Menonton Filem Lucah Oleh Suami Isteri
SOALAN :
ASSALAMUALAIKUM UZTAZ.SAYA NAK BERTANYA MENGENAI MENGAJAK ISTERI MENONTON FILEM LUCAH UNTUK TUJUAN MEMPELAJARI TENTANG CARA-CARA MELAKUKAN SEKS.INI KERANA ISTERI SAYA TIDAK BEGITU PANDAI MELAKUKAN SEKS DAN UNTUK MERANSANGKAN NAFSUNYA DULU SEBELUM MELAKUKAN HUBUNGAN KELAMIN.APA PENDAPAT USTAZ?
JAWAPAN :
Wa'alaikumussalam,
Hukumnya haram secara sepakat ulama walaupun niatnya baik. Ia diharamkan kerana :-
Pertama : Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, terutamanya bahagian sulit. Nabi SAW bersabda :
Ertinya : "Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain"
Sudah tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat aurat si pelakon tadi malah dalam keadaan yang tidak diizinkan oleh Islam pula.
Kedua : Islam juga tidak berapa menggalakkan si suami melihat kemaluan isteri dan begitu juga sebaliknya, sebagaimana displin seks Islam yang dinyatakan oleh Sayyidatina Aisyah r.a berkenaan hubungannya dengan baginda SAW. ( Hadith ini adalah lemah, bagaimanapun ia dikira sebagai adab sahaja berdasarkan umum dalil-dalil lain). Jika demikian hukumnya, maka sudah tentu melihat kemaluan selain pasangan yang halal di dalam filem lucah lebih lagi ditegah oleh Islam.
Ketiga : Terdapat cara lain untuk mempelajarinya, iaitu dengan membeli buku panduan seks dalam Islam yang melakarkan gambar-gambar lukisan sahaja.
Keempat : Filem-filem ini sudah tentu dilakonkan oleh orang bukan Islam serta sudah tentu menjalani hubungan seksual tidak menurut displin Islam dalam hubungan seks. Termasuklah melakukan seks secara yang diharamkan oleh Islam. Justeru, meniru teknik yang diharamkan sudah tentu diharamkan juga.
Sebagai contoh, Islam tidak menggalakkan suami isteri bersama dalam keadaan telanjang bogel sebagaimana disebutkan sebagai salah satu displin adab melalui hadith :-
إذا جامع أحدكم أهله فلا يتجرد تجرد العيرين
Ertinya : "Apa seorang kamu 'bersama' isterinya maka janganlah kamu bertelanjang bogel ( bermakna perlu berselimut)" ( Riwayat Ibn Majah 1/619 no 1921 )
Demikian juga displin dan adab-adab lain seperti berdoa sebelum bersama, tidak mendatangi isteri dari duburnya, tiada oral seks, berwudhu jika ingin bersama kali kedua sebelum mandi dan banyak lagi adab dan hukum Islam yang tidak akan dapat dipelajari dari filem lucah itu. ( Nizom al-Usrah, Dr Md Uqlah, 2/16-17)
Kelima : Dibimbangi si suami atau isteri akan terbayangkan pasangan pelakon di dalam filem lucah tersebut. Maka ia jatuh ke dalam perkara haram yang lain pula.
Keenam : Nabi Melarang menceirtakan perihal sulit aurat orang lain, apatah lagi melihatnya di dalam video seperti ini.
Nabi SAW bersabda :
لا تباشر المرأة المرأة فتنعتها لزوجها كأنه ينظر إليها
Ertinya : janganlah seorang wanita melihat aurat wanita lain, lalu menceritakannya kepada suaminya sehingga seperti (suaminya) melihatnya ( Riwayat Al-Bukhari )
Kesimpulannya, diharamkan menggunakan filem lucah samada untuk menaikkan syahwat suami isteri mahupun sebagai pengajian.
sekian
ust zaharuddin
15 Mei 2007
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
Puan Jem. Mungkin ini agak lewat saya membalas apa yang anda telah kongsikan di sini. Mungkin pendapat saya berlainan dengan usatz Zaharudin tetapi ini apa yang saya telah pelajari melalui beberapa ustaz.
Hukum talak bg situasi puan adalah sah kerana suamin puan tidak menetapkan masa tertentu jatuhnya talah. Contohnya, jika seorang suami melafazkan talak macam ni "Akan jatuh talak jika engkau(Isteri) keluar dari rumah ini pada jam 9 malam 9/9/2011". Jika si isteri keluar rumah sebelum pukul 9 malam 9/9/2011 maka jatuhlah talak. Jika keluar selepas masa yang ditetapkan, hukum talak adalah tidak sah. Situasi ini agak berbeza dengan puan kerana terdapat jangka masa kesahan talak itu.
Wallahualam..
Marinandee Jumiran
Adakah di bolehkan bagi isteri meminta tambahan mas kawen selepas akad nikah..?
