Pelbagai Soalan Berkaitan
Masalah Sekitar Seks
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

Tidak dinafikan bahawa isu-isu politik hari ini cukup menarik dan segar. Ia menyebabkan sukar untuk ita mengabaikan perbincangan serta menulis berkenaannya. Banyak perkembangan baru hari demi hari yang sentiasa mengumpan maklumat baru dan terkini. Mana tidaknya, bermula dari jatuhnya empat negeri ke tangan pembangkang tanpa disangka-sangka hinggalah ke isu perlantikan menteri besar di negeri yang dikuasai alternatif seperti di Perak dan Selangor.
Tidak ketinggalan perkembangan yang juga panas di negeri-negeri yang dikuasai BN seperti Terengganu dan Perlis. Barisan cabinet yang baru tanpa Samy Vellu, Shahrizat dan lain-lain. Surat Dato' Mukhriz kepada Perdana Menteri. Dasar-dasar baru pemerintahan di Penang, Kelantan, Selangor, Perak dan Kedah serta banyak lagi.
Ditengah-tengah kesibukan minda ramai penduduk Malaysia dengan pelbagai isu-isu menarik di atas. Ada juga individu-individu yang kepeningan, dilemma dan dimamah ketenangan mereka dengan isu-isu peribadi dan masalah kawalan nafsu.
Hingga saya juga pening membaca soalan-soalan mereka. Di samping isu-isu kewangan yang pelbagai, datang pula soalan-soalan yang tidak kurang beratnya untuk dinasihati. Namun bagi tidak mengecewakan penanya, mari kita sama-sama kongsi beberapa petikan soalan yang sampai kepada saya. Saya hanya sempat memberikan sedikit nasihat di bawah setiap soalan. Jika ada pembaca yang ingin membaca serta berkongsi jawapan yang bernas lagi baik, saya persilakan.
SOALAN PERTAMA
Salam, ustaz saya ingin kepastian dan ingin tahu, saya telah bernikah pada 7 hb Sept 2001 dan sekarang dah tahun 2008
Dan ini pernikahan kami telah hampir 8 tahun dan sekarang mempunyai 2 org cahaya mata. Disini masalah saya dan suami kami telah melakukan persetubuhan pada awal perkahwinan kami, pada tahun pertama pada bulan puasa (ramadhan) kerana awal perkawinan kami berkerja lain shift dan pada cuti bersama kami telah melakukannya,disini kami ingin tahu apakah hukumnya kerana kami belum menggantikannya dan apakah denda yang kami kena lakukan selain berpuasa. Tolong bantu saya.
Terima kasih, salam
ULASAN RINGKAS UZAR :
Bersetubuh di siang hari Ramadhan antara suami isteri adalah suatu dosa besar dan berikut adalah hukuman ringkasnya :-
1) Puasanya terbatal
2) Kedua-dua mereka berdosa besar.
3) Wajib menggantikan puasa mereka berdua
4) Wajib melunaskan kaffarah menurut turutannya ( jika pasti tidak mampu barulah akan turun kepada kaffarah kedua)
a- Membebaskan seorang hamba (namun hal ini sudah tiada di zaman ini)
b- Puasa berturut-turut selama dua bulan (jika sudah mencuba dan tidak mampu, namun jika belum mencuba sudah mendakwa tidak mampu ia adalah ditolak, demikian juga seseorang yang sihat wal afiat dan segar bugar serta kaya pula, haram bagi mereka untuk menggantikan kaffarah 2 bulan puasa kepada yang ketiga)
Amat mudahlah untuk memberi makan 60 fakir miskin bagi seorang yang kaya. Cuba kita kirakan, anggaplah sekali makan sehingga kenyang hanya RM 5.00 x 60 orang, hanya mencecah RM 300 sahaja. Sangat tidak ada ertinya bagi mereka yang bergaji besar.
Justeru itu, kalau bukan karena nasihat pasti dari doktor pakar yang menyatakan anda mempunyai sakit sehingga tidak boleh berpuasa 2 bulan berturut, barulah boleh menggantikan kaffarat puasa 2 bulan berturut-turut menjadi memberi makan 60 fakir miskin.
c- Memberi makan 60 orang faqir miskin
Tanpa menafikan perdebatan fiqh yang panjang bereknaan samda kaffarah jatuh kepada lelaki sahaja atau kedua-dua mereka. Saya kira bagi meringkasakna jawapan, eloklah pihak wanita melunaskan kaffarah dengan member makan 60 orang miskin. Manakala si lelaki perlu berpuasa 60 hari. Wallahu'alam.
SOALAN KEDUA
salam ustz..
