Rumahtangga & Keluarga Poligami Secara Rahsia : Ok ?

Poligami Secara Rahsia : Ok ?

  • PDF
(58 votes, average 4.22 out of 5)

Poligami Secara Rahsia : Ok ?  

Poligami

Assalamu'alaikum wa rahmatullah

Ana perlukan nasihat ustaz dalam sedikit hal peribadi. Ana dalam proses berkenalan dengan seorang lelaki ke arah mendirikan rumahtangga insha'Allah. Ana kenal dia mula-mula semasa sejak 4 tahun lalu dan kini saya bekerja di satu ofis dengannya.

He proposed during the last month to be his second wife. Ana tidak tertutup pada poligami dan telah membuat istikharah. Alhamdulillah walaupun amat berdebar semasa hendak memberitahu keluarga, Allah telah memudahkan proses pada pihak keluarga ana. Alhamdulillah ahli keluarga telah memberi persetujuan awal.

Kini kami dalam perbincangan untuk menjalankan perkara ini dengan cara terbaik, sedikit cabaran awal yang kami hadapi. Dia bercadang untuk bernikah dahulu dan kemudian memberitahu isteri dan anak-anaknya as the right time comes by, because:

1. Dia amat rapat dengan anak-anaknya dan dia tidak mahu berita yang surprising ini merosakkan hubungan mereka dan risau akan menjejaskan pelajarannya. He plans to convey it to his child  at least when the eldest one has finished the secondary school i.e. lebih kurang dalam setahun setengah lagi.

2. Isteri pertama beliau tidak begitu menerima idea poligami. So he needs time to convey it to his wife but not immediately. That's why he is looking at bernikah dahulu dan memberitahu kemudian....kami belum berbincang tarikh pernikahan etc....we still have a lot of things to be discussed

Semalam semasa berbincang dengan family, mereka sarankan memberitahu isteri pertama dahulu sebelum bernikah which even i would be more comfortable with however i do understand the concerns he's facing, he may be able to convey it to his wife but is worried about his son....Allahu a'lam.....

Ana sendiri walaupun tidak kenal dengan isteri dan keluarganya. I care and love for them, i want them to continue living a happy live.....only the family is growing bigger now.....ana tidak mahu menjadi penyebab retaknya hubungan mereka yang telah lama terbina.

Semasa menerima proposal darinya ana sudah pun terbuka untuk menangani cabaran yang dijangka, perlukan nasihat dari ustaz untuk menangani cabaran ini dengan lebih baik....sebarang pandangan dan nasihat ustaz amat dialu-alukan.

Jazakallahu khaeeran katheera and please make do'a for me.....

Jawapan

Wa'alaikumussalam,

aman

Sebelum itu, saya terpaksa mengakui bahawa saya bukanlah orang yang cekap dan berpengalaman dalam kaunseling bab rumahtangga. Bagi tidak mengecewakan saya akan cuba memberikan beberapa ulasan terhadap perkara terpenting sahaja (menurut penilaian saya dari info yang diberikan).

 

Pertamanya : Tahniah saya ucapkan dengan berita yang baik buat saudari.

Keduanya : Elok juga jika saudari dapat cuba merisik samada ia mempunyai masalah dengan isteri pertamanya. Saya pasti, kaum wanita biasanya ingin mengetahui mengapa lelaki ini ingin berpoligami, adakah kerana isteri pertamanya tidak sihat atau apa?. Tetapi bagi saya, ini bukanlah perkara yang begitu penting untuk dicari kerana keinginan berpoligami adalah salah satu sifat asas bagi kebanyakan lelaki dalam banyak keadaan. Ia tidak perlu dihairankan. Tidak kiralah samada kerana isteri pertamanya sakit, ingin meramaikan zuriatnya, untuk mengawal nafsunya, untuk tujuan membantu dan lain-lain, ia adalah biasa  kecuali jika ia ada kemungkinan disebabkan oleh sebab-sebab yang tidak baik.

Ketiganya : Berterus terang,  saya adalah salah seorang individu yang berpegang bahawa poligami yang terbaik lagi menurut sunnah adalah poligami yang dilakukan dengan pengetahuan isteri pertama. Amat tidak digalakkan 'sorok-sorok' dalam poligami, demikian kefahaman saya.

Tidak dinafikan bahawa tindakan menyorok dan mendedahkan mempunyai pro dan kontra yang panjang lebar jika ingin dibincangkan. Kedua-duanya mempunyai target dan Maqasid Syariah yang benar untuk dicapai.

Bagaimana pun demikian, saya berpandangan tidak menyembunyikan poligami adalah lebih kukuh dan kuat. Antara sebabnya secara ringkas :-

1) Ia juga amat bertepatan dengan salah satu Maqasid Shariah (objektif Syariah) poligami itu sendiri. Iaitu untuk menuntut pengorbanan perasaan isteri pertama selain isteri kedua. Pengorbanan perasaan yang dahsyat ini jika dilakukan kerana Islam dan untuk meraih kebaikan, adalah amat besar ganjarannya di sisi Islam.

Justeru, tindakan menyembunyikannya bakal menyebabkan isteri kedua sahaja yang terpaksa berkorban perasaan, manakala isteri pertama tidak tercabar dengan ujian ini. 

2) Ia juga membuktikan kelayakan lelaki tersebut untuk berpoligami berada di tahap yang memuaskan. Kejayaan lelaki berbincang dan mencari persetujuan isteri pertama adalah suatu jenis ‘skill' dan ilmu yang membuktikan kelayakannnya untuk membantu wanita Islam lain dengan mengahwininya. Dengan itu, lelaki yang secara terbuka berpoligami adalah mereka yang cukup berilmu dalam menangani dua isteri secara terbuka. Kelayakan ini pasti akan menyumbang kepada kebijaksanaannya membahagikan peranannya sebagai suami kepada dua orang wanita.

3) Ia juga merupakan suatu tanda keikhlasan dan kasih sayang suami kepada isteri pertama. Selain ia membawa tanda kejujuran dalam tingkah lakunya kepada isteri pertama dan kedua.

4) Berpoligami secara terbuka atau dengan pengetahuan isteri yang sedia ada juga merupakan amalan baginda Nabi Muhammad s.a.w.

5) Amalan berpoligami secara terbuka juga mampu (dengan lebih berkesan) untuk mengelakkan suami dari bergelumang dengan pembohongan. Biasanya, lelaki yang bersembunyi akan ‘terpaksa' berbohong untuk ke rumah isteri keduanya, ini menjadikan tahap iman dan islam suami tadi semakin menurun kerana terlalu banyak berbohong dalam kehidupan rumahtangganya.

6) Menyembunyikannya juga mendorong kepada berlakunya fitnah. Ini kerana orang ramai tidak tahu bahawa ia telah berkahwin lagi dan isteri pertama juga tidak mengetahuinya. Amat dibimbangi ada yang terserempak di mana-mana akan menyangka ia sedang melakukan maksiat.

7) Menyembunyikan pernikahan kedua atau seterusnya adakalanya boleh mendorong kepada pernikahan tidak sah disebabkan tanpa izin wali kerana ia menyorokkannya dari pengetahuan umum.

Justeru itu, bagi saya lelaki yang menyorok-menyorokkan perkahwinan kedua dan seterusnya belum cukup layak berpoligami kerana dia belum punyai ilmu yang cukup menangani dua wanita dalam hidupnya. Hanya selepas ia berjaya menangani isteri pertama dan anak-anak, barulah ia benar-benar matang dan berwibawa untuk membawa keadilan dalam berpoligami bersulamkan ilmu rumahtangga yang baik.

Hasilnya, pendapat peribadi saya, lelaki tersebut perlu menggunakan ilmunya untuk menyakinkan isterinya yang pertama terlebih dahulu agar masalah-masalah yang mendatang tidak berlaku selepas ini.

Jika lelaki tersebut rapat dengan anak-anaknya, saya merasakan itu tidak sepatutnya menjadi halangan kepadanya malah ia patut menjadi kelebihan untuknya meyakinkan mereka dengan tindakannya untuk berkahwin lagi. Terutamanya jika anaknya adalah anak lelaki, mungkin ia lebih mudah untuk diterangkan.

Demikian pendapat ringkas saya, harap ianya dapat memberikan sedikit bantuan idea buat saudari.

