Pelbagai Masalah Rumah Tangga
Soalan
Saya ada sedikit kemusykilan tentang perkahwinan saya yang telah berlangsung selama dua tahun. Pada awal perkahwinan, selalu berlaku krisis antara saya dan isteri. Isteri saya seorang yang lumpuh separuh badan yang mana emosinya kadang-kadang amat mudah terganggu dan terlalu sensitif. Kadangkala kelakuannya melampaui batas. Saya cuba bersabar dengan tingkah lakunya, tetapi sebagai manusia biasa kesabaran itu ada hadnya. Semasa berlaku krisis itu, kami sering berutus surat walaupun duduk serumah untuk memberitahu is hati masing-masing. Soalan saya ialah:
a. saya pernah menyatakan dalam surat bahawa jika dia keluar rumah tanpa kebenaran saya, akan jatuh talak satu terhadapnya. Tidak lama selepas itu, saya membatalkan syarat saya itu, akan tetapi saya tidak memberitahunya. Apakah hukumnya jika isteri saya keluar juga rumah tanpa kebenaran saya selepas saya membatalkan syarat tersebut? Adakah jatuh talak saya terhadap dia?
b. dia ada memaki hamun dan menghalau saya dari rumah serta meminta cerai dari saya dan menghubungi ibu saya menuntut supaya saya menceraikannya. Perkara ini berlaku beberapa kali. Adakah dikira nusyuz dan jatuh talak?
c. dalam satu surat lain, oleh kerana saya tidak tahan, saya telah mengatakan kepadanya, "saya pulangkan kamu balik kepada ibu kamu." tetapi dalam hati saya ketika itu tidak bermaksud untuk menceraikannya, maksud saya ialah oleh kerana dia seorang yang kurang upaya dan perlukan lebih penjagaan, maka saya akan serahkan dia kepada ibunya untuk dijaga kerana saya merasakan ketika itu dia tidak memerlukan jagaan dari saya.
d. di suatu ketika, dia telah mengadu kepada mahkamah dan ingin menuntut cerai dari saya dengan alasan saya mempunya wanita lain. Tetapi perkara itu tergantung begitu saja kerana keadaan bertambah baik. Tetapi apa yang dilakukannya seolah-olah ingin meminta cerai dari saya. Adakah telah jatuh talak?
e. kami telah berkahwin pada 02/10/2003 dan pada 04/05/2004 isteri saya telah melahirkan anak kami. mengikut perkiraan saya dari apa yang telah saya pelajari, anak kami ini ialah anak yang sah tarafnya kerana cukup enam bulan berada dalam perut ibunya. Harap perbetulkan jika berlaku kesilapan.
Saya harap ustaz dapat menghuraikan kekusutan ini. jawapan ustaz amat penting kerana keluarga saya enggan menerimanya kembali setelah dia menghalau saya keluar rumah sedikit masa dulu, dengan alasan talak telah jatuh berdasarkan perkara-perkara di atas. Saya tidak pernah melafazkan apa-apa talak ke atasnya sehingga kini dan kini kami ingin memulakan hidup baru bersama anak kami dan bertaubat atas segala kesalahan yang telah kami lakukan.
- Kiriman azmie -
Jawapan Ust Zaharuddin
a) Apa yang saudara lakukan adalah dikira talaq secara ta'liq (mengikat jatuhnya talaq kepada sesuatu perkara), maka dalam hal ini, jika isteri saudara melanggar ta'liq (iaitu ia keluar rumah tanpa kebenaran) maka jatuhlah talaq satu kepada isteri saudara.
Tidak, menurut pandangan empat mazhab dan juga undang-undang keluarga islam yang terpakai di Malaysia, saudara tidak boleh membatalkan ta'liq yang telah di buat. (Rujuk Nizom al-Usrah, Dr Muhd 'Uqlah, 3/146). Maka apa yang boleh dibuat adalah saudara dengan segara membuat ruju' dengan isteri saudara kembali. Bilangan talaq yang dipegang oleh saudara berkurangan menjadi dua (2) kali lagi.
Saudara boleh melakukan rujuk samada dengan kata-kata atau perbuatan. Kata-kata seperti : "Aku rujuk kembali denganmu dan kamu kembali menjadi isteriku" atau apa perkataan sepertinya.
Manakala rujuk dengan perbuatan adalah dengan melakukan persetubuhan dengan isteri yang telah ditalaq dalam tempoh 'iddahnya. Bagaimanapun sebelum bersama dengan isteri, di syaratkan terlebih dahulu untuk merujuknya dengan kata-kata, demikian menurut Mazhab Syafie. Tatkala itu, saudara dikira telah ruju' menurut hukum Islam, tetapi ia mestilah di buat sebelum tamat tempoh iddah isteri. (Rujuk Rawdah At-Tolibin, Imam An-Nawawi, 8/217; Fatawa Syar'iyyah, Dr Abd Qadir Abu Faris , 1/494 )
b) Benar, isteri yang memaki suaminya telah jatuh nusyuz (derhaka), ia tiada kaitan dengan talaq, dan talaq tidak jatuh.
Perlu diketahui bahawa isteri yang meminta-minta cerai dari suaminya adalah dicela menurut hukum Islam. Sebagaimana hadith :- "Mana-mana wanita yang meminta cerai dari suaminya tanpa mempunyai sebab yang diterima Islam, maka diharamkan baginya untuk mencium bau syurga" (Riwayat al-Hakim, 2/200, hadith yang sohih)
c) Adapun kenyataan saudara "saya pulangkan kamu balik kepada ibu kamu" , ia dikira lafaz kinayah, talaq tidak akan jatuh kecuali saudara berniat atau bermaksud talaq di dalam hati semasa melafazkan kata-kata itu.
d) Pengaduannya di mahkamah tidak memberi sebarang kesan, sepatutnya apabila si isteri ke mahkamah pihak mahkamah akan memanggil suami dan rundingan serta kaunseling akan dibuat. Keputusan selanjutnya akan dilihat dari hasil pertemuan tadi. Walaubagaimanapun, isteri yang teraniaya boleh melaporkan kepada qadhi atau pihak berkuasa bagi meminta cerai melalui peruntukan fasakh atau khulu' ( tebus talaq). Semuanya mempunyai syarat-syarat dan peraturannya.
e) Perkahwinan pada 2 Oktober 2003 dan lahir anak pertama pada 4 Mei 2004. Ini bermakna dalam tempoh sekitar 8 bulan, tuan mendapat anak pertama. Menurut majoriti mazhab tempoh untuk sabit nasab keturunan anak dengan si ayah adalah kelahiran berlaku selepas 6 bulan daripada tarikh bersama dengan isteri kali pertama. Justeru, seseorang lelaki boleh disahkan nasab dengan anaknya jika isterinya bersalin setelah 6 bulan ia bersama isterinya. (Rujuk ad-Durr al-Mukhtar, 2/857; Bidayatul Mujtahid, 1/118) Walaubagaimanapun, berbekalkan teknologi moden hari ini, seseorang dapat mengesahkan lagi nasabnya dengan bantuan DNA atau juga meneliti tempoh normal mengandung bagi kawasan setempat. Wallahu a'lam.
Ust Zaharuddin
11 Muharram 1428 H
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
punca,bkas tunang suami(31t)tiba2 mncul,sms mrayu2 pnjm duit.suami bank-in rm100,sy myamar&bls sms tu&desak suami trg tp suami xnk bgitau hingga jdi prang bsr,sy mngis&nekad kluar rmh,akhrny suami pjuk&cerita kisah sbnr&bsumph xde prasaan pd ppuan tu.sama2 fikir+ve(Allah bgi gnjrn org yg tlong,ikhlas,ni at krn Allah)
dlu kak ipr ckp suami yg nk ptus(ppuan tu asyik mnta duit)&mndesak2 utk bkhwin
2nd mlm ppuan tu sms nk pnjam rm30blnja smpi hjung bln.kami bgaduh truk hingga tiba2 suami mnpar sy smpi tlinga sakit&bibir pecah&bdarah.dia mmeluk sy dn mnta maaf byk kli.tiba2 sy tmpar dia blk.bdosany sy mnpar dia(mgtakn tmparn utk ppuan tu)dia jdi mkin bengang&marah..2hri xde komunikasi kt rmh(2hri dia tdur blk lain(sy tgh periot pon))dia xnk bgi duit blnj sy(tiap bln dia bgi rm300sy bli pkaian dn bdk)sy tya knapa xbgi duit,dia kata bli apa2 cari duit sndiri.sedih,dia kluarkn gmbr sy dr wallet dia.msg2 ego xnk mnta maaf stress
saya perlu penjelasan tentang bagaimana apabila isteri yang berada di dalam iddah hanya selepas sekali suci telah melakukan zina dengan lelaki lain?
sy seorg ibu tunggal.. sy nekad mminta cerai dr suami setelah sthn 5 bln berkahwin. sy tidak prnah mnyesal dgn ape yg terjadi namun kdg2 sy keliru dgn ape yg telah sy lakukan dl.. sy lari dr suami krna sy dihimpit perasaan takut krana dia amat mmpercayai bomoh.dia mngamalkan ayat2 pendinding dan stiap kali dia mmbaca ayat2 trsebut utk mmagarkan sy.. sy rs ingin mnagis krana trlalu takut. bg sy..ianya amat pelik dan ngeri. dia prnah mmberitahu sy yg dia akan berikan sy tangkal utk elakkan diri sy disihir oleh ibu sy. dia dan sluruh kluarganya percaya bhwa ibu sy seorg yg mngamalkan ilmu hitam. hakikatnya..ibu sy tidak prnh brminat utk dalami ilmu2 tersebut dan tidak pernah pn jejakkan kaki ke rumah2 bomoh. persoalan sy.. apa hukum sy lari dr dia? dan dia prnah nyatakan yg dia tidak redha dgn perbuatan sy itu. salam.
sy benar2 dlm dilema, sejak kebelakangan ini hubung sy dan suami agak tegang.ini adalah kerana sy syak dia mempunyai wanita lain tetapi dia menafikan.setelah berbincang dr hati ke hati hubungan kami telah baik semula.dlm tempoh x smp 2 minggu hubungan kami tegang kembali.ini kerana suami telah menjumpai diary lama yg mengandungi kekhilafan sy di masa lalu.dgn itu secara automatik hubungan dia dgn kekasih gelapnya kembali bertaut w/pun dia bermatian kata tiada hubungan.utk pengetahuan ustaz sy kini sdg hamil 8 bln.ini amat merungsingkn sy.w/pun sy telah bsumpah dgnnya sy tidak pernah kenang kenangan lalu sejak kami mula bernikah.kini dia sangsi terhadap saya dan hubungan kami agak dingin.
Situasi saya sekarang, saya tinggal dengan mertua atas kehendak suami. Kami telah berkahwin selama 3 tahun dan ada 2 orang anak. Kami ada rumah sendiri tidak jauh dari rumah mertua. Namun suami enggan berpindah atas alasan kasihankan ibu dan bapanya. Pada pendapat saya, ibu dan bapa suami masih kuat dan mampu menguruskan diri mereka. Suami saya juga ada 3 orang abang, 2 daripadanya tinggal berdekatan dan sering menjenguk mertua. Saya juga ingin merasai tinggal di rumah sendiri, berdikari dan menjalankan tanggungjawab sebagai isteri sepenuhnya tanpa terlalu bergantung pada ibu bapa. Mungkin kerana telah lama tinggal bersama ibu bapanya dia enggan keluar dari rumah ibu bapanya. Apakah hak saya sabagai seorang isteri? Saya takut berbincang hal ini dengan suami kerana biasanya kami akan bergaduh. Saya sering memendam rasa dan rasa sangat kecewa dengan sikap suami yang bagai mengabaikan kehendak dan perasaan saya. Bagaimana boleh saya berpindah secara baik?
Soalan saya mungkin agak lari dari tajuk. Saya dan suami sedang mencari pembantu rumah dan kami telah menjumpai seorang wanita Indonesia yang beragama Kristian yang boleh menjadi bibik kami. Saya tidak selesa kerana saya prefer bibik yang beragama Islam, menutup aurat dan patuh pada ajaran Islam.. Suami pula come out with a point that kita boleh tunjukkan contoh kebaikan orang Islam padanya dan mungkin boleh convert her to Islam... Saya sekarang tidak bekerja tetapi saya ada plan untuk kembali bekerja... Bagaimana pandangan ustaz? Saya bimbang kerana bibik ni adalah ibarat "nukleus" dalam family...
apa pendapat ustaz, mengenai pasangan yg ingin melangsungkan perkahwinan, dan demi membiayai segala perbelanjaan perkahwinan, pasangan tersebut ingin membuat pinjaman perbankan.. sy pernah terbaca artikel bhawa tidak elok utk pasangan yg ingin berkahwin, melakukan pinjaman atau berhutang utk melangsungkan perkahwinan..seperti sedia maklum, perbelanjaan perkahwinan sgt tinggi...jd ia memerlukan ms yg lama utk melangsaikan hutang tersebut.. tolong sy ustaz..inginkan penjelasan.. terima kasih..
Saya ingin bertanya kepada ustaz tentang kewajipan membayar hutang kad kreadit. Mana yang lebih utama, menyelesaikan semua hutang kad kreadit terlebih dahulu, atau berpoligami, yg pastinya akan menambahkan lagi hutang kad kredit nanti (untuk hantaran perkahwinan, keperluan di rumah isteri baru dan sebagainya).
Atau soalan mudahnya, layakkah orang yang banyak hutang kad kreadit dan tiada sebarang simpanan berpoligami.
us.sy ni isteri dan ibu bekerjaya.nak tanya us.seorang isteri ni sebenaranya perlu mengikut kehendak suami atas alasan wanita ni senang je klu nk masuk syurga, dengan 3 perkara antaranya taat kpd suami.soalannya sbg isteri ni kita kena redha sahaja apa saja yg dipertanggungjw abkan kpd kita w/pun sampai tahap paksarela.klu membantah nnti dikatakan nusyuz.mmglah bukan melakukan perbuatan yg dianggap berdosa tp klu sampai nak berterus-terang pun isteri rasa mcm berat nk membuka mulut takut suami xble terima nnti mengeruhkan keadaan lagi.jadi isteri ni pendam aje perasaannya sehinggakan kekadang rasa mcm terlalu down...saya daa hmpir 7 thn berumahtangga. kekadang sy rasa mcm nak berkongsi masalah dgn suami tp takut nak bercerita krn kekadang apa yg diberikan xsprt yg dihrpkan. last2 biar je...mohon penjelasan
Terima kasih.
saya ingin minta ustaz tolong perjelaskan tentang tajuk tersebut. saya ada mendengar ada yang mengatakan bahawa tugas kerja2 rumah yg lazim dilabelkan sebagai tugas isteri sebenarnya bukanlah tugas isteri secara hukum tetapi lebih kepada adat budaya orang melayu. benarkah begitu?
Seorang isteri telah melakukan zina...dan didapati bersalah di mahkamah...maka suami pun menceraikan isteri tersebut...selepas itu, si suami kasihankan nasib si isteri dan ingin meRUJUK kembali...boleh ke?
Yang seterusnya, setahu saya HUKUM Zina utk yg berkahwin adalah rejam sampai mati...andaikata kita berada di negara islam yg berlandaskan 100% hukum islam; seorang isteri berzina dan mengaku salah...selepas itu dia bertaubat nasuha...adakah hukuman rejam sampai mati akan terbatal?...TQ
sy ingin bertanya... bolehkah kita mengajarkan kalimah syahadah, basmallah dan bacaan ayat2 suci al-quran kepada non-muslim yg berminat utk memeluk agama islam sedangkan mereka belum lg memeluk islam?..
sekiranya mereka melafazkan kalimah syahadah, adakah mereka telah dikira memeluk islam, walaupon itu hanya sekadar satu sesi pembelajaran sebelum mereka benar2 bersedia memeluk islam?
terima kasih atas jawapannya...
saya ingin bertanya,apakah hak2 sebagai seorang suami terhadap gaji isterinya?apakah hukum jika seorang suami yang memutuskan sama ada isteri harus memberi wang bulanan kepada ibubapa si isteri atau tidak padahal duit tersbut adalah hasil titik peluh si isteri.dan apakah hak2seorang isteri terhadap pendapatannya?
si isteri tidak pernah merasa memgang mahupun ,mengeluarkan gajinye sendiri padahal sudah berulang kali dia meminta ATM card nya.
saya ingin meminta pandangan ustaz dan juga cara yg terbaik untuk menyelesailkan masalah ini
tk
baru2 ini saya telah mengesan isteri saya telah curang kepada saya dengan bercinta dengan suami org dan setelah bertanya kepadanya, beliau telah mengaku mempunyai sedikit perasaan sayang kepada lelaki berkenaan walaupun tiadak pernah keluar bersama dan cuma setakat berbalas sms dan percakapan melalui telefon sahaja dan hubungan mereka baru berusia dalam sebulan. Saya telah menjatuhkan takliq kepada beliau dengan berkata 'jika kau ada tangkap feeling lagi atau berhubungan dengan lelaki berkenaan atau mana2 lelaki lain maka jatuhlah talak satu'.dengan niat jika beliau curang lagi kepada saya maka jatuh talak. Soalan saya jika saya berkata saya rujuk kembali kepada awak walaupun beliau belum lagi curang kepada saya maka takliq tadi telah terbatal walaupun saya telah kehilangan satu talak?
Mohon pandangan ustaz. .Sepanjang tempoh perkahwinan, perbelanjaan anak2 ditanggung oleh saya. Memang gaji saya lebih tinggi daripada suami, tetapi suami juga mempunyai sumnber pendapatan lain yang mana dia masih mampu menyara hidup kami sekeluarga. Yang saya sedihkan, perbelanjaan anak2 dan rumah seolah-olah dia serahkan sepenuhnya pada saya. Saya tak kisah jika memang gaji saya banyak dan cukup utk keperluan dan hutang saya yang lain. Tetapi apabila kadangkala saya tak cukup duit dan minta pada dia, dia akan menganggap bahawa saya berhutang padahal keperluan dapur dan anak2 bukankah memang tanggungjawab dia?ustaz tolonglah..
ustaz, saya baru je habis eddah setelah bercerai dengan suami.masalah sekarang ni kami berdua mahu bersama kembali tetapi kami kena berkahwin semula. Kedua ibu bapa dan keluarga tidak mahu menerima kembali bekas suami dan menyuruh saya mencari lelaki lain tapi saya masih sayangkan dia dan kesian melihat kedua-dua anak saya. Masalah sekarang ni bapa saya tidak mahu mewalikan pernikahan kami walaupun bekas suami telah datang berbincang dengan cara yang baik. (ibu bapa tidak benarkannya kerana dia seorang penagih dadah..)tapi kini dia sedang mengikuti terapi di hospital untuk tinggalkan ketagihannya itu..alhamdullillah saya lihat perkembangannya amat menberangsangka n...ustaz tolonglah bagi panduan bagaimana untuk selesaikan masalah ini
saya sygkan dia dan ank2 saya..
RSS feed for comments to this post