Anak : Perlu Cara Baru?
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

"Allah suka orang yang solat"
"Kalau kita tidak solat, Allah akan bakar dalam api, panas api tu macam termakan nugget panas, sakit mulut kan, itu baru sikit belum terbakar lagi?"
Inilah bentuk-bentuk bahasa yang biasa kita cuba gunakan dalam memberikan nasihat kepada anak-anak kita yang berumur sekitar 4-9 tahun. Tepat tak cara dan bahasa yang digunakan itu atau terlalu rendah? Atau mungkinkah terlalu tinggi?
MINDA KITA DAN ANAK
Pada kebiasaannya, jika saya tidak menghadiri ceramah atau kuliah maghrib, saya sekeluarga akan mengadakan tazkirah ahli keluarga. Pada mulanya saya seorang atau isteri yang akan memberi pengisian kepada anak kami seramai empat orang.
Secara peribadi saya menghadapi sedikit kesukaran untuk memilih ayat dan perkataan yang sesuai semasa memberikan tazkirah, kerana bimbang anak saya yang berumur 9 dan 7 tahun gagal menangkap mesej saya.
Namun, setelah berfikir kembali, saya kira ini adalah masalah pertama saya agaknya. Bagi saya kita tidak patut terlalu merendahkan kemampuan anak untuk memahami sesuatu. Kerana apabila melihat kertas-kertas jawapan sekolah mereka, saya menjadi kagum pula dengan kemampuan mereka menjawab soalan yang saya fikir anak berumur 7 tahun tidak mampu.
Mana tidaknya, di zaman saya darjah satu dulu, baru nak belajar " A-Y-A-M" bunyinya ayam , " B-O- L-A" ialah BOLA dan lain-lain. Silibus darjah satu hari ini sudah berbeza, sudah semakin tinggi. Cuba anda buat semakan kertas soalan darjah satu anak anda.
Justeru sebagai ibu bapa, perlu menangkap perbezaan ini jika mereka mahu memahami anak mereka. Jangan asyik bangga dengan alasan makan garam dulu sahaja.
MASALAH RUMIT MAMPU DIFAHAMI
Pernah banyak kali apabila saya dan isteri berbincang berkenaan masalah yang agak rumit dengan bahasa yang dikira bahasa orang dewasa, tetapi disampuk dan ditanya oleh anak-anak. Kami tidak pula sangka mereka memahaminya.
"Ummi, tadi kat sekolah kawan kata mak dia parti xx " kata anak saya berumur tujuh tahun
"Lepas tu kak ngah pun cakap la, mana boleh sokong xx ni, kita kena sokong xxx sebab ..." ulasnya.
Hmm..angkat kening juga saya
Kami tidak pernah mengajarnya bercakap demikian secara specifik, hanya cakap-cakap umum di rumah dan perbincangan-perbincangan dengan isteri. Tidak pula saya sangka anak-anak yang duduk di sekeliling kami sambil bermain-main, waktu yang sama beberapa point termasuk hal politik juga boleh masuk dalam kepala dan minda mereka. Lebih hebat dari itu, MEREKA MAMPU MEMBUAT kesimpulan.!
Mungkin ini salah satu perkara yang mana ramai ibu bapa hari ini terlepas pandang. Kita kerap kali tersilap perkiraan dengan kefahaman anak-anak. Rancangan televisyen yang kita sangka tidak memberi pengaruh kepada anak (mungkin kerana dijangka kandungan yang agak tinggi dan bahasa yang agak rumit), kerana hanya beberapa saat adegan yang tidak baik, rupanya memberi kesan ‘sesuatu' di mindanya. Sebab itu, sebagai ibu dan bapa, kita wajib mengawal rancangan televisyen yang ditonton, kartun yang dilihat, iklan yang dipapar. Pastikan remote sentiasa dekat dengan anda.
Bayangkan dalam sesebuah keluarga yang tidak aman dan sering bergaduh, pastinya anak akan dapat membuat kesimpulan tertentu. Mereka juga boleh tertekan tanpa disedari oleh ibu bapa. Justeru, jangan remehkan kemampuan minda anak di zaman ini.
PENGALAMAN SAYA
Memberi ceramah kepada orang awam, golongan elit, middle class, super VIP, ahli perbankan, dan bercampur dengan ahli akademik peringkat Universiti menjadikan saya sedikit sukar untuk cuba berada di posisi kanak-kanak sekolah rendah.