Saya bergaduh dengan suami....dan menyuruh suami menjatuhkan talak tiga dan saya brkata jatuhkan talak tiga....dalam masa yang sama saya hanya bercakap ingin keluar rumah..dan tidak berniat sepenuhnya keluar rumah......tetapi suami saya ada menyebut semasa pergaduhan itu..."kau keluar je rumah.. yela tu....". adakah dengan lafaz ini terjatuhnya talak... sekiranya saya keluar rumah......pada waktu dan masa yang lain.....
mula2 nak bagitau situasi mcm ni.
kami ada bukak satu tabung derma untuk mengadakan program bersama anak yatim di Rumah A. selepas semuanya berjalan dengan lancar dan tamat program. jumlah lebihan wang derma ada berbaki lagi.
persoalanya bolehkah wang baki tersebut digunakan untuk membantu rumah anak yatim lain ataupun kepada mereka yang memerlukan ? memandangkan rumah anak yatim A tadi kelihatan sudah mencukupi keprluan asas mereka.
mohon penjelasan dari pihak ustza
Saya sudah berkahwin selama 3 thn dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 2 thn dan insyaAllah akan bersalin di akhir november bg anak kedua.
Masalahnya, suami saya suka melihat gmbr dan video pornografi. itu pun saya tahu bila saya check komputernya pd thn lepas..lps saya tahu, saya naik angin dan ingin balik kg tp dia menghalangnya dan berjanji tak akan buat lg..tp awal thn br ni saya jumpa juga masih ada gmbr dan video dia download.
Hari ini dia masih buat lg, dan saya tidak bercakap dgn dia kerana ingin menghindari daripada bergaduh dan ingin membuat keputusan yg terbaik. saya rasa ingin berpisah tapi bila memikir semula adakah releven saya berpisah kerana sbb itu..tp saya tidak tahan..saya menangis sepuas2nya dan meminta petunjuk Allah bagaimana ingin menyelesaikan masalah ini...dia juga pernah melancap bila saya mahu masuk bilik atau keluar bilik..
Harap dapat penjelasan daripada Ustaz..
sekian, wassalam
saya ingin bertanyakan soalan, bagaimana untuk melembutkan hati suami atau sekiranya ada amalan doa/ayat Quran agar suami rajin beribadat. Dia terlalu kurang melakukan ibadat malah terlalu sibuk/taksub dengan hal duniawi seperti menonton tv dan bermain internet sepanjang masa. Apabila ditegur suami sy akan menjawab "saya sembahyang jga kan".Apabila dinasihati untuk membaca Quran atau mendalami ilmu agama dia akan cakap "saya tahulah" atau "nantilah". Saya cuma mahukan suami yang dapat membimbing saya dan tidak terlalu taksub dengan duniawi sehingga lalai dalam menitikberatkan amal ibadat.
saya ingin bertanya adakah jatuh talak apabila suami berkata "kalau nak bercerai jom bercerai sekarang".
Kenapa perlu bertanya soalan yang sudah dijawab?....
Mungkin bentuk persoalannya sedikit berbeza daripada soalan yang UZAR jawab.
Penanya seolah-olah ingin UZAR mengharuskan / menghalalkan apa yang telah diharamkan.
Maaf atas komen ni.
Seorg kenalan tlh berpisah dgn sminya ttp merahsiakn dia ssedang mengandung anak ketiga.Setelah hampir bersalin barulah si smi menyedari hal itu lalu terus merujuknya kembali di mahkamah ttp si isteri tidak mengembalikan borang persetujuan rujuk itu ke mahkamah.Selepas rujuk mrk x tgl bersama sehingga si isteri bersalin dan telah mendaftarkan anak mereka tanpa nama bapanya.Setelah sebulan br si sumi menyedari hal ini.Apakah yg harus dilakukan ole si smi. Mohon pandangan ustaz untuk merungkai kemelut ini. Mereka berdua memang jahil termasuklah ibu bapa serta keluarga si isteri yg seolahnya bersetuju anak tersebut tidak didaftarkan nama bapanya.Anak itu perempuan yg pastinya menjejaskan masa depannya.
ustaz, baru2 nie sebelum bulan puasa lagi, saya di serang sejenis penyakit gatal - gatal yang membawa kepada bengkak-bengkak tak menentu, kekadang gatal di mata, kekadang gatal di betis, di perut, di tangan, di telinga dan sesuka ati dia nak serang. bile di garu, menjadi bengkak-bengkak. sy dah berjumpe doktor dan doktor kate sy alahan dan doktor bagi ubat alahan dan gatal2..tapi sehingga kini sy terpaksa bergantung pada ubat alahan nie..sy tak tahu kenapa..tapi yang menghairankan saya, gatal2 gatal sy nie teruk bila menjelang magrib. sy dah tak tahan dah apa sebenarnye panyakit saya nie. boleh kah sy mendapatkan penawar dari orang2 alim utk mengubati penyakit saya nie?
