Suami Isteri Kerja : Suatu Pandangan
Soalan
Salam ya UZAR,
Saya bersetuju 100% dengan pendapat Uzar berkenaan isu wanita bekerja ini. Dan saya juga merupakan seorang wanita bekerjaya dan memiliki akademik yang membanggakan. Namun apa yang membimbangkan saya adalah keadaan yang memaksa wanita zaman sekarang untuk sama-sama 'turun padang' mencari rezeki demi keteguhan ekonomi keluarga.
Tambahan pula, saya (belum berkahwin) adalah daripada 6 org adik beradik yang kesemuanya adalah perempuan. Tanggungjawab untuk membantu ibu bapa yang sudah tua juga salah satu faktor yang 'memaksa' kami adik beradik untuk bekerja selain membalas jasa kedua orang tua kami.
Namun demikian, saya tidak nafikan saya ingin benar 'kembali kepada fitrah' ajaran islam yang suci yang mana menggalakkan wanita untuk duduk dirumah menguruskan perihal keluarga dan anak-anak bila tiba masanya kelak (berkahwin).
Hakikatnya, calon-calon suami zaman sekarang juga mengenakan syarat untuk mendapat calon-calon isteri yang bekerja bagi membantu mereka meningkatkan ekonomi keluarga dan ada juga yang beralasan pendapatan mereka tidak mencukupi untuk menampung keluarga pada zaman ini (walaupun ada yang berpendapatan >RM3000). Saya kesal sekali dengan keadaan ini dengan tiada sokongan dan peluang untuk saya 'kembali kepada fitrah' ajaran Allah.
Bagaimana pula pandangan UZAR dan rakan-rakan group?
kiriman : ~azlina~ <wawibest@yahoo.com>
Respond
salam,
Jika isteri bekerja dengan tujuan membantu ekonomi keluarga dan pada masa yang sama, suami juga bekerja, sudah tentu ia adalah harus selagi menjaga tatasusila Islam semasa di tempat kerja dan juga mampu melaksanakan kewajibannya sebagai ibu dan isteri.
Jika terdapat mana-mana bakal suami membuat syarat demikian, bagi saya ia masih boleh diterima jika : -
a) kedua-dua mereka mempunyai 'planning' sebaiknya maksud saya ia adalah bagi tempoh beberapa tahun awal selepas kahwin disebabkan kos hidup yang tinggi bagi pasangan berkahwin, dan pasangan masih muda.
b) bertujuan membantu suami atau keluarga di kampung yang benar-benar terdesak.
c) berbentuk 'temporary' sementara tiada anak sebagai persiapan ekonomi untuk beranak pinak dalam keadaan yang lebih selesa.
d) memberikan isteri pengalaman kerja di peringkat awal agar jika sesuatu berlaku kepada suami, isteri sudah berpengalaman, boleh dan mampu berdikari dengan lebih berkesan.
e) menamatkan perjanjian kerja dengan majikan atau kerajaan akibat perjanjian biasiswa dahulu.
Adapun, menjadikannya syarat seperti 'syarat yang paling utama' serta mengharapkan isteri untuk terus membantu selama-lamanya, bagi saya secara peribadi ia sedikit sebanyak mendedahkan kelemahan sang suami. Saya yakin mesti ramai suami dan sebahagian isteri yang tidak berpuas hati dengan kenyataan seperti ini, terpulang.
Cuma fikir semula sebelum bantah secara total. Bagi saya apapun hakikat dan realiti di hadapan anda, menyuruh atau mengharap isteri bekerja dan pada masa yang sama mengharap isteri :
- 01) didik anak dengan hebat dan berkesan
- 02) layan suami dengan baik,
- 03) senyum melebar setiap kali bertemu suami yang 'penat' bila balik,
- 04) tempat suami mengadu masalah dan dapatkan sokongan,
- 05) memberikan buah fikiran yang baik kepada suami yang buntu di tempat kerja
- 06) untuk in-charge untuk menjaga berak kencing anak,
- 07) basuh baju, pastikan baju bersih tersedia,
- 08) gosok baju,pastikan yang diperlukan setiap hari bergosok,
- 09) sidai dan angkat baju,
- 10) urut badan suami,
- 11) masak sedap, jangan terlebih masin atau manis,
- 12) basuh pinggan, tidak mahu pinggan penuh di sinki,
- 13) sapu dan buang sampah,tidak mahu ada bau busuk kerana sampah,
- 14) kemas rumah agar ruang tamu, bilik dan rumah sentiasa bersih dan tersusun,
- 15) cuci tandas,tidak mahu 'geli' ke tandas berbau,
- 16) tangani karenah anak dengan baik
- 17) ajar anak ngaji
- 18) tak membebel,
- 19) tak mahu dengar anak menangis dan harap isteri berperanan, cept bertindak,
- 20) tak muncung dan lain-lain
Menuntut perkara di atas dan pada masa yang sama menyuruh isteri kerja adalah bertentangan dengan fitrah yang ditentukan oleh Allah kepada wanita. Adalah tidak adil sama sekali bagi seorang suami 'demand' hal sedemikian untuk disempurnakan oleh isteri dalam masa yang sama diharapkan income isteri untuk pembiayaan rumah dan kereta dan barang dapur.
Jika suami ingin isteri membantu ekonomi (yang sepatutnya tanggungjawab utama sang suami), maka sebahagian senarai kerja di atas patut di ambil alih oleh suami sebagai timbal balik kepada jasa isteri itu. Jika tidak mahu, mereka perlu mengambil pembantu rumah yang boleh diharap 'cover' sebahagian kerja-kerja teknikal tadi.
Kesimpulannya, suami yang bekerja perlu berilmu cara mengawal rumah tangga dan anak-anak akibat isteri bekerja. Sebarang kekurangan dalam rumah tangga akibat kedua-duanya bekerja adalah di bawah tanggungjawab suami. Jangan salahkan isteri yang bekerja sebagai gagal melaksanakan tangunggjawab di rumah, kerana suami yang 'beri' dan 'minta' isterinya bekerja from the very begining atas sebab-sebab yang disebutkan di atas.
Justeru, bagi saya suami kena kontrol jenis kerja isteri, tempoh masa, suasana sekeliling isteri, jika kecemasan bagaimana, keletihan isteri yang bekerja ini setakat mana, apakah perkaar yang terpaksa dikorbankan disebabkan kerja isteri dan lain-lain.
Tatkala itu, suami perlu cari apakah jalan penyelesaiannya terbaik. Panjang ceritanya ini , ringkasannya, suami must be a good planner, manager and he is just like a CEO.
Akhirnya ; saudari menyebut , isteri terpaksa 'turun padang' demi keteguhan ekonomi rumah tangga. Soalan saya, mana yang lebih penting "keteguhan ekonomi" atau "keteguhan hubungan rumahtangga" ?
Ada orang, rumah dah ada cuma kecil sedikit..cuma nak di tambah 'teguh'kan dengan membeli yang lebih beasr, kerana itu perlukan isteri bekerja??? kereta dah mampu beli VIVA, cuma untuk 'keteguhan ekonomi' iaitu beli Camry, isteri bekerja. Apakah tanda aras keteguhan ekonomi?. Sampai bila mampu tercapai? akhirnya kebahagian rumahtangga tergadai dan bercerai kerana asyik mencari 'keteguhan ekonomi'. Wallahu'alam.
Sekian,
Zaharuddin Abd Rahman
23 Ogos 2007
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
sama lah kan..penatnya rasa kerjja rumah nak buat..kerja kat pejabat lagi..pk duit tak cukup..nak mintak suami..pon dia selalu merungut tak cukup..apalah nak buat nasib badan..sabar je lah..beruntung isteri yang semuanya suami cukupkan..
kalau suami isteri kerja, mmg duit tip top tp kasihan anak2 krn mkn minum tak brp terjaga, anak2 jg mgkin tak diasuh oleh ibu sepenuhnya.... kalau anak kecil kemungkinan besar akan dapat susu lembu je...kasihan dgn sistem imun dia nanti....cepat jatuh sakit....
kalu di negara Jepun, wanita (termasuk yg berijazah) yg memiliki dua anak dan lebih.. akan berhenti kerja dan gaji suami akan dipotong dn terus masuk ke akaun isteri untuk keperluan anak2...
ibu2 disana berbangga mendidik anak2 dan anak2 disana sentiasa membawa bekal ke sekolah....anak2 mrk sgt intelligent....hasil didikan ibu2 yg cerdik...
tp apa2 hal kekayaan xmenjanjikan kebahagian rumah tangga
Ustaz hanya ingin mendapat jawapan yang tepat...
bukan kah suma list ini tanggungjwb suami dan jika tidak mampu harus mengupah orang gaji..
06) untuk in-charge untuk menjaga berak kencing anak, 07) basuh baju, pastikan baju bersih tersedia,
08) gosok baju,pastikan yang diperlukan setiap hari bergosok,
09) sidai dan angkat baju,
11) masak sedap, jangan terlebih masin atau manis, 12) basuh pinggan, tidak mahu pinggan penuh di sinki, 13) sapu dan buang sampah,tidak mahu ada bau busuk kerana sampah,
14) kemas rumah agar ruang tamu, bilik dan rumah sentiasa bersih dan tersusun,
15) cuci tandas,tidak mahu 'geli' ke tandas berbau,
isteri hanya membantu untuk keredhaan Allah..
sy ni masih bujang & sentiasa terfikir keadaan sy kelak bila dah berkahwin. kadang2 buntu nak cari calon suami yg serasi & memahami ditambah pula sy sdg melanjutkan pelajaran lg.
sbg anak sulang & antara anak yg berpendididkan tinggi, mahu juga sy membantu mak ayah walaupun sudah berkahwin .sgt dpt bakal suami yg memahami & x halang niat baik sy tuk mak ayah & adik beradik lain.
bolahkah sy buat syarat tuk sy & suami sm2 kerja & menguruskan rumah tangga juga bersama? insyaAllah hasil duit sy pun x kan la nak kedekut. at least tuk diri sy bleh sy tampung sedikit. apa yg penting lg satu ilmu agama , bukan mudah seorg isteri (yg berilmu agama tinggi sekali pun) nak ubah/beri tunjuk ajar suami. kalo dpt yg sporting & ego rendah xpe la kot..huhu. entahla moga dipermudahakan segala urusan yg berniat baik
Saya mempunyai pendapatan sendiri dan sering bersedekah kepada suami dan keluarga mertua. Setakat ini saya menanggung segala keperluan suami.
Suami masih tidak mampu memberi nafkah zahir di mana perbelanjaan makan dan minum, tempat tinggal ditanggung oleh keluarga mertua.
Cuma mungkin saya sedikit terasa bilamana mertua saya sering menyebut tentang bil elektrik tinggi, beban pembantu rumahnya bertambah, perbelanjaan makan minum yang tinggi, letih menjaga anak-anak saya.
Sunnguhpun begitu, saya mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk keluarga mertua setiap bulan dengan niat bersedekah, juga untuk menjaga hati mereka dan untuk mengelakkan konflik.
Saya tidak tahu apa hukumnya perbuatan suami terhadap saya, boleh UZAR jelaskan hukumnya?
isteri boleh menjana pendapatan dari rumah...banyak boleh dilakukan seperti jualan produk secara online,tution,a tau apa apa je kebolehan anda.
saya harap puan bersabar, saya sedih dgn cerita ini, lelaki sekarang byk yg tidak bermaruah dan tidak 'gentlemen'
disebabkan ilmu tentang agama yg cetek, adakah mereka tidak mengerti bahawa memberi itu lebih baik dari menerima dan memberi nafkah kepada isteri adalah pahala, lebih byk kita beri maka lebih byk pahala dan ingatlah bahawa apa-apa yg kita beri ikhlas kerana Allah nescaya Allah akan pulangkan dgn berlipat kali ganda, dan Allah juga telah berjanji bahawa setiap kali kita bersyukur dgn apa yg ada nescaya Allah akan beri lebih lagi...masyaallah ini lah dia impak kepada institusi yg tidak berpegang kepada agama Islam...saya tidak lah sempurna dan tidak juga hartawan, namun saya menyimpan cita2 ntok mampu menyara keluarga tanpa isteri bekerja...
Sekarang sudah mempunyai lima orang anak, rumah dan kereta yang sesuai, simpanan utk masa depan, dapat hulurkan sumbangan utk kedua ibubapa yang uzur serta mengeluarkan zakat tanpa gagal. Alhamdulillah. Isteri masih seorang suri rumah sepenuh masa.
sy penah benti keje kejap for 2 months..sbb nk jg anak alasannye..dlm ms yg same sy tensen keje sbb keje sy memerlukan kritikal thinking..blik umah, mmg suami yg jg anak..jd sy ase ms sy dgn anak xde sbb mmg bl dh balik umah, ase xlarat wpon cuma utk dukung anak dan main2 ngn dia..tp bile benti, mmg terase tabungan sy nyusut..sy xnk susahkan suami sbb sy yg mintak die stay d sini yg living costnye tggi..die penah kate kalo balik kg die, insyaAllah dgn gaji die, die mampu tggung sy..tp sy berkeras nk dok KL sgt..hihi
so end up, sy sendiri cr keja blik..Alhamdulillah xsmp 2 bulan nganggur, sy dpt smula keje d bidang sy yg mmg kritikal thinking ni..Alhamdulillah suami memahami dan byk membantu..x lupa jg mak abah yg byk membantu..
same lah ustaz! bleh ye
Ingin minta pendapat. Apa hukumnya kita mendoakan atau solat hajat supaya seorang gadis menyukai kita dan terima kita sebagai suami?
Melalui pemerhatian dan kajian saya, gadis ini masih belum berpunya. Saya sudah cuba hubungi dia tanya kalau saya boleh mengenalinya dengan lebih rapat tapi dia diam. Dia tak cakap dia tanak. Adakah diam tanda setuju?
Harap dpt beri pendapat.
Terima kasih.
Mohamad
Saya Mohammad Azri dari Kuching, Sarawak. Saya mohon pendapat Ustaz berkenaan masalah dengan mertua.Isteri saya dah lama susah dapat kerja. Tapi baru-baru ni dia dapat tawaran kursus sijil pendidikan awal kanak anjuran KEMAS di morib, selangor. Lulus kursus, insyaAllah akan bekerja dengan KEMAS, kemungkinan besar di kawasan pedalaman Sarawak. Kami berat hati untuk berjauhan, dan alhamdulillah, walaupun isteri saya tidak bekerja, gaji saya yang tidak seberapa ini cukup untuk belanja kami setiap bulan. Saya dah buat solat istikharah beberapa kali dan hasilnya, hati saya semakin berat melepaskan isteri saya. Masalahnya, ibu bapa mertua saya sangat sedih dengan keputusan kami untuk menolak tawaran tersebut, kerana selama ini mereka telah membesarkan dan membiayai pendidikan isteri saya sehingga mendapat ijazah. Saya cuba menerangkan bahawa keputusan saya bukan dibuat sendiri, tapi berdasarkan solat istikharah. Namun, mereka tetap bersedih dan berkecil hati, tidak dapat menerima. Soalan saya, adakah menjadi kewajipan kepada isteri saya menuruti sahaja kehendak ibubapanya melebihi kewajipan terhadap saya sebagai teman di sisi? Bagaimana cara bagi saya menghadapi mertua saya itu tanpa mengecilkan hati dan pada masa yang sama tidak membelakangkan panduan dari Allah?
Terima kasih. Wassalam.
hubungi saya aiyanni
kalau puan ingin memulakan perniagaan online, sy boleh bantu mana yg perlu.
lawati sy di aishoppe.blogspot.com
harap dpt membantu.
RSS feed for comments to this post