Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Majlis Fatwa: Syarat Halal Bagi Pelaburan Emas
  • PDF
(13 votes, average 4.54 out of 5)

 

 

Majlis Fatwa : Syarat-syarat Pelaburan Emas

 Oleh

Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/parameter-pelaburan-emas

 

emas_baru

Keputusan:

 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

 

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut:

 

Harga Belian (al-Thaman)

 

1. Harga belian (al-Thaman) hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli.

 

Barang Belian (al-Muthman)

 

2. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang wujud, dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsungnya kontrak jual beli. Oleh itu, jual beli suatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli suatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya adalah tidak sah.

 

3. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang boleh diserahkan kepada pembeli atau wakilnya. Jika barang belian tidak dapat diserahkan kepada pembeli, ataupun penjual mensyaratkan tidak menyerahnya kepada pembeli, maka akad tersebut tidak sah.

 

4. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang diketahui oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. Ia boleh terlaksana melalui kaedah-kaedah di bawah:

 

i. Melihat sendiri barangan yang hendak dibeli ketika akad jual beli, atau sebelum akad jual beli dalam tempoh yang tidak menjejaskan sifat-sifatnya.

 

ii. Melihat sampel barangan yang hendak dijual beli. Ini biasanya berlaku semasa proses pemesanan sebelum akad dilaksanakan.

 

iii. Menentukan sifat-sifat dan kadar barang belian secara terperinci yang secara urufnya tidak menimbulkan pertikaian. Dalam konteks emas, penentuannya adalah dengan mengenalpasti tahap ketulenan emas samada mengikut standard lama berasaskan karat (seperti emas 24 karat), atau standard baru berasaskan peratusan (seperti emas 999). Penentuan sifat juga mestilah mencakupi bentuk emas, samada dalam bentuk syiling, wafer, jongkong dan sebagainya. Timbangan emas secara tepat juga adalah suatu yang disyaratkan dalam penentuan sifat emas.

 

Sighah

 

5. Sighah dalam jual beli adalah suatu yang menunjukkan kepada keredhaan kedua-dua pihak untuk memetrai kontrak jual beli. Ia boleh berlaku samada melalui pertuturan, atau suatu yang boleh mengambil hukum pertuturan seperti tulisan dan seumpamanya. Manakala jual beli secara Mu’ataah (serah-hulur) juga adalah dikira sebagai sighah yang muktabar oleh sebahagian fuqaha’.

 

6. Di dalam sighah jual beli tidak boleh dimasukkan unsur penempohan. Contohnya, seseorang mengatakan, ” Saya menjual barangan ini kepada kamu dengan harga RM100 untuk selama tempoh setahun”.

 

7. Ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.

 

Syarat Khusus Jual Beli Emas Yang Bercirikan Item Ribawi

 

10. Oleh kerana emas dan wang adalah dua item ribawi yang mempunyai illah yang sama, maka syarat tambahan bagi transaksi pembelian atau penjualan emas mestilah memenuhi syarat berikut:

 

i. Berlaku taqabudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam transaksi sebelum kedua-dua pihak bertransaksi berpisah daripada majlis akad.

 

ii. Jual beli emas hendaklah dijalankan secara lani, dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan.

 

Syarat-syarat tersebut adalah khas bagi emas yang bercirikan item ribawi, seperti emas jongkong dan syiling emas. Syarat ini tidak termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah terkeluar daripada illah ribawi.

 

Perincian taqabudh dan urusniaga lani adalah seperti berikut:

 

Syarat Pertama: Taqabudh

 

11. Taqabudh (penyerahan) hendaklah berlaku terhadap kedua-dua item jual beli iaitu harga dan juga barang belian (emas), dan ia hendaklah terlaksana sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada majlis akad.

 

12. Penyerahan harga boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut:

 

a. Pembayaran secara tunai

b. Pembayaran secara cek yang diperakui (seperti banker’s cheque)

c. Pembayaran secara cek peribadi

d. Pembayaran secara kad debit

e. Pembayaran secara kad kredit

f. Pemindahan wang daripada akaun simpanan atau semasa.

 

Secara urufnya, kesemua bentuk bayaran di atas kecuali (c) adalah dianggap sebagai pembayaran tunai oleh penjual. Pembayaran melalui kad kredit masih lagi dianggap tunai kerana pihak penjual akan mendapatkan harga jualan secara penuh dari pihak yang mengeluarkan kad kredit tersebut. Hutang yang berlaku, jika ada, adalah di antara pemegang kad dengan pengeluar kad dan bukannya dengan penjual barangan.