Saya nak tanya ape yang saya boleh buat kalau saya terlanjur dengan bukan mahrm saya pada bulan puase?? Ape saya nak buat untuk saya tebus dose-dosa saya?? adakah semua solat-solat saya selepas tu tidak diterima ALLAH S.W.T?? Saya menyesal ustaz.......
ULASAN UZAR
Hukum zina adalah haram tanpa syak lagi dan menghilangkan nur di hati mereka yang terlibat. Tanpa taubat yang sebenarnya, si pelaku akan sentiasa mendambakan lagi zina dan lagi. Mereka adalah seperti telah dijangkiti virus pembunuh yang amat sukar diubati. Sama seperti mereka yang mula berjinak dengan chit chat karut marut dan web lucah.
Namun apabila zina ini berlaku di bulan Ramadhan, dosanya bertambah besar kerana dikira suatu penghinaan kepada bulan mulia bulan ibadah tersebut.
Apa yang perlu anda lakukan, sudah tentu bertaubat dan saya sudah pun pernah mengulas hal ini. Anda boleh membacanya sebagai berikut :-
usteru, bagi mencapai taubat yang sebenar ini. Ia adalah seperti berikut :-
1) Bertaubat yang timbul dari ilmu dan kesedaran Islam dan bukan kerana desakan luaran. Jika belum ketemui ilmu itu, cari dan bacalah sedalamnya agar taubat ini lahir dari ilmu dan iman bukannya yang lain.
Imam Al Bukhari menyebut tentang keperluan sesuatu amal dan ibadah termasuklah taubat yang diakari oleh ilmu di dalam shahihnya hingga dibuat satu bab khas bertajuk : bab: "Ilmu sebelum beramal". Beliau menyebut firman Allah SWT berikut sebagai dalil keperluan ini:
فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ
Ertinya : Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan (Yang Hak) melainkan Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat tinggalmu (Muhammad: 19)
Jelas disebut di dalam ayat berkenaan didahulukan perintah untuk berilmu dari perintah untuk beristighfar dan taubat.
Al-Qusyairi berkata dalam kitabnya "Risalah Qusyairiah": taubat yang pertama adalah: bangunnya hati dari kelalaian, serta sang hamba melihat keadaan yang buruk akibat dosa yang ia lakukan. Dan itu akan mendorongnya untuk mengikuti dorongan hati nuraninya agar tidak melanggar perintah Allah SWT. Kerana dalam khabar disebutkan: "penasihat dari Allah SWT terdapat dalam hati setiap orang muslim". (Riwayatkan Ahmad dari An Nuwas bin Sam'an). Dan dalam hadith:
Ertinya : "Sesungguhnya di dalam tubuh terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh, dan jika ia rusak maka rusaklah seluruh tubuh, ketahuilah itulah hati". (Hadits muttafaq alaih dari Nu'man bin Basyir).
Jika hatinya merenungkan keburukan perbuatannya, serta ia menyedari dosa-dosa yang ia perbuat itu, nescaya dalam hati akan terdetik keinginan untuk bertaubat, dan menjauhkan diri dari melakukan perbuatan maksiat itu. Kemudian Allah SWT akan membantunya dengan menguatkan tekadnya itu, melakukan tindakan pemulihan atas dosa-dosanya, serta melakukan perbuatan-perbuatan yang diperlukan dalam taubat. (Risalah Qusyairiah dengan tahqiq Dr. Abdul Halim Mahmud, dan Dr. Mahmud bin Syarif, (1/ 254, 255)
2) Bersangka baik bahawa Allah akan mengampunkan dosa yang telah terlanjur itu. Firman Allah :-
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Ertinya : Katakanlah: ""Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Az-Zumar: 53)
3) Segera menangisi dosa zina yang telah anda lakukan dengan benar-benar keinsafan. Anda perlu menitiskan air mata untuk ini, air mata insaf dan bukan dibuat-buat.
4) Berazam kukuh di dalam hati agar tidak lagi ingin kembali kepada perbuatan haram itu. Bukti azam kukuh itu adalah dengan membatalkan semua 'dating' dengan tunang itu dan tidak lagi berdua-duaan sehinggalah berkahwin.
Dr Yusof Al-Qaradawi menyebut : Yang terpenting dalam masalah azam dan tekad ini adalah agar azam itu kuat dan betul-betul, saat bertaubat. Dengan tanpa disertai oleh keraguan atau kerinduan untuk kembali melakukan kemaksiatan, atau juga berpikir untuk mengerjakannya kembali. Taubat itu tidak batal jika suatu saat tekadnya itu sedikit melemah kemudian ia terlena oleh dirinya, tertipu oleh syaitan sehingga ia terlanjur, dan kembali melakukan kemaksiatan. (At-Taubatu Ilallah, Al-Qaradawi )
Imam Ibnu Katsir berkata: "Sedangkan jika ia bertekad untuk bertaubat dan memegang teguh tekadnya, maka itu akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya pada masa lalu. Seperti terdapat dalam hadits sahih "Islam menghapuskan apa yang sebelumnya, dan taubat menghapuskan dosa yang sebelumnya".