Saya doakan agar semuanya dapat diselesaikan dalam keadaan baik dan yang dirancang.

sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

3 November 2007



 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #167 kepada para suami dan isteriim a muslimah iA 2011-12-30 00:39
Quoting abdul razak:
klu smua isteri prtama spt Khadijah/Aishah,tentu smua para suami akn brterus terang.para suami lbh mngenali isteri mereka n kputusan utk x berterus terang munkin lebih baik dari sebaliknya.


sbb tu la smua suami kna cuba mncontohi Rasulullah s.a.w..kena ada ilmu agama (cara layanan mcm mana, ilmu akidah,etc)yg tnggi n itu adalah tggungjawab suami utk mndidik isteri sbagaimana Rasulullah didik siti khadijah/aisyah etc..tggungjwb suami utk mndidik isteri ni wajib,suami btggungjwb thadap isteri bkn stakat d dunia,malah di akhirat..bila suami berikn contoh n didikan yg baik pd isteri iA isteri dpt mnerima ssuatu itu asbab merindui syurga ALlah..tp klu suami dah didik isteri dgn baik/berhikmah ttg perihal agama ni (semua aspek, bkn time nak kawen lain ja keluar bab2 agama, tp solat, etc langsung si suami tak kesah haa tu kena beware lah para suami) tp isteri still dgn sifat tamaknya,maka para isteri pulak lah kna beware time tu dgn mulutnya,etc
Quote
0 #166 poligami itu baiktommy 2011-12-26 16:00
Hanya Allah yang memiliki hidup ini, alam ini, dunia ini.semua hanya milik-Nya. wahai kaum wanita suami anda itu juga bukan milik anda, anak itu bukan millik anda, bahkan nyawa anda itu bukan milik anda. jangan merasa memiliki pada apapun didunia ini, juga terhadap suami anda. jangan dikira hanya wanita yang tidak ingin hidup dalam sistem poligami, kami lelaki sesungguhnya sangat tidak juga ingin berpoligami. berpoligami itu rumit, besar ongkosnya besar pengorbanannya. poligami itu bisa bikin stres lelaki yang bertanggungjawa b. poligami itu menuntut tanggungjawab yang besar. maka jka bukan karena iman kami, tentu kami memilih untuk belanja wanita saja. tidak perlu bertanggungjawa b dunia akhirat. praktis dan bisa ganti-ganti setiap hari. mari kita hidup dalam bingkai Ketuhanan. banyak yang tidak kita ketahui rahasia dibalik kebijakan Tuhan. hanya Alloh Yang sempurna ilmu-Nya.
Quote
0 #165 diduakan berkali2..rynnie 2011-12-20 12:37
slm...
saya mengalami mslh rmhtga yg serius...6 thn mendirikan rmhtga, mcm dugaan yg saya lalui..saya diduakan suami spnjang perkahwinan kami..bkn sorg perempuan tp dah 4, 5 org...yg terakhir janda ank sorg...sehingga kini msh berhubungan...pas ry thn lepas sy blk kg...dan menetap disini..tnp suami...suami bersekedudukan dgn janda tu..berbulan2, suami pulang kpd sy...tp cuma bertahan 2 bln lbh..suami kembali pada janda tu blk pd mac 2011..dua minggu lps suami dtg kpd sy blk...xtahu berapa lama..ktnye utk selamanye..ati sy terlalu lembut...msh syg n inginkan keluarga yg bgia utk ank2..family sy xblh trma suami lg..sy sndr xconfident dgn suami, sb die msh berhubung dgn janda tu lg...sblm ni sy ade failkan fasakh..tp xberjalan lg...suami sekeras2nye xnak lepaskan sy..nfkah mmg suami xbg..sy nak pendapat dr ustaz, ape yg ptt sy buat?kdg2 sy rs sy xperlukan die...tp ati msh syg...buntu, malu dgn org keliling..
Quote
0 #164 TANYA hati SOAL jiwaumi 2011-12-01 08:56
Sebenarnya biar sehebat mana pun cinta manusia kepada manusia lain - pastinya semua akan ke sana. Poligami menuntut kesetiaan dan pengorbanan dari semua pihak yg terlibat hatta keluarga dan kaum kerabat. Amalan poligami di Malaysia masih dianggap satu 'keaiban'. Namun bagi saya, syarat utama poligami ialah hubungan yg sangat rapat dan saling menyayangi dan mengambil berat sesama isteri, demikian akan mewujudkan kesungguhan untuk 'menjaga hati' masing-masing. Berusaha untuk menjaga silaturrahim supaya hati suami sentiasa tenang, aman dan bahagia dgn wajah ceria dan ikhlas isteri2nya...
Quote
-2 #163 bahagiaisteri bahagia 2011-09-07 03:26
Saya adalah seorg wanita yg tidak akan mampu utk menerima jika suami berpoligami, saya juga seperti Fatimah Azzahra yg tidak mengizinkan Ali utk bernikah lagi... Alhamdulillah, saya dikurniakan seorg suami yg sangat2 memahami, yg sanggup melafazkan taklik pada saya jika dia menikah lagi, jatuh talak satu..

