' dan memberi sokongan terhadap niat mereka yang boleh dimanfaatkan oleh dunia Islam.
Tanpa melupakan Firman Allah swt :-
ولن ترضى عنك اليهود ولا النصارى حتى تتبع ملتهم
Ertinya : Yahudi dan Nasrani tidak akan sesekali redha denganmu sehingga kamu mengikuti agama mereka (dan cara hidup) (Al-Baqarah : 120)
UCAPAN OBAMA TENTANG ISLAM
Saya dan seluruh umat Islam memang menunggu adakah Obama akan menyebut berkenaan Islam dalam ucapannya ? Berikut adalah beberapa petikan ucapannya yang punyai kaitan dengan Islam :-
1) Obama ada menyebut
We are a nation of Christians and Muslims, Jews and Hindus -- and nonbelievers. We are shaped by every language and culture, drawn from every end of this Earth; and because we have tasted the bitter swill of civil war and segregation, and emerged from that dark chapter stronger and more united, we cannot help but believe that the old hatreds shall someday pass; that the lines of tribe shall soon dissolve; that as the world grows smaller, our common humanity shall reveal itself; and that America must play its role in ushering in a new era of peace.
Amerika adalah negara Kristian, Muslim, Yahudi, Yahudi dan Athies (yang tidak percaya tuhan)?
Apabila beliau menyebut nama Muslim sejurus nama Kristian. Sudah tentu Kristian di tangga pertama kerana beliau mengangkat sumpah adalah dengan Bible, Namun agak menarik apabila beliau mengiktiraf Islam di tempat kedua selepas Kristian.
Anda mungkin mencebik bibir sambil mengatakan ‘apa sangatlah tu',
Namun tapi bagi saya, ucapannya yang diketahui didengari satu kalimah demi kalimah oleh seluruh dunia, musuh dan rakan, setiap kalimah pastinya ada weithage nya. Mungkin boleh difahami, percubaan memujuk muslim Amerika dan seluruh dunia.
Benar, memang sukar diyakini kemampuannya untuk merubah polisi-polisi besar dan menjayakan sesuatu yang amat berbeza dari kebiasaan kerajaan Amerika. Namun demikian, Obama berkata :
Now, there are some who question the scale of our ambitions -- who suggest that our system cannot tolerate too many big plans. Their memories are short..
Semoga Obama mampu membuat sesuatu yang berbeza dari kebiasaan dan kecenderungan jahat Amerika sebelum ini. Apa yang dikata perlu desakan dan diingatkan untuk dikota.
2) Lagi ucapannya :-
"To the Muslim world, we seek a new way forward, based on mutual interest and mutual respect.
Bagi saya, peluang yang diharapkan oleh Obama untuk berbincang dan mengharap ‘mutual respect' dengan dunia Islam patut dipandang positif dan dirancang kepada yang positif, bukan dengan menutup peluang.
3) Obama juga berkata :
We will begin to responsibly leave Iraq to its people, and forge a hard-earned peace in Afghanistan.
Satu lagi janji baik bagi rakyat Iraq, Iraq untuk rayat Iraq. Namun berkenaan Afghanistan..ia mempunyai double meaning terhadap bentuk keamanan yang ingin dicipta itu.
4) Obama berkata :-
America is a friend of each nation and every man, woman, and child who seeks a future of peace and dignity
Amerika mahu menjadi rakan dan kawan kepada negara-negara lain? Termasuk negara umat Islam dan bukan lawan?
Benar, menjadi kawan boleh membawa maksud positif dan negatif ? Saya harap pemimpin negara umat Islam mampu mencoraknya kepada kawan yang positif dan tetap pendirian.
5) Obama Menulis :-
Obama pernah menulis pada tahun 2007, mengkritik kaedah perang sebagai jalan penyelesaian dan menyedari kaedah itu menjatuh maruah dan kepercayaan warga dunia terhadap Amerika :-
To recognize the number and complexity of these threats is not to give way to pessimism. Rather, it is a call to action. These threats demand a new vision of leadership in the twenty-first century -- a vision that draws from the past but is not bound by outdated thinking. The Bush administration responded to the unconventional attacks of 9/11 with conventional thinking of the past, largely viewing problems as state-based and principally amenable to military solutions. It was this tragically misguided view that led us into a war in Iraq that never should have been authorized and never should have been waged. In the wake of Iraq and Abu Ghraib, the world has lost trust in our purposes and our principles.
After thousands of lives lost and billions of dollars spent, many Americans may be tempted to turn inward and cede our leadership in world affairs. But this is a mistake we must not make.
Kini, beliau sudah berkuasa. Kuasa boleh sahaja menjadikan seseorang manusia menjadi syaitan manusia. Justeru pemimpin dan tokoh umat Islam patut mengambil peluang terbaik dengan menyampaikan mesej sebenar Islam kepada Presiden baru Amerika ini.
PM MALAYSIA DAN OIC
Saya kira, Perdana Menteri Malaysia yang bakal bersara boleh melakukan tugas-tugas akhir ini dengan pertemuan rasmi dengan Obama, memandangkan beliau seorang ‘ustaz'.
