Rumahtangga & Keluarga :: Cerai Kerana Zihar Dalam Konteks Semasa

:: Cerai Kerana Zihar Dalam Konteks Semasa

  • PDF
(20 votes, average 5.00 out of 5)
Untitled Document
 

2) Sekiranya jatuh hukum zihar apakah yang perlu seorang suami lakukan?

kalau berpandukan kepada Firman Allah yang mafhumnya ;"Orang-orang yang telah menziharkan isteri mereka dan kemudian mereka hendak kembali apa yang mereka ucapkan itu, maka (wajib atasnya) memerdekakan seorang hamba sebelum kedua suami isteri itu bercampur. Demikianlah yang diajarkan kepada kamu dan Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. Barangsiapa yang tidak mendapat hamba untuk dimerdekakan, maka wajiblah atasnya (suami) berpuasa 2 bulan berturut-turut sebelum keduanya bercampur. Maka siapa yang tidak berkuasa, wajiblah atasnya memberi makan 60 orang miskin.

 

Demikianlah supaya kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya. dan itulah hukum-hukum Allah dan orang-orang kafir ada baginya siksaaan-siksaan yang amat pedih."

Wassalam

 

 

JAWAPAN UST ZAHARUDDIN ABD RAHMAN

 

RUKUN ZIHAR

1. Suami

2. Isteri

3. Perkara yang diserupakan

4. Lafaz zihar

PERINCIAN

Rukun Pertama: Tidak disertakan kerana meyakini ianya jelas

Rukun Kedua: Tidak disertakan kerana menyakini kejelasannya

Rukun Ketiga: (Perkara yang diserupakan)

 

Untuk mensabitkan rukun ini, beberapa syarat berikut mesti difahami:

Syarat yang disepakati oleh jumhur ulama’ :-

1. Anggota-anggota yang haram dilihat oleh sesama mahram. Contoh punggung, perut, kemaluan di sekitarnya dan yang seumpama dengannya. Penyamaan dengan tangan, kepala, kaki, rambut, dan lain-lain . Demikian pandangan kebanyakan ulama’, Ulama’ Hanbali dan Maliki mensabitkan seluruh anggota sama ada haram dilihat mahupun tidak, semuanya boleh mensabitkan zihar (Al-Fiqh al-Islami wa adillatuhu, 9/7173) Pandangan yang rajih adalah pandangan jumhur.

 

 

2. Mestilah anggota-anggota ini daripada wanita yang diharamkan berkahwin dengan si lelaki sama ada tahrim secara berkekalan (muabbad) atau keturunan (nasab) atau susuan dan musoharah. Seperti Ibu, Anak, Adik beradik, Pak cik, Mak cik dan lain-lain yang berkaitan. Selain pandangan mazhab utama, ia juga pandangan Hasan al-Basri, Ato’ Abi Rabah, As-Sya’bi, An-Nakha’ie, Al-Awza’ie, at-Thawry, Ishak Rahawaih, Abu Ubaid, Abu Thaur.

Pandangan Imam Syafie dalam 'qawl qadim’: Tidak jatuh zihar terhadap semua wanita kecuali ibu dan nenek sahaja… kerana ayat berkenaan zihar itu ditujukan khas untuk ibu. Tetapi Qawl Jadid Imam Syafie memindanya ijtihadnya dengan mengatakan jatuh zihar kerana wanita yang diharamkan tadi menyerupai pengharaman ibu (al-Muhazzab, As-Syirazi dan al-Majmu’, 19/45)

Manakala yang tidak muabbad seperti wanita asing, adik beradik perempuan bagi isteri dan lain-lain. Tidaklah penyerupaan dengan mereka dianggap zihar. (Lihat Al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-‘Arba’ah 4/500; Ad-Dusuqi ala syarh al-Kabir 2/439; Ashal al-Madarik 2/169; Kifayatul akhyar 2/71)

Ulama Maliki menambah bahawa binatang juga termasuk dalam kategori yang tidak boleh disamakan. Kerana asalnya manusia tidak boleh berhubungan jenis dengan binatang. Maliki juga mensabitkan zihar kiranya menyamakan rambut isteri dengan rambut ibu dan lain-lain. Manakala jumhur tidak berpandangan sekian. (Ad-Dusuqi ala syah al-Kabir, 2/439)

 

Syarat yang diperselisihkan :-

* Mestilah diserupakan dengan anggota wanita.