 

Status tunai ini masih lagi diterima secara urufnya oleh penjual walaupun pada hakikatnya pihak penjual akan menerima secara fizikal atau dimasukkan ke dalam akaunnya beberapa hari selepas transaksi berlaku.

 

13. Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu:

 

a. Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli.

b. Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa tanpa ada halangan.

 

14. Majlis akad di dalam transaksi jual beli boleh berlaku dengan pertemuan secara fizikal, ataupun secara maknawi. Contoh majlis akad secara maknawi ialah ijab dan qabul melalui telefon, sistem pesanan ringkas (sms), emel, faksimili dan lain-lain. Tetapi disyaratkan dalam semua bentuk majlis akad tersebut, hendaklah berlaku taqabudh ketika majlis akad, contohnya melalui penyerahan secara wakalah.

 

Perlu diberi perhatian bahawa majlis akad secara bertulis akan hanya bermula apabila ianya diterima oleh pihak yang berkontrak. Contohnya, pembeli menandatangani akad jual beli dan kemudian menghantarnya melalui pos kepada penjual. Selepas tiga hari, akad tersebut sampai ke tangan penjual. Maka majlis akad bermula pada waktu tersebut, jika pihak penjual bersetuju, maka akad tersebut perlu disempurnakan oleh penjual dengan menandatanganinya, dan barang belian hendaklah diserahkan kepada pembeli secara hakiki atau hukmi.

 

Syarat Kedua: Secara Lani

 

15. Transaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara lani dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan, samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas.

 

16. Penangguhan penyerahan harga yang tidak dibenarkan adalah meliputi pembelian secara hutang secara keseluruhannya atau pembelian secara bayaran ansuran.

 

17. Kelewatan penyerahan emas yang melebihi tempoh tiga hari selepas akad jual beli dimeterai adalah tidak dibenarkan sama sekali.

 

Manakala bagi kelewatan penyerahan emas dalam tempoh kurang daripada tiga hari, Muzakarah mengambil maklum bahawa terdapat perbezaan pandangan ulama di dalam hal ini. Namun Muzakarah lebih cenderung untuk mengambil pakai pendapat yang tidak membenarkan berlakunya kelewatan walaupun tempohnya kurang daripada tiga hari. Dengan kata lain, penyerahan emas mestilah di lakukan di dalam majlis akad tanpa ada penangguhan. Ini adalah kerana di dalam urusniaga emas, kelewatan tiga hari bukanlah suatu uruf, berbeza dengan isu tukaran matawang asing.

 

Di dalam pertukaran mata wang asing, tempoh T+2 diperlukan kerana ianya melalui proses tertentu yang melibatkan tempoh masa bekerja yang berbeza antara negara, perpindahan wang elektronik, clearing house dan lain-lain lagi. Proses-proses yang disebutkan ini tidak terdapat di dalam perniagaan jual beli emas fizikal. Maka adalah tidak tepat untuk membuat qiyas ke atas proses pertukaran matawang asing.

 

Namun secara praktikal, pihak penjual akan menyerahkan emas selepas amaun bayaran yang dibuat melalui cek dan sebagainya dikreditkan ke dalam akaunnya. Proses ini biasanya akan mengambil masa tiga hari bekerja. Di dalam menangani tempoh antara penyerahan cek dan penerimaan emas, maka pihak penjual dan pembeli bolehlah mengambil pakai aturan berikut:

 

Pihak pembeli akan hanya membuat pesanan (order) kepada penjual dengan dinyatakan jenis dan berat emas yang ingin dibelinya. Pesanan ini akan disertai dengan pengiriman wang ke akaun penjual. Pada tahap ini, perkara berikut perlu diberi perhatian:

 

i. Pada peringkat ini, akad jual beli emas masih belum berlaku.

 

ii. Wang yang berada di dalam akaun penjual masih lagi bukan milik penjual tersebut. Ianya masih milik pembeli dan disimpan sebagai amanah oleh penjual. Di dalam hal ini, adalah lebih baik jika satu akaun khas yang bersifat amanah (trust account) dibuka oleh penjual.

 

iii. Emas masih lagi kekal menjadi milik penjual dan ia bertanggungjawab penuh ke atas emas milikannya itu.

 

iv. Di dalam peringkat ini, pembeli masih boleh membatalkan pesanan yang dibuat dan penjual hendaklah memulangkan wang kepada pembeli. Namun, jika berlaku kerugian sebenar disebabkan pembatalan tersebut, bolehlah dibuat syarat bahawa ia perlu ditanggung oleh pembeli. Contohnya, pembeli membuat pesanan 100gm emas 999 dengan harga RM20,000. Ketika ini, pihak penjual telah menyimpan emas tersebut dan tidak menjualkannya kepada pihak lain yang telah bersedia untuk membelinya. Selepas tiga hari, apabila penjual bersedia untuk membuat akad jual beli dan seterusnya menyerahkan emas tersebut kepada pembeli, pembeli membatalkan pesanannya. Pada hari tersebut harga emas telah jatuh kepada RM19,000. Dengan kata lain, penjual akan kerugian RM1,000 jika menjualnya kepada pihak lain. Di dalam hal ini, kerugian sebenar adalah sebanyak RM1000.

 

Apabila wang pesanan sudah diberi clearance oleh bank, maka akad jual beli perlu dilakukan. Wang di dalam trust account (jika ada) bolehlah dipindahkan ke akaun penjual dan emas hendaklah diserahkan kepada pembeli.

 

Akad Dan Unsur Sampingan

 

18. Penglibatan hibah dalam transaksi jual beli samada hibah dalam bentuk barangan ataupun wang tunai adalah dibenarkan jika mencukupi syarat-syarat hibah, dan tidak melibatkan unsur-unsur yang bercanggah dengan syarak. Perlu diberi perhatian bahawa hibah secara hakikatnya adalah akad sukarela dan ia bukanlah di dalam bentuk lazim. Dengan kata lain, jika janji hibah ini tidak ditunaikan oleh penjual, maka pembeli tidak boleh memaksanya memberi hibah tersebut.

 

19. Penglibatan wadiah dalam pelan pelaburan emas hendaklah menepati hukum hakam wadiah, yang antara lain ialah pegangan wadiah adalah berasaskan kepada Yad Amanah.

 

20. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya, termasuklah memberi pinjaman (qardh) kepada orang lain. Tetapi hendaklah memenuhi kriteria qardh yang dibenarkan syarak, yang antara lain tidak boleh membawa unsur faedah, tidak wujud unsur ”salaf wa bay” iaitu hutang yang diikat bersama dengan jual beli.

 

21. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya termasuk menjadikannya sebagai pajakan untuk wang secara hutang, selagi konsep al-Rahn yang digunakan adalah bertepatan dengan hukum syarak. Namun secara teorinya, perkara ini seharusnya tidak digalakkan kerana secara tidak langsung ia menggalakkan aktiviti berhutang di dalam keadaan yang tidak perlu.

 

22. Wa’d boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa’d dari sebelah pihak dan bukannya muwa’adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa’d dalam konteks ini ialah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu. Perjanjian pembelian ini dinamakan ’kunci harga’. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.

 

23. Transaksi jual beli hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan, dan kezaliman. Jika sekiranya terdapat unsur-unsur tersebut, transaksi jual beli adalah dikira tidak memenuhi kriteria syarak.

 

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/parameter-pelaburan-emas



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

-2 #45 Status Ustaz & Emas GenevaLobe 2012-05-11 16:41
As SalaamuAlaikum Ustaz.
Saya di beritahu oleh beberapa orang konsultan konsultan GENNEVA MALAYSIA SDN BHD bahawa Ustaz Zaharuddin telah memohon untuk menjadi Penasihat Kewangan pada syarikat tersebut tetapi telah di tolak dan tidak layak kerana Ustaz telah mengikat kontrak dengan Standard Chartered Bank Malaysia Berhad . Apakah benar berita ini dan Apa kah Sistem Jual Beli Geneva ini HALAL ? Kerana selain membuat Personal Sales, sistem mereka menekan kan agar setiap ahli/ konsultan melebar kan sayap networking dan jualan kumpulan untuk melayakkan bonus bonus tertentu. Minta sangat sangat Ustaz jelas kan.
Wa Salaam.

UZAR : itu adalah satu dusta yang keji oleh konsultan Genneva, saya dijemput oleh En Abd Aziz dan Dato' Tan, yang merupakan pengurusan tertinggi Genneva untuk menjadi penasihat Shariah mereka, namun disebabkan Genneva ada masalah dengan Bank Negara, implementasi jualan emas yang masih tidak saya yakini dan tersebarnya gambar wanita seski di majlis mereka, saya MEMBATALKAN penerimaan lantikan tersebut.