Selain itu, OIC mungkin wajar memikirkan sesuatu untuk kebaikan dunia Islam.
Individu khsusunya cendiakwan Muslim di Amerika turut boleh melakukan sesuatu untuk memulihkan lagi imej Islam di mata Presiden baru USA ini walaupun beliau di kelilingi oleh Yahudi.
Sebahagian warga bukan Islam di Barat masih mengganggap Islam = terrorist dan terrosit adalah Islam. Ia berpunca dari ketidakfahaman mereka tentang Islam kerana tidak wujud mereka yang menerangkan. Sehingga murid-murid sekolah rendah di kampung di Wales ini pun masih ada yang berprasangka terhadap anak-anak kami yang bersekolah yang sama.
Anak perempuan saya mengatakan terdapat seorang kanak-kanak wanita berbangsa English di sekolahnya yang dipulau kerana ia berkawan dengan anak-anak kami beragama Islam.
Budak-budak lelaki sekelas dan kelas lain ada yang kerap mempermainkannya dan berkata :
"Look Chole is playing with muslim girls"
Lalu diejek-ejek dan dipulaukan kanak-kanak wanita bernama Chole ini. Mujur tidak diganggu dan diejek anak-anak kami. Justeru, penerangan adalah perlu.
Saya difahamkan terdapat banyak kumpulan lobi dari kalangan Muslim di Amerika. Beberapa cadangan baik yang saya dengar mencadangkan agar Muslim mewujudkan pasukan pemikir yang bersifat komersial dan professional.
Bijak pandai Islam yang berada di Amerika sama ada atas nama persatuan Islam Amerika atau nama-nama tersendiri boleh mengambil langkah aktif dengan mendekati parti democrat dan Obama sebagaimana yang kerap digunakan oleh Yahudi Israel. Ia boleh bermula dengan pasukan think tank, akhbar, seterusnya menunjukkan pengaruh dan memasuki pintu White House dengan rancangan yang baik untuk Islam.
PERUBAHAN BOLEH JADI TIDAK SELESA SEBENTAR
Dengan slogan ‘we can change' dan yang sepertinya. Kini majoriti rakyat Amerika yang ditemuramah di BBC news menaruh harapan tinggi perubahan oleh Obama. Apa jenis perubahan, sama-sama kita nantikan. Namun sudah timbul kebimbangan penganalisis, perubahan ini boleh membawa kurang selesa, kebiasaan mungkin perlu dihentikan dan diubah dan lain-lain lagi.
Dalam Islam, perubahan kepada yang baik amat dituntut dan ia sememangnya berat atas bahu mereka yang jahil, jahat dan munafiq. Sebagaimana firman Allah :-
وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنزَلَ اللّهُ قَالُواْ بَلْ نَتَّبِعُ مَا أَلْفَيْنَا عَلَيْهِ آبَاءنَا أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لاَ يَعْقِلُونَ شَيْئاً وَلاَ يَهْتَدُونَ
Erti : Dan apabila dikatakan kepada mereka: ""Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah,"" mereka menjawab: ""(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami"". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apa pun, dan tidak mendapat petunjuk?" ( AL-Baqarah : 270)
Justeru, jangan takut untuk berubah kepada yang lebih baik..tinggalkan zaman jahil dan jahat kepada baik dan soleh. Ia pasti menuntut kesabaran dan sedikit kepedihan.
YAHUDI DAN OBAMA
Obama turut berkata sambil difahami ia ditujukan kepada negara Islam di Timur Tengah khususnya :-
"To those leaders around the globe who seek to sow conflict, or blame their society's ills on the West - know that your people will judge you on what you can build, not what you destroy."
Persoalannya kita sekarang adalah :
Why address this indirectly to Islamic countries or arabs ? Why not Israel, an American buddy, that has effectively destroyed 50 UN and 21 medical facilities; sewage systems; displaced over 100,000 people; left 400,000 people without running water; damaged or destroyed 17,000 civilian homes; killed at least 1,300 Palestinians; some still being pulled dead from the rubble and over 400 of them children; and used illegal weapons like white phosphorous, depleted uranium, and inert metal shells on civilians, causing long-term damage like inevitable cancer or death to the 7,000+ wounded after already causing a humanitarian crisis from an inhumane military blockade that was starving women and children, almost 50% of which are now exhibiting mental defects from malnutritioned growth. Should we not judge them by their destruction? What have they built for others with clean hands?
.
And with the 7 million dollars of US aid per day being funneled to Israel, more than any other country in the world, taxpayers will be glad to stop paying for genocide. If Obama is true to his word this time, he will address Israel with not love for the money its lobbyist line his pockets or the votes he garners through them, but with the tough love every family would give a murderous son or daughter. First stop: the media.
http://www.ifamericansknew.org/
Gambar :Semasa demonstrasi bantah keganasan Yahudi di Swansea , Wales,UK
AKHIR KATA : BOIKOTLAH BARANGAN YAHUDI ISRAEL DAN AMERIKA!
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
21 Jan 2009
p/s :
Transcript ucapan Obama sila buka di sini http://edition.cnn.com/2009/POLITICS/01/20/obama.politics/index.html
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites