Rumahtangga & Keluarga Jawapan KeKeliruan Isu Ruju' Cerai

Jawapan KeKeliruan Isu Ruju' Cerai

  • PDF
(15 votes, average 4.73 out of 5)

Kekeliruan Dalam Hal Ruju' Cerai

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Apabila saya mendedahkan beberapa panduan dan kesilapan kerap dalam bab penceraian di Malaysia khususnya, di ruangan komentar ramai yang bertanya pelbagai soalan berkaitan, bagi menjawab soalan-soalan berikut, saya sediakan artikel ringkas ini.

Ruju' Lepas Cerai

Antara isu yang dikira paling keliru di kalangan masyarakat adalah bab ruju'.

Ada wanita yang berkata, "suami saya ingin ruju', tetapi saya masih memikirkan samada untuk terima atau tidak"

Ketahuilah, bahawa ruju' tidak memerlukan sebarang persetujuan wanita. Ia adalah ijma' ulama seluruhnya. Ruju' ini ibarat menjatuhkan talak yang hanya tertakluk kepada suami.

Bolehkah apabila seorang suami menjatuhkan talaq satu kepada isteri, maka si isteri berkata :

"abang, nanti saya fikir dulu sama ada nak terima atau tidak Talaq abang tu"

Tiada sebarang peruntukan oleh Allah swt dan RasulNya untuk wanita dalam hal tersebut. Samalah keadaannya dalam hal suami ingin ruju' kembali. Imam Ibn Qudamah berkata :

والمراجعة أن يقول لرجلين من المسلمين : اشهدا أني قد راجعت امرأتي . بلا ولي يحضره , ولا صداق يزيده . ..وجملته أن الرجعة لا تفتقر إلى ولي , ولا صداق , ولا رضى المرأة , ولا علمها . بإجماع أهل العلم ;

Ertinya : Ruju' adalah dengan cara seorang lelaki melafazkan (contohnya) : "Aku dengan ini ruju' kembali dengan isteriku"

Tanpa diperlukan kehadiran wali, sebarang mahar tambahan, dan secara umumnya, sesungguhnya ruju' tidak memerlukan wali, mahar dan juga redha si isteri dan tidak juga disyaratkan mesti  pemakluman kepada isteri, ia adalah dengan ijma' seluruh ahli ilmu." ( Al-Mughni, 7/405 ; Badai'e as-Sonaie', Al-Kasani)

Namun, khabarnya Malaysia (mungkin Ijtihad Malaysia) mengambil pendekatan yang sedikit berbeza apabila mereka  mengambil fatwa yang berbeza dengan ijma yang disebutkan oleh Imam Ibn Qudamah tadi, ini adalah kerana berdasarkan Seksyen 51 (8) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, terdapat beberapa perkara yang perlu dipenuhi oleh pasangan yang ingin meruju'.

Pertamanya : suami hendaklah melafazkan niat untuk meruju' bekas isterinya.

Kedua : bekas isteri perlu memberikan persetujuannya ke atas ruju' tersebut.

Setelah itu, suami dikehendaki menghantar permohonan ke mahkamah syariah untuk mendaftarkan ruju'.

Setelah itu, mahkamah akan mengeluarkan perintah supaya pasangan yang telah bercerai tadi hidup semula sebagai suami isteri. Setelah proses ruju' itu lengkap barulah suami boleh kembali kepada bekas isterinya.

Namun apapun, pihak pemerintah Malaysia kelihatan membuat keputusan dan ijtihad sendiri apabila MEWAJIBKAN REDHA ISTERI. Anjuran mazhab Syafie hanyalah menggalakkan sahaja dan tidak wajib: -

والجديد أنه لا يشترط  لصحة الرجعة ( الإشهاد ) عليها بناء على الأصح أنها في حكم الاستدامة, ثم لم يحتج لولي ولا لرضاها بل يندب

Ertinya : Pandangan mazhab baru Syafie, tidak disyaratkan wujud saksi untuk sahnya ruju', kemudian, (ruju') juga tidak memerlukan kepada (persetujuan) wali dan juga persetujuan wanita (isteri), cuma ia digalakkan sahaja. ( Nihayatul Muhtaj, 1/59 )

BOLEHKAH RUJU' TANPA MELAFAZ? 

Tidak terdapat khilaf bahawa rujuk yang dibuat secara berlafaz yang terang oleh suami di hadapan saksi adalah sah. Demikian juga secara bertulis.

Namun ada yang bertanya kepad asaya sama ada ada cara lain, bagaimana jika berlakunya persetubuhan dalam masa iddah tersebut sebelum lafaz.?