Saya sudah terbiasa apabila dijemput ceramah di mana-mana jua atau menulis artikel seperti ini, saya akan berusaha meletakkan diri saya sebagai pembaca dan pendengar tahap biasa. Dengan demikian, ia merangsang minda saya untuk memberikan contoh-contoh, rantaian maklumat dan info yang sesuai agar audien dapat menangkap maksud saya.
Namun, memberi tazkirah kepada anak-anak saya agak sukar nampaknya, adakalanya apabila saya menganggap ia faham, apabila ditanya rupanya terdapat beberapa perkataan yang gagal difahami. Tetapi kegagalan memahami beberapa perkataan adakalanya tidak menghalangnya dari memahami mesej penuh dari ayat.
Lalu saya baiki dalam tazkirah seterusnya, perkataan dipermudahkan lagi. Namun masih wujud masalah lagi iaitu ayat yang panjang-panjang dengan bahasa standard biasanya merumitkan mereka.
Lantas dibaiki lagi. Ayat pendek-pendek, ringkas dan mudah dilontarkan, namun mesti tetap ada logik dan penjelasannya. Walaupun demikian, saya masih tertanya-tanya samada ‘ok' atau tidak.
SISTEM GILIRAN
Justeru, untuk hasil yang lebih baik, kali ini kami melakukan sistem penggiliran takzirah. Bukan giliran antara saya dan isteri sahaja, malah juga dua anak kami yang berumur 7 dan 9 tahun ini. Mereka akan diminta memberi tazkirah. Pada mulanya mereka agak blank bila diberi peluang bercakap dan kami sebagai pendengar. Inilah masanya kami menjadi pendengar yang terbaik terhadap apa yang ingin mereka perkatakan.
Lama-kelamaan mereka semakin cekap menyusun ayat, mengatur isi, dan adakalanya mereka mempersembahkan isi kandungan matapelajaran di sekolah mereka atau diceduk dari majalah-majalah Islam untuk kanak-kanak. Malah mereka juga boleh menceritakan apa-apa perkara yang berlaku di sekolah. Ini masa untuk kami mendengar dengan teliti. Amat baik inshaAllah.!
Sering saya baca dan dengar dari mereka yang pakar dalam bidang keibubapaan dan keluarga ini. Terdapat anak yang tertekan kerana jarang diberi peluang untuk bercakap dengan ibu bapanya. Saya kira cara ini mampu membantu si anak merasa dihargai idea mereka. Ia menjadikan mereka lebih ringan menyatakan pendapat mereka dalam keadaan lain. Dengan itu, perasaan tidak puas hati yang mungkin terbuku sehingga dewasa akan dapat ditangani.
Selain itu, saya dapat melihat bagaimana bentuk ayat-ayat yang mereka mampu faham, iaitu melalui ayat yang mereka sendiri karangkan. Selain itu, dapat melihat peningkatan gaya bahasa mereka. Selepas itu, setiap tazkirah, bahasa yang hampir sama juga perlu kami gunakan dalam tazkirah kami dan Alhamdulillah.
Namun, sampai bila kita perlu memudahkan ayat dan perkataan?. Bukankah sepatutnya sekali sekala kita gunakan bahasa dan isi yang sedikit tinggi, dengan demikian mampu merangsang minda anak-anak ini agar berfikir sedikit keras dari biasa. Justeru, mungkin kita boleh mengubahnya dari masa ke semasa.
ADUAN & LATARBELAKANG
Cuba teliti perbualan di bawah :
"Ayah, ada surat dari cikgu" kata anak
Jawapan ibu bapa : hmm nanti ayah tengok
"kena beli buku tulis" kata anak
Jawapan ibu bapa : "Nantilah, buku tulis dulu pergi mana"
"Cikgu minta belikan hadiah, kalau tidak cikgu kata tak nak masuk lagi kelas ni" kata anak
Jawapan ibu bapa : Apa la cikgu ni. Tidak perlu beli la, cikgu main-main aja tu.
"Buku tak ingat letak mana" kata anak
Jawapan ibu bapa : Tak pe, nanti cari kemudian, subjek tu bukan ada pun hari ini kan
Banyak kali aduan anak-anak kita di sekolah rendah yang mungkin seperti yang saya sebutkan di atas tadi. Namun bagaimanakah respon kita agaknya?
Adakah sebagaimana yang saya andaikan tadi atau bagaimana?
Anak saya sendiri selalu mengadu dan minta itu ini tentang urusan di sekolahnya. Tidak dapat saya nafikan, adakala saya merasa isunya terlalu kecil dan dan tidak wajar dirisaukan.