Sejak bernikah sehingga sekarang (usia perkahwinan kami sudah 7 tahun) dan dikurniakan 3 cahayamata, suami tidak pernah menyakiti hati saya dalam soal ini, malah dia bersetuju dgn saya betapa hancurnya hati isteri pertama jika suami itu meminta izin utk berkahwin lagi.. betullah Allah hanya menguji hambaNya yg mampu menanggung ujian, tidak kepada yg tidak mampu menanggung ujian..

Saya tidak menolak poligami kerana Allah izinkan, cuma saya bukanlah orangnya, ada wanita2 di luar sana yg boleh menerima suaminya berpoligami, tetapi tidak sekali2 bagi saya.. Islam memberi jalan keluar bagi org2 seperti saya, iaitu lafaz taklik suami..
Quote
0 #162 kalau dah terlanjur.... cepat2 kawin...terlanjur 2011-08-09 16:25
bagi mereka yang dah terlanjur...
kawinlah cepat2....

jangan tambah dosa lagi....

bertaubat segera....
Quote
0 #161 kalau mampu apa salahnya...makhluk halus 2011-08-09 16:23
bagi lelaki- kalau mampu dari semua segi apa salahnya... teruskan...

bagi perempuan - belajarlah berkongsi kalau suami mampu...
Quote
0 #160 maduhoney 2011-06-26 10:23
betul tu en zul.. sy sokong
Quote
+1 #159 maduhoney 2011-06-26 10:21
bila dah kawin lama.. kita baru tau perangai madu mcm mana..mula2 je baik.. :(
Quote
0 #158 missmiss90 2011-06-24 02:16
assalamualaikum ustaz..saya nak mintak pendapat ustaz..
seorang ustaz muda ingin mengahwini seorang wanita yang baru bertaubat.keluarga di pihak lelaki(ibu lelaki) tidak bersetuju dengan perkahwinan ini disebabkan keturunan perempuan tersebut.ibu perempuan yang awalnya bersetuju kini juga tidak bersetuju dengan perkahwinan ini.tetapi,pasangan lelaki dan perempuan ini berkeras mahu berkahwin.niat mereka baik,mereka mahu menjaga kesucian hati masing-masing dan mencari keredhaan Allah melalui perkahwinan ini. wanita yang baru bertaubat ini juga mengharapkan bimbingan daripada ustaz muda tersebut.setelah dipujuk berulangkali,ib u masing-masing tetap tidak bersetuju.mereka sebolehnya mahu mempercepat perkahwinan kerana tidak mahu lama-lama berkawan.jadi,apa pendapat ustaz sekiranya mereka melakukan perkahwinan yang sah dan mengikut undang-undang tetapi dirahsiakan daripada pengetahuan sesiapa.harap ustaz memberikan pendapat secepat mungkin.terima kasih.
Quote
0 #157 ingin tahuhamba Allah 2011-06-02 15:07
Assalamualaikum ... hari tue saya perna bertenkar melalui sms pada isteri saya tampa niat, saya telah menghantar sms kepada isteri saya.soalanya berbentuk KALO SAYA MENYUSAHKAN AWAK, SAYA AKAN LEPASKAN AWAK... tolong ustaz huraikan soalan ini.. ada soalan ini boleh jatuh talak. saya syg pada isteri saya dan dia jugak syg pada saya..
Quote
0 #156 salah ke jadi ister ke 2ila 2011-05-28 23:42