Ulama mazhab berbeza fatwa dalam hal ini seperti berikut :-

Hanafi  : Sah ruju' sama ada dengan persetubuhan atau permulaan persetubuhan seperti sentuhan bersyahwat, ciuman, melihat kemaluan isteri dan lain-lain. Pandangan ini turut disebut oleh ramai ulama tabien seperti Sa'ad Ibn Musayyab, Hasan Al-Basri, Ibn Sirin, Ato' Abi Rabah, Al-Awzai'e, Sufyan At-Thawry, As-Sya'biy dan lain-lain.

Maliki : Sah ruju' dengan persetubuhan dengan syarat si suami ada niat ruju' semasa persetubuhan itu berlaku. Namun ciuman, sentuhan dan lain-lain dengan syahwat sahaja tidak cukup untuk dianggap ruju'.

Syafie :  Mazhab Syafie menolak ruju' melalui perlakuan tanpa lafaz secara total, sama ada persetubuhan, mahupun permulaannya sebagaimana pandangan Hanafi tadi. Mazhab Syafie berfatwa sebarang persetubuhan pada waktu ‘iddah tanpa lafaz ruju' yang jelas terlebih dahulu adalah haram.

Imam As-Syafie berkata :-

والرد يكون بالكلام دون الفعل من جماع وغيره ; لأنه رد بلا كلام، فلا تثبت رجعة لرجل على امرأته حتى يتكلم بالرجعة، كما لا يكون نكاح ولا طلاق حتى يتكلم بهما، فإذا تكلم بها في العدة ثبتت له الرجعة  
Ertinya : Ruju mestilah dengan percakapan ( lafaz) dan bukannya dengan jima' dan lainnya, kerana tiada ruju' tanpa lafaz, maka tidak sah ruju' bagi seorang lelaki kepada wanita sehinggalah dia melafazkannya, sebagaimana tiada nikah dan talaq yang dibuat tanpa lafaz, maka jika si lelaki melafazkannya (ruju') semasa iddah barulah sah ruju'nya" (Al-Umm)

Hanbali : Sah ruju' dengan persetubuhan namun tidak sah ruju' hanya dengan permulaan persetubuhan. Samada ia dilakukan dengan niat ruju' atau tidak.

Kesimpulan : Apapun pendapat pelbagai mazhab, sebagaimana yang telah saya dedahkan di atas, Malaysia mengambil mazhab Syafie yang mensyaratkan suami MESTI melafazkan ruju' terlebih dahulu secara rasmi. Ia wajar dituruti.

AURAT ISTERI DEPAN SUAMI SEMASA IDDAH 

Benar, wajib secara sepakat seluruh ulama si isteri untuk tidak keluar dari rumah suami semasa iddah dalam penceraian raj'ie (normal boleh ruju') kali pertama dan kedua.

Si suami juga haram untuk menghalau isteri keluar dalam tempoh itu, malah suami masih wajib berikan belanja zahir kepada isteri di waktu ‘iddah. ( Tafsir Al-Jassas, 5/348 : Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 18/154 )

Namun, timbul persoalan jika isteri duduk di rumah suaminya, bagaimana dengan hal auratnya????

Jawapannya mudah, menurut mazhab Syafie, isteri wajib menutup auratnya di dalam rumah itu.

Namun menurut mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali; tiada aurat yang perlu ditutup di depan suaminya sepanjang tempoh iddah, kerana mereka masih dikira isteri dan akan automatik ruju' dengan persetubuhan.

RUJU' DALAM KES TEBUS TALAQ 

Adapun tebus talaq ataupun khulu', penceraian itu yang dilakukan atas dasar ini tidak mempunyai peruntukan ruju', sama ada ia dianggap sebagai Fasakh atau Talaq (berdasarkan perbezaan ijtihad ulama).

Namun majoriti ulama silam dan kontemporoari menyebutkan tiada rujuk bagi kes tebus talaq.  Malah Imam As-Syawkani menyebut telah terdapat Ijma' (perspekatan penuh) seluruh ulama bahawa tidak ruju' bagi kes tebus talaq. Ini adalah kerana Talaq itu jatuh dalam kategori Talaq Bain dan bukan Talaq Raj'ie (yang boleh diruju'). (Nailul Awtar ; Mawsu'ah Al-Kuwaitiyah)

Cuma bezanya kali ini, wanita ada hak untuk terima jika si bekas suami tadi ingin ruju' juga dalam kes tebus talaq. Ertinya, peruntukan asalnya suami tidak boleh ruju' seperti kes talaq biasa, namun dalam kes tebus talaq, lelaki hilang haknya untuk ruju' tanpa redha isteri. (Kasyyaf Al-Qina', Al-Bahuti)

PERLUKAH RUJU' KEPADA SAKSI?

