Suami Hilang Nafsu atau Disihir?
SOALAN:
Saya sudah berbulan-bulan tidak tidur bersama suami kerana dia menjauhkan daripada saya. Setiap kali saya mendekatinya dia merungut "panas, rimas dan jauh daripada aku, aku tidak boleh mendekati kamu." Apabila saya mengajaknya berubat dia enggan, sebaliknya mendakwa saya yang sakit dan perlu diubati. Ramai pengubat yang saya temui mengatakan suami saya disihir. Jika benar, apakah yang perlu saya lakukan untuk mengatasi masalah ini yang semakin genting.
JAWAPAN OLEH DATO DR HARON DIN
Masalah dalam rumah tangga memang banyak. Salah satu daripadanya berkenaan yang kisah yang puan paparkan. Permasalahan sebegini banyak berlaku dan saya selalu diadukan hal-hal seperti ini.
Ramai ahli perubatan mudah menyimpulkan dan mengaitkan masalah ini dengan sihir. Bagaimanapun saya sendiri tidak pandai untuk mengatakan bahawa suami disihir kerana saya tidak mengetahui perkara yang sebenar.
Sebenarnya tiada orang yang boleh tahu ia adalah fenomena daripada sihir.
Sihir memang wujud. Ia perkara ghaib. Nama atau istilah sihir itu sendiri bermakna sesuatu yang disembunyikan atau tersembunyi daripada orang ramai.
Jika ia sihir, ia dilakukan secara sulit dan penuh rahsia. Jika ia rahsia, bagaimana para pengubat boleh mengatakan ia adalah sihir.
Jika pengubat berkenaan memberitahu bahawa suami puan terkena sihir, maka ertinya dia mengetahui perkara ghaib.
Saya pernah menjelaskan dalam ruangan ini sebelum ini, bahaw insan mana pun tidak akan mengetahui perkara yang ghaib kerana Allah berfirman mafhumnya): "Katakanlah ‘Tiada sesiapapun mengetahui perkara yang ghaib sama ada yang menghuni langit atau bumi, melainkan Allah SWT sahaja...(hingga akhir ayat)." - Surah an-Naml ayat 65
Firman Allah (mafhumnya): "Allah sahajalah yang mengetahui segala yang ghaib, maka ada yang dizahirkan keghaiban itu kepada sesiapapun." - Surah al-Jinn, ayat 26.
Dalam peristiwa lain dalam hadis sahih diceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. disihir seorang Yahudi yang bernama Labeed bin al-A'ksam dan baginda sendiri tidak mengetahui disihir sehinggalah diberitahu oleh Jibril a.s.
Jika Rasulullah s.a.w. sendiri tidak mengetahui disihirkan, bagaimana kita mudah-mudah mengetahui ada orang disihirkan?
Oleh yang demikian saya berfikir kes puan ada kaitannya dengan permasalahan suami isteri.
Ada kalanya saya bersetuju, apa yang dipaparkan ia ada kena mengena dengan sihir. Salah satu senario sihir seperti Firman Allah (mafhumnya): "...Dalam pada itu ada yang mempelajari ilmu sihir daripada Harut dan Marut, dengannya boleh menceraikan antara suami dan isteri...(hingga akhir ayat)." - Surah al-Baqarah, ayat 102.
Ayat ini jelas menunjukkan wujudnya ilmu sihir dan antara perkara yang boleh berlaku adalah (dengan izin Allah) memusuh, melaga-lagakan sehingga mencerai beraikan suami isteri.
Apa yang puan alami adalah kerengangan yang merosakkan fungsi perkahwinan. Seolah-olah telah hilang kemesraan dan kasih sayang sudah bertukar kepada permasalahan yang membawa keadaan yang tidak diingini.
Kejadian seperti ini tidak semestinya daripada sihir perbuatan orang. Jika tidak kerana disihirkan pun, boleh terjadi kejadian sedemikian itu.
Mungkin antaranya adalah kerana suami berpenyakit mati pucuk (sebagai contoh), dia malu memberitahu isterinya, lalu bersikap dingin, menyalahkan orang lain, kononnya dia disihirkan.
Atau, suami hilang minat kepada isteri di atas kelemahan-kelemahan isteri yang suami tidak tahu untuk mengatasinya dan tidak mahu membincangkannya.
Atau, kerana perangai-perangai isteri yang keterlaluan hingga menyebabkan suami menyampah terhadapnya.
Atau dengan sebab-sebab lain seperti ada campur tangan pihak ketiga dan sebagainya yang menyebabkan suami hilang minat terhadap isteri, maka berlakulah perkara yang puan sebutkan tadi.
Saya tidak bermaksud untuk meletakkan hal-hal yang sedemikian itu berlaku kepada puan. Saya sekadar ingin mengajak puan dan semua yang berlaku kes seumpama ini pada diri mereka, melihat dahulu faktor-faktor fizikal melanda kehidupan kita.