Akhirnya kebanyakan ibu bapa tidak mengendahkannya, sedangkan si anak merasa amat bimbang dan takut. Adakalanya takut dan bimbang mereka ada asasnya, mungkin disebabkan guru-guru yang garang, atau tidak suka dan malu didenda, tidak suka dipermain kawan dan sebab-sebab lain. Namun ada kalanya juga kebimbangan anak itu tiada banyak asasnya. Hanya sangkaan mindanya bahawa ia akan dimarahi gurunya.
Selain bertanya dengan jelas dan tenang kepada si anak, elok juga jika kita dapat mengimbau kembali kepada keadaan dan perasaan kita semasa berada di darjah satu. Setelah mengingat perasaan silam tersebut, inshaAllah kita akan dapat lebih memahami mengapa si anak merasa sangat bimbang, sedih, menangis dan sebagainya. Saya sendiri masih ingat ketika di darjah satu dulu, jika saya tertinggal walau satu buku risaunya bukan kepalang.
Malah dalam Islam juga, amat penting untuk kita memahami siapa di depan kita apabila mendengar idea dan apa jua pandangan mereka. Moga dengannya kita akan jadi lebih memahami.
Kerana itu, saya merasa amat sukar apabila ada individu menghantar sms bertanya hukum itu dan ini tanpa memperkenalkan diri dan latar belakang. Sukar bagi saya memberi jawapan. Tambahan pula soalannya pelbagai dan saya tiada idea siapa di sebelah sana dan bagaimana latarbelakang ilmunya.
Justeru, jika menghubungi saya atau sms terus ke handphone saya dan email, sila berikan sedikit latarbelakang anda. Demikian juga apabila anak mengadu, cuba bayangkan kita berada di posisi mereka. Dengan itu, kita akan menjadi lebih toleran dan understanding.
Demikian sedikit coretan saya untuk tatapan semua. Moga ada manfaat dari saya yang bukan pakar dalam bidang keibubapaan dan pendidikan anak-anak ini. Sekadar perkongsian idea. Sebarang idea yang baik dan membina hasil pengalaman dan pembacaan anda, amat dialukan untuk perkongsian di ruang komen.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
20 Mei 2008
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
Yg paling degil, anak yg umur 13 thn, disuruh ganti puasa taknak, disuruh solat buat tak tahu dan suka mencuri. Klau sy tegur pasal solat, mereka buat tak tahu dan tengok tv saja. Bila diselidiki ibu kandung mereka pun tidak pernah solat. Suami saya hanya beri nasihat sahaja. Katanya mereka akan buat bila dah besar nanti. Sy nk minta nasihat dan pendapat dari ustaz, bolehkah sy merotan anak sy yg berumur 13 thn itu? Adakah cara-cara lain yg oleh sy lakukan utk didik mereka?
Memandangkan anak saya semua lelaki (3orang), saya menitikberatkan training memasak yang simple, mengemas rumah, mengemas bilik sendiri, personal grooming dan berdikari. Kepada ibu2 di luar sana, jangan anak manja dengan pembantu/nenek/atuk daripada ibunya sendiri. Kerana itu adalah satu kerugian yang amat besar bagi seorang ibu. Sekian. Yang buruk dari saya, dan yang baik dari Allah swt sahaja.Salam.
saya perlukan panduan@tips bagaimana untuk menangani masalah anak nakal. mungkin anak saya terlebih dimanjakan oleh pengasuh yg juga atok & uwannya. kenakalan & gelagatnya kadangkala dilakukan semata-mata untuk membangkitkan kemarahan kami.
terima kasih
Saya mempunyai masalah yg agak berbeza. Saya telah mendidik anak2 saya takutkan Allah dan adanya malaikat dikiri knn menctt kebaikan dan keburukan kita. Alhamdulillah, anak saya boleh dikategorikan anak yg baik. tapi sekarang masalahnya bila pulang ke kg. Adik bradik suami meng"kontrol" anak2 dengan "momok" dan hantu. Anak saya yg dulunya berani, menjadi penakut. Bila diajak solat, dia x mahu krn sepupunya tidak mahu solat. Dia juga bertanya saya boleh ke kita berbohong...bl ditanya kenapa, dia cakap sepupunya bohong.
saya risau dengan persekitarannya ...apa yg saya ajar mcm dpermain2kan. Rasa tercabar...saya x tahu bolehkah saya bertahan atau anak saya mmptahankan didikan saya itu.
Bagaimana pula disekolah nanti...mcm2 ragam n perangai bdk2 zaman sekarang ni...saya makin risau.