nak tnye.adakah jatuh talak skiranya seorg isteri sring minta cerai dengan suaminya sedangkan suaminya tidak bbuat demikian?boleh kah isteri dkatakan nusyuz krana mmukul suaminya?
saya nk tanya saya baru mendirikan rumah tangga pada bulan 6 lepas..tetapi hingga sekarang saya tak tahu duit mas kawin tu saya nak buat ape..kawan2 saya kata beli barang yang kita tak akan jual...tapi saya rasa nak menderma kan ke tabung masjid...boleh ke duit mas kawin derma kat tabung masjid ustaz??lagi satu bagaimana persetubuhan yang dikatakan betul dan di redhai Allah?terima kasih ustaz
UZAR : tahniah dan barakallahulaku ma wa jama'a baynakuma bilkhair ( moga allah berkat kamu berdua dan menggabungkan kamu berdua dalam kebaikan)
Mas kahwin adalah hak isteri, ia bebas untuk buat dan beli apa sahaja sama ada yang kekal atau yang tidak kekal atau derma.
Persetubuhan yang diredhai adalah yang dilakuakn menurut hukum dan garis panduan yang ditetapkan oleh Islam. Rujuk di google untuk cari adab persetubuhan dalam Islam.
sy nk tnya bagaimana cara membantu kekasih sy menyelesaikan maslh dia dengan keluarganya..sy berkawan dengan dia dah lama dan emaknya merestui hubungan kami.
Tetapi dalam sekelip mata emaknya berubah emaknya memaksa dia kawin dengan pilihan emaknya..dia tidak mahu terima isterinya..2 hari lepas dia menjatuhkan talak kepada isterinya tapi hanya dalam telefon tanpa saksi..dia ingin berkahwin dengan sy je.
sekarang dia terseksa dengan perbuatan emaknya menggunakan khidmat bomo.sy dah buntu tak dapat menolongnya. saya tak sanggup biarkan dia sakit kerana perbuatan emaknya menggunakan iblis..bantu sy ustaz
UZAR : maaf sukar utk saya menolong dan menasihat, jika benar ada bomoh digunakan, mgkn sdri boleh rujuk ke darul syifa, bangi untuk usaha pemulihan.
saya ingin berkongsi tips & pengalman dgn para komentar disini dan juga ustaz.
Assalamua'laikum semua, saya ingin mengingati diri kita masing-masing untuk bermuhasabah dan selalu berdoa moga diberikan hidayah oleh Allah swt. Amatlah baik jika kita segera menginsafi dgn dosa yg pernah lakukan.
Fikirlah wahai sahabat semua, Dosa-dosa yg pernah kamu lakukan?
Walau pon kamu telah berzina & masih berzina...Allah masih tidak memberi bala dan musibah padamu.
KENAPA? kerana Allah syg kamu.
Walaupon kamu menipu Allah... dgn tdk melaksanakan perkara yg telah kamu bernazar denganNya dikala waktu kamu susah, Allah tetap tdk lagi menarik nikmat yg telah Dia kurniakan padamu.
KENAPA? kerana Allah sayang kamu.
Walaupon kamu memakan harta haram, curi tulang., menganiai rakanmu, dan sahabatmu. Adakah kamu masih tidak ditimpa musibah dan laknat Allah?
KENAPA? Kerana Allah syg kamu.
Fikirlah...dikala waktu Kamu masih belum terlewat untuk kembali padaNya, silalah dgn ikhlas berdoa dan merayu kempunanNya. Percayalah...baha ALLAH SWT maha mengasihani lagi maha mengetahui apa yg kamu kerjakan.
Ingtlah sahabatku semua, janganlah Setelah kamu bertaubat, kamu merasakan terpaksa untuk melakukan ibadat serta solat.
Jika ada persoalan : Aku ingin mendisiplinkan diriku....aku perlu solat...dengan memaksa diri.
Wahai sahabatku, jika benar kamu telah bertaubat, adakah perlu kamu memaksa diri dgn tujuan untuk mendisiplinkan diri supaya bersolat? INGATLAH, jika benar kamu syg Allah...ikhlaskanlah diri (sanggup & rela) mendirikan solat dan juga beribadat padaNya. Allah tuhanmu, kepada Allah jualah kamu akan pulang kelak. Kepada Allah lah tempat untukmu mengadu diwaktu kamu susah dan senang. JANGAN sesekali lupakan Allah setelah kamu beroleh kesenangan. Jika kamu sanggup setia pada kekasihmu, kenapa tidak kamu dahulukan dgn setia pada Allah. Ingtlah...diwaktu Allah syg kamu, tunjukkanllah sygmu pada Allah, pada Islam.
Ingt Allah selalu yg MAHA mengasihani pd hambanya
saya audra dari sabah k.....awk bykkan istigaroh k...bykkan berdoa dan solat sunat hajat awk tu...solat taubat juga......think posiitif ....
RSS feed for comments to this post