Sekalipun berlaku apa yang puan sebutkan itu, maka ubatilah masalah itu dengan bersungguh-sungguh tanpa melabelkan ia perbuatan sihir.
Ada kemungkinan bahawa hal seperti ini berlaku kerana gangguan syaitan yang tidak disuruh mana-mana atau dipergunakan ilmu sihir yang berinsusiasi dengan makhluk halus.
Sememangnya syaitan itu musuh utama yang sentiasa berusaha memporak perandakan kehidupan anak Adam.
Pun demikian tidak dikatakan sihir, walaupun tanda-tandanya semacam sihir.
Jika mudah-mudah dianggap sebagai sihir, ia menimbulkan satu lagi penyakit iaitu sakit hati kepada orang yang buat sihir.
Lebih malang lagi jika ada yang menuding jari 'si pulan itu membuatnya, si anu itu membuatnya' atau lebih teruk mendakwa jiran, kawan sepejabat atau orang terdekat melakukannya.
Keparahan itu menyebabkan penyakit tidak terlerai, penyakit tidak disembuhkan.
Apapun puan perlu cuba mengubati orang yang berpenyakit, cuba berjumpa orang yang diyakini boleh menolong, tiada penyakit yang tiada penawarnya.
Sekurang-kurangnya puan dan suami berdoa ke hadrat Allah untuk disembuhkan, beramal dengan ayat-ayat al-Quran seperti yang tersebut dalam hadis-hadis sahih.
"Nabi menyuruh keluarganya beramal dengan membaca Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Naas, ayat al-Kursyi dan lain-lain." (Hadis riwayat A'ishah r.anha)
Atau puan dan suami boleh tambah membawa 11 ayat dalam Surah al-Baqarah, ayat 1, 2, 3, 4 dan 5, baca ayat 255, 256, 257 dan 284, 285 serta 286.
Berbuatlah demikian, lakukan cara yang disarankan oleh syarak untuk mengubati penyakit suami puan. Wallahu a'lam.
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
-----------------
jika di ataslah penyebabnya, maka:
1. kahwin 4 pun belum cukup bagi anta.
2. bknlah tugas isteri utk memasak dll.itu tugas suami di dlm islam.tapi atasdasar kasih sayang, isteri melakukannya.berterima kasihlah.jika ingin ubah selera, cakaplak dgn baik atau bawa isteri kluar makan seklali-sekala.bknkak itu lebih baik.
saya telah menikah setahun namun sejak beberape bulan kebelakangan ini saya semakin tawar hati dgn suami. baru2 ini saya menjumpai botol minyak berisi akar kayu berwarna hitam dan berbau wangi teramat sgt. sy juga mendpt tau drp rakan suami saya bahawa beliau mengunakan mencalitkan minyak pd kaum wanita dan telah beberape kali telah curang belakang saya.
saya pernah bertanyakan hal ini kepada beliau tetapi die menafikan d
sejujurnya kini saya tiada langsung rase cinta terhadap suami namun beliau enggan melepaskan saya.
saya telah menikah hampir setahun tetapi sejujurnya semenjak beberape bulan kebelakangan ini saya semakin tawar hati terhadap suami.
baru2 ini saya terjumpe minyak aneh berisi akar berwarna hitam dan bende aneh didlmnye dan berbau wangi teramat sgt dlm beg suami. saya telah diberitahu kwnnnya bahawa die mengunakan minyak tersebut utk mencalitkan kepada kaum wanita malah telah beberape kali curang belakang saya.
saya pernah bertanyakan hal tersebut terhadap beliau tetapi die menafikan dan mengatakan minyak tersebut utk pelaris perniagaan shj.
kini hati saya benar2 telah tawar dan tiada lagi rase cinta terhadap suami saya namun beliau enggan melepaskan saya
apakah perlu saya lakukan? saya benar2 tidak ingin meneruskan perkahwinan ini
Uzar,
Sekiranya seseorang dikenakan sihir, dan UZAR persoalkan smula, bagaimana pengubat boleh mengatakan sihir, jadi soalan saya pula pada UZAR, tiada jalankan untuk tahu seseorang itu telah dikenakan sihir (tak kiralah sihir apa, mnyak dagu ke, apa ke)?
Sebenarnya sebelum kita menggatakan sesuatu itu sebagai sihir, cubalah buat pemeriksaa doktor mungkin suami itu mempunyai masalah dalaman iaitu masalah ED maka untuk menggelakkan daripada malu dikatalah sebagai sihir atau memang sudah ada orng ke 3.
Adakah sah penceraian bagi isteri yang menuntut fasakh terhadap suaminya yang mana suaminya itu difitnah sebagai gila oleh keluarga pihak isteri sedangkan suaminya tidak gila?
dan pada masa itu iterinya pula dikuasai oleh sihir ketika memohon fasakh disebabkan oleh perbuatan keluarga isteri yang tidak merestui perkahwinan mereka?