Ulama berbeza pendapat dalam hal ini, Imam Syafie dalam satu fatwanya menyatakan penyaksian dalam bab ruju' adalah wajib. Berdasarkan dalil firman Allah s.w.t :

فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ فَارِقُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ وَأَشْهِدُوا ذَوَيْ عَدْلٍ مِّنكُمْ

Ertinya : Apabila mereka telah mendekati akhir idahnya, maka rujukilah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik.. ( At-Talaq : 2 )

Namun pendapat Abu Bakar r.a, Imam Malik dan Abu Hanifah, saksi tidak wajib kerana ia langsung tidak memerlukan persetujuan dari pihak lain. Justeru, saksi hanyalah digalakkan sahaja namun ia tidaklah wajib.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, rakyat Malaysia perlu menuruti undang-undang yang ditetapkan oleh pemerintah di Malaysia, iaitu setiap rujuk mesti ada saksi dan dibuat secara rasmi.

Ia baik bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan fitnah serta mengambil jalan yang lebih cermat. Justeru, sebarang penyaksian ruju' boleh dilakukan di mahkamah Shariah.

Pandangan ini juga bertepatan dengan mazhab Syafie yang menyebut :-

مذهبنا أن الإشهاد على عقد البيع والإجارة وسائر العقود غير النكاح والرجعة مستحب , وليس بواجب

Ertinya : Mahzab kami, sesungguhnya saksi dalam aqad jual beli, ijarah dan seluruh aqad selain aqad nikah dan ruju' adalah digalakkan sahaja, tidak wajib. ( Al-Majmu', An-Nawawi, 1/170)

Mazhab Syafie berfatwa, digalakkan wajib saksi dalam hal aqad nikah dan sunat dalam hal ruju'.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

8 Mei 2008



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

-1 #139 DibelengguBingung 2012-03-23 14:49
Saya ingin tahu bagaimana caranya saya menceraikan suami saya tanpa si dia perlu hadir ke mahkamah. Saya sudah tidak mempunyai rasa sayang terhadapnya mahupun perhubungan kami sebagai suami isteri, Kerana saya seringkali di landa perasaan runsing bahawa si dia akam mengamuk pada bila2 masa mahupun di mata umum atau di rumah. Saya sudah tidak mempunyai perasaan untuk melakukan hubungan intim dengannya kerana si dia tidak menjaga kebersihan diri. Apa yang membuatkan saya merasa sedemikian rupa adalah kerana si dia tidak bekerja dan setiap bulan saya perlu merasa runsing bagaimana kami ingin melangsaikan segala bil2 rumah,kereta persekolahan anak2 dan sebagainya. pendapatan kami bulan sebanyak rm2k yang diberikan oleh abang kepada suami sebagai pertolongan kerana si dia tidak mempunyai kerja. Bantu saya bagaimana caranya saya melepaskan diri daripada belenggu ini.
Quote
0 #138 talakmie 2012-02-29 08:01
Salam ustaz,

Saya pernah bergaduh dengan isteri saya sebelum ni berkaitan dengan masalah bisnes MLM. Saya yang nak masuk MLM ni dan isteri saya mengugut saya kalau tak dapat jual semua barang dalam masa setahun dia nak berpisah dengan saya. Saya cakap 'ya' tetapi dalam hati saya berfikir berpisah sementara seperti berpisah keluar pergi kerja atau lain-lain. Selepas setahun barang memang tak terjual lagi. Adakah jatuh talak ustaz?
Quote
0 #137 Adakah telah jatuh talaksiti 2012-02-23 11:40
Assalamualaikum .
satu hari semasa bergaduh atas kereta suami saya telah berkata " sekali lagi ko buat perangai mcm ni aku ceraikan kau, aku ceraikan kau ...kau tengok lah ,aku bukan ckp main-main". Ini yg saya dengar.

Apabila saya bertanya balik kpd suami dia beritahu ayat yg dia cakap adalah begini "sekali lagi kau buat perangai macam ni aku ceraikan kau,sekali lagi kau buat perangai macam ni aku ceraikan kau,sekali lagi kau buat perangai macam ni aku ceraikan kau " yang telah dia ulang 3x.

Adakah ayat aku ceraikan kau spt yg saya dgr telah menyebabkan jatuh talak........

bantu la saya, jiwa saya tidak tenang selagi tidak mendapat jawapan.
Quote
0 #136 Sahkah taklik selepas cerai ?Shida 2012-02-15 01:36
Assalamualaikum Ustaz..
Suami saya telah mengucapkan taklik berbunyi 'jika saya berjumpa lagi dengan seorang kawan saya tersebut, jatuh talak satu '.
Tetapi baru2 ini suami telah menceraikan saya setelah berlaku pertengkaran besar tetapi rujuk semula 2 hari kemudian.
Soalan saya, adakah dengan rujuk semula ini, taklik yg diucapkan suami sebelum penceraian dan rujuk tersebut adalah terbatal atau masih sah dan jatuh talak jika saya melanggarnya?
Quote
+1 #135 Was Was semasa membaca surah Al-Ahzab ayat 28Hamba Allah 2012-02-02 09:55
Assalamualaikum USTAZ

Seorang hamba Allah ni dia baca Quran dengan terjemahannya seperti di bawah.