Andainya ada doa atau apa2 ayat yg UZAR amalkan agar anak2 dapat bpegang pada didikan yg betul @ tetap pendirian...mohon dikongsi bersama.
Saya suka dan bpegang dengan ungkapan 'ikan walaupun tinggal dilaut yg masin, tapi isinya tidak masin'.
Cadangan sy utk pembaikan:
1) Cuba ambil masa utk bersendirian, kemudian ingatkan segala sumbangan & kasih sayang yg telah ibu bapa anda curahkan dlm membesar & menggembirakan anda.
2)Sebutkan kebaikan ibu bapa anda pada kawan-kawan & teman-teman. Ceritakan brang permainan, pakaian, makanan & tempat tinggal yg telah disediakan. Sedangkan diri anda sendiri belum ada memberi apa2 sumbangan yg besar utk ibu bapa anda.
Insya'Allah, apabila kita memikirkan kebaikan & mengucapkan kebaikan yg kita terima, perasaan tertekan dgn sikap jengkel mereka dpt dikurangkan.
Cubalah......
harap ustaz boleh tolong saya..saya mempunyai perasaan benci terhadap bapa saya kerana perangainya yang boleh menyakitkan hati saya..dia suka bercakap berulang-ulang sehingga pada masa itu dalam perjalanan johor ke melaka dia boleh membebel tanpa henti...saya sangat tertekan sampaikan kadang2 saya menjawab...saya juga mempunyai ibu yang suka memaksa saya melakukan sesuatu sehingga saya tidak tahan dan saya akan menangis sendiri kerana tertekan...saya remaja yang berumur 17 tahun...apakah yang harus saya lakukan?saya harap ustaz dapat balas di email saya..
saya nak minta izin copy tajuk ni...
syukran jazilan...
sy rasa ibubapa perlu pelbagaikan pendekatan utk hadapi anak2. setiap anak istimewa dan perlukan perhatian sewajarnya. apatah lg teknologi canggih menggalakkan anak zaman ini mndpt maklumat dgn mudah. Kita sbg ibubapa perlu prihatin dgn aktiviti dan kcnderungan anak2.Ibubpa perlu tgkatkn ilmu & amal[agama, keibubapan, internet dll]agar mudah mndekati anak2 n dpt beri mklumat yg betul. Anak akan yakin dan lbh hormati ibubapa. InsyaAllah.
Saya baru terbaca artikel ustaz, dan kebetulan baru berhadapan dengan masalah anak ni. Anak perempuan saya baru darjah dua. Saya mengajar di sebuah sekolah menengah agama swasta. Anak saya belajar di sekolah rendah dan sekolah ini berada dalam satu kawasan dengan sekolah menengah. Jadi setiap hari saya akan membawa anak saya bersama apabila ke sekolah. Seorang lagi anak dihantar ke nursery.
Sekolah ini adalah sekolah yang saya rasa amat mampu melahirkan pelajar yang soleh dan baik akedemiknya. Walau bagaimanapun akhir-akhir ini anak saya asyik melarikan diri dari solat berjemaah di sekolah.
Anak saya dan beberapa orang kawannya akan menyorok dalam tandas sampailah habis waktu solat. Saya amat terperanjat dan amat tidak samgka juga amat terasa sedih dengan perbuatannya. Apatah lagi ayahnya seorang ustaz dan walaupun saya bukanlah seorang ustazah tetapi ada kefahaman agama.
Saya amat risau dan runsing dengan apa yang akan terjadi kemudian Boleh ustaz beri cadangan cara untuk menangani masalah ini?
UZAR : tahnik ikut sunnahnya dibuat pada hari ketujuh umur bayi. orang yang terbaik lakukan adalah yang diyakini paling soleh
oppps, jgn salah anggap dia mempunyai masalah mental tapi jika benar anak puan mempunyai masalah ini, inshaAllah pakar psikiatri boleh membantu. anak kenalan saya hanya dapat dikesan mempunyai masalah ini pada lawatan ke 3. Alhamdulillah kini dapat berubah sikap dan belajar setelah memulakan rawatan. ikhtiarlah.
UZAR : nasihat ibu dan bantu dia untuk berwudhu dan ajarkannya solat duduk atau solat secara berbaring
A message every adult should read, because children are watching you and doing as you do, not as you say.
When you thought I wasn't looking, I saw you hang my first painting on the refrigerator and I immediately wanted to paint another one.
When you thought I wasn't looking I saw you feed a stray cat, and I learned that it was good to be kind to animals.