Bukan hanya saya tetapi ada tiga orang yang lain juga menolak iaitu Prof. Madya Dr Shamsiah, Prof Dr Hailani Tahir, dan Ustaz Fadli

Tiada kena mengena dengan standard chareterd saadiq, keran saya bukan konsultan mereka. Saya penasihat shariah rajhi bank
Quote
0 #44 halal ke palaburan emas online atau gold forex?saiful 2012-05-10 10:59
salam...minta ustaz beri penerangan tentang halal haram pelaburan online yg tak tetap keuntungan bulanan tapi secara online dan keuntungannya bulan2????
Quote
0 #43 networking di dalam pelaburan emaspermata 2012-05-08 11:07
Salam UZAR, seperti yg diketahui..terlalu byk platform utk menambah sumber kewangan individu samada secara aktif atau pasif..pelaburan emas adalah salah satu platform yg popular dalam kalangan peminat pelaburan...namun demikian,kdg2 kehalalan pelaburan itu diragui..jika pelaburan emas dgn hanya deposit duit tanpa melihat fizikal emas tu dan akan menerima dividen setiap bulan, adakah pelaburan itu dan dividen itu dikira halal?selain itu,sekiranya dapat mencari org bawah, upline akan dapat ROI..adakah itu dibenarkan?selain itu, dgn menggunakan duit yg dilaburkan td, duit tersebut boleh digunakan utk melakukan GOLD FOREX...specialnya disini, tiada call margin dikenakan..adakah duit yg dilaburkan dan dividen yg diperolehi itu halal?
Quote
+1 #42 Akad Jual BeliAzwan 2012-05-01 04:18
Assalamuailaiku m,

Saya ingin bertanya mengenai Akad Jual Beli...Semasa sya membeli emas drpd penjual, tiada Akad Jual Beli yg dilafazkan secra formal...Adakah jual beli ini sah dan apakah hukumnya???
Quote
-1 #41 Akad Jual BeliAzwan 2012-05-01 04:16
Assalamualaikum ,,,

UZAR sya agk kurng faham mengenai Akad Jua Beli...Semasa sy membuat pembelian emas, tidak ada pula Akad Jual Beli yg dilakukan secara formal...Boleh UZAR tlg jelaskan mengenai masalah ini???
Quote
+3 #40 Dr.Ezam Abu Bakar 2012-04-05 16:58
Salam Ustaz, berkenaan dengan Jual Beli Emas yang berkonsepkan La Ni, Ada satu company yang jual Emas Genneva Sdn Bhd, yg menggunakan konsep Hibah untuk setiap pelaburan emasnya. Pembayaran untuk Emas itu ke masukkan ke dalam akaun Amanah (Trust) account hingga Jongkong Emas diterima, Cuma persoalan Setelah pembayaran dibuat ke dalam akaun Amanah, Jongkong Emas akan diterima hanya dalam tempoh 2-3 minggu., Apakah konsep La Ni masih diguna pakai? Mohon penjelasan Ustaz, terima kasih.
Quote
+2 #39 En.Lan 2012-02-29 23:17
Assalamualaikum .

1. Saya telah membuka akaun emas [emas kijang] di Maybank pada tahun 2009 dan telah menjual / menutup akaun emas tersebut pada 20.2.2012.Saya telah mendapat keuntungan sebanyak RM548.30.Adakah keuntungan tersebut ada bercampur dengan riba?

2.Saya juga ada akaun emas di Public Bank? Adakah ia bercampur dengan unsur riba?

3. Saya telah terjebak dengan 2 kad kredit dan tidak cukup duit nak bayar hutang kad kredit {gara-gara muslihat pihak ke-3} Setiap bulan saya kena bayar interest. Saya tidak cukup duit untuk habiskan bayaran hutang ini yang berakhir pada 2014. Setelah dengar penerangan ustz dalam radio IKIM, saya dah tahu bahawa adalah berdosa jika terlibat dengan riba. Macam mana saya nak berhenti bayar hutang kad kredit kerana tak cukup duit?
Bolehkah saya gunakan duit keuntungan akaun emas tadi sebayk RM548.30 itu untuk membayar hutang kad kredit itu?