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: “Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya aku berikan kepada kamu pemberian mut’ah (sagu hati), dan aku ceraikan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya.

Bila sampai sahaja perenggan terakhir seperti rasa was was yang kata sudah niat seperti perenggan tersebut untuk isterinya. Padahal isterinya ada sebelah mendengar.

Niat macam ni kita tak rela tapi terfikir sebab gangguan iblis dikira atau tidak. Perkara ini hari hari berlakupun sebelum ini dalam percakapan harian. Hari-hari rasa was-was dan terpaksa mengawal percakapan dengan isterinya agar takut menyebabkan keadaan yang tidak diigini.

Tapi jika dia berniat sungguh dan membaca ayat dari surah Al-Ahzab tersebut adakah jatuh kinayah?

Terima Kasih
Quote
0 #134 tempoh edah & cara utk rujukSAYA 2012-01-18 11:12
assalamualaikum ustaz....
saya ada pertanyaan berkenaan tempoh edah dan cara untuk rujuk.
seorang kawan saya telah pun diceraikan oleh suaminya (tanpa pernah bersama)....... adakah tempoh edah utk beliau (ikut ape yg saya faham, tak de tempoh edah. tapi sy inginkan kepastian supaya dapat membantu kawan saya yg tak tahu mengenai hal tersebut).
1 lagi soalan saya, sekiranya kawan saya dan suaminya ingin berbaik kembali, apakah cara untuk mereka kembali sebagai suami isteri? adakah boleh mereka rujuk atau perlu akad nikah semula??
Quote
-1 #133 Talakzie 2011-11-03 10:52
Salam ustaz,

Sya isteri ke -2 dan Suami saya pernah menghantar sms pada sya dengan ayat
"jgn hantar msg lagi pada kakak klu tak kita tak boleh bersama lagi"
tanpa sya bertanya pada dia aper niat dia ckp mcm itu kat sya.

Beberapa bulan selepas itu, sya telah menghantar msg melalui yahoo
yang sya ingatkan tidak sampai pada isteri pertama dan juga sya tidak lagi ingat
pada sms yg suami sya pernah hantar pada sya seperti dia atas.

Suami sya berkata, waktu dia hantar msg itu, dia berniat utk melepaskan
sya dan tak boleh lagi hidup bersama.

Soalan sya ustaz, adalah jatuh talak atas saya dgn sms suami sya dan msg yg sya
telah terhantar.

wasalam.

UZAR : ayat suami tu terlalu umum dan boleh ditafsir kepada 'bukan bercerai' justeru untuk mengesahkan jatuh talak atau tidak peru dibawa ke mahkamah shariah untuk pastikan niat suami semasa berkata itu. Sila hubungi mana2 peguam syari'e untuk dapatkan penjelasan lanjut tindakan yang patut dibuat.

Moga kebahagian menjadi milikmu.
Quote
0 #132 ceraiady 2011-10-29 01:09
Salam ustaz.harap ustaz dpt bantu jelaskan permasalahan saya ni. Mlm ni,saya baru sahaja bergaduh dgn isteri saya dan saya kira agak worst dan teruk juge sehingga kn saya terkeluar perkataan *aku nak cerai* dlm keadaan yg amat marah dan rasional akal saya kira sudah tiada krn masing2 dh naik hantu.saya ade terbaca 1 hadith yg diriwayatkn siti aisyah, tdk jatuh talak ke atas seorang isteri dlm keadaan marah. Harap bantuan dr ustaz. Sekian
Quote
+2 #131 kelirusheere 2011-10-17 10:17
assalamualaikum ,baru2 nie sy ade bgaduh dgn suami,mslah nie blarutan dan suami ada menghantar sms berbunyi bergini,'aku tengok masalah kita xkn selesai.Aku tggu kau lahirkn anank dan kita gi pejabat agama dan aku akan lepaskan kau'..kmdian sy sms suami blik,btl ke ape yg abg ckapkn nie?bberapa minit slpas itu suami mghntar sms skali lg'kita berbaik balik,cuma masing2 kna ubah perangai.
1;adakah jatuhnya talak sy slpas sy bersalin kelak?
2;dan adakah sms ke 2 itu bermakna rujuk?
Quote
+3 #130 taklikmohd k 2011-10-07 03:39
salam ustaz,masaalah saya berkenaan (talak taklik) saya telah melafaskan taklik terhadap isteri,kalau engkau tak sayang,benci,dh tak nak dengan abang,hari ni engkau kemas kain baju (semua)keluar dari rumah ni,apakah jatuh talak?sedangkan isteri saya tidak melakukan seperti apa yg saya lafas.
Quote
+2 #129 sah ke cerai ni??alina 2011-09-29 16:57
salam ustaz

