Berkenaan Hubungan
Ibu Susu & Status Anak Angkat
a. Sekiranya seorang wanita menjadi ibu susu kepada seorang bayi perempuan, apakah bentuk hubungan yang terjalin antara bayi perempuan tersebut dengan wanita tersebut, suami wanita tersebut dan antara bayi perempuan tersebut dengan anak-anak wanita tersebut. Bagaimana dengan batasan aurat di antara mereka?
b. Status anak susuan berbeza daripada anak angkat. Bagaimana batasan aurat seorang anak angkat lelaki/perempuan dengan keluarga angkatnya? Sekiranya seseorang itu tidak mengetahui tentang statusnya sebagai anak angkat, dia berada dalam sesebuah keluarga seperti biasa sehinggalah diberitahu ketika dia sudah dewasa. Setelah mengetahui status sebenar, apakah tindakan yang perlu dilakukan dari sudut keterbatasan aurat?
c. Bolehkan suami kepada wanita susuan menjadi wali pernikahan kepada anak susuan?
d. Sekiranya berlaku kesilapan teknikal seperti tertukar bayi ketika penyerahan bayi oleh pihak hospital, tanpa disedari oleh ibu bapa itu, bagaimanakah kedudukan anak tersebut?
Kiriman Hayati, KL
Jawapan
a) Bayi perempuan tersebut akan diiktiraf dalam Islam sebagai anak susuan dan mahram kepada wanita itu, dan wanita itu pula akan diiktiraf dalam Islam sebagai ibu susu kepadanya. Hasil dari itu akan terhasil ikatan pengharaman kahwin secara kekal (buat selama-lamanya) di antara suami susu dan anaknya.
Susuan bagi bukan bayi tidak akan menghasilkan ikatan mahram kekal ini, demikian menurut Majoriti mazhab. Syarat untuk sabit hubungan mahram melalui susuan itu adalah susu ibu itu mesti sampai ke perut bayi samada melalui mulut dan hidung, manakala jika melalui telinga, suntikan dan dubur maka ia tidak di kira. (Rujuk Al-Muhazzab, 2/156; Tabyin al-Haqaiq, 2/185 ; Al-Ikhtiyar, 3/120 ; Syarh Qanun al-Ahwal al-Syakhsiyyah, Dr As-Sartowi, ms 104).
Apabila sabit mahram susuan, maka haram kumpulan berikut haram berkahwin secara kekal dengan bayi perempuan itu (Rujuk Bidayatul Mujtahid, 2/33):-
- i- Suami wanita susuan kerana ia di anggap ayah kepada bayi itu.
- ii- Ayah serta datuk kepada ibu susunya.
- iii- Anak-anak lelaki kepada ibu susunya.
- iv- Cucu-cucu lelaki ibu susunya.
b) Batasan aurat adalah seperti adik beradik kandung.
Dalil bagi kedudukan di atas adalah dari firman Allah :
Ertinya :"(Antara yang haram kahwin adalah) Ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu dan adik-beradik susuan kamu" (An-Nisa : 23)
Dalil ini mengharamkan kahwin kepada seluruh usul dan adik beradik. Juga Nabi SAW bersabda ertinya :"Apa yang jadi haram disebabkan susuan adalah seperti apa yang diharamkan kerana keturunan"
Islam tidak menggalakkan konsep anak angkat tanpa sebarang ikatan yang diiktiraf Islam, ia jauh berbeza dengan anak susuan, anak angkat adalah dikira sebagai orang asing di dalam rumah, maka semua batasan aurat perlu di jaga sebagaimana wanita di luar rumah. Ia adalah satu fenomena yang tidak sihat menurut Islam.
Dan jika seseorang hanya tahu statusnya sebagai anak angkat hanya ketika ia telah dewasa, maka bermula dari ia sedar..semua batasan aurat mesti dijaga sebagaimana yang di tuntut oleh islam kepada lelaki dan perempuan yang bukan Mahram.
c) Bapa susuan tidak boleh menjadi wali kepada anak susuannya.
d) Adapun andaian tertukar bayi ketika di hospital atau klinik adalah amat jarang berlaku. Dan jika ia benar-benar tertukar dan di luar pengetahuan ibu bapa. Maka anak pada hemat saya akan menjadi anak susuan , ia adalah kerana sudah pasti anak itu akan menyusu dengan si ibu tadi, dan dengan hanya 3 kali kenyang hasil dari penyusuannya, sabitlah status anak susuan. Manakala hubungan lain yang tidak diketahui, maka adalah dimaafkan. Sebagaimana hadith : " Diangkat tanggungan dari seseorang manusia kerana tiga perkara : Tidur sehingga bangun, Bayi sehingga baligh dan gila sehingga sedar". Maka bab tiada pengetahuan yang shohih dalam hal ini juga termasuk dalam hal di atas. Dan ia akan kekal demikian sehinggalah maklumat yang sebenar dapat diketahui
Sekian
Ust Zaharuddin Abd Rahman
30 Jan 07
11 Muharram 1428 H
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
Soalan saya, adakah anak itu akan menjadi mahram bagi saya apabila dia sudah baligh nanti?
Saya sedar kini sudah ada teknologi untuk ibu2 angkat mengeluarkan susu sendiri, namun atas masalah kesihatan saya tidak yakin untuk berusaha mengeluarkan susu sendiri. Minta penjelasan dari Ustaz. Wallahua'lam.
Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan saudara-saudara bapa kamu dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu dan saudara-saudara susuan kamu dan ibu-ibu isteri kamu dan anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya) dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
sy ada berberapa soalan ttg aurat adik angkat sy dan ; aurat anak2 tri ayah sy dgn ayah sy .
soalan 1 :
bgini uzar , adik angkat sy berumur 15 tahun ni dan ibu tri sy 40lebih . ibu tri sy telah memaksa adik ngkat sy ni memakai tudung . sebelum ayah bernikah dgn beliau , ayah dan arwah mak sy tdk memaksa @ mmbezakan adik angkat kami ni . kami tdk pernah mnyuruh adik angkat kami ni mmbuka tudg tapi kami taknk seksa hati dye , dye sering terasa yg dye dibeza2kan oleh ibu tri kami ini . selain tu , ibu tri kami sering memarahi dan sering berkata " awk kne ingat awk tu anak angkat je " adakah elok seorg yg berpgkat ibu ckp gtu? adik kami tu merupakan adik susuan yg telah disusui oleh arwah mak kami sejak beliau berumur 2 tahun kebawah . adakah adik angkat sy boleh mmbuka tudg ddepan ayah kami ?
soalan 2 :
aurat anak tiri ayah dgn ayah sy.
adkah perkhawinan diantara ayah sy dan ibu tri telah mnjadikan mereka mahram ?
bolehkah mereka memakai skirt dan baju tnpa lengan didepan ayah kami ini? ape hukumnya uzar ? sy harap uzar dapat mmberi pendapat diatas pertnyaan sy ni kerana sy amat memerlukan bmbngan seseorg .
wallahualam
ape pndangan ust tentg hubungan adik angkat laki ngan kakak agkat, klu ada blh x bg dalil conth para sahabt yg ada wt hubngan cmni
UZAR : angkat2 ni biasanya akan melakukan maksiat dan dosa. ia semuanya salah di sisi Islam. dalil terlalu banyak dalm hal pergaulan lelaki dan wanita dalam islam ni
Saya tolong jwb on behalf uzar (kalau salah tolong betulkan) anak saudara sendiri saja yg mahram anak saudara belah suami (yg baligh) haram dibuka aurat, sentuh dsb, begitu juga sebaliknya bagi suami.
Wallahu a'lam.
Saya ingin bertanya apakah batas aurat anak anak angkat perempuan saya itu dengan suami saya, adik beradik lelaki saya,adik beradik lelaki suami saya? Siapakah mahram anak angkat saya itu?
1. adakah kedudukan saya kepada anak2 tiri saya sama dengan status ibu kandung mereka? maksud saya, adakah dosa mereka(tidak ikut cakap, melawan & sebgnya)sama seperti mereka ingkar dgn ibu kandung mereka?
2. jika saya rasa marah dan terlepas cakap, adakah kata2 saya sama seperti kata2 ibu kandung kepada anaknya? (kata org tua2, mulut ibu masin)
untuk pengetahuan UZAR, saya sayangkan mereka seperti anak kandung sendiri, tetapi saya sering berkecil hati dengan perlakuan mereka kepada saya, tapi saya diam & tak pernah mengadu kepada suami atas alasan mengelakkan pertengkaran kerana suami agak panas baran orgnya. walaupun saya ibu tiri, saya tidak pernah memaksa mereka memanggil saya mak, mama dsbgnya. namun jauh disudut hati saya, bila agaknya mereka ingin menerima saya sepenuh hati? kalau UZAR belum perkesempatan menjawab, saya harap sesiapa yang boleh membantu, dapat membantu saya. terima kasih assalamualaikum .
suami saya seorang anak angkat kepada satu pasangan yang memang tidak mempunyai anak lain. Sejak kecil, bapa angkat berkenaan telah meletakkan atau mem bin kan namanya pada pada nama suami saya even pada kad pengenalan dan semuanya. Semasa pernikahan kami juga dia menggunakan nama berkenaan. Apakah hukum atau buruk baiknya dalam hal-hal lain juga..?? p/s minta maaf jika soalan ini pernah dikemukakan tapi tak dapat jawapsn dilaman ini...
suami saya seorang anak angkat kepada satu pasangan yang memang tidak mempunyai anak lain. Sejak kecil, bapa angkat berkenaan telah meletakkan atau mem bin kan namanya pada pada nama suami saya even pada kad pengenalan dan semuanya. Semasa pernikahan kami juga dia menggunakan nama berkenaan. Apakah hukum atau buruk baiknya dalam hal-hal lain juga..??
aurat perempuan dengan lelaki rasanya banyak ada di kitab2 dan semua ustaz ataupun ustazah (dan umat islam yang beriman) tahu tentang batasan aurat (bolehlah rujuk pada mereka juga, takkanlaa semua nak tanya ustaz zaharuddin).
maka semua lelaki yang tidak tergolong dalam mahram, wajiblah kite tutup aurat.
saya seorang perempuan dan duduk serumah dengan abang ipar, maka wajib bagi saya memakai tudung dan baju lengan panjang serta stoking bila abang ipar ada dirumah. walaupun ada sesetengah orang menganggapnya tidak praktikal, tetapi itulah tuntutan islam.
tetapi ada sesetengah golongan yang saya yakin dia tahu bahawa dia wajib menutup aurat pada lelaki yang bukan mahram, dan dengan merasakan ia tidak praktikal, mereka cuba bertanya kepada sesiapa sahaja (terutama golongan ustaz dan ustazah) dan berharap jawapan itu menyokong kehendaknya, selagi tidak memperolehi jawapan sebegitu selagi itulah dia terus bertanya.
saya juga berpendapat, sekiranya kite memang ingin memelihara aurat kite semata-mata kerana Allah, kite akan tetap menutupnya walaupun kita was was status lelaki tersebut mahram ataupun tidak, kerana sebagai langkah berjaga-jaga.
tutup aurat ni pun macam makan ayam sembelih ke tak, kalau dah rasa was-was, tutup je laa aurat tu, tak rugi ape pun.
sekian, wallahua'lam
Jadi Hamba Allah yg ingin tahu ini terpaksa pulang dengan tangan kosong & dihatinya mungkin tidak akan menjejakkan kakinya disitu lagi.
Kesian yer bila kita tidak dapat sabar dgn org yang kurang ajar (disebabkan keinginan yg membuak-buak) & lebih sedih lagi kita pon telah menjadi kurang ajar tanpa kita sedari.
--Sabar itu separuh dari pada iman--patutlah susah kite nak sabar kan--
--
PELAWAT ADA MCM2 RAGAM,KENA SABARLAH.JGN MELENTING TAK TENTU PASAL.KALAU BKN PEMPUAN AGAKNYA SEORG LELAKI YG SDG MELALUI FASA ANDROPAUS.GITU KE?
ADMIN : UZAR TAK DE MASA NAK BACA TULISAN MCM KAMU NI. SAYA SAJA YANG LAYAK LAYAN. TAPI SAYA PUN BANYAK KOMEN LAIN YANG PERLU DI LULUSKAN, JADINYA WHATEVER LA.
ADMIN : MAAF, SAYA ADALAH SEROANG LELAKI. SAYA MELENTING KERANA INGIN MENGURANGKAN BEBAN UZAR MEBACA SOALAN-SOALAN YANG BAIK DAN BUKANNYA JENIS KURANG AJAR, MEMERINTAH UZAR, TIADA ADAB DALAM BERTANYA KEPADA GURU.
AGAR UZAR TAK TERGANGGU, SAYA RESPON AWAL2 LE. DAN PADAM JIKA SESUAI.
ADMIN ; NAK SEGARA, PERGI KE SURAU, TANYA USTAZ KAT SANA. ATAU UPAH MANA-MANA ULAMA JADI PENJAWAB SOALANB PERIBADI ANDA.
SEFAHAM SAYA, UZAR PALING MELUAT DENGAN ORANG KEKURANGAN ADAB BEGINI
KOMEN UZAR : BOLEH DAN HARUS HUKUMNYA. TIADA APA2 MASALAH DALAM ISLAM. KECUALI JIKA SUAMI TU UMURNYA 2 TAHUN KE BAWAH..DIA AKAN JADI ANAK SUSUAN KEPADA ISTERINYA.
KOMEN UZAR : HUKUMNYA HARUS DAN IA TAK PERLU DIBUANG, ELAKKAN GIGI EMAS
RSS feed for comments to this post