Rumahtangga & Keluarga Memutuskan Silaturrahmi

Memutuskan Silaturrahmi

  • PDF
(10 votes, average 4.90 out of 5)

Salam,ustaz.

Maaf mengganggu.Ustaz, nak minta tolong ustaz jelaskan berkenaan 'silarturahmi' .

"Ada hadith mengatakan bahawa...."pada malam nisfu sya'ban semua doa akan diterima kecuali doa orang yang memutuskan silarturahmi. ....'

Adakah dikira memutuskan silarturahmi sekiranya hubungan dengan seseorang kawan yang dulunya rapat tetapi sejak akhir-akhir ini renggang disebabkan perselisihan faham dalam perhubungan. Tetapi, perhubungan masih seperti biasa...means masih berhubung cuma tak rapat seperti dulu sebab ada rasa kecil hati dengan sikap kawan yang tidak mahu berterus terang dengan apa yang dia tak puas hati / marah.

Hope, ustaz dapat memberi penjelasan tentang 'memutuskan silarturahmi' .

Syukran, baarokallahu fiik.

            Aisya Humaira
            Gombak,Kuala Lumpur

 

wa'alaikumussalam,

Nabi sebut : " Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur spa kepada saudaranya lebih dari tigas hari, maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawabsalamnya, maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu" ( Riwayat Abu Daud , riwayat dari abu daud ini dhoif tetapi terdapat riwayat sohih dari al-bukhari )

Riwayat bukhari : " tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa (kerana gaduh) lebih dari tiga hari..yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam" ( al-Bukhari)

Nabi juga sebut : " Silaturahmi itu tergantung di arasy lalu berkata : "Sesiapa yang menyambungku (silaturahmi) maka Allah akan menyambungnya dan siapa yang memutuskan ku maka Allah akan memutuskannya" ( Al-Bukhari 4/112 )

Nabi juga sebut : Tidak masuk syurga sesiapa yang memutus silaturrahmi " ( al-Bukhari)

Al-Qaradawi menyebut bahawa tidak bertegur sapa dalam hadith di atas adalah hasil dari pertengkaran dan pergaduhan berkaitan dunia semata-mata, adapun jika bertengkar dan tidak bertegur sapa berkenaan urusan akhirat, maka hukum 3 hari sebagai maksimum adalah dikecualikan berdasarkan kpd beberapa peristiwa 3 org sahabat yg cicir di Tabuk di boikot lebih 40 hari, Nabi dan isteri baginda, dan beberapa org sahabat lagi. (rujuk al-Halal wal haram fil islam)

Dari soalan ukhti, tidak terputus hubungan, cuma renggang sikit dari dahulunya yang mungkin mesra dan rapat (itupun kena lihat dari sudut kerana urusan akhirat atau dunia semata-mata) ...dan akibat renggang maka tiada banyak perkara yang ingin dikongsi bersama lagi..justeru, menyebabkan hubungan dan komunikasi menjadi kurang. pada hemat saya, ia masih dalam ruang yang dibenarkan.. wallahu'alam.

Ada juga renggang dan tidak bertegur sapa yang mungkin dibenarkan kerana ditakuti berlaku mudarat yang besar. Selain itu, ada juga yang renggang bukan kerana pengaruh pergaduhan tetapi kerana berpindah dan duduk berjauhan. Ini semua perlu dilihat satu demi satu bagi memberikan hukum yang sewajarnya.

ust zaharuddin abd rahman

7 September 2006

13 Sya'ban 1427 H



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #29 Anak2 bertengkar & tidak bertegur sapaIta 2012-05-02 15:23
Assalamualaikum Ustaz,

Saya mohon pandangan Ustaz utk menyelesaikan masalah anak2 sy. Sy mempunyai 6orang anak. Yang sulung 17thn seorang perempuan dan yg no. 2 lelaki 14thn. Yang empat org lagi masih kecil lingkungan umur 3-12thn. Masalah sy, yg sulung sering sangat berselisih faham dan bertengkar dengan yg no. 2.

Baru2 ini mereka bertengkar sehingga tidak bertegur sapa sudah hampir seminggu lamanya dan ketika ini masih juga tidak bertegur sapa. Sy dan suami sudah hilang kata2 dan nasihat untuk diberi kerana kedua2nya keras kepala dan masing2 menegakkan kebenaran sendiri. Sudahnya sy menjadi ibu yang menjeruk hati. Hendak dipukul sudah besar panjang, dimarah yg sulung kata kita menangkan yg no. 2 dan sebaliknya.

Sy mohon sangat2 pertolongan dan nasihat ustaz utk menyelesaikan masalah sy ini.

Perhatian Ustaz sy ucapkan ribuan terimakasih.

Wassalam.
Quote
0 #28 menjarakkan hubungan kerana rendah dirimaisara 2012-05-01 02:49
adakah merenggangkan hubungan dgn kawan2 juga dianggap seperti memutuskan silaturrahim? saya tidak berniat untuk membenci kawan2 saya, tapi saya menjarakkan hubungan dgn mereka lantaran perasaan rendah diri kerana tidak bekerja walaupun berpendidikan tinggi.. jika berjumpa/telefon, adakalanya mereka mengguris perasaan saya seperti mengatakan saya [censored] dan sebagainya.. ada juga beberapa kali saya sengaja tidak reply sms mereka, dan saya rasa bersalah.. saya adalah seorang yg berjiwa amat sensitif dan mudah terasa hati..
Quote
0 #27 teguran untuk adikmiza 2012-02-24 14:02
salam ustaz, apakah hukumnya dan cara seorang kakak ni salah meminta adik lelakinya supaya menasihati isterinya menutup aurat terutama bila berkunjung dirumah mertua.
Quote
0 #26 Poco-pocoMuhazari 2012-02-16 22:37
Salam,

Ustaz, kalau boleh ustaz terangkan sedikit tentang hukum tarian poco-poco yg diiringi dengan lagu poco-poco indonesia yang biasa kita dengar. Tarian poco-poco bagaimana yg ustaz rasa hukumnya harus? Terima kasih diatas jawapan ustaz. Jazakallahu khairan.
Quote
0 #25 amatullahumsafa 2012-02-08 11:20
Asslamualaikum ustaz,

Saya ada soalan berkaitan sumpah. Suami saya telah bersumpah tidak akan tidur lagi di rumah keluarga saya, dimana kedua orang saya tinggal. Dia berbuat demikian kerana marah dengan tindakan keluarga saya dlam membela hak saya sebagai isteri yang dimadukan untuk mendaptkan surat nikah dan seterusnya nafkah bulanan yang munasabah bagi saya dan anak2 seramai 7 orang. Di akata bapa saya dah memalukan dia dengan marah2 dia secara kasar depan ipar, dan alasan bersubahat dengan saya melakukan nusyuz. So persoaalannya adakah boleh dia bersumpah sedemikian dalam islam sekiranya ianya menjejaskan hubungan kekeluargaan, dan apakah hukum jka dilaksanakan? Dia masih mahu menziarahi cuma bertegas tak mahu tidur situ kerana katanya telah bersumpah dan haram baginya berbuat demikian. Mohon penjelasan ustaz
Quote
0 #24 haruskah saya failkan perceraian?ninie 2011-12-26 14:44
assalamuaalikum ustaz..

Saya tinggal berjauhan dgn suami atas urusan kerja. Dia bekerja secara kontrak di kl dan saya di suruh stay di kampung dia bersama anak2. saya menyara keluarga dan sgl perbelanjaan serta major expenses saya tanggung. bayaran ansuran rumah serta kereta2. saya dapat tahu dia telah berkahwin scara rahsia di narathiwat. Konflik kami berlarutan hingga 2 tahun lamanya. Suami x berlaku adil.Dia tinggal di kl bersama keluarga baru dan sebulan sklai je balik kg menjenguk kami.Nafkah zahir dan batin kurang.Konflik kami melibatkan penderaan fizikal. Keluarga saya masuk campur dan memberi amaran kepada beliau. Dia telah memutuskan hubungan silaturrahim dengan semua ahli keluarga saya. Saya dlm dilema sbb saya disuruh brbaik dgn madu dan ahli keluarga tetapi keluarga saya disisihkan dan saya mengalami tekanan emosi yg hebat sbb tinggal bersendirian dgn anak2 di kg beliau.perlukah saya memohon cerai sbb kuota saya tinggal 1 lg..saya ttp beristikharah..
Quote
0 #23 bertanyayati 2011-11-05 17:36
assalamualaikum ,ustaz maaf kalau soalan yg sy bg ni hanya menggangu ustaz.sy nak bertanya berdosa kah seorang kakak yg menegur kesalahan adiknya(adik berdua-duan dgn kekasih nya dlm bilik).tetapi ahli keluarga yg lain tidak mempercayai sy dan menyisih kan sy dari keluarga termasuk lah suami sy mereka tidak suka.sy pernah bg tahu dgn emak bahawa sy tidak suka dgn teman wanita adik sy tu.
Quote
0 #22 masaalah adik beradikyana 2011-09-27 12:18
Assalammualaiku m ustaz
saya diperkenalkan blog ustaz dari seorang sahabat dari sarawak.saya harap ustaz dapat bantu saya seperti ustaz telah menyatakan jawapan kepada sahabat saya itu.
saya anak sulung dari 3 beradik.adik saya yang yg kedua lelaki & bongsu perempuan.perbezaan umur mereka 7thun.saya sntiasa tersepit antara mereka.saya baik dengan keduanya.tapi antara ereka sangat besar jurangnya.saya sudah kehilangan bapa.sejak pemergian beliau mereka berdua semakin jauh.saya sudah puas menasihati keduanya.saya sehingga hilang kata untuk menasihatkan keduanya.ibu saya juga sehingga tidak tahu yang mana satu hendak ditegur.jika ditegur yg lelaki dia akan cakap yg bongsu selalu dimanjakan..bila ditegur yang bongsu dia cakap yang abang tak sayangkan dia selalu marah-marah.saya selalu minta yang bongsu bersabar yang abangnya agar berlembut sedikit.tapi keduanya berkeras..masing-masing sukar untuk memaafkan lagi..bantu saya ustaz kembalikan keluarga saya sekian
Quote
+1 #21 Derhakakah akusaili 2011-07-26 09:10
Assalamualaikum , saya nak tanya saya ni masuk dlm kategori anak derhaka ke jika ibu sendiri yang minta untuk tidak mahu berbaik dengan saya. Saya pernah minta maaf dan dia x mahu berbaik sebab ada yg menyatakan di dlm hal ini ibu saya memang bersalah. dia tdk blh terima kenyataan.....
Quote
0 #20 Harta peninggalan.Roha 2011-01-21 17:51
Salam.
Ustaz,
1 - Saya ingin bertanya sekiranya seorang ibu mempunyai anak perempuan seramai 3 org dan anak lelaki seramai 5 org, adakah menjadi salah sekiranya harta peninggalan (kebun) yang tidak seberapa dinamakan keatas ketiga2 anak perempuannya, dengan alasan anak perempuan lebih mengambil berat tentang ibunya berbanding anak lelaki yang sering melebihkan isterinya.
2 - Kebun2 tersebut telah di kabetkan nama kepada ketiga2 anak perempuannya ketika ibunya masih hidup lagi dan sekiranya ibunya meninggal dunia masih perlu lagikah harta2 tersebut di faraidkan?

Mohon penjelasan.
Quote
-1 #19 dalam dilemaSHAHRIZA BT AHMAD 2010-08-28 23:45
saya seorang isteri yang mempunyai 4 org anak.Saya mempunyai ibu mertua org kenamaan setelah berkahwin kali kedua. Suami saya adalah anak sulung drp perkahwinan pertamamya. Kini suami kedua ibu mertua saya telah meninggal, masalahnya sekarang beliau tidak mahu tinggal berdekatan dengan kami sekeluarga sedangkan dua org anaknya tinggal berdekatan. Beliau ingin tinggal sejauh 2 jam perjalanan dari tempat kami...ingin bersama rakan yg setaraf katanya. Suami saya amat terkilan dan berkecil hati.kini dia bersikap dingin dan tdak mau pergi ke rumah ibunya. Saya amat sedih melihat kelakuan suami saya terhadap ibunya...saya cuba menasihatinya tapi ditengking....kini saya takut balasan Tuhan ke atas kami sekeluarga..usyaz...apa yang patut saya lakukan untuk melembutkan hati dan memujuk suami saya...saya tahu dia amat sayangkan ibunya cuma kini dia hanya berkecil hati
Quote
+1 #18 putus silaturrahimmas 2010-06-14 05:58
assalamua'laikum ust,
sy berniat memutuskan silaturrahim dgn pakcik2 dan makcik2 sy setelah nenek meninggal nnti. sy tidak lagi mempunyai perasaan hormat pada mereka disebabkan apa yg telah mereka lakukan pd saudara sy yg lain. saudara sy tidak sengaja mendirikan rumah di tanah mereka dan sanggup membeli tanah tersebut sbg jln penyelesaian. tetapi pakcik2 sy berkeras tidak mahu menjualnya kerana mengikut wasiat datuk spy tidak menjualnya. pakcik2 telah menyuruh saudara sy merobohkan rumah mereka sebelum mereka mengupah jentolak merobohkannya... bukankah ini seperti hadis yg mengatakan 'sesiapa mencari redha manusia dlm kemurkaan Allah,Allah akan menghantar mereka pada manusia tersebut'? bukankah berbuat baik pada saudara sendiri,seislam pula tu, lebih penting dari mengikut wasiat arwah datuk?
bolhkah sy meneruskan niat ini? bukankah tidak harus mengikut 'pemimpin' yg zalim?
harap ust sudi beri komen. terima kasih byk....
Quote
-1 #17 Benci Keluarga IsteriGuest 2010-05-12 23:16
Assalamualaikum Ustaz,
Apakah hukum seorang suami yang terlalu membenci keluarga isterinya kerana berdendam atas perkara-perkara lampau dan tidak mahu memaafkan?Setiap kali bergaduh,suami saya akan menyebut perihal ibubapa saya sambil memaki2 dgn bahasa yg kesat.Contohnya 'mak bapak kau memang ajar kau macam tu.Ini ajaran mak bapak kau lah!' dan sebagainya lagi.Apabila saya tidak tahan dan mula membalas,suami akan menjadikan itu sebagai modal pula untuk bergaduh lagi atau disimpannya segala perkataan untuk diungkit kemudian hari.Adik beradik saya langsung tak dipeduli,malah saya dimarah kalau bawa anak ke rumah adik beradik saya.Layanan kepada ibubapa saya amat teruk,malah jika datang ke rumah pun nak taknak sahaja bercakap.Ibu saya memang tahu dan kecil hati dgn perangai suami, tetapi tak pernah ibu saya berkata apa-apa pada suami.Masalahnya, suami saya menganggap keluarga saya seperti tak wujud dan tak perlulah dia nak layan keluarga saya.Dan dia menuduh ibu saya menghasut saya dari belakang supaya membelakangkan dia dalam membuat apa-apa perkara sedangkan ibu saya selalu menasihatkan saya supaya sabar dgn perlakuannya.Saya amat kecil hati dgn perlakuan suami.Apa pandangan ustaz dalam perkara ini..mohon komen ustaz. Salam..
Quote
-1 #16 silaturahim dengan bakal mentuaayu 2010-02-14 01:13
askum us..
saya gadis umur 26tahun. saya dah bercadang dengan teman lelaki saya untuk berkahwin tahun hadapan. masalah saya ialah hubungan saya dengan bakal mentua iaitu mak teman lelaki saya kurang baik. saya pernah berkunjung ke rumah teman lelaki sabanyak 3 kali atas jemputan mak teman lelaki. namun apabila lama kenal "mak" dia rupanya seorang yg suka mengutuk anaknya sendiri (teman lelaki saya). saya kurang senang dengan pelbagai sindiran yg dia ckp pada anak dia. lalu saya pernah cakap bahawa seorang ibu ptut bercakap yang baik2 sahaja tentang anak dia. mulai hari tu dia trus cakap saya mulut laser dan dia mula tak menghubungi saya lagi. saya dah minta maaf,, namun sms dan panggilan saya tidak lagi dia angkat. macam mane saya harus buat lagi ustaz..?? saya amat buntu dan sedih atas sikap dan layanan dia pada saya. saya mohon pertolongan daripada ustaz.. terima kasih ustaz.
Quote
0 #15 putus kawanramai kawan 2009-11-12 20:53
Salam ustaz, dulu saya ada geng lepak satu ofice dalam 5-6org, tp salah seorg ni suka buat cerita yg bukan2 (fitnah) pasal geng2 kitaorang. then kitaorang sekarang sudah pulaukan dia sb dia suka memburukkn org lain. adakah berdosa putus kawan dgn org yg suka buat finah and mengumpat ni ustaz?
Quote
0 #14 SilaturrahimHamba Allah 2009-09-03 07:15
Assalamu Alaikum ustaz,
adakah dikira kita memutuskan hubungan silaturahim dengan tidak menziarahi ibu bapa mertua kerana tidak bersetuju dengan sikap mereka yang membenarkan maksiat berlaku di dalam rumah mereka,contohny a membiarkan anak mereka bersekedudukan dgn bukan muhrim dan menjadi pusat penagihan dan pengedaran najis dadah.Mereka tahu tetapi tidak pernah melarang kemungkaran yang berlaku didepan mata.Mohon penjelasan dari ustaz apakah langkah dan tindakan yang sepatutnya diambil.Sekian,terima kasih.

UZAR : Jika betul dakwaan itu, ada harus utk tidak pulang agar tidak terjebak dengan amksiat yang ada di sekeliling tetapi anak kepada kedua ibu bapa itu masih pelru menjaga hubungannya dengan ibubapanya, sama ada menjemput mereka dtang ke rumah menantu atau lainnya.
Quote
0 #13 tidak bertegur sapa & menjauhkan diriLinda 2009-08-20 23:23
apa hukumnya seorang wanita yg tidak bertegur sapa dengan ipar2nya, menjauhkan diri dari family ipar2nya dan menarik/memberatkan suami lebih kepada familynya?
Quote
0 #12 surat beranak belisabir 2009-05-21 00:24
assalamualaikum ustaz,

pada masa dahulu agak sukar untuk mendapatkan surat lahir/beranak
jadi ada yang sanggup membeli untuk mendapatkan taraf warganegara malaysia

persoalannya ustaz,
apakah hukumnya menurut islam bila dia bernikah kerana nama tersebut merupakan nama orang lain mohon ustaz beri penjelasan

terima kasih ustaz

wassalam
Quote
0 #11 minta pandangansarila ibrahim 2009-02-13 19:57
salam ustaz,sy ade sorg kwn laki.dh hmpir 3 thn kwn.Bhubg just sms je.knl msa kursus.dia y beria2 nk kwn ngn sy..sy tkut sbnernya nk kwn ngn org laki sb tak penah.tp bila tgk ksungguhan dia,sy kwn.thn lepas dia ade hjat nk amik sy sbg isteri tp bila jmpa dia trus snyap sebln n not contack.sy pk senyap mcm tu je,gpun tak nak desak n pksa klu org dh tak suka.tp sekrg dia mcm nk sambung balik ukhwah kami tp sy lak dah serik mcm dipermain2kan.sy sllu doakn klu dia tu jodoh y baik utk agama n khidupn sy mga ALLAH mudahkn..sy nk mintak pndgn ustaz dlm soal ni sb kdg2 sy rsa ade mcm sesuatu y tak setel n tak tau mcm mna nk setelkn.dia tu jnis susah nk bkgsi n luahkn prasaan kdg2 myebabkn sy pk bkn2..dah byk kali sy mtak putuskn tp dia dtg balik..rsa kcian lak..jd ustaz mcm mna ye nk amik jln pyelesaian y terbaik n mga apa y sy akan lakukan mdpt kerdhaan ALLAH S.W.T.INSYAALLAH..HARAP USTAZ DPT BANTU..