5) Wajib menjauhkan diri dari mendekati apa jua situasi yang boleh membawanya ke arah lembah zina tadi. Jangan berchat dan ber'sms' akan perkara yang boleh membangkitkan nafsu anda dan tunang. Hentikan dan putuskan talian jika perasaan itu mula mendatang.
6) Berterusan tawbat (selagi belum rasa hilang bersalah). Firman Allah SWT ertinya :
إِنَّمَا التَّوْبَةُ عَلَى اللّهِ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السُّوَءَ بِجَهَالَةٍ ثُمَّ يَتُوبُونَ مِن قَرِيبٍ فَأُوْلَـئِكَ يَتُوبُ اللّهُ عَلَيْهِمْ وَكَانَ اللّهُ عَلِيماً حَكِيماً
Ertinya : "Sesungguhnya tawbat di sisi Allah hanyalah tawbat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilannya yang kemudian mereka bertawabat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah Tawbatnya ( An-Nisa : 17)
7) Mempergandakan amal soleh, ia berdasarkan firman Allah :
إِلاَّ الَّذِينَ تَابُواْ وَأَصْلَحُواْ وَبَيَّنُواْ فَأُوْلَـئِكَ أَتُوبُ عَلَيْهِمْ وَأَنَا التَّوَّابُ الرَّحِيم
Ertinya : " Kecuali orang-orang bertawbat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan Allah maha pengampun lagi penyayang" ( Al-Furqaan : 70 ).
Justeru, banyakkan bersedeqah, mengajar orang lain, kenalan dan lain-lain agar menjauhi dosa zina dan menyedarkan sesiapa jua yang mampu tentang dosanya. Berbekalkan pahala kebaikan ini diharap ianya dapat menutup dan memadamkan dosa zina tadi.
SOALAN KETIGA
Assalammualaikum ustaz ,
Ada satu pemasalahan yang tidak tertanggung oleh saya sekarang, saya harap ustaz boleh membantu saya dengan memberi jawapan dan hukumnya serta apakah tindakan yang perlu diambil oleh saya untuk memastikan saya tidak melakukan dosa walaupun yang tidak saya sedari.
Saya sudah bertunang, usia pertunangan saya mencecah 5 bulan, hubungan kami suci kerana saya tidak membenarkan dirinya menyentuh saya walaupun bepegangan tangan . Dia meghormati saya dan saya yakin tunang saya juga adalah baik walupun tidak terlalu alim..
Saya amat menyayangi dirinya . Tapi sejak kebelakangan ini dia cuba untuk menyentuh saya dan memegang tangan saya . saya manusia biasa ustaz, kadang-kadang saya tewas, tapi kami cepat sedar. Tunang saya selalu menyatakan dia tak akan menyentuh saya sehingga kami perhubungan kami halal. Saya amat kagum dengan pengakuanya. Tetapi sejak kebelakangan nie saya rasa amat kesian akan dirinya kerana dia pernah meyatakan terseksa pabila menahan gelodak nafsu bila bersama saya tetapi dalam pada itu dia bersumpah untuk tidak menyentuh saya. Tiap-tiap malam dia menyuruh saya tidur memeluknya . Tetapi kami hanya di telefon. Saya menuruti kehendaknya tetapi saya tidak tahu perbuatan saya itu berdosa atau tidak. Dia juga pernah menyatakan selalu berasa terangsang bila teringat saya sewaktu tidur.
Saya pernah terbaca didalam satu artikel ustaz bahawa adalah bahaya jika seorang lelaki yang menyatakan kehendak seksualnya . Kerana dia akan memperlakukan kepada wanita lain setelah berkahwin, Tetapi walaupun dia begitu saya yakin dia tidak akan mengajak saya melakukan zina sekaligus memperdaya kan keimanan saya dan mencemari batas-batas yang telah kami jaga dari awal perkenalan sehinggalah pertunangan. Soalan saya adalah saya amat takut ustaz jika kami berjaya digoda oleh nafsu syaitan kerana kadang-kadang saya pun merasa terangsang apabila kesian kat dia yang bersungguh-sungguh mengawal nafsunya terhadap saya . Saya tahu dia terseksa . :cry
ULASAN RINGKAS UZAR
Maaf saya katakan, semua boyfriend atau kekasih yang merayu dan memberitahu secar aterbuka kehendak sesksualnya kepada teman wanitanya atau sebaliknya adalah lelaki dan wanita yang TIDAK BAIK dan berisiko untuk dijadikan teman hidup. Demikian jika diikutkan kepada sifir normal kehidupan manusiawi. Kecualilah ia disambar kilat keinsafan.
