amsyaitul amri <amsyaitul_82@yahoo.com> wrote: Assalamualaikum Ustaz....
Disini saya ingin bertanyakan hal berkenaan satu situasi berdasarkan tajuk di atas.... Seorang kawan saya pernah bergaduh dengan isterinya melarang untuk keluar bekerja.."Kalau awak keluar lagi bekerja selepas ini,aku cerai kau dengan talak 1".........tapi selepas berbincang dan berbaik semula,si suami akhirnya membenarkan isterinya kembali bekerja.... Boleh tak ustaz terangkan apakah lafaz yang dikeluarkan boleh diterima pakai? Jika lafaz tersebut sah,apakah yang patut dilakukan oleh kedua psangan tersebut? Sekian , terima kash..diharap ustaz dapat membantu
| |
JAWAPAN wa'alaikumussalam
apa yang rakan anda buat adalah lafa ta'liq cerai..ini bermakna apabila ia menybeut demikian, si isteri tidak dibenarkan sekali-kali untuk melanggarnya atau talaq akan jatuh secara pasti.
Adapun dalam konteks "setelah berbinacng semula dengan suami, dan suami benarkan pulak'
Majoriti ( Jumhur) para ulama Islam silam ( termasuk ulama dari 4 mazhab) dan kini menyebut bahawa lafaz ta'liq tidak boleh di batalkan lagi apabila telah diucapkan, niat si suami juga tidak perlukan untuk dipastikan dalam konteks lafaz yang sebegini terang dan jelas ( kecuali beberapa pandangan seperti Syeikhul Islam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim yang menyebut kecuali jika lafaz ta'liq tadi diniatkan oleh suami sebagai lafaz sumpah untuk menunjukkan tegahan yang amat amat serius dan bukan untuk menceraikan jika ia melanggarnya. Bagaimanapun pengecualian ini sukar untuk dibayangkan berlaku di suasana malaysia kerana ia adalah suasana orang Arab sahaja yang sememangnya kerap bermain dengan sumpah seperti ini)
Kecuali terdapat satu pandangan daalam mazhab Hanbali yang MENGHARUSKAN pembatalan talaq ta'liq sebagaimana di sebuat dalam kitab al-Furu' oleh Ibn Mufleh.
Hasilnya, menurut 4 mazhab ; apabila si isteri keluar bekerja selepas itu walaupun dgn izin suami, talaq 1 tetap akan jatuh...dan suami isteri itu perlulah Ruju' kembali dan hilanglah satu kuota talaq yang dimiliki oleh suami.
Wallahu a'lam..dalam hal di Malaysia, Mahkamah Syariah di Malaysia juga mengambil pandangan majoriti Mazhab. Iaitu talaq Ta'liq TIDAK BOLEH DI TARIK BALIK. sekian
ust zaharuddin abd rahman 24 syawwal 1427 H 15 Nov 2006 | |
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
UZAR : perkataan 'lepaskan' bukan perkataan yg jelas bermaksud cerai, justeru ia dianggap lafaz kinayah yang perlukan nia suami untuk jatuh talaq. Niat suami mesti dimaklumkan secara rasmi di mahkamah.
dan pd hari ini saya melayari internet dan bermain video chat..ada kah jatuh talak....tolong ustaz saya bersa was2 ni
tu..soalan saya..bolehkah lafaz taklik tersebut di tarik balik??adakah jatuh talak 3 pada saya..tolong ustad bantu saya..
jatuh tak talak jika saya sebut selepas d desak isteri?
Saya ingin bertanya soalan berkenaan cerai taklik. Saya mempunyai 2 orang isteri. Isteri kedua saya memang mempunyai terlalu banyak masalah kerana dia sering menganggu tanggangjawab saya terhadap isteri pertama. Isteri kedua saya juga pernah memaksa saya melafaz satu taklik yang berbunyi "jika saya bersetubuh dengan isteri pertama saya selepas ini akan jatuh talak 3 ke atas isteri kedua saya"
Bolehkah saya menarik balik taklik tersebut kerana perkara itu masih belum berlaku lagi memandangkan saya didesak atau dipaksa untuk melafazkan taklik itu dan ia telah melanggar dari segi hukum agama dimana isi kandungan taklik itu adalah menidakkan tanggungjawab saya sebagai seorang suami.