sy nk tny bg pihak kawan sy..dier bertengkar dgn suami die melalui sms..suami dier ckp.."jln plg senang biar aku yg berundur diri kalau ko nk cerai pun xpe..senang aku hidup sorang"..sah ke ustaz sms ni..n kwn sy ni tgh mengandung..mtk sgt jasa baik ustaz reply comment ni.
Quote
+3 #128 kawin dan cerai tanpa daftaranak ibu 2011-09-23 22:16
Assalamualaikum ustaz, saya nak tanya...ibu saya telah berkawin lagi slps bercerai dgn ayah saya. mereka berkahwin di kota setar,kedah. baru-baru ini ayah tiri saya telah melafazkan cerai pada ibu saya.dan sekarang dah hampir 2 bulan mereka seperti xbercerai.masih bersama. ibu saya ada beritahu saya mereka kena bercerai di kedah di tempat bernikah.untuk pengetahuan ustaz,perkahwin an ini adalah poligami tapi tak diketahui isteri pertama...yang menjadi persoalan saya sekarang ialah sah ke perkahwinan mereka tanpa berdaftar di pejabat agama selangor sedangkan kami menetap di selangor??sah ke penceraian mereka setelah ayah saya melafazkan cerai?sekarang mereka masih seperti suami isteri.saya keliru dan tak tahu hukum keadaan mereka sekarang.
Quote
+1 #127 Keliru...status jatuh talakHamba Allah 2011-09-17 01:00
Assalamualaikum Ustaz...

Saya ada kemusyikilan mengenai lafaz cerai oleh suami saya. Suami, dalam keadaan marah dan tertekan selepas bertengkar mengenai cara percakapan dengan nada yg tinggi. Dalam perbualan telefon, dengan perasaan geram , dia telah melafazkan " I might divorce you if you put you high tone at me again". suami menyatakan tanpa niat untuk bercerai... Jatuh tak talak ustaz?
Quote
-1 #126 ingin tahuisteri keliru 2011-08-22 16:47
aslmkum ustad....
bberapa hari lepas saya ada btgkar dgn suami mlalui telefon..krna pkara yg xda ksalahan besar pon...tp suami yg sikap baran slalu x dpt kawal prsaan marah...sy x dpt dgr kmrahan dia, sy telah letak tlfon itu, dan dia telah mngirim kan 1 sms mngatakan TQ MAKES ME LIKE THIS, TQ SO MUCH FOR KILLING UR OWN HSBAND...sedangkn sy x bersalah apa2..sy letak tlefon itu krna tidak mahu brpnjgan dan btambah berat....jadi bila sy mnerima msj dia itu,sy trus mbalas saya (xkan ganggu hdup abg lagi,trmksh semua halal kan smua, sy xkan wujud dlm hdup abg lg...sy x bguna..bunuh laki sndri, sy xkan ganggu abg lagi..sy bukan 'isteri abang lagi '....saya pmpuan x layak tuk abg)
namun saya telah mohon ampun dr dia dn juga Allah ats ksilapan sy itu....dan suami telah memaafkan saya...tp sy ingin tahu apa hukum seorg isteri yg tidak dpt btahan dgn krenah suami baran, dan berkata2 spt d atas hnya utk mberi ksedaran pd suami...
Quote
+2 #125 jatuh ke tidakhamba Allah 2011-06-02 15:22
Assalamualaikum Ustaz..

Saya ingin bertanyakan satu soalan.. bagaimana status kami sekarang.. sy perna bertengkar melaui SMS tampah niat sy.. KALO SAYA... MENYUSAHKAN AWAK, SAYA AKAN LEPASKAN AWAK.. tolong ustaz jelaskan soalan ini...
Quote
0 #124 kelirusue 2011-05-27 16:28
salam...saya tegah keliru n sedih adakah talak yang di lafas kan suami kepada saya betol???? masa kami tegah bertengkar beliau(suami) da bertaya nak ape saya pun cakap lepas jelah kalau tak sayang cerai je....beliau tanya talak berapa pada saya n saya jawab talak 3....beliau tanya betol ke..saya cakap ye...beliau cakap kalau tu yang kamu nak abang cerai.....tolonglah ustaz adakah jatuh talak yang di lafas kan tu (abang cerai) tampa meyebut nama.....untk pegetahuan astaz saya sudah berkahwin 3tahun di kurniakan 1cahaya mata(umr 1thn) dan sekarang sedang hamil 7blan .......ustaz saya tak tahu pe y perlu saya lakukan sekrang????suami pun tak nak g repot lagi penceraian tu.....
harap ustaz boleh beri penjelasan.....terima kasih ustaz
Quote
0 #123 musykilHamba Allah 2011-03-08 12:39
Assalamua'laikum...
saya ingin tahu adakah jatuh talak sekiranya suami menyebut "jangan sampai abg sebut benda yg tak sepatutnya abg sebut"...dalam fikiran saya benda 2 ialah cerai.bagi saya suami mmg ada niat nk ckp tapi tak berani.kes ni disebabkan kami bergaduh melalui telefon sebabnya benda kecil saja dan suami mmg yg kuat cemburu.seingat saya dah 2 @ 3 kali dia kata mcm 2 setiap kali kami bergaduh.saya cuma nak kepastian daripada ustaz dalam masalah saya ini....terima kasih
Quote
+1 #122 Cerai dan ruju'insan keliru 2011-03-04 21:01
Assalamualaikum wbt ustaz.