Tindakan teman lelaki yang mendedahkannya tidak lain kecauli permainan Syaitan dan nafsu lelakinya untuk memerangkap sdri agar merasa simpati hingga akhirnya menyerahkan tubuh saudri kononnya atas dasar ingin membantu.
Jika saudari benar-benar kasihkannya, KETAHUILAH melayan teriakan nafsu teman lelaki tadi bukanlah membantu sama sekali, sekali lagi saya nyatakan sebarang tidakan melayan nafsunya BUKAN MEMBANTU tetapi menghukumnya dan menghukum diri anda sendiri. Iaitu menghukum diri untuk dihumban ke jalan neraka. Insaflah.
Tindakan itu hanya disukai oleh Syaitan kerana berpeluang menjatuhkan anda berdua ke lembah hina zina. Saya setuju dengan ulasan seorang rakan saya yang mengatakan
"Sekali si wanita itu berikan tubuhnya kepada kekasihnya kononnya atas dasar kasih dan simpati"
"Selepas itu, tiada lagi sebab kukuh untuk si lelaki mengahwini si wanita dan rasa kasih kepada sang wanita itu. Kerana wanita yang telah menyerahkan tubuhnya sebelum kahwin (tanpa merasa kesal dan taubat) adalah wanita yang para lelaki fikirkan TIDAK sesuai dijadikan isteri, mereka hanya untuk permainan sahaja. Malah wanita tadi telah menjatuhkan nilainya kepada kategori wanita murah, tiada nilai lagi untuk dijadikan suri hidupnya"
Saya tidaklah setuju seratus peratus (atau secara pukul rata kepada semua kes) dengan kesimpulannya namun saya bersetuju bahawa kebanyakannya akan berakhir demikian. Jika berkahwin sekalipun, penceraian akan menjelma dalam beberapa tahun sahaja.
Kesimpulannya, hentuikanlah rasa simpati tidak bertempat dan nasihatilah teman lelaki anda, dan jalan keluar hanyalah berkahwin dengan segera.
Syarat terpenting juga, adalah jauhilah berdua-duaan kerana itulah punca sentuh menyentuh berlaku dan akhirnya ke lembah zina. Sekian.
SOALAN KEEMPAT
Assalamualaikum, ustaz, saya mempunyai buah hati yang saya sayangi, pada 3 tahun yg lalu dia dirogol oleh sekumpulan lelaki di rumah sewanya (ketika itu dia sedang belajar di Kolej ****), salah seorng lelaki itu merupakan tuan rumah sewa tersebut. Perkara ini dirahsiakan selama 2 tahun dari saya kerana takut kehilangan saya, namun alhamdulillah saya masih dapat menerima walaupun hati berdendam dengan binatang perosak gadis tu.
Hasil kejadian rogol tersebut menyebabkan buah hati saya dijangkiti Sifilis, tetapi alhamdulillah makin beransur pulih disebabkan ubat Homeopatinya.
Namun kesan dirogol menyebabkan nafsu seksnya menjadi kuat (pengakuan sendiri olehnya) yang menyebabkan tidak tahan melihat lelaki. Ini menyebabkan dia meminta untuk saya berkahwin dengannya, takut terlanjur.
Saya masih berlajar, tetapi ada membuat bisnes sikit-sikit , income cuma x sampai RM500 sebulan, dan saya amat menyayanginya. Ibubapa saya tidak benarkan kami bertunang, pada pandangan ustaz, bolehkah sekiranya saya hanya buat 'Nikah Gantung' yang selalu dibuat oleh pelajar universiti? Kerana saya tidak mampu untuk menyaranya lagi. Bagaimana kalau ibubapa saya halang jugak kerana tidak habis belajar? Ibubapa saya tidak tahu bahawa buah hati saya itu dirogol dan pernah alami sifilis.
- Nikah Gantung : nikah dahulu, kenduri x dibuat dan x tinggal bersama.
ULASAN RINGKAS UZAR
Sifilis adalah penyakit yang disebabkan oleh infeksi Treponema pallidum, menular melalui hubungan seksual atau secara transmisi vertikal. Sifilis bersifat kronik, sistemik dan menyerang hampir semua alat tubuh.