Kiranya ditasybihkan dengan lelaki seperti “Belakang atau Punggung kamu seperti belakang atau punggung bapaku”. Ulama Hanafi dan Syafie mengatakan TIDAK JATUH ZIHAR.

Bagaimanapun Ulama’ Hanbali dan Maliki mengatakan JATUH ZIHAR DENGAN SYARAT MENYAMAKAN DENGAN SEBATANG ANGGOTA YANG TIDAK HALAL DILIHAT SEPERTI PERUT, PEHA, KEMALUAN, PUNGGUNG dan lain-lain yang seerti. Kiranya menyamakan dengan kepala bapa, rambut, hidung dan lain-lain, TIDAKLAH DIANGGAP ZIHAR (Lihat ashal al-Madarik 2/170; Juga al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-‘Arba’ah, 4/499). Semua mazhab mempunyai dalil masing-masing.

 

 

Ulama Syafi’iyyah mengatakan kiranya tasybih itu bukan pada bahagian haram dilihat tadi, ia bergantung kepada niat, kiranya ia berniat memuliakan, bangga maka tidaklah jatuh zihar, jika sebaliknya maka jatuh zihar. (Kifayatul akhyar, 2/70)

Rukun Keempat: Sighah (Lafaz Zihar)

Syarat lafaz untuk untuk sabit zihar adalah :-

a. Perlu kepada niat, kiranya ia dibuat secara Kinayah (tidak jelas). Sighah Sorihah (terang, jelas) seperti: “ Punggung Dinda benar-benar seperti punggung bonda Kanda”. Lafaz seperti di atas tidak perlu kepada niat, bahkan jatuh zihar apabila didengari.

Kinayah pula adalah lafaz-lafaz yang boleh diandaikan bermkasud zihar tapi mungkin juga tidak seperti:” Dinda ni seperti bondaku”. Lafaz seperti ini kemungkinan bermaksud zihar kemungkinan juga bermaksud memuliakan, hormat, penghargaan dan lain-lain. Maka ia bergantung kepada niat si suami.

Lafaz ini telah ijma’ di kalangan ulama’ tentang sabit zihar. Demikian menurut Ibn Munzir ( Lihat al-Majmu’ Imam Nawawi yang dilengkapkan oleh Syeikh Najib al-Mut’ie, 19/44)

 

 

b. Tidak disyaratkan untuk sabit zihar, mesti menggunakan lafaz yang memberi pengertian semasa.

Zihar jatuh dengan lafaz yang membawa pengertain semasa seperti : “Punggung Dinda benar-benar seperti punggung bonda Kanda”

Juga jatuh kiranya diikat dengan waktu tertentu seperti : “Kiranya dinda masuk ke rumah itu maka Perut Dinda seperti perut bondaku”

Jatuh zihar juga kiranya disandarkan ke zaman akan datang seperti : “Punggung Dinda seperti punggung bondaku sehingga awal tahun depan” atau “Perut Dinda seperti perut bonda Kanda dalam masa sebulan” .

Semua lafaz tadi cukup untuk menjatuhkan hukum zihar. (Rujuk Al-Bidayah al-Mujtahid 2/117; Matolib Uli An-Nuha 5/507 )

c. Mestilah lafaz tadi disandarkan kepada anggota tubuh wanita samada secara juzu’ atau sepenuhnya. (Bahagian yang diharamkan lihat tadi tanpa boleh di ihtimal lagi). ( Lihat Bada’I as-Sanai’ , 5/2129 )

 

 

HUKUM SETELAH JATUH ZIHAR

Setelah cukup syarat dan sabit jatuh zihar maka beberapa hukum berikut sabit :

Haram menyetubuhi isterinya (yang diziharkan) kecuali setelah dibayar kifarat. Ini adalah pandangan jumhur. Menurut tertibnya kirafat adalah membebaskan seorang hamba, puasa atau memberikan sedekah. Dalilnya adalah daripada Firman Allah SWT surah al-Mujadalah ayat 58.

Manakala istimta’ (bersedap-sedap, berseronok-seronok), sentuh dengan syahwat sebelum membayar kifarah juga tidak dibenarkan (Tahrim Wasail) di sisi ulama’ Hanafi dan Maliki ( Bada’I as-Sana’I, 5/2132; Ashal al-Madarik 2/170) Tetapi ianya harus di sisi ulama Syafie (Lihat Rawdah at-Tolibin 8/270; Fath al-Jawad 2/187; ‘Ianah at-Tolibin 4/37)

Pandangan yang rajih adalah tidak dibenarkan dengan tahrim wasail, kerana dibimbangi akan tergelincir ke persetubuhan. Pandangan lebih selamat bagi fatwa untuk orang awam. Kiranya sangat yakin tidak akan tergelincir dan tidak dapat menahan kesabaran hingga dibimbangi memudaratkan, maka ketika itu ia menjadi rukhshoh.

 
 

Kesimpulan Jawapan Terhadap Soalan (Mengambil Pandangan yang Rajih)

1. Hanya jatuh (sabit) Zihar sekiranya menyamakan isteri dengan ibu, nenek, anak dan semua wanita yang diharamkan suami berkahwin dengannya secara kekal sama ada secara Keturunan, Susuan mahupun Musoharah.

2. Penyamaan anggota tertentu sahaja yang menyebabkan sabit zihar iaitu Seluruh atau juzuk dari anggota yang haram dilihat semasa mahram. Penyamaan dengan anggota selain itu tidaklah sabit zihar.

3. Tidak sabit zihar, kiranya menyamakan anggota isteri dengan mana-mana lelaki. Hanya penyamaan dengan wanita sahaja sabit. Begitu juga menyamakan suara, rupa dan sebagainya.

4. Istimta’ dengan isteri yang telah dizihar sebelum membayar kifarah adalah tidak dibenarkan dengan tahrim wasail. Dibimbangi akan terlanjur.

 
 

JUSTERU, MENYAMAKAN RUPA, HIDUNG ISTERI DENGAN RUPA DAN HIDUNG ANAK TIDAKLAH JATUH ZIHAR, BAGIAMANAPUN MENYAMAKAN PUNGGUNG ISTERI DENGAN PUNGGUNG ANAK PEREMPUANNYA, SABIT JATUH ZIHAR. Walaupun si suami tidak berniat. Masalah Kejahilan tentang hukum ini, mempunyai perbincangan yang lain yang agak panjang, kesimpulannya, menurut Tuan Guru kami As-Syeikh Prof. Dr. Muhd ‘Uqlah al-Ibrahim, tiada keuzuran terhadap kejahilan. Menjaid kewajiban suami isteri sebelum berkahwin mengetahui hal yang berkaitan dengan hubungan suami isteri. Wallahu a’lam.

Yang benar daripada Allah, yang silap atas kelemahan penulis. Sekian,

Al-Faqir Ila Allah,

 

Ust. Zaharuddin B. Abd Rahman

Jab. Feqh & Usul Feqh, Jordan

zaharuddin@yahoo.com

Irbid, Jordan

26 September 2002

 
 
 
 
 


Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #21 menyamakan dengan haiwanannisa 2011-10-22 20:56
Adakah jatuh zihar sekiranya suami menyamakan belakang isteri (punggung) hitam seperti kerbau.
harap dapat penjelasan.
terima kasih ustaz
Quote
+1 #20 jatuh tak zihar jika ucapak suami dituju kepada anaknya tanpa pengetahuan isterimat 2011-09-25 18:15
assalam.. ustaz

saya nak tanya satu persoalan.. lama dah bermain di benak nih jika ade perbahasan melibatkan zihar.. SEMESTINYA zihar ni berlaku jika suami mengucapkan kata-kata perumpamaan yg boleh mensabitkan zihar kepada isteri . maksudnya suami mengucapkan terus kepada isteri.

JIKA suami menyebutkan perumpamaan yg boleh mensabitkan zihar tapi tanpa didengari si isteri / ataupun tanpa pengetahuan isteri.. adakah berlaku zihar?? contoh ayatnya

bapak. kata kepada anaknya :- kau ni minah.. nak duduk pun susah.. punggung dah la sama macam mak kau.. tapi kata-kata tuh tak disedari / tak diketahui si isteri .

jatuh tak zihar sebab ayat diatas dituju oleh suami kepada anaknya bukan kepada isterinya ?? itu persoalannya..

harap ustaz dapat beri jawapan..
Quote
+2 #19 pertanyaan..mat 2011-09-25 17:46
salam ustaz

saya ingin bertanya.. jiak kita terlanjur bergutrau dengan anak anak perempuan tanpa kehadiran isteri

contoh ayat :

bapa berkata : awak ni.. dah la punggung macam mak awak..

tanpa didengari isteri.. jatuh tak zihar?
Quote
-1 #18 ziharada 2011-05-16 19:23
nak tanya kalau suami kata kaki awak dan adik awak sama je macam kaki anak keling.suami kata sambil ketawa mungkin bergurau.jatuh zihar ke.
Quote
0 #17 adakah jatuh ziharnana 2011-03-02 01:20
Saya ada soalan mengenai zihar..suami saya mempunyai supupu perempuan dimana emak suami dan emak sepupu suami adalah adik beradik.
Kemudian sepupu perempuan suami telah berkahwin dan mendapat seorang anak perempuan..
Apakah hukum jika suami saya berkata alat sulit anak perempuan sepupunya itu lebih kurang dengan saya (adakah membawa makna sama?)
Dalam kes ini,adakah ia dikira zihar dan adakah jatuh zihar jika suami menyamakannya?

harap dijawab segera
Quote
+1 #16 ziharnana 2011-03-02 01:15
Saya ada soalan mengenai zihar..suami saya mempunyai supupu perempuan dimana emak suami dan emak sepupu suami adalah adik beradik.
Kemudian sepupu perempuan suami telah berkahwin dan mendapat seorang anak perempuan..
Apakah hukum jika suami saya berkata alat sulit anak perempuan sepupunya itu lebih kurang dengan saya (adakah membawa makna sama?)
Dalam kes ini,adakah ia dikira zihar dan adakah jatuh zihar jika suami menyamakannya?

harap ustaz dapat beri jawapan dengan segera
Quote
+4 #15 assalammualaiku m..yoha 2010-12-10 10:16
apakah jatuh hukum zihar apabila suami menyamakan anggota badan isteri dengan mahramnya yang sudah meninggal dunia?
Quote
-1 #14 assalamualaikum ustazhamba Allah 2010-11-25 09:01
ustaz,saya ada satu pertanyaan..adakah jatuh zihar jika saya menziharkan isteri melalui bahasa yang tidak di fahami oleh isteri..tetapi saya tiada niat untuk menziharkan ketika itu?
Quote
-1 #13 ziharLiyana Zakaria 2010-09-25 06:47
Assalamualaikum Ustaz.

Rukun zihar : suami, isteri, perkara yang diserupakan, lafaz sihar..

Sekiranya terdapat sepasang kekasih yang akan berkahwin. Tetapi si lelaki terlebih dahulu menyamakan sifat-sifat yang ada pada si perempuan dengan ibu kandungnya, apakah hukumnya? Adakah mereka diharamkan berkahwin?
Quote
+1 #12 ZiharConfuse 2010-08-24 23:11
Assalamualaikum Uztaz,

Kalau saya terlepas cakap bahawa yang punggung anak saya gelap macam punggung isteri saya, adakah jatuh zihar?

Sebab saya ada terbaca jatuh zihar jika kita menyamakan bahagian isteri dengan mana-mana perempuan yang diharamkan (cth: anak) tetapi tidak jatuh zihar jika kita menyamakan bahagian mana-mana perempuan yang diharamkan (contoh: anak) dengan isteri kita.

Terima Kasih
Quote
-1 #11 samakan isteri dengan masakan makRosmawati 2010-08-07 21:52
saya masakan suami lempeng kelapa..suami saya makan dan di berkata rase seperti mak yang buat..temasuk dalam zihar ke?atau anggota tubuh sahaja yang rukun zihar?

UZAR : Tidak, sila baca artikel sebelum bertanya
Quote
0 #10 soalan ttg ziharhafiz 2010-02-14 11:55
Assalamualaikum ,

Insiden berlaku ketika saya, isteri dan keluarga sedang makan dan bersembang mengenai bisul isteri saya.

1. Adakah jatuh zihar jika saya menyamakan bisul isteri di punggung dgn ketumbuhan yg pernah dihidapi ibu saya di bhgn belakang (tak ingt samada di belikat atau punggung) badannya satu ketika dahulu?
2. Adakah jatuh zihar sekiranya saya sendiri tidak dpt recall the exact word yg saya gunakan? Hanya perasaan yang mengatakan saya telah berkata demikian? Menurut isteri saya, die tidak terdengar sebarang kata2 yang boleh menjatuhkan zihar. Tetapi saya masih was-was dengan diri sendiri.

terima kasih atas sebarang penjelasan.
Quote
-2 #9 terkejut dan terlepas cakapsam 2010-01-18 15:50
suatu pagi saya terpandang belakan isteri yang memakai baju baru dan tercakap "macam ina" pada masa itu difikiran saya susuk badan isteri saya mcm gaya ina saya tak pasti isteri saya dengar atau tidak. ina ialah adik ipar isteri saya. jatuh zihar atau tidak?

harap ustaz memberi respon. saya ambil ilmu yang baik sahaja disisi Allah dari ustaz dan semua forumer.


UZAR : tiada jatuh zihar
Quote
+1 #8 ZiharHamba Allah 2009-10-22 20:25
Assalamualaikum ,
1-jika niat memuliakan ustaz kata ok tapi macam mana pula jika suami cakap bukan niat nak memuliakan contohnya "hidung you ni penyek macam anak kita"?
2-zihar ni boleh tak berlaku jika kita samakan isteri tentang sikap atau perbuatan (bukan nak memuliakan/sikap yang tidak baik) contohnya samaada malas, mata duitan, pelupa atau tidak boleh diharap?
Quote
0 #7 harap bantu saya..!dani 2009-10-16 11:00
baru2 ini saya sedang merawat isteri yang mengandung. ketika itu tiada perasaan benci dan marah terhadapnya, malah saya kasihan dan perihatin dengan kesukarannya yang mengandung anak pertama. ketika sedang mengurutnya kepalanya, secara berseloroh saya telah melafazkan, "kening awak ni nipis, sama macam mak". adakah jatuh zihar?? saya sungguh runsing harap dapat respon segera..TQ
Quote
0 #6 ziharHamba Allah 2009-09-18 18:06
Assalamualaikum , mengikut rukun zihar 1-suami 2-isteri, jika suami marah pada anak perempuannya "hang pun serupa dengan mak hang" bukan pada isterinya tetapi isteri ada di situ, boleh jatuh zihar juga ke? Sekadar bertanya. Tetapi dalam kes ni ada tambahan katanya " serupa mak hang, kuat merajuk."

uzar ; x ada apa2
Quote
+1 #5 assalamualaikum ustazzz 2009-08-17 04:51
saya pernah tersasul(tidak sengaja)mengata kan kepada isteri saya "awak,emak saya."Adakah itu zihar? Bantulah saya kerana suda jenuh saya mencari dalam mana2 buku agama tapi tidak ketemu.
Quote
0 #4 Soalan Bekenaan ZiharHamba Allah 2009-08-15 19:21
Salam Ustaz.
Saya nak tanya. Selain daripada ibu dan nenek, anak saudara perempuan sebelah isteri termasuk jugak ke dalam senarai yang boleh jatuh zihar?
Quote
0 #3 Soalanadam 2009-08-03 17:29
Salam Ustaz. Ustaz, kalau contoh seorang suami berkata "kamu bogel macam si minah". Sedangkan si minah tu anak sedara perempuan sebelah isteri. Adah jatuh zihar?.

UZRA : tak zihar
Quote
+1 #2 Kemusykilan Ziharmuhammad 2009-05-22 03:02
Asslamualaikum ustaz,

1. Anggota-anggota yang haram dilihat oleh sesama mahram. Contoh punggung, perut, kemaluan di sekitarnya dan yang seumpama dengannya. Penyamaan dengan tangan, kepala, kaki, rambut, dan lain-lain .

Ayat "Penyamaan dengan tangan, kepala, kaki, rambut dan lain-lain" tu seperti tergantung. Adakah anggota2 ini termasuk atau tidak mengikut jumhur ulama'?

2. Jika suami mengatakan "Kulit jari kamu (isteri) sama macam kulit jari emak (emak suami). Sensitif terhadap gelang, jam, sabun."

-[penerangan]kul it isteri adalah sensitve terhadap logam dan sabun, menyebabkan ada gatal2 dan berkudis.

3. Jika suami berkata, "Mata anak kita sama macam mata kamu (isteri)."

Persoalan, adakah no 2 dan 3 di kira zihar?

Mengikut pemahaman saya terhadap artikel ustaz, ia tidak termasuk zihar kerana anggota yg disamakan tidak termasuk dalam anggota yang haram dilihat. Harap ustaz dapat perjelaskan.

Terima kasih
Quote
0 #1 haslinda 2008-02-01 05:30
boleh tolong jelaskan lagi bahagian yang boleh jatuh zihar dan adakah kes ini pernah berlaku di Malaysia.
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 102 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Rumahtangga & Keluarga :: Cerai Kerana Zihar Dalam Konteks Semasa