:sigh: salam...sy berkenalan dgn abg angkat sy..tp hbngan kami semkain serius krn die yg bnyak mmbantu ketika sy dlm mslah dan kesusahan..sy mmg sygkan kan die.die mahu memperisterikan sy ttp isteri 1 mnentang..sy cuba elak mmpunyai perasaan dgn suami org dari dulu lg..tp sy tdk tahu bgaimana hati sy boleh terbuka tuk die..mmg sy tau perasaaan isteri 1 dan cuba tarik diri dan beralah.tp mkin sy lupa mkin sy syg..die ajak sy menikah dgn die..sy menolak krn tdk mau hati isteri 1 terluka..bagaimana sy nak tngani maslah ni dan lupakan die..sy buntu...keluarga pasti menentang habisan hbngan kami.demi allah tidak terlintas langsung dlm pemikiran sy untuk mengambil hak orang lain.sy mnusia biasa yg tidak lari dari melakukan keslahan..sy berusia 24 thn..bg org lain mmg mrka akan berkata sy berhak dpt yg bujang dan bukan suami org,,bg sy..kebhgiaan dlm rmhtnga bkn terletak pd status sseorang....ttp pd kematangan suami isteri dlm menguruskan rumahtangga...
Quote
0 #155 pendirianzul 2011-04-17 15:31
:-| saya nk bagi pendapat sikit...tu pun kalau semua sudi baca...org yang nak jadi isteri ni...syarat pertama mesti sayangkan suami...walaupun suami kahwin 4.
...apa beza dan keistimewaan pertama,kedua dan ketiga.???..semua sama...semua nak kasih sayang...disayangi ...sifat tk nak kongsi ni jauhkanlah...itu tamak...tamak adalah ajaran syaitan....so...jangan ikut syaitan...terimalah takdir dan kadaq dan kadar...demi memantapkan iman kita...
Quote
0 #154 poligamimohd zahir 2011-01-15 23:04
salam ustaz..saya mohon penjelasan ustaz.sekarang saya ada 2org isteri.saya faham+sentiasa berusaha utk menjadi suami terbaik+berlaku adil dgn isteri2 saya..tp permasalahan timbul apabila isteri pertama menuntut janji antara kami sebelum saya berkahwin lg.sblm bkahwin,dia telah menetapkan syarat supaya dia diberi kelebihan+keist imewaan(nafkah+ giliran bermalam) berbanding isteri kedua.saya terpaksa+telah bersetuju utk megelakkan perbalahan, walaupun saya tahu perkara tersebut bersalahan dgn tuntutan asal berpoligami...jd sekarang,perluk ah saya penuhi tuntutan tersebut+yamg mana patut diutamakan?
Quote
0 #153 poligami+janjimohd zahir 2011-01-15 22:52
salam ustaz...saya mohon penjelasan ustaz mengenai permasalahan saya...saya sekarang mempunyai 2orang isteri.saya faham dan cuba sebaik mungkin untuk menjadi suami terbaik+berlaku adil.tp permasalahan timbul kerana isteri pertama menuntut janji sebelum saya berkahwin dua iaitu dia telah menetapkan syarat supaya dirinya diberi kelebihan+keist imewaan(giliran bermalam+nafkah ) berbanding isteri kedua,dan saya terpaksa+berset uju pd waktu tersebut utk mengelakkan perbalahan walaupun saya tahu tuntutan tersebut bersalahan dgn tujuan berpoligami...jd,sekarang saya serba salah,yang mana satu perlu ditunaikan+yang mana lbh utama?harap ustaz dapat membantu saya...t/kasih
Quote
0 #152 First time kahwinrubaiyat 2011-01-05 03:10
Kenapa waktu awal2 kahwin tu tak buat janji bahawa saya(bakal suami) berjanji tidak akan berpoligami?

Mungkin agak pelik,tp at least boleh confirm bakal suami tu kan?

Tak pun, dalam syarat nk kahwin tu, lelaki tu kena janji kalau dia nak pasang satu lagi, dia wajib maklumkan pada isteri die.

Tapi tak tau lak kan,mungkin dari segi syara' tak boleh letak syaray2 begini.