Dan jika isteri berkahwin dengan lelaki lain adakah sah perkahwinan itu?
Ustaz, saya ingin bertanya kpd ustaz mengenai isu rumah tangga..tp ia bukan lah isu rumahtangga sy. Tp kawan sy..sy selalu mendengar masalahnya..dimana suaminya tidak mahu bercakap dgn isteri walaupun masih ddk 1 rumah.ini disebabkan mungkin si suami ada menjalinkan hbgn dgn org ke-3..dan sekarang sampai ke peringkat ingin bercerai..tp keputusan itu hny suami shj yg membuat keputusan tanpa berbincang dgn isteri, ank? & kedua ibubapa..mungkin si suami telah terkina perbuatan sihir org org ke -3 tersebut..membuatkn si suami benci pd isteri.apakah hukum untuk kita mempercayai semunya itu..
Tajuk dan soalan tidak padan, kalau tidur dengan isteri mengeruh panas disebabkan sihir....ada tanya balik tak pengsoal tu tentang pasang penghawa dingin?
perkara kedua kalau isteri berikan duit kepada suami apa-apa masalah akan hilang...sebab ada perempuan simpanan...
maka isteri bolehlah mengekori suaminya kalau keluar...
sebaik2 perancang tu adalah Allah...
mesti ada hikmah di sebalik peristiwa ini...
harap terus kan berdoa dan tingkat kan amal...
Allah tidak akan menguji hambaNya lebih dari yang hambaNya mampu...
apkah ini termasuk sirik asgar, sirik akbar atau sirik hopi
Berbalik pada kisah di atas, pendapat saya bukan sebab ilmu hitam atau terkena sihir tapi masalah komunikasi di antara suami isteri yang telah basi atau tak de gas dahhhh...ni kena cas balik macam cas bateri tu....kena kaji balik mungkin salah suami atau pun mngkin salah isteri. Maaf cakap..ada kalanya bila selalu makan nasik tu naik jemu juga...apatah lagi bila dihidangkan lauk yang sama jer tetiap malam kena plak nasi sejuk atau lauk semalam. Tambahkan menu...perbanyakkan showwomanship masa bertarung.....
Saya rasa tulisan UZAR ini (jawapan dari Ustaz Haron Din) tidak meletakkan wanita sebagai pesalah, ia bermaksud untuk kita berfikir dan menyiasat dahulu sesuatu perkara, bukan terus mempercayai kata-kata orang lebih-lebih lagi perkara yang boleh merosakkan akidah. Bukankah lebih baik kita muhasabah kelemahan dan kekurangan diri sendiri sebelum menuding jari kepada orang lain. Bak kata, jangan cari alasan untuk mengelak, cari jalan untuk menyelesaikan walaupon mencari alasan itu sangat mudah.
Untuk puan berkata kaum lelaki selalu suka membisu atau naik angin bila diajak berbincang, saya rasa sang isteri lebih arif dgn perangai dan tingkah laku sang suami, dan saya yakin ada cara yang lebih baik untuk berbincang, selain dari terus berkonfrontasi.
Pada pandangan puan tentang badan itu, saya rasa cadangan itu tidak praktikal, walaupon saya masih belum berumah tangga, saya sendiri dapat merasakan ketidak selesaan utk menceritakan masalah lebih-lebih lagi berkenaan masalah rumah tangga, tapi jika perkara ini mampu dibuat, mungkin bagus juga tetapi saya tetap rasa tidak praktikal.
Wallahu'alam
Sepatutnya kedua pihak berbincang untuk mengatasi kelemahan yang berlaku. Kaum lelaki selalu suka membisu atau naik angin bila diajak berbincang.
Berlakulah orang luar dibawa ketengah untuk mencapi jalan keluar, kena yang positif jadi membantu kalau negatif bercerai berai gitu jadinya.
Cadangan saya sepatutnya ada satu badan yang memantau atau adakan satu ruang setiap keluarga islam menghantar laporan perkembangan keluarga masing-masing (sulit) badan yang ditubuhkan akan mengambil tindakan memberi jalan yang terbaik untuk memberpaiki jika berlaku kekurangan/kelemahan dalam keluarga tersebut.
sedangkan kita boleh buat sendiri.....yg penting kena yakin apa
yg kita buat..Mintak tolong dgn ALLAH SWT.
KOMEN UZAR ; SILAP AYAT ANDA TU AKHI HAFIS 'JANGAN TERLAMPU BERGANTUNG' ANDA CAKAP, PATUTNYA, JANGAN BERGANTUNG LANGSUNG KERANA SYIRIK HUKUMNYA.
RSS feed for comments to this post