When you thought I wasn't looking, I saw you make my favorite cake for me and I learned that the little things can be the special things in life.
When you thought I wasn't looking I heard you say a prayer, and I knew there is a God I could always talk to and I learned to trust in God.
When you thought I wasn't looking, I saw you make a meal and take it to a friend who was sick, and I learned that we all have to help take care of each other.
When you thought I wasn't looking, I saw you give of your time and money to help people who had nothing and I learned that those who have something should give to those who don't.
When you thought I wasn't looking, I saw you take care of our house and everyone in it and I learned we have to take care of what we are given.
When you thought I wasn't looking, I saw how you handled your responsibilitie s, even when you didn't feel good and I learned that I would have to be responsible when I grow up.
When you thought I wasn't looking, I saw tears come from your eyes and I learned that sometimes things hurt, but it's alright to cry.
When you thought I wasn't looking, I saw that you cared and I wanted to be everything that I could be.
When you thought I wasn't looking, I learned most of life's lessons that I need to know to be a good and productive person when I grow up.
When you thought I wasn't looking, I looked at you and wanted to say, 'Thanks for all the things I saw when you thought I wasn't looking.'
Each of us(parent, grandparent, aunt, uncle, teacher or friend) influences the life of a child.
How will you touch the life of someone today?
UZAR : good one
1.dari hilangnya khusuk dalam solat yang kita lakukan.
2.Berlindung dari ilmu yang tak memberi munafaat.
3.Berlindung dari nafsu dalam diri yang tidak pernah puas dan kenyang.
4.Aku berlindung dari doa yang tidak dengar lagi oleh Allah.
Setiap masalah itu ada puncanya dan perlu kita fikirkan dan muhasabahkan, adakah kita tak yakin pada petunjuk Allah? dalam solat sendiri sudah ada pohonan memohon petunjuk tapi kita selalu tertanya tanya akan masalah hidup, tapi sedarkah kita ibadah yang kita lakukan sampai kepada Allah?
marilah kita tingkatkan takwa dan ilmu agama dan kembalilah kepada islam sebenar dan pimpinan negara Islam sebenar.
agar doa yang kita pohon itu sampai dan didengar oleh Allah.
Saudara seIslam
sekarang gejala gay dan lesbian sangat berleluasa..dulu kite sangant takut dan menjaga pergaulan lelaki dan perempuan kerana bimbangkan zina dan sebagainya.. tapi sekarang pergaulan lelaki dengan lelaki pun boleh mendatangkan mudarat..
saya pernah didatangi seorang pelajar ipta lelaki yang berwajah comel dan mengaku kepada saya dia telah menjadi gayboy..(menjual diri kepada lelaki juga)
perkara bermula apabila rakan seasrama lelaki yang (gaya seperti lelaki normal) memujuknya untuk melakukan perkara yang tidak bermoral mengakibatnkany e ketagih
saya sekarang sangat risau mcmmana nak menjaga dan mendidik anak lelaki saya (apatah lagi yang berwajah comel) dari maksiat ini..
minta nasihat dan panduan dari sesiapa yang pakar dalam mendidik mereka supaya yang mampu melindungi mereka dari godaan syaitan.
Baguih untuk bakal ibubapa...
learn something..
Anak yg sulung dan kedua,perempuan .KEdua-duanya saya hantar smka.Sebab pada saya, anak2 kenalah diberi peluang mempelajari bahasa arab sbg bahasa al-quran.masalahnya, saya ni memang garang dalam mendidik anak2.semua saya nak tgok kerja mesti sempurna.Mungkin anak2 tension dengan saya.tapi, adakalanya saya baik dengan mereka seperti kawan.Anak lelaki (ke3), saya sangat berharap dia dapat masuk maahad tahfiz tg. satu nanti.Masalah saya, saya rasa saya tidak dapat mentarbiyah sebaiknya anak laki seorang ni.Dia rajin.Solat tak payah disuruh.Time azan maghrib dia akan azan.Time solat jumaat dia tak miss walaupun ketika ayahnya tiada.Tolong beri saya tips mendidik anak lelaki di kalangan anak perempuan.Saya mahu dia berjaya di dunia dan akhirat.
terima kasih ustaz.
Ustaz, berilah tunjuk ajar kepada saya semoga saya tidak mengeluarkan kata2 kesat lagi dan bersabar terhadap tingkahlaku anak2 saya dan besar harapan saya mereka menjadi anak2 yang soleh dan solehah. Amin
From Kuching
saya bercita2 menjadi 'bapa super' satu hari nanti. doakan saya
RSS feed for comments to this post