Saya lelaki, saya rasa sebelum kahwin nanti(sy bujang) sy nk tanya dulu bakal isteri sy apa pendapat die tentang poligami.

of course,ada kemungkinan besar perempuan tu trus reject saya kut,lol. tp lebih baik open kan. kita tak tau cabaran mendatang.

tah la.

cuma dari komen2 di sini, bnyk jugak sy belajar.

saya rasa, kursus perkahwinan patut fokus kan juga topik poligami ni.
Quote
0 #151 layakkahh suamiku..norma 2011-01-03 16:49
Assalamualaikum .
sebelum ramadhan tahun lalu saya telah melahirkan anak ke3..berpantang di rumah sendiri.semasa dalam pantang saya secara tidak sengaja mendapat tahu suami saya telah menjalin hubungan dengan seorang gadis melalui sms2 dlm handphonenya...hancur hati kerana tak menduga ujian seberat ini.setelah rahsia terbongkar, suami menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi jika ada jodoh dalam tempoh 2 tahun sementara gadis tersebut menamatkan pelajaran.dalam masa yang sama memujuk saya berkorban supaya menerima dan berkawan dengan gadis tersebut..saya telah bertemu gadis tersebut untuk menjaga hati suami..

selama ini suami telah banyak berhutang termasuklah dengan gadis tersebut..dan pada pernikahan saya dengan suami yang dahulu mas kahwin milik saya di ambil semula oleh suami...
adakah harus suami menikahi gadis tersebut dengan syarat gadis tersebut hendaklah bekerja..dan suami memilih poligami sebagai jalan dakwah..
Quote
+1 #150 mrshoney 2011-01-01 23:34
Quoting honey:
Assalamualaikum ..

Memang senang semua orang nak bagi komen tapi kita yang menanggungnya.. Hanya Allah yang tau hati kita as 1st wife macam mana.. bukan semua 1st wife demand..

Quoting yasm:
Salam....puan honey, saya terpanggil untuk berkenalan dengan puan . Seakannya puan kini sebagai isteri pertama .....saya ingin mendapatkan nasihat bgmana nak tangani perasaan sendiri apabila tau diri ini diduakan....

Quoting yasm:
Salam....puan honey, saya terpanggil untuk berkenalan dengan puan . Seakannya puan kini sebagai isteri pertama .....saya ingin mendapatkan nasihat bgmana nak tangani perasaan sendiri apabila tau diri ini diduakan....


waalakumsalam..
saya manusia biasa yang mula2 marah jgk dgn suami, tapi akhirnya saya redha dgn ketentuan Ilahi. Byk kan solat sunat & zikrullah.. insyaallah, Allah akan bersama2 kita sentiasa..
Quote
+2 #149 EnAdi 2010-10-16 18:15
Salam,
Saya nak berkahwin dua tapi bukan di negara jiran tapi didalam negara juga tapi saya tak nak beritahu isteri pertama saya,takut nanti dia kecil hati pulak.Saya amat menyayangi isteri dabn bakal isteri kedua saya.bagaimana saya hendak menyesaikan masalah ini.1.saya tak mahu beritahu perkahwinan kedua saya.2 saya inginberkahwin dalam negara ini bukan di Siam kerana bakal isteri ke 2 saya tak nak berkahwin di Siam.
Quote
-1 #148 Bagaimana??rosa 2010-10-14 06:20
Salam Ustaz,
Sy ibu tggl brusia 34thn (7thn dcraikn bks suami) & mpyai sorg ank llaki.syg dgn kksh sy brusia 10thn lbh tua dr sy & tlah mpnyai istri yg sma umur dgnnya.pkhwnn mrka tlh mnjngkau 18thn hgga kni msh tdk mpnyai ank.Mrka tlh mbuat pmrksn dktr & ddpti kksh sy adlh normal ttpi Istriny mhdpi pnykit asma yg sgt teruk & sukar bgny utk mprolehi zuriat. Kksh sy mau mgmbil sy sbgai istri kduany ttpi bknlh ats alsn utma utk mdptkn zuriat smta2 tp ktany niatny ikhls krn Allah utk mbntu sy.Apbla dbrtau istriny mngmuk,mbntah skras2ny.dia mgugut andai kmi mnikah jg, istriny akn lari bcerai.Sy amt mmhmi prsaan istriny & sy jg amt mmhmi prasaan kksh sy.Stlh bkali2 tdk bjaya,kksh sy mgjk sy utk mnikah scra snyp2. sy pnh cba undurkn diri dmi kbhgian rmhtgg kksh sy ttpi sy jg sygkn dia & jg bsimpti pdny. ttpi sy ttp rs srba slh.Sy amt bhrp, ustaz dpt mluangkn ms utk mbri pdpt & nsht kpd sy.Apkh tndkn strusny yg prlu sy ambl?
Quote
0 #147 jatuh ke tidak..fidah 2010-10-01 02:32
Salam Ustaz,

Suami sy telah berpoligami tanpa kebenaran. Bernikah di siam segara gelap, x ada dokumen untuk sahkan. Saya telah diganggu bertahun2 oleh madu. dan akhirnya saya minta suami melepaskan saya.

Suami telah melafazkan didepan saya dan ibu saya yang dia memilih saya dan anak2 dan menceraikan madu saya. Suami juga mesej kepada madu yang dia berniat utk melepaskan madu saya. Suami juga telah berjumpa dengan ibu dan kakaknya utk memberitahu niat dia memilih saya dan melepaskan madu saya.

yang menjadi masalah apabila madu saya menuntut segala belanja pernikahan mereka kerana suami x pernah memberi mas kahwin dan hantaran. kerana segala belanja kahwin perempuan itu yang uruskan. Sah ke nikah secara sendikit, mereka pernah bercerai dan rujuk, nikah koboi & cerai koboi kerana madu x mau nikah secara sah selagi suami x ceraikan saya kerana dia x mau bermadu..

Saya x mau subahat, saya dah minta suami lepaskan sy dan nikah secara sah dgn pmpn tu..tapi suami x mau..

saya perlukan hujah yang mengatakan talak suami itu telah jatuh kerana sy x mau tertipu. dan terus rasa berdosa
Quote
0 #146 Need HelpShah 2010-09-29 04:46
Salam Ustaz, Sy perlukan nasihat dan bimbingan dlm berpoligami. Sy telah berkahwin dgn seorg wanita bukan Islam tahun lepas. Dia telah pun telah di Islamkan setelah nikah dan sekarang hatinya telah buka untuk menerima dan mencintai Islam. Isteri pertama sy pada mulanya menerima hakikat ini akan tetapi beliau sejak kebelakangan ini menunjukkan sifat cemburu, benci dan tidak mahu menerima madunya. Sy pelik kerana isteri 1 pernah mengakui beliau gembira dan sayang kepada madunya. Untuk pengetahuan, sy dan isteri 1 tidak punyai anak. Dlm beberapa bulan ini sy menasihati dan cuba elakkan dari membincangkan hal ini dgn isteri 1 tetapi sy nampak keadaan ini telah jadi serious kerna isteri 1 sy telah menyoal kebenaran Islam. Pls, I need help urgently.
Quote
0 #145 Mencari Penyelesaian TerbaikLynn 2010-09-12 22:39
Slmt hari raya ustaz.. sy seorg janda beranak 1 dn sy bukan seorg muslim.. masalah sy ialah sy terlanjur berhubungan dengan seorg lelaki muslim yg suda beristri..pd mulanya sy tertipu bla dia mgaku dia masi bujang.. sy prnh tggal kn dia slpas tau yg dia suda bkeluarga tp akhirnya dia bjaya mmjuk sy dgn mberi hrapan yg dia akn slesaikan hal ni baik2 dn akan bnikah dgn sy.. msa kmi berkawan kmi telah terlnjur dan ada seorg anak.. selepas itu kami hdup bersama slama suda lebih kurang 5 tahun.. istri dia tahu tentg hub kami dn ada seorg anak ttpi mgugut suaminya utk bcerai klu suaminya mau berkahwin secara sah dgn saya.. sy sggup mjadi bini kedua tp dgn syarat kami kwin secara sah tp isterinya tdk bole terima utk bermadu.. mereka ada 4 org anak.. skrg kami dlm dilema.. dn kami masi tggal bersama..
Quote
+2 #144 PoligamiFaridah 2010-09-09 22:29
Salam.Sy naktanya kenapa awk nak khwin lagi satu?awk ada masalh ke?
Quote
0 #143 Ibu Tunggalfaridah 2010-09-09 22:23
Salam.Sy nak minta pendapat ustaz,sy dgn abg angkat sy telah terlanjur jauh.dan kami rancang nak khwin,ini bermakna abg angkat sy ingin bertanggungjawa b n dia amat sygkan sy,begitu jugk sy.abg angkat sy cadangkan agr sy berkhwin dulu,lps itu baru lah bgtau pd isteri dia.kami bercadang nak berkhwin di thailand.1 minggu lps kami khwin,dia akn trs trng dgn isteri dia.sy mmg rapat dgn isteri dia.ibarat dah mcm 1 keluarga.sy tidak tau lagi apa yg harus sy lakukan?tolonglah sy ustaz.
Quote
0 #142 Poligami - bersediakah suami?JayEff 2010-09-08 00:15
Salam sis...

I would like to chat with you, if you are ok with it. I also have the same problem right now, hubby wants to practice polygamy but he himself.... well, I'd rather not to write it here.... Ctc me at the email add above. TQ.
Quote
+1 #141 ya naseeebjiran 2010-09-02 00:01
Selalunya suami yg tak mahu berterus terang sebab tak bersedia nak tanggung risiko kena bambu dgn isteri2 yg sedia ada. Yg sedihnya para isteri yg makan hati bila suami kawin senyap2. Lebih malang buat isteri kedua, atau ke 3 sebab org kurang simpati, malah ada yg padankan muka. Suami? Senangnya dalm hatiiiii....
Quote
0 #140 berterus terangmangsa 2010-08-25 23:36
Alhamdulillah, itulah keputusan yang terbaik...jgn jadi seperti saya, mangsa penipuan dalam poligami.
Quote
-3 #139 slmnina 2010-08-05 04:02
setuju dgn hani....
fikir la dulu sebelum bertindak..kawin bukan untuk setahun 2 tapi sampai mati..kepada wanita di luar sana seboleh bolehnya jauhkan la diri dari bercinta dengan suami orang..banyak risikonya..
bisanya bakal isteri ke dua suka dan tak kisah kalau dimadukan...isteri tua pula asyik berendam air mata bila dapat tahu diri akan dimadukan. kadang-kadang kita sukar mentafsir hati dan perasaan seorang lelaki, apa yang dia nak sebenarnya kita pun tak tahu..
berdasarkan pengalaman saya sendiri..saya dah cuba sebaik-baiknya menjadi seorang isteri yang soleh. makan,minum dan pakaian tak pernah diabaikan...alhamdulillah anugerah tuhan sy memiliki rupa paras yang menarik..tapi entah kenapa sudah dua kali suami curang dan hampir-hampir kawin satu lagi..terasa pengorbanan isteri tidak dihargai.. ISTERI KE 2 memang ar tk berasa hati kerna amik hak org lain.!!!!amik tk rase malu lgsung...ramai lg duda atau bujang atau bujang terlajak tp kenapa pilih suami org...jgnlah nk GODA laki org yer....sanggup ckp rela bermadu...bermuka dan berlakon nk pikat hati suami org...KEPALA LUTUT dia!!! SAPER YG BERKORBAN!!!POM PUAN2 YG PEROSAK PERAMPAS SUAMI ORG!!! tk pyh ar buat lawak...yg sakit hati isteri pertama..dan cr nk berkorban adalah jgn ganggu rmhtga org...jgn tel msg contact emel atau hantar siurat pun pd org lain yg bergelar suami org....jgn sibuk nk pikir diri sendiri pikir anak2 yg nk membesar tu yg rmhtga org tu jgn ganggu.....pompuan2 yg tk sedar lg tu...tolonglah yer...carilah lelaki lain yg bujang.......
Quote
-3 #138 wahai lysa...nina 2010-08-05 02:47
salam lysa....
knp msti nk amik suami org?knp msti nk terus letak harapan pd suami org...?
x kesian ke pd isteri pertama yg mungkin sudah lama bersama dan berkorban utk suami tercinta tp si suami tergamak nk khwin lg 1 dgn pelbagai alasan...
logik ke..?
mungkin saudari x kisah berkongsi kasih krn saudari merampas hak org..
Insaf la..ramai lelaki lain...knp perlu hak org...
kejamnyer krn menjaga hati sndiri snggup ketepikan perasaan org lain..HARAP AWAK BERUBAH FIKIRAN LYSA!!!!!!!!!!! !!!
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 82 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Rumahtangga & Keluarga Poligami Secara Rahsia : Ok ?