suatu ari sy bergaduh dgn suami dlm sms..sy minta suami lepaskan sy..tp dia berat utk berbuat dmikian.tp sy desak dia utk lepaskan sy..dgn marah suami sy sms pada sy"KALAU ESOK PUKUL 12.00 T.HARI, SU TAK TALIPON, MAKA JATUH TALAK".Keesokan hari di tmpat kerja, suami sy sms sy dan pesan pd sy suruh talipon dia supaya sy tak lupa.Pastu dia kol lagi pesan kt saya.Dia kata dia tdk ada niat nak bpisah dgn sy..sblum pukul 12, sy kol suami sy, tp handset sy habis kredit.sy juga gelisah krn tak dpt ckp dgn dia dan sy jga masih sygkan suami sy.slps tdk terima kol dr sy, suami sy kol sy dan tanya kenapa sy tak kol dia..sy ckp sy dh kol tp tak dapat sebab abis kredit..suami sy dengan kecewa letakkan talipon.kini kami tinggal berasingan dan blum rujuk..sedangkan edah sy tinggal sebulan sj lagi.
sy harap ustaz dpt beri penjelasan...adakh jatuh talaq dengan situasi begini....makasih dn wassalam
Adakah lafaz tersebut terus berjalan sampai bila2 (talaq bertambah setiap kali suami mengulanginya)?
Adakah berdosa tindakan isteri yg selalu terpaksa menyiasat komputer suami kerana sering tertanya2 akan kedudukannya?
Bagaimana jika suami tak mahu mengaku yang beliau masih melihat gambar2 lucah tersebut dan mereka terus menjalankan kehidupan sebagai suami isteri sedangkan isteri yakin dia telah tercerai? T/kasih
Apakah hukum jika isteri bertanya apakah taqlik yang abang baca semasa lepas akad nikah dan menyuruh suami melafazkan semula taliq tersebut.? dan semasa suami melafazkan taliq tersebut , si isteri merasakan seperti lafaz tersebut tidak lengkap. Dalam kes ini, suami dan isteri pun terlupa adakah lafaz tersebut ada tertinggal seperti yang tertera pada lafaz taliq pada borang nikah..Dalam kes tersebut, adakah lafaz taliq tersebut dikira sah,ini kerana si isteri yang meminta supaya suami membacanya semula.
Sy ada sorg kwn yg datang menceritakan kepada sy...
Dia menyamar diri sbg org lain di facebook. tujuannye utk melihat sejauh mana suami nye aktif facebook dgn org lain. tetapi suaminye tidak tahu. Semasa dlm msj fb.. kwn sy hntar msj kepda suaminye tu.. mgatakan sekiranya tidak fb mgkin sbb takut bini kot.. apa yg diterima blas msj tersebut si suami tersebut telah mengatakan.. jika awk bini aku tentu dh jatuh talak.. kwn sy terkejut dan tidak menyangka setelah melihat ayat tersebut. persoalannya, jatuh ke talaq tersebut? sedangkan si suami tsbut tidak tahu yg mnyamar tu isterinya.. Kwn sy tleh meminta si suami tu menarik balik kata2 nye..Si suami tu mengatakan,. nk takut apa kau bukan bini aku. .. mohon jawapan drpd ustaz.. terima kasih
kalau suami htr sms kat isteri seperti di bawah ni adakah jatuh talak ke atas isterinya??
"kita bincang elok2. Kalau tade penyelesaian jugak, tade kompromi, kita buat aje lah haluan masing2. Kalau itu yang terbaik"
"Kalau dh mcam tu kata awak, kita berpisah aje lah..tunggu lepas bersalin"
"Ok...nanti apa cara pun, lepas kita berpisah abg akan byr hutang2 abg"
"Tunggu lepas bersalin. Abg nk tgk anak yang last ni"
Saya dan isteri tinggal di luar negara.Dan baru-baru ni saya mendapat tawaran kerja dari negara lain dan memaksa saya meninggalkan anak dan isteri selama 2 bulan dan kembali ke negara cuti sebulan dan putaran ini berterusan,dan ini membuatkan isteri saya marah dan mengugut untuk pulang ke Malaysia dan meninggalkan saya,dengan keadaan marah dan letih saya mengatakan"jika kamu pulang ke malaysia talak 1"dan di dalam hati saya bermaksud "pulang ke malaysia tanpa kebenaran saya"adakah ia jatuh talak??mohon penjelasan dan pertolongan ustaz.