Harap dapat beri jawapan bagi dilema ini.
Sekian,terima kasih
Quote
+6 #38 pelaburan emas seperti unit trustZAMRI 2012-02-29 20:20
salam ustaz..
minta penjelasan ustaz ttg pelaburan emas seperti unit trust spt yg di lakukan oleh OUB (Amprecious).. pelaburan nye hanya di dlm stock emas dunia .. tp kemusyiklan nye spt kita melabur pd harga yg rendah kemudian nye akan di jual apabila harga yg tinggi. kaedah nye saya rasa seperti pelaburan saham .. apa kah pelaburan emas sedemikian di boleh kan atau tidak.
Quote
+1 #37 komenme 2012-02-18 01:03
Quoting Azi:
Saya nak tanya hukum bisnes sms nie.permulaan kena register RM55 dan kena cari orang at least 10 orang Info bleh .didapati di www.1hp.net


itu namanye MLM@piramid ler :)
Quote
+9 #36 emas simpananryna 2012-01-24 07:36
As Salam.

Ustaz,
apakah hukum pembelian emas dimana emas tersebut disimpan oleh bank yg menjual emas tetapi semasa process pembelian pembeli tidak melihat emas yg dibeli secara fizikal? Pihak bank menyatakan emas tersebut ada dan pihak bank menyimpannya untuk pembeli tanpa upah simpan.
Quote
+12 #35 Pembelian EmasSofihanim 2012-01-17 19:32
Assalamualaikum ,

Saya nak tanya hukum jual sebegini.

Penjual A, menjual emas contoh dgn harga jual RM10,000 kepada B. Dia hanya membayar 30% dari harga emas tadi dan selebihnya dia boleh membyr kemudian. A bersetuju B memajakan (guna AR-Rahnu) utk mendapat pembiayaan baki 70% harga emas tadi. Bolehkah kaedah ini digunakan. A hanya boleh memiliki emas tadi apabila ia menebus emas tadi pd tempoh tertentu.
Terima kasih atas jwban
Quote
+5 #34 Mr.Imza 2011-12-31 12:29
Salam,

YBhg Ustaz Dr Zaharuddin,

Boleh Dr perjelaskan samada pembelian emas melalui Maybank dan Public Bank itu menepati syarak?

Terima kasih.
Quote
+8 #33 Personal Loan utk beli emasAzizul Manal 2011-12-30 22:55
Assalamualaikum Ust,

Apakah hukumnya...saya buat Personal Loan cara Islam untuk beli Emas...Mohon penjelasan ust.

Terima Kasih.
Quote
+2 #32 ansuran emasazima 2011-12-27 15:39
Salam..ustaz..
Soalan saya lebih kurang sama dgn soalan diatas..
Sy telah membeli emas jongkong secara ansuran setelah lock price..pmbyrn adalh selama 4bln..sy telah membuat pembayaran yg pertama..baki 3bulan..jd apakag yg harus sy lakukan utk tidak lg trlibat dgn riba? jika dy membyr keskesemuanya skrg..gold bar tersebut mungkin akan diserahkan kpd sy slps 3 minggu?
sy hrp ustaz dpt memberikan penjelasan dan cdgn solusi terbaik..risau dan takut akan balasan yg terjebak dgm riba..terima kasih
Quote
+1 #31 hasil spekulasi harga emas halal?hamry 2011-12-23 19:27
salam ustaz. berkenaan pelaburan emas dan speskulasi harga emas, salah 1 teknik yg diamalkan ialah beli emas semasa harga jatuh, dan jual semula apabila harga emas naik. adakah keuntungan hasil spekulasi harga emas itu dikira halal? minta tolong ustaz jelaskan sbb trend ini semakin menjadi, org islam juga yg buat atas nama PELABURAN EMAS.
Quote
+2 #30 pembelian secara ansuransap 2011-12-20 02:18
salam uzar...

saya harap uzar dapat berikan penjelasan yang lebih terperinci mengenai hukum membeli emas secara ansuran berdasarkan situasi ini.

situasi: katakan harga semasa emas (jongkong) ialah rm10000. saya membuat price lock dan membeli jongkong emas itu secara ansuran (4 kali bayar = 4 x rm2500). jumlah harga yang perlu dibayar tetap rm10000 dan ada caj perkhidmatan sebanyak rm100 yang dibayar bersama ansuran pertama.

berdasarkan perjanjian, jongkong hanya boleh diambil oleh pembeli setelah seluruh bayaran (rm10000 + rm100) dilunaskan [pembeli boleh buat penyelesaian awal tanpa sebarang penambahan / pengurangan kos]. dan sekiranya terdapat perubahan harga emas semasa, harga jongkong yang dibeli tetap kekal pada rm10000 + rm100,

harap uzar dapat memberikan penjelasan.. wassalam
Quote
+1 #29 EMAS dan SPEKULASIRizwan 2011-12-18 09:38
UZAR, ini artikel terbaru di CNBC tentang kejