Rumahtangga & Keluarga Taat Ibu Bapa, Pondok & Universiti

Taat Ibu Bapa, Pondok & Universiti

  • PDF
(14 votes, average 4.71 out of 5)

Taat Ibu Bapa, Pondok & Universiti  

Soalan 

Saya ingin bertanya kemusykilan kepada ustaz. Saya  adalah seorang pelajar tingkatan 6. Saya berhasrat untuk pergi belajar di sebuah institusi pengajian pondok bagi mendalami ilmu agama apabila tamat tingkatan enam nanti. hasrat ini telah disampaikan kepada kedua ibu, tetapi mereka telah membantah. Mereka mahu saya melanjutkan pelajaran di universiti dan menjadi guru kerana keinginan tersebut telah gagal disempurnakan oleh abang dan kakak saya. Saya pernah menyuarakan masalah ini kepada guru di institusi pondok itu. Kata guru itu saya boleh pergi (belajar di pondok) tapi mesti menjaga hati kedua ibu bapa.

Selepas saya menyuarakan hasrat itu, mereka selalu menyindir dengan menggunakan perumpamaan seperti 'jangan jadi kacang lupakan kulit' dan sebagainya.

Persoalan yang ingin saya tanya, adakah saya boleh pergi ke institusi itu tanpa persetujuan (keredaan) kedua ibu bapa saya (iaitu secara senyap-senyap) dan bagaimanakah cara terbaik untuk saya tangani masalah ini?

Daripada: Yang mahukan keredaan Tuhannya.

Jawapan Ust Zaharuddin:

Anda mestilah mentaati kehendak ibu bapa anda yang juga baik itu. Maka sekiranya anda ke pondok tanpa izin mereka, anda telah menyakiti hati mereka dan ia meggolongkan anda dalam kumpulan anak derhaka, justeru semua ilmu yang bakal anda pelajari di pondok tersebut, tiadalah punyai sebarang berkat lagi.

Berbuat ihsan kepada kedua ibu bapa itu merupakan tuntutan fardhu ‘ain maka perbuatan mengabaikan tuntutan itu pula termasuk di antara dosa besar. Terdapat beberapa jumlah dalil syara‘ yang menegaskan mengenainya dengan jelas dan nyata. Di antaranya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amr, beliau berkata yang maksudnya:

"Seorang berbangsa Arab datang kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam lalu berkata: "Wahai Rasulullah apakah dia dosa besar?" Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: "Mensyirikkan Allah." Dia (orang Arab itu) berkata lagi: "Kemudian apa?", Baginda Shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: "Kemudian menderhaka kedua ibu bapa ..." (Hadits riwayat Al-Bukhari)

Di dalam riwayat yang lain lagi dinyatakan bahawa orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya tidak akan mendapat perlindungan pada hari kiamat. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang maksudnya : 

"Tiga golongan yang tidak dipandang oleh Allah ‘Azza wa Jalla pada hari kiamat: orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya, perempuan yang menyerupai seperti lelaki dan orang yang dayus..." (Hadits riwayat An-Nasa'ie, Al-Bazzar, al-Hakim ; Sohih menurut Albani, rujuk Ghayatul Maram , no 278, hlm 137 )

Sebagai anak, kita hanya dibenarkan untuk melanggar arahan ibu bapa jika ianya berkaitan urusan maksiat, dosa dan syirik. Ia berdasarkan firman Allah :-

''Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah kedua-duanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepadaKu, kemudian hanya kepadaKulah kembalimu, maka Ku berikan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan'' (Luqman :15 )

Tetapi dalam hal hasrat ibu bapa yang inginkan anda ke universiti, ia jelas sebuah hasrat yang baik dan tidak harus di langgari samada secara terang atau sembunyi.

Jika anda berpendapat bahawa anda ingin ilmu agama kerana pengajian terbaik hanya terdapat di pondok, jawapan saya, adalah perolehan ilmu tertakluk kepada usaha dan diri anda sendiri. Tempat belajar hanyalah hal sampingan. Saya bertemu ramai rakan-rakan yang belajar di Mesir, Syria dan Jordan, tetapi mereka masih amat lemah dalam ilmu Shariah dan Usuluddin yang mereka pelajari dahulu, malah ilmu Bahasa Arab merea juga amat mendukacitakan. Ramai pula yang lepasan dalam Negara malahan sekolah menengah pun lebih mahir dari mereka. Tidaklah semua begitu, tetapi ini menunjukkan ilmu boleh di perolehi di mana-mana asalkan anda berusaha mencarinya dengan tekun. Tanpa mengira tempat anda belajar sama ada universiti, pondok, dalam Negara atau luar Negara. Jangan menyangka pengajian di universiti tiada pembelajaran kulit ke kulit sebagaimana yang selalu di warwarkan. Ia bergantung kepada anda.

Nasihat saya, wajib taati kehendak ibu bapa dan tidak dibenarkan menderahakai mereka dengan ‘menyeledup' mengaji di pondok. Nasihat guru pondok anda " boleh pergi ke pondok dengan syarat mesti menjaga hati ibu bapa anda" , maka dalam hal ini guru tersebut menyuruh anda agar meyakinkan ibu bapa dan mendapat keredhaan mereka berdua. Tetapi apabila anda gagal mendapat keredhaan (ini di buktikan melalui sindiran mereka), maka hukumnya adalah anda tidak boleh ke pondok.

Sekian

Ust Zaharuddin

www.zaharuddin.net



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #7 walaana muslim 2011-07-21 01:27
assalamualaikum ...

ustaz kalau ibu bapa kita tak izinkam masuk pas..tapi kita masuk jugak senyap2..kira derhaka ke tak?
Quote
0 #6 kemusykilanmuslimah 2011-05-04 08:52
assalamualaikum ...
adakah berdosa seorang isteri memeriksa gaji suami setiap bulan?
saya kurang percaya kepada suami berkaitan kewangan.
setiap kali masuk gaji, tidak sampai 2minggu gaji dah abis..
saya sbg isteri yang terpaksa tanggung perbelanjaan anak2...
saya terasa spt tgjwb ank2 adalah pd sy...
isteri keliru...
ble ditanya kemana duit,dia kata bt belanja makan keluarha...ntah lh...mls nk gdh
Quote
0 #5 Anak tuntut wang saman daripada bapaakredu 2011-01-08 13:38
Assalamualaikum Ustaz,

Seorang bapa memandu kereta yang didaftarkan atas nama anaknya untuk tujuan perniagaan. Pada suatu hari, kereta yang dipandu si bapa kena saman ekor, menyebabkan nama si anak itu disenaraihitam oleh polis, sehingga mengalami kesukaran untuk memperbaharui cukai jalan. Pada mulanya si anak meminta si bapa dengan cara baik untuk menjelaskan saman tetapi si bapa enggan. Akibatnya si anak terpaksa mendahulukan wang sakunya untuk membersihkan namanya drpd senaraihitam. Pada pandangan Ustaz, wajarkah si anak menuntut kembali wang saman daripada si bapa oleh kerana si bapa langgar undang2, si anak yang terkena dan terpaksa bayar saman bagi pihak si bapa?

UZAR : TAK WAJAR, kerana dalam Islam harta anak tu semuanya bapa dibenarkan guna.
Quote
+1 #4 Pertanyaan kemusykilansyafiq 2010-09-27 02:10
Assalammualaiku m Ustaz...
Saya masih belum bekahwin tetapi telah sampainya sesuatu berita yang saya tidak dapat menyelesaikan kerna tidak mencukupi ilmu yg mendalam, telah dikhabarkan oleh seorang rakan saya utk mendapatkan pendapat dan ilmu bg nya...
Saya ingin bertanya...adakah wajar seorang suami turuti perintah ibu mertua? dan apakah hukum jika si isteri lebih mentaati arahan suami daripada ibunya sendiri?

Telah saya dengari dimana syurga isteri terletak pada kaki suami dan syurga suami terletak pada kaki ibunya...tetapi tidak boleh lah sewenang2nya suami menjadikan alasan tersebut utk bertindak zalim dan tiada pertimbangan terhadap isteri.

Situasi ini terjadi kerna suami telah membuat keputusan berpindah rumah utk kehidupan nya bersama isteri tetapi ibu mertuanya tidak setuju dan mengakibatkan merajuk makan hati...adakah isteri yg mengikut kata suami itu derhaka kepada ibunya?

Dan apakah penyelesaian terbaik baginya...

Terima kasih kerna berkongsi ilmu...semoga ilmu itu akan diberkati sehingga di akhirat nanti... :-) :-)
Quote
0 #3 hamba Allah 2008-06-02 23:02
Assalamualaikum , ustaz, saya ada masalah dengan ibu sendiri, ibu saya mmg sayangkan saya, tp kadang2 berat sebelah, bila adik beradik lain ada, dia akan menyuruh saya membuat kerja yang banyak, tetapi adik beradik lain jarang kena marah, sayalah
yg selalu kena marah, kdg2 ibu saya sering menegur dengan kuat di dapur sehinggakan saya malu pd jiran2, buat pengetahuan ustaz saya bukanlah gadis pemalas, ibu saya nak saya seolah-olah perfect, dan bakal menantu should be perfect juga,
kadang2 saya tertekan ustaz.....minta ustaz beri nasihat pada saya
Quote
0 #2 Ana Muslimah 2008-02-27 03:04
Sambungan soalan dari tarikh 21_02_08
Assalamualaikum ,

Terima kasihn atas ulasan ustaz, sebenarnya perkenalan saya sejak dari awal lagi telah dirujuk dengan ibu bapa.
Oleh kerana ibu dan ayah saya boleh menerimanya. saya terlupa untuk memaklumkan bahawa family yang tidak setuju di sini adalah
nenek dan pak long yang banyak menyara saya sejak dari kecil. saya adalah cucu kesayangan datuk saya dan sebelum dia meniggal dia
telah berpesan kepada pak long saya untuk menyara saya. Kata pak Long " Kau tidak dapat belajar jika berkahwin. Dan kau akan lupa family jika berkahwin". Tapi dalam fikiran saya saya mampu.

Masalah bagi ayah dan ibu saya pula, oleh kerana memikirkan pak long dan tok tidak bersetuju jadi, ibu saya telah pergi ke rumah si lelaki dan berjumpa dengan ibunya dan berbincang adakah patut mereka berkahwin. Saya faham di sini mak dan ayah kedua-dua belah pihak tidak yakin.
untuk pengetahuan ustaz ayah saya langsung tidak kata apa-apa.

saya tidak ada ruang untuk berbincang dengan ayah kerana jika ada ibu saya dia akan lebih beremosi. Bagi saya ibu saya pun dalam dilema.

Yang penting sekarang mentality pak long dan tok saya susah untuk diubah dan mereka meletakkan harapan yang tinggi. saya cuba mencari kekuatan untuk menerangkan kepada mereka,
tetapi tetap tidak difahami. Dulu arwah datuk saya ada berkata dia akan mengahwinkan saya jika sudah ada orang tetapi sekarang datuk yang lebih
mementingkan agama sudah tiada. Ustaz, saya akan habis ijazah lagi dua tahun. Nak tunggu kerja lagi??? Bagi saya, bagus kalau, belajar + kerja + kawin.

Emmm.saya sekarang hanya berdoa dan mengumpul kekuatan untuk menjaga hubungan ini.
Kami mengelakkan diri dari berjumpa dan tidak berhubung jika tidak ada apa-apa perkara yang penting.

Moga Allah beri kekuatan kepada saya.

Sekarang, saya telah cuba mengusahakan berbagai cara dengan mengmpul duit, mengajar di tadika, mengajar Quran, moga Allah memahami hati saya dan mempermuidahkan jalan saya.

Saya mengharapkan semoga ayah yang bertanggungjawa b sebagai wali terbuka hati dan diberi kekuatan untuk menikahkan anaknya ini demi agama. Ameen.\

harap ustaz dapat komen sesuatu cara bagaimana untuk ibu dan ayah saya dapat kekuatan untuk mrmbuat keputusan dan memahamkan tok dan pak long bahawa nikah bukanlah penghalang untuk mendapat kejayaan.

Akhir kata, semoga Allah tunjukkan saya jalan yang lurus dan kuatkan hati saya dari menurut hawa nafsu. Amen.


Ana Muslimah
Quote
0 #1 Ana Muslimah 2008-02-22 01:21
Assalamualaikum ,

Saya merupakan salah seorang siswi di Universiti. Saya telah mempunyai seorang teman yang saya berniat untuk menjadikan dia seorang suami.

Saya telah banyak kali melakukan solat istikharah dan saya mimpikan dia.

Perkenalan dan hubungan kami sudah menjangkau lima tahun. Apabila diajukan kepada keluarga mereka menentang keras untuk berkahwin kerana
bagi mereka perkahwinan adalah penghalang untuk belajar. Saya sudah hampir buntu dan hanya berserah kepada Allah.

Tapi relevannya mungkin kami tidak mempunyai kewangan yang stabil lagi untuk berumahtangga.

Tetapi, naluri saya amat sangat untuk berkahwin sehingga kadang-kadang menagis bila berjumpa kawan-kawan yang sudah berumah tangga.

Saya khuatir tiada keberkatan dalam hubungan ini jika terlalu lama berkawan. Bagi saya saya ingin berkahwin demi agama dan menjaga hubungan dengan Allah. Namun, hampa, kerana keluarga tidak faham.

Soalan saya ustaz, bagaiman ingin saya usahakan dari sudut kewangan dan meyakinkan ayah dan ibu. Kerana kedua-dua kami masih belajar.

-Ana Muslimah-

Mereka tidak yakin dengan anak mereka ini. Lagipun kata mereka, anak sulung patut berkorban demi adik-dik. Bagi saya, jika saya berkahwin pelajaran tetap ingin dilanjutkan dan adik-adik tidak akan diabaikan.

UZAR : ANDA TERSILAP DALAM MENILAI TANDA ISTIKHARAH ANDA, SEBENAR SDRI TELAH TEWAS DALAM PERASAAN SENDIRI BUKAN ISTIKHARAH. KERANA JIKA BENARLAH ISTIKHARAH SDRI, KETIDAKSETUJUAN FAMILY ITU ADALAH SALAH SATU DARI TANDA ISTIKHARAH JUGA, KECUALI JIKA FAMILY MENGGUNAKAN ALASAN DUNIA UNTUK MENOLAK, IA BERMAKNA CABARAN
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 79 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Rumahtangga & Keluarga Taat Ibu Bapa, Pondok & Universiti