UZAR: Pening kepala saya baca tulisan anda..ingin saja saya mendeletenya kerana terlalu byk ringkasan. Type semula.
Quote
0 #10 biwi2 2008-11-20 01:35
Assalammualaiku m w.b.t
Ustaz, saya adalah isteri kedua. Ingin saya mendapatkan pandangan dan penjelasan dari ustaz. Suami selalu berlaku tidak adil terhadap saya. Saya puas bersabar. Pulangnya ke rumah dua bulan sekali dan ada tu hampir nak dekat 4 bulan baru dia kelam kabut muncul di pagar rumah (takut saya pergi pejabat agama agaknya). ada beberapa kali hampir 4 bulan baru muncul sedangkan rumah saya sekampung dengan rumah madu saya.Hampir 8 tahun berkahwin dengannya tidak pernah sekali dia beraya dengan saya dan tidak jenguk ibu saya sejak tahun 2005. Untuk pengetahuna ustaz saya b`kahwin tahun 2000. Raya tahun 2008, 14 hari sebelum raya itulah last dia di rumah saya(itupun setelah hampir 4 bulan tak balik ke rumah saya) kemudian smpi raya sebulan langsung tak dtg beraya pun di rumah saya. Apatah lagi nak beraya bersamanya spt orang lain,langsung tiada.Semasa saya menulis ini pun suami belum menunjukkan diri. Elok-elok dah habis raya baru nak call saya selepas puas enjoy anak-beranak dgn madu saya(iseri pertama). Sepanjang tempoh itu saya menanti cal dan kehadirannya dgn sabar walaupun suami tidak cal atau mengunjungi saya.Ustaz, sekarang ni hati saya jauh sangat untuknya. Suami call saya langsung tak angkat dek rasa sedih,geram n sakit hati atas perbuatannya yang tidak berperikemanusi aan membiarkan saya terkontang-kanting membawa diri dan membina kekuatan diri sepanjang dia di rumah madu saya. Saya rasa sedih teramat kerana ketidakadilanny a terhadap saya. Adakah berdosa saya tidak menjawab call darinya? Ada sekali saya tiada di rumah bila saya balik dari kerja lampu rumah menyala. Saya tahu dia balik sebentar. Hairannya ustaz, kenapa bila saya tidak berkerja(bercut i) suami tidak balik ke rumah tapi bila saya tiada di rumah bekerja dia balik pula. Itupun sekali dan saya ingat mungkin dia bergaduh dgn madu saya sebab itu dia lari sekejap balik ke rumah saya. Kalau dia seronok di sana, takkan ada hatinya dia nak jenguk saya.Saya sedih dengan situasi begini kerana setiap kali dia muncul saya selalu berharap agar dia berlaku adil terhadap saya.Namun, sampai sekarang rasanya semakin parah perbuatannya. Kadang-kadang tu ustaz, saya berselisih kereta dengan suami n madu saya tapi dia orang buat do no aje. Suami pun sama.Saya tahu suami ada handphone tapi dia langsung tidak memberi nombor handphonenya kepada saya.Jika suami pulang ke rumah madu saya, langsung selepas itu dia takda cal atau bertanya khabar saya. Kenapa macam itu ustaz? Saya sungguh tidak memahaminya dan merasa hairan. Berdosakah saya tidak menjawab call suami? Saya rasa kecewa sangat.Mohon pen jelasan dan pandangan ustaz. Terima kasih.
Quote
0 #9 aszira 2008-06-14 03:15
apakah hukumnya isteri menjauhi suami yang telah banyak mendera fizikal dan mental malahan susah untuk memberi nafkah isteri. apatah lagi nak membesarkan anak2. selain itu, suami seringkali menuduh isteri berlaku curang setiap kali berlakunya pertengkaran. Si isteri belum lagi menuntut cerai kerana masih kesian sisuami tidak mempunyai tempat tinggal kerana selama ini dia tinggal kat umah isteri je. Setiap kali isteri mengingatkan tentang nafkah, suami akan marah. oeh sebab itu isteri menjauhkan diri iaitu tinggal berasingan setelah dihalau si suami. diharap soalan ini dpt berjawab oleh sesiapa je yg tahu. terima ksih banyak2.
Quote
0 #8 kajang 2008-05-12 22:31
saya ada seorang kawn masa sek menengah dulu. masa dulu juga saya ada seorg bf. sejk sya dpt th y kawan sya ni menyukai bf sya,sya jd benci kat die.coz die sentiasa tujukkn perangai gediknya pada sya.sehingga sekarang kami terputus hubungan kerana sikap die yang suke kn milik org.

so pe patut sya buat?? :-?
Quote
0 #7 humaira 2008-02-01 05:28
salam..

ustaz, saya dulu ada seorang kawan yg agak rapat.. tapi sekarang da renggang.. saya pernah cuba berbaik dgn dia, tapi tak lama. lepas tu dia cari pasal dan sakitkan hati saya..banyak kali..bila saya sakit hati sangat2, saya x berhubung dgn dia lagi langsung(by msj).. dan saya rasa aman.. tapi kalau saya berbaik, lepas tu dia sakitkan hati saya lagi n kitorang bermasam muka lagi.. jadi elok berbaik atau biar saja x berhubung? kalau bia tak berhubung, ada kemaafan x sbab sya x nak sakit hati lagi.. apa cadangan ustaz? syukran..

uzar : berbaik semula tapi jarangkan berhubung lagi
Quote
0 #6 mawarBiru 2008-01-17 21:27
Assalammualaiku m wbt ustaz,

Saya pernah mempunyai sahabat yang baik dan akrab dalam hidup saya.... diatas kebaikannya dan kepercayaan saya terhadapnya... saya telah menceritakan segala kisah hidup, suka dan duka dan penderitaan saya.... tetapi hubungan kami terpaksa diputuskan diatas sbb dia telah jatuh hati pada kekasih saya... dia masih baik terhadap say... atas persetujuan kekasih saya.... sahabat saya turut meminta izin kepada saya untuk berkongsi kasih...

namun... secara logiknya... mengapa harus bermadu sebelum kahwin? hati saya hancur dan berkecai... tapi saya tetap melaluinya walaupun pedih sahabat sendiri melukakan hati kita...

cara dan keputusan yang terbaik adalah saya mengundurkan diri... mengalah lebih baik dari merampas... walaupun sakit hati... kasih 10 tahun diputuskan oleh sahabat sendiri.. tapi saya redha... mungkin dia bukan jodoh saya...

walaubagaimanap un, untuk memulakan kehidupan baru saya mengambil keputusan untuk tidak berhubung terus bersama mereka... saya takut akan kemudaratan seperti bersifat dendam, cemburu, dan marah saya akan berleluasa sekiranya saya masih berhubung bersama mereka...

adakah tindakan saya ini salah....

saya terpaksa memtuskan hubungan bersama mereka kerena takut akan kemudaratan yang tak dapat saya duga...

bantulah saya,
-mawarBiru-
Quote
0 #5 Guest 2008-01-14 23:10
Salam,
Ustaz apa pula hukumnya jika suami sy tak mahu bercakap langsung dengan sy akibat dari perselisehan faham.Telah hampir sebulan dan kini dia tinggal berasingan. Sy banyak mengalah dgn berkunjung kerumahnya dan bercakaplah saya seorang-sorang memujuknya namun dia buat tak tau tapi dia tak pula marah saya pergi kerumahnya.
Sebelum ini dia pernah kata lebih tak payah bercakap, kalau bercakap asyek nak gaduh saja..apa yang patut saya buat....bersabar saja ke ustaz
Quote
0 #4 su 2007-12-15 18:00
Apakah hukumnya kalau bekas suami tidak memberi satu sen pun nafkah anak-anak? Bekas suami telah pun berkawin lagi.

KOMEN UZAR : DIA DAYUS. DAN BOLEH JUGA DIFAILKAN TUNTUAN DI MAHKAMAH DI MALAYSIA
Quote
0 #3 Risau... 2007-11-04 19:16
Assalamualaikum ..

Ustaz, saya ada seorang sahabat yang karib.

Namun disebabkan dia telah jatuh cinta dengan seorang lelaki, dia telah melakukan suatu perkara yang menyedihkan saya iaitu bersms tanpa henti-henti, berbual di telefon dengan teman lelaki dan yang tidak boleh saya terima dia keluar berjumpa teman lelaki secara berseorangan tanpa memberitahu saya..

Disebabkan hal itu saya sukar untuk menerimanya kembali, saya menangis berseorangan dan sehingga sekarang hati saya masih sukar untuk menerimanya kembali...

Adakah saya berdosa ustaz kerana perasaan saya itu?

Saya pernah meminta maaf atas sikap saya yang dingin kepadanya namun bagaimana pula dengan kesalahan dan dosa di dalam hati saya?
Quote
+2 #2 ida, saujana utama 2007-10-23 03:58
Salam...jika seorang kakak tidak berhubung dengan adiknya kerana tersinggung dengan kelakuan adiknya tetapi telah memaafkannya dalam diam..adakah dikira memutuskan silaturrahmi?

Terima kasih atas penjelasan.
Quote
0 #1 linda 2007-10-15 17:25
Assalamualaikum ...bagaimana pula sekiranya seorang wanita memutuskan tidak ingin berhubung ( dengan bukan muhrim - lelaki ) itu lagi kerana ditakuti akan membawa kepada maksiat ?.

Wanita itu tadi langsung tidak melayan SMS mahupun menjawab panggilan dari ( bukan muhrim - lelaki ) mohon penjelasan.Salam :roll:

ADMIN : PUTUS HUBUNGAN KERANA SEBAB DEMIKIAN ADALAH DIBENARKAN MALAH DIWAJIBKAN.
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 90 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Rumahtangga & Keluarga Memutuskan Silaturrahmi