Jika suami saya menghantar sms berbunyi " dah la, kalau ko betul2 nak, aku ceraikan ko..." adakah telah jatuh talak? Suami mengatakan "KALAU", jadi menurut beliau, dia belum melafazkan talak melainkan sekiranya saya yang mahu talak. Apakah status saya pada masa kini? Terima kasih
utk pengetahuan ustz, ayah sy mempunyai msalah tekanan/ mental kerana ia penyakit keturunan, tetapi masih boleh bekerja dan akan pencen tidak lma lagi.. sy sbgai ank sulung tdak tahu dgn siapa nk merujuk..
saya ingin bertanya ustaz tentang masalah saya. satu hari saya sdg bercakap di telefon dgn suami sy. sy mrh2 sbb suami pulang lambat dari kerja. sy menyuruh dia pulang segera. semasa marah2 saya telah tercakap kalau dia tidak balik juga kita bercerai je la. dan suami menjawab ok. tapi suami saya pulang juga ke rumah tetapi terlewat sikit. selepas suami saya pulang ke rumah dan saya bertanya kepadanya dan dia amat terkejut. suami sy menyatakan bahawa sebenarnya dia langsung tidak mendengar pun apa yg saya ckpkan dan dia tidak memahami kerana sedang khusyuk membuat kerja dan malas hendak mendengar bebelan saya.
soalan:
1. adakah itu dikira takliq?
2. jatuh tak talak pd saya?
saya hrp ustaz dpt menjawab soalan2 sy. terima kasih.
baru2 ini saya bergaduh dengan isteri kerana membandingkan saya dengan suami org lain...saya bertanya, 'mengapa dibandingkan dengan saya?' dlm marah saya pun berkata tetapi saya sempat berhenti kerana bimbang dengan apa yg ingin dikatakan....saya berkata kalau ayang bangga sgt dgn lelaki husband si'anu' tu...pergilah....
tetapi jauh disudut hati saya tidak bermaksud untuk melafazkan cerai....sebab itu saya sempat berhenti sebelum mengatakan pernyataan itu....tiada niat dihati untuk cerai. walau marah tp niat saya memberi maksud kalau lelaki itu yg dibanggkankan...pergilah jadi milik dia....dan pada hemat saya mestilah selepas saya melepaskan dia atau dia yang meminta cerai.
saya sedar syaitan sering mengwas-was kan saya.walau bagaimanapun saya inginkan pendapat ustaz. saya pernah terdengar..., was-was didalam hati yg sering mengatakan 'aku cerai isteri ni', tidak akan jatuh selagi tak dilafaz..., dan jelas bukan niat tetapi kata-kata hasutan yg sering berulang dihati mengwas-was kan hubungan.
saya sayangkan sangat isteri saya.saya mmg marah,mengeluar kan kata sedemikian.... kalau nak sangat pergilah pd dia....jd bini no 2 dia...., tp saya tidak niat cerai sekadar kata kerana ketika saya berhenti sebelum mengeluarkan pernyataan itu saya amat takut mengatakan kerana saya tahu saya tak bermaksud untuk 'melepaskan' isteri saya....dalam erti kata...kalau nk kenalah minta cerai dari saya.
hubungan kami berdua amat baik.masa tu gaduh mulut saja,hati sayang. cuma bab cerai amat merungsingkan saya kerana tidak boleh diundur.saya baru berbincg dgn isteri n dia maklum dgn niat kata-kata saya tu tiada maksud untuk 'bercerai', sekadar gaduh mulut sahaja.
harap tuan dpt menjelaskan masalah saya.dan diminta tuan jawab ke email saya diatas.saya sukar untuk menyemak jawapan tuan di laman web tuan.
terima kasih
wassalam
UZAR : saya kira ungkapan seperti itu adalah lafaz kinayah yg memerlukan kpd niat. Jika tak berniat cerai, maka tidak jatuh . Berbeza jika sdr menggunakan lafaz yg jelas sepeti 'cerai' atau 'talaq' yg akan jatuh walau tanpa niat
saya ada kemusykilan tentang talak ust..
pada 2 thn yg lepas kami suami isteri bergaduh,saya tlh keluar rmh tanpa izin&ketika saya balik,suami memarahi saya dan ada ayat dia berbunyi"klu ko keluar rmh tanpa izin aku@ko keluar sorang2 jatuh talak".kemudian pada tahun ini kami bergaduh lg,ada ayat dia yg berbunyi " klu aku dh tak sabar dengan ko nnt,aku lepaskan ko" kemudian kami bergaduh lg "klu ko balik rmh mak jatuh talak"
semua yg suami ckp tu,saya tak langgar ust..cuma yg jd saya musykil,saya pernah tanya dia yg mula2 sekali kami bergaduh adakah dia betul ada niat nk ceraikan saya,dia jwb tidak,xde niat pun...dia tarik balik.
kemudian kes yg kedua:adakah jatuh talak sekiranya selepas kejadian yg kedua dia tak sabar dengan karenah saya ust?
kes yg ketiga:kami ddk berjauhan,berga duh dlm telefon ,adakah jatuh talak saya klu saya blik rmh emak saya?sekrg ni saya ddk dekat emak sendiri.
bagaimana dengan status saya ni ust?minta tolong ust...
sy inginkan penjelasan tentang lafaz takliq yg dilafazkan oleh suami yg berbunyi mcm ni..
"kalau nk bercerai sgt, tunggu abg mati.."
lafaz ni seolah2 mmbawa mksud bahawa talak itu jatuh bila si suami meninggal...
jadi, adakah lafaz takliq ini sah dan jika si suami itu meninggal nnt, adakah si isteri itu dikira telah diceraikan??
dan jika benar jatuh, apakah hak isteri dan anak2 trhadap apa yg ditinggalkan oleh si suami itu??
terima ksh.
Sekiranya isteri membenarkan ayah kandungnya, ayah mentua,adik beradik lelaki sblh isteri yg dibenarkan msk adakah ini membawa maksud talak 1 telah jatuh ke atas isteri itu?Bagaimana pula sekiranya isteri itu telah mendptkn izin suami setelah menelefon suaminya..masih jatuhkah talak itu?
Sekiranya jatuh talak, adakah isteri itu dikira sebagai nusyuz? adakah dia mempunyai hak keatas penjagaan anak2 (dlm konteks membenarkan muhrimnya masuk ke dlm rmh ketika suami tiada dirumah tp selepas mendapat izin suami melalui telefon?)
.saya dan suami telah bergaduh..pergaduhan adalah pasal isu dimana saya menuduh suami melebihkan keluarganya daripada saya..dan suami adalah selaku anak sulong yang kematian bapa menpertahankan apa yg dibuatnya terhadap keluarga dan meminta saya dalam tempoh seminggu mencari alim ulama,mencari buku,atau menkaji dlm internet apakah tanggunggajwab beliau yg sepatutnya sbgai anak sulong..dan meminta saya memahami akan tanggungjawabny a kepada keluarganya?.
keesokannya kami bergaduh lagi pasal isu yang sama..suami telah memarahi saya mengatakan saya xcuba mencari apa yg dimintanya?sedangkan xsampai seminggu lagi waktu yg diberi..dan berkata.
suami: cubalah awk faham..tanggungjawab saya sepatutnya seperti seorg bapa..ni saya hanya buat yg paling minima sahaja pada keluarga saya.saya minta awk cari ilmu pasal tanggungjawab dan cuba belajar dan faham dan lepas tu,kalau awak xnak dengar lagi kata saya,xnak ikut apa saya cakap,saya ceraikan talak 3
adakah jatuh talak..atau itu dikira taklik????
wassalam
saya ada masalah mengenai lafaz taklik. satu hari saya bergaduh dengan isteri. dalam keadaan marah dan tegang isteri hendak kaluar rumah untuk menenangkan fikiran. saya yg sedang marah yg teramat sgt melarang dia keluar dan berkata 'kalau awk keluar saya cerai awk '. kemudian isteri berkata 'kenapa ckp macam tu?esok sy nk keje macam mana?' sy ckp 'lantak lah!'. sebenarnya niat saya adalah untuk melarang dia keluar pd waktu itu sahaja. isteri tidak keluar mlm tu. dia cuma keluar esok pagi selepas saya menarik balik apa yg terlafaz.adakah talak jatuh sebab isteri telah kaluar untuk bekerja..
contoh: si istri keluar rumah selepas si suami lafas akan jatuh talak jika keluar rumah,kemudia si suami ruju' kembali selepas jatuh talak.
soalan saya adakah takliq tadi terbatal atau masih di guna pakai selepas ruju' ?
Jika kita bernyanyi dan dalam lirik tuh ada sebut "selamat tinggal kepada semua, berpisah kita selamanya", selalu dalam hati mesti ada rasa was was. Tapi lepas nyanu juga sekali dengan lirik yang sama walaupun masih was-was. Adakah jatuh .....?
RSS feed for comments to this post