Bila tidak terawat, sifilis dapat menyebabkan kesan serius seperti kerusakan sistem saraf, jantung, atau otak. Sifilis yang tak terawat dapat berakibat fatal. Orang yang memiliki kemungkinan terkena sifilis atau menemukan pasangan seks-nya mungkin terkena sifilis dianjurkan untuk segera menemui dokter secepat mungkin. (rujuk Wikipedia dan http://www.health-lrc.or.id/pdf/Penyakit%20Menular/Sifilis-HIV-FA01.pdf)
Itu adalah serba ringkas takrif silflis, namun setelah membuat bacaan ringkas tiada pula saya jumpai info yang menyebut bahawa salah satu kesan sampingan siflis adalah nafus menjadi semakin tinggi.
Yang dijumpai, antara kesan penyakit siflis jika tidak dirawati segera adalah
If left untreated, gonorrhoea can lead to pelvic inflammatory disease in women. This can cause fever, pain and can lead to infertility or ectopic pregnancy (where the baby begins to grow outside the womb) or giving birth to the baby early.
In men, if left untreated, it can lead to inflammation inside the testicles and prostate gland and may affect fertility (http://www.condomessentialwear.co.uk/infections/gonorrhoea-long-term-effects)
Dan jugaPenyakit Gonorrhea yang dibiarkan tanpa rawatan boleh mengakibatkan masalah yang serius serta kerosakan kekal pada kesihatan wanita dan juga lelaki yang dijangkiti.
Bagi wanita, gonorrhea adalah penyebab utama Radang Pelvis (pelvic inflammatory disease atau PID). PID kadang kala tidak menunjukkan apa-apa simtom, namun PID boleh mengakibatkan kerosakan kekal pada tiub fallopian, rahim (uterus) dan tisu-tisu di sekelilingnya. Kerosakan ini boleh membawa kepada rasa sakit yang teruk pada pelvis, mandul, dan kehamilan ektopik (hamil di luar rahim) yang boleh mengakibatkan kematian.
Bagi lelaki, jangkitan gonorrhea boleh merebak ke epididymis (salur yang membawa keluar sperma dari buah zakar/testis), mengakibatkan rasa sakit pada zakar dan buah zakar serta boleh mengakibatkan mandul sekiranya dibiarkan tanpa rawatan.
Kuman yang mengakibatkan Gonorrhea juga boleh memasuki darah dan sendi-sendi tulang. Keadaan ini boleh membahayakan nyawa pesakit tersebut. Mereka yang dijangkiti Gonorrhea mudah dijangkiti virus HIV sekira terdedah kepada virus tersebut. Pembawa HIV yang mengidap Gonorrhea juga dapat memindahkan virus HIV dengan mudah kepada orang lain (http://sharingcaring.wordpress.com/ )
Justeru saya kira masalah "nafsu yang naik tadi bukanlah sebab siflis" namun kerana yang sebenarnya ia menghidapi penyakit nafsu setelah dirogol, lebih membimbangkan saya penyakit jenis ini sebenarnya boleh menjadi suatu tanda bahawa si wanita itu agak rela dan suka semasa dirogol. Ini kerana jika wnaita yang benar-benar dirogol dengan paksa, mereka sama sekali tidak akan suka dan nafsu menjadi rendah dan 'trauma' kepada hubungan seks kerana terkenang titik hitam itu. Namun apa yang saudara ceritakan ini agak pelik kerana si mangsa menjadi bertambah nafsu pula. Sebab itulah terdapat sedikit sangsi saya terhadap isu rogol ini. Jika benar dirogol, saya bimbang ia tidaklah benci dengan kejadian rogol itu, malah menikmatinya.
Selain itu, dari apa yang saudara ceritakan, inilah masalah wanita hari ini, tidak melaporkan kepada polis setelah dirogol kerana malu dan lain-lain. Dalam masa yang sama ia membiarkan perogol-perogol itu bebas untuk merogol lagi. Adalah zalim dan berdosa hukumnya membiar diri dirogol oleh orang yang dikenali pula terutamanya tanpa bertindak dan melapor kepada polis.
Adapaun cadangan saudara untuk berkahwin secara nikah gantung bagi menyelamatkan hubungan anda berdua adalah baik. Berdasarkan kefahaman umum berkenaan istilah nikah gantung, nikah tersebut akan menjadi sah sekiranya semua syarat dan rukun nikah telah dipenuhi. Iaitu suami, isteri, wali, aqad dan saksi. Adapun kenduri bolehlah dibuat kecil-kecilan sahaja terlebih dulu.
Apa yang penting adalah lelaki dan wanita sudah dikira suami isteri dan halal hubungan mereka berdua.
Justeru bagi saya secara peribadi, jalan keluar nikah gantung adalah baik dan boleh diterima dalam keadaan situasi yang saudara ceritakan. Namun anda masih wajib menyarakan sekadar yang termampu dengan wang yang anda berdua miliki. Bekerjasamalah di waktu ini. Moga berjaya..
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
16 Mac 08
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
saya & suami sering melakukan oral seks walaupun saya kurang menyukai perbuatan ini tetapi saya menuruti kehendak suami saya kerana tidak suka berlaku pertengkaran.
tetapi sejak saya mengetahui oral seks adalah haram maka saya tidak mahu melakukan perkara ini lagi. suami saya marah & xmesra lagi dengan saya. saya rasa seperti ingin meninggalkan suami saya disebbkan oleh sikapnya. suami saya juga suka anal sek wlupun saya tidak pernah membenarkan & dia menuruti kehendak saya itu. saya semakin lama semakin membenci suami saya.
Apakah hukumnya seorang suami membebankan isteri dari segi kewangan??..contohnya suami tidak menyediakan rumah sebaliknya mengharapkan isteri membeli dan membayar loan utk rumah tersebut..sedangkan dari segi kewangan si suami mampu menyediakan rumah(suami bekerja di sektor awam selama 13tahun dengan gaji lbh kurang RM3000 sebulan dan boleh menggunakan pinjaman perumahan kerajaan)..tetapi suami enggan menggunakan kemudahan tersebut sebaliknya mengharapkan isteri membeli rumah(isteri mempunyai perniagaan sendiri)..kereta juga dibeli oleh si isteri,suami hanya menggunakan kereta tersebut tanpa membayar apa2 kepada isteri...harap ustaz boleh membantu..terima kasih...wassalam..
assalamualaikum
apa hukum seorg isteri yg terpaksa beronani selepas hubungan dgn suami kerana tidak puas. jika tidak akan menyebabkan emosi agak terganggu :(
UZAR : jika demikian, maka sudah sampai keharusan untuk membawa kes ke mahlkamah dan meminta cerai krn mengabai nafqah batin adalah isu sgt serius dalam sesebuah rumahtangga.
Seorang kenalan telah membuat pengakuan yang mengejutkan kepada saya dan meminta pandangan daipada saya.Namun,dengan ilmu agama yg begitu cetek,saya tidak mampu memberi penjelasan yg jelas kepada beliau.harap uzar dapat membantu.
Kenalan saya itu mengaku bahawa sebelum dia berkahwin,dia pernah melakukan seks luar tabii melalui dubur dengan kekasihnya(kini isterinya) pada siang hari di bulan ramadhan.Dia melakukannya sebanyak 3kali menyebabkan puasanya terbatal sebanyak 3 hari.Sekarang beliau telah berkahwin dan telah benar2 bertaubat dan berazam tidak akan melakukannya lagi.
Apa yg menghantuinya sekarang,bagaim anakah beliau ingin menebus dosa tersebut??
adakah perlu membayar kafarah?
Berapakah nilai kafarah tersebut dengan 3hari meninggalkan puasa dan hal itu berlaku pada ramadhan 2009?
Adakah kafarah berganda mengikut tahun?
sy harap sangat feedback dari uzar.
Terima kasih.
Saya berumur 26 dan sudah berkahwin selama setahun. Setiap kali ingin melakukan hubungan dengan suami , suami saya mahukan saya memakai tudung, seluar panjang dan menutup aurAt.
Saya tidak selesa dengan berpakaian penuh seperti itu ia seakan akan menyatakan yang ada sesuatu yg tidak kena dengan saya sehinggakan saya perlu berpakaian semasa bersetubuh.
Suami akan puas tetapi tidak adil bagi saya kerana saya tidak pernah berasa puas
Apabila saya beritahu suami , saya tidak suka kami pun
bergaduh. Macam mana saya hendak menyelesaikan masaalah ini.
Terima kasih!
UZAR : ada sebab jika suami minta demikian, krn bersama isterinya dalam keadaan demikian memberikan sesutau yg berbeza buat dirinya mungkin. tapi suami kena faham giliran, kalau isteri tak selsa, kali yang selepas ini, ikut stlye yg disukai isteri poula..gilir2 gitukan mudah. apa perlu bergaduh.
UZAR : BOLEH..
ustaz, adik angkat saya ada masalah besar. suatu masa dulu dia pernah curang dgn suami (terlanjur dgn lelaki lain). tapi dia telah membuat keputusan nekad tinggalkan teman lelaki tersebut dan bertaubat nasuha atas keterlanjuranya itu, adik angkat saya sudah benar2 berubah ke arah kebaikan. dia berhajat utk menunaikan umrah tapi bimbang kerana suami masih tdk mengetahui kecurangan tersebut. hubungannya dgn suami skrg baik tapi dia yakin kalau suaminya tahu perkara tersebut, pasti akan memudaratkan rumahtangga dan dirinya. dia pernah meminta maaf secara umum (tanpa menceritakan kesilapan tersebut) kpd suaminya dan suaminya menjawab " sebesar manapun kesalahan awak, abang maafkan semuanya". soalnya sekarang perlukah adik angkat saya tu menceritakan kesilapannya terlanjur suatu masa dulu atau tidak?
sya nak tahu brapa lam darah nifas?
apakah hkum perbuatan kami?
jika kami teruskan melkukannya apakah hukumnya?
UZAR : nifas biasanya 40-44 hari. Namun ada juga yg lebih pendek dan panjang dari itu. hukum bersama masa nifas berdosa dan merbahaya kepada kesihatan suami dan isteri terutamanya.
Bala ini adalah lebih lebat dan teruk daripada tsunami dan melanda Acheh.
UZAR : Dosa besar, hilang pahala puasa dan Dosa berganda sebanyak bergandanya orang lakukan pahala.
sya ingin bertnya apakah hukumnya jika sering melakukan hubungan sex dengan boyfriend?tetapi sekarang sya dah bertunang dgn dia. tapi kami masih melakukan hbungan sex. adakah berdosa?Dlu dia prnah tinggalkan sya krna tdk mahu sex. kerana sya terlampau sygkan dia,sya snggup buat apa saja untuk dia.Dlu,karna dia sya sanggup melawan kedua ibu bapa sya,krana dia sya kehilangn temn baik saya,krana dia sya snggup melarikan diri dri rumh. selpas hubgn kami ptus masa hbgn kami masuk 2 thun lebih. dia bersama prmpuan lain. pada blan lpas dia ingin bersma saya lagi.saya menerimanya semula.untuk pengetahuan ustaz tunang sya ini adalah seorang PURE CHINESE,dan saya pula CHINESE islam. saya prnh bertaubat kerana hal ini. tetapi juga masih melakukan hbgn sex dgn tunang saya kerna syg dia walaupun sya tdk ingin. Adakah saya berdosa besar?Dan apakah yang saya harus buat?
TOLONG LAH SAYA USTAZ,SAYA MOHON. Saya amat berdosa besar.dan saya ingin bertaubat.tidak mahu lagi berbuat salah.TOLONG SAYA USTAZ.BERI NASIHAT.
Ya ALLAH pening saya baca komen2 thread nie..sedih sampai tak sanggup nak baca semua sekali ustaz..
Apa masalah dgn umat Islam khususnya Malaysia ini ustaz? Apa ini kah balasan ALLAH pada kita? Sedih kerana golongan yg komen dalam thread ustaz ini adalah golongan yg paham Islam tp cabaran dan dugaan yg dialami diorg amat berat ustaz.
Saya amat tidak paham dengan keadaan yg semakin rosak ini ustaz. Saya berumur 28 tahun tp bila mana membaca segala thread ini seram sejuk tengkuk saya untuk meneruskan niat berkahwin.
saya telah melakukan hubungan sex sejenis iaitu oral di mana anu saya di hisap oleh teman gay saya pada bulan ramadan. apakah hukuman nya ustaz dan saya berasa amat risau kerana perkara tersebut dilakukan dengan sengaja sehinggakan saya terkeluar air mani. tolong saya ustaz. salam
UZAR : jiak isteri sebegitu dan tiada tanda taubat serta sengaja menyebut perihal dosa lamanya kepada suami. Cerai adalah salah satu cara terbaik. namun dapatkan konsultasi terlebih dahulu.
Suami kesal
Selangor
Saya lelaki yang mempunyai tabiat gemar memakai pakaian wanita spt baju kurung, kebaya dan baju tidur wanita. setiap kali memakai, saya pasti akan terangsang. Ianya semata-mata utk memuaskan nafsu sy dan sy hanya memakainya didalam rumah shj. Namun, naluri saya tetap sbg lelaki normal.
Sekarang sy sudah berkahwin dan tabiat itu masih ada dlm diri sy dan isteri sy memahami sy. Saya sering memakai baju tidur isteri sy ketika tidur bersamanya dan dia suka sy berbuat demikian kerana membuatknnya bertambah ghairah melihat sy.
Adakah perbuatan ini salah disisi agama?
UZAR : KALAU ia SEKADAR teknik UNTUK BERMESRA DGN ISTERI DENGAN LEBIH BERKESAN, IA HALAL DAN TIADA SEBARANG MASALAH DI SISI ISLAM. Cuma jika ia dilakukan kerana ingin meniru-niru wanita dan gaya mereka, ia tergolong dlm perkara yang dikeji oleh nabi s.a.w
Bagi saya dan isteri yang telah melakukan perbuatan zina sebelum berkahwin, adakah kami harus disebat dengan 100 sebatan? Adakah taubat yang telah dilakukan boleh menggantikan hukuman sebat?
Memadaikah jika perlu disebat, hanya dihadiri seorang sahaja yang beriman, dan dia juga yang melakukan sebatan itu? Adakah kehadiran beberapa orang beriman lain satu kewajiban bagi melaksanakan hukuman sebat?
Minta ustaz layari link dibawah tentang pelaksaan hukuman sebat bagi penzina yang belum berkahwin dalam Islam? Adakah ianya seperti yang dituntut dalam Islam?
scribd.com/.../HUKUMAN-SEBAT
Terima Kasih.
Dan sebagai suaminya sekarang, saya rasa saya harus melupakan apa yang saya baca pada emel dia dan terus membimbing dia. Tambahan kami mempunyai seorang anak yang masih kecil
ustaz, isteri tiada bersama saya ketika ini kerana berada di luar negeri. Dan saya akan berjumpanya beberapa hari lagi.
Ustaz, hati saya masih tidak tenteram. Terdapat keinginan untuk memberitahu dia apa yang saya ketahui. perlu ke ustaz? atau saya hanya berdiam diri menyelematkan keluarga ini. Tolong, ustaz, semakin hari semakin terseksa. bermacam zikir dan ayat quran saya dah dengar. malah saya turut mengaji bila mana rasa tidak tenteram. Tetapi perasaan ini masih ada.
Saya ada minta no telefon ustaz, tetapi mungkin ustaz sibuk dan tidak dapat memberikannya.
Ustaz.
Saya adalah lelaki dan telah berkahwin.
Mempunyai masalah baru baru ini kerana secara sengaja telah membuka email isteri. DAri emel tersebut, saya mendapat tahu isteri pernah terlanjur kerana dia ada menulis emel kepada teman lelakinya ketika itu mengatakan kehebatan teman lelaki mengadakan hubungan.
Ustaz, saya juga pernah terlanjur dengan isteri, ketika itu teman wanita. Dan ketika itu, isteri memberitahu saya adalah orang pertama dia melakukan hubungan tersebut. Saya percaya kerana isteri mempunyai personaliti seperti dikalangan orang baik dan sopan. Tetapi mungkin kerana bisikan syaitan, saya percaya kami terlanjur.
Kami kemudian berkahwin. Dan berazam untuk menjadikan Islam sebagai pegangan hidup. Dan saya juga beberapa kali telah solat taubat kepada Allah memohon keampunan atas segala perbuatan saya dulu.
Sejak berkahwin, saya nampak isteri sememangnya seorang yang baik kerana mudah diajak solat berjemaah bersama dan membaca quran dan yasin setiap malam jumaat.
Cuma beberapa hari lepas, saya ada membuka emel isteri dan mendapat tahu hal dia pernah terlanjur sebelum dengan saya.
Ustaz, sepanjang malam saya menangis. Rasa ditipu dan sebagainya. Bermacam perkara bermain difikiran saya.
Akhirnya, saya menyedari bahawa Allah sedang menunjukkan kekuasaannya kepada saya. Saya percaya itu adalah balasan kepada semua perbuatan saya selama ini. Malam itu saya tidak dapat tidur dan bersolat taubat dan tahajud memohon keampunan. Dan hati masih lagi tidak tenteram memikirkan ttg perkara itu. dan ia berlanjutan sehinggalah ke hari ini.
Ustaz, saya ada terfikir untuk memberitahu isteri apa yang telah saya ketahui. Tetapi setelah berfikir berulang kali, saya rasa seperti tidak perlu kerana bimbang isteri akan lebih tertekan. (bersambung)
UZAR : sebenarnya saya berada di UK, jika ingin contact saya boleh hubungi +447534988537
sekian
Adakah pengambilan pil/ ubat penguat tenaga batin oleh suami dibenarkan dalam Islam? Apakah pandangan Islam mengenainya?
Pengambilan pil/ ubat adalah bertujuan untuk bertahan lama ketika berjimak dan hanya untuk memuaskan nafsu isteri.
Maafkan saya sekiranya soalan ini pernah dikomen kerana saya tidak menjumpainya di blog ustaz.
UZAR : pada hemat saya, jika telah mendapat pegesahan doktor berkenaan selamat ubat tersebut, maka ia diharuskan ketika perlu.
RSS feed for comments to this post