Saya sebagai suami pernah melafazkan cerai pada thn 2010, kerana dia cemburu buta, suka fikir saya bukan2 dan tengking2 sy. Tak lama kemudian, demi menyedapkan hati si isteri, sy melafazkan ruju', tetapi hati saya tak ikhlas utk membuat lafaz itu, apa hukum dan status sy skrng ustaz? adakah saya perlu pergi ke mahkamah syariah utk mengesahkan cerai dan ruju' itu. diharap ustaz dpt membantu saya secepat mungkin, perasaan syg kpd isteri telah hilang, dan sekarang saya hanya berlokan.
Quote
+1 #121 fasakhiza 2011-02-08 18:02
ustaz saya dh mintak cerai selama 3tahun...dah x ddk sebumbung saya x fhm kerana mahkamah x jatuh kan talak...sampai bila klu saya nk kawin baru mcm mane..atau terlanjur...kalau saya telanjur saya mgandung jatuh ke talak ustaz?
Quote
+3 #120 Talakzie 2011-02-07 10:23
salam ustaz,

saya ingin bertanya, adakah setiap talak (1/2/3) perlu di daftarkan. Sekiranya suami ingin rujuk & melakukan persetubuhan, adakah perlu di daftarkan juga di pejabat agama/mahkamah syariah? Jika tidak mendaftarkan perceraian & rujuk, adakah sah ikatan suami isteri walaupun persetubuhan telah dilakukan.
Quote
0 #119 lafazhani 2010-12-08 11:00
salam ustaz, harap ustaz dapat tolong saya.. saya baru melahirkan anak dan masih dalam pantang, semasa kami sedang berbual, suami ada berkata "awak ni.. selalu cakap abg ni ada girlfriend.. abg ceraikan awak.. abg main kayu tiga..", tentang perkataan yang keluar dari suami saya, adakah jatuh talak? tolong..
Quote
0 #118 nak cerainonoe 2010-11-20 20:24
salam UZAR,

Apakah hukum seorang isteri mahu mintak cerai dengan suami sebab dia sudah hilang perasaan cinta serta tiada nafsu lagi terhadap suami?? Suami juga sama seperti keadaan saya tiada lagi nafsu terhadap saya..tapi dia tak mahu ceraikan saya sebab dia takut malu pada keluarga serta tahu tiada siapa siapa mahukan dia...jika bercerai dengan saya tiada yang mahu hidup dengan dia. Suami saya penting diri, sedangkan dia tahu saya tidak bahagia lagi bersama dengannya....kami tak hidup seperti suami isteri pun......adakah harus saya minta FASAKH...apakah hukum terhadap suami seperti ini...menganiayai isteri sendiri
Quote
0 #117 keliru dgn status ceraiLINDA AHMAD 2010-10-15 23:03
Salam Ustaz,
Saya pernah diceraikn oleh suami & kemudian kami rujuk kembali. Berlaku persilihan faham & kami bergaduh. Suami saya amat marah sekali sehingga melafazkn perkataan "I Ceraikan U". Kemudian tidak sampai sejam, suami saya kembali kepada saya dan mengatakan yg kami ni masih lagi suami isteri, bila ditanyakan status saya, dia katakan yg dia langsung x ada niat untuk ceraikan saya tapi terlalu marah dgn tindakan saya. Saya musykil & keliru dgn apa yg dikatakan. Ada sesetengah mengatakan yg lafaz ketika marah & tanpa niat, tidak sah talaknya. Tapi ada juga yg berpendapat yg talak tetap jatuh sebab dlm keadaan sedar. Adakah jatuh talak keatas saya? Adakah suami perlu rujuk dgn saya? Harap Ustaz boleh terangkan kepada saya dgn secepat mungkin. Terima Kasih.

UZAR : Telah jatuh talaq satu dengan lafaz itu walau tidak berniat. Mesti daftar di pejabat agama. puan juga sudah dikira ruju' kembali. Tapi satu kuota cerai suami telah digunakan.
Quote
+2 #116 Kemuskilan Niat Taklikkhairul 2010-10-02 09:54
Assalamualaikum Ustaz,

soalan pertama: Saya ada sedikit persoalan pada ustaz,baru baru ini saya ada terbaca atikel ustaz tentang isu lafaz niat PAS itu berunsur sumpah dan bukan niat cerai! jadi bagaimana dengan orang yang membuat sendiri kertas tersebut dan melafazkanya?

soalan ke2: saya pernah melafazkan taklik untuk isteri saya yang lafaznya"jika kau keluar dari pagar itu kau bukan lagi isteriku."tapi niat saya pada malam itu sahaja kerana terlalu marah dan takut dia keluar rumah,dia tidak keluar tetapi pada keesokkanya ia keluar dan saya ada merujuk hakim dan menyatakan niat mengikut malam itu sahaja.dan tidak jatuh,persoalan nya saya ada mentaklik isteri dengan sms"jika kau buka email dan tidak balik sekarang juga maka jatuh talak"tanpa sebutan "cerai" dan tanpa niat cerai tetapi ingin menakut nakutkannya supaya pulang segera!adakah jatuh talak tersebut?

soalan ke3: saya juga pernah menghantar sms seperti itu juga kerana risau akan sikap isteri saya"jika kau buka atau main facebook lagi selepas jam 1pg nanti maka jatuh talak"dengan memberi dia masa untuk memadam gambarnya dll,dan dengan niat selepas waktu itu selama lamanya.
persoalanya sekarang,saya memang waktu itu dalam waras dan tiada langsung niat ingin bercerai atau berpisah dengan isteri saya,tetapi sekadar menakut nakutkannya kerana risau dia akan rosak dan sebagainya.adakah lafaz taklik itu dikira nyata.atau sama dengan sebutan cerai?

untuk makluman ustaz saya masih dalam proses penghakiman,dan meminta bantuan ustaz untuk lebih memahami situasi kami,kerana pernah di sarankan oleh ustaz2 di situ.

Saya harap ustaz dapat memberi ulasan mengenainya secepat mungkin! Terima kasih!
Quote
0 #115 rujuk tanpa kepejabat kadihan 2010-09-24 21:42
assalamualaikum ..

saya pernah bercerai dgn suami pada tahun 2007. pada esok hari suami mahu kami rujuk semula tanpa saksi & saya bersetuju. kami juga tidak merujuk atau mendaftar ke pejabat agama kerana suami sering memberi alasan sibuk.

suami saya sering mengambil mudah tentang hal2 begini namun saya tidak berani bersuara kerana suami seorang yg panas baran. sehingga 4 tahun perkahwinan kami, kami masih tidak memiliki kad nikah kerana tidak kepejabat agama tempat kami menikah.

adakah selama perkahwinan kami setelah rujuk itu sah?

pada september 2010 kami bertengkar lagi & saya meminta suami menceraikan saya. suami melafazkan talak 2.

saya ingin tahu, adakah jika saya ingin mendaftarkan perceraian kami saya mesti menyelesaikan sijil nikah dahulu atau saya boleh terus daftar dahulu?

surat nikah kami hilang semasa rumah kami dimasuki perompak. adakah saya perlu mengemukakan surat aduan polis kepada pejabat agama?

saya mengharapkan pertolongan & nasihat apa yang perlu saya lakukan.

sekian terima kasih
Quote
+1 #114 cerai talak 3muhammad 2010-09-20 19:22
salam ustaz,saya pernah menceraikan isteri saya dengan talak 1 suatu ketika dahulu dan kami sudah pun rujuk dan melaporkan di jabatan agama. Pada bulan lepas saya sekali lagi menceraikan isteri saya dengan lafaz 'aku ceraikan kau dengan talak 2' dan tidak sampai 5 minit kami telah rujuk semula. Saya tiada niat untuk meceraikan dengan talak 2 kerana saya tidak tahu tentang talak,saya hanya mengetahui jika cerai kali pertama 'talak 1',cerai kali kedua 'talak 2'.. Disini saya ingin tahu pendapat ustaz adakah talak saya telah menjadi 3?masih kah kami ada peluang kerana saya tiada niat untuk menceraikan isteri saya dengan 'talak 2'.
Quote
+1 #113 Bapa tidak mahu jadi waliinaharisya85 2010-09-15 17:43
Assalamualaikum ....
ustaz, saya baru je habis eddah setelah bercerai dengan suami.masalah sekarang ni kami berdua mahu bersama kembali tetapi kami kena berkahwin semula. Kedua ibu bapa dan keluarga tidak mahu menerima kembali bekas suami dan menyuruh saya mencari lelaki lain tapi saya masih sayangkan dia dan kesian melihat kedua-dua anak saya. Masalah sekarang ni bapa saya tidak mahu mewalikan pernikahan kami walaupun bekas suami telah datang berbincang dengan cara yang baik. (ibu bapa tidak benarkannya kerana dia seorang penagih dadah..)tapi kini dia sedang mengikuti terapi di hospital untuk tinggalkan ketagihannya itu..alhamdullillah saya lihat perkembangannya amat menberangsangka n...ustaz tolonglah bagi panduan bagaimana untuk selesaikan masalah ini
Quote
+1 #112 "Aku nak bercerai" dilafazkan suamikathijah 2010-08-30 13:47
Assalamualaikum ustaz,

Saya ada kemusyilan di sini, mengenai lafaz cerai oleh suami saya. Suami, dalam keadaan tertekan selepas ditanya mengenai hal2 dia ada berkawan dengan wanita lain. Dengan perasaan geram dengan soalan2 saya, dia telah melafazkan " Aku nak bercerai" . Jatuh tak talak ustaz?
Quote
+4 #111 Kemuskilan "lafas taklik"Ms confused 2010-07-26 23:53
Assalamualaikum Uztaz..

Saya merupakan seorang muslimah yang amat daif tentang agama...
Saya Orang Sabah dan mempunyai pegangan ilmu agama yg amat terhad..
Saya telah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki..

Uztaza...

Permasalahannya , saya telak ber cerai tahun lepas dalam keadaan mengandung 2 bulan..ini kerana saya telah melanggar taklik yg suami saya lafaskan...
"hang maki aku lagi..jatuh talak"...keadaan masa tuh amat la tegang dan keadaan emosi saya tidak stabil...dan mahkamah menjatuhkan TALAK 1 atas sebab saya telah melanggar taklik tersebut..suami dan saya berbincang dan kami bersetuju untuk rujuk semula...mengambil iktibar tersebut..saya dan suami amat berjaga2 dalam bahasa...tetapi

Semalam dalam keadaan yg ceria dan bergurau senda dengan suami...
Suami:Sayang abang nak jual keta la..RM15 Ribu...
Isteri:Then,aba ng nak buat apa duit tuh?
Suami :nak buat hantaran kahwin ha ha ha(dia gelak sbb dia berniat berjenaka)
Isteri :kimakz....(pun gelak besar juga atas dasar berjenaka )

tiba-tiba suami sedar...
Suami:Eh maki aku ka?
Isteri:eh tak la..bergurau laaaa...sorry la abang..bukan nak maki pun..
Suami:*terdiam sebentar.....jatuh tak talak???
Isteri:-??????Nangis....
Suami:jangan la nangis,abang pun tatau sama ada taklik jatuh ke tak??

bagaimana situasi saya Puan???kami benar2 binggung....adakah taklik yg d lafaskan dulu berulang kembali..dan adakah saya jatuh talak 2???

saya harap uztaz dapat tolong jelaskan situasi kami ini..

terima kasih uztaz


Yang benar,
ms confused
Quote
-2 #110 nak tahu status..anne 2010-07-06 05:01
Salam ustaz..Suami saya seorang yang panas baran dan cepat melenting.Masalah saya begini: Situasi pertama: Pada tahun lalu, suami saya tiba-tiba marahkan tanpa sebab dan saya terlalu sedih lalu lari suami saya telah mengatakan "kalau kamu lari kamu saya ceraikan". Pada ketika itu, saya sudah tidak tahan lalu larikan diri dan merajuk dengan tindakannya. sebenarnya saya hanya larikan diri masih berada dalam bangunan yg sama. Namun sumi saya terus mencari saya kerana risau akan keselamatan saya.. berkali-kali dia telefon saya agar pulang..akhirnya saya pun pulg. dia kata dia terlalu marah lalu berkata begitu. adakah jatuh talak tersebut? Kejadian kedua: Kali ini suami saya marah lagi kerana saya merajuk dan tak angkat telefon, apabila saya angkat telefon sekali lagi dengan jelas dia kata saya ceraikan kamu dengan talak satu dan dijelaskan lagi dengan SMS. tapi tidak sampai sehari dia rujuk saya dengan syarat saya tidak boleh bantah apa saja kehendaknya..jadi saya pun setuju kerana saya masih sayangkan dia dan saya tak sanggup berpisah dengan anak-anak. Apa komen ustaz tentang situasi ini? Adakah ini dikira talak 1 atau 2? Kejadian ketiga: baru-baru ini, saya menghadapi krisis dengan kawan sekerja, masalah saya ialah saya tak pandai untuk membidas balik apabila teman sekerja memarahi saya. Sepanjang kami berkahwin, saya sudah kurang keyakinan diri. Suami saya selalu menghina saya dan mengutuk saya dengan perkataan [censored], PUKIMAK, BABI..dll.Namun begitu kami masih saling sayang menyayangi.Setelah saya beritahu suami saya tentang masalah tersebut, dia terlalu marah dan mengugut saya sekiranya saya tidak pertahankan diri, dia ceraikan saya dengan talak 2. namun begitu, berlaku lagi keadaan yang sama iaitu saya masih tidak dapat untuk membidas balik kata-kata teman saya itu.. kata suami saya, dia ugut saya begitu kerana dia terlalu sayangkan saya dan dia mahu saya ada keyakinan diri. Adakah talak tersebut sudah jatuh dan adakah sudah jadi talak 3?
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 83 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Rumahtangga & Keluarga Jawapan KeKeliruan Isu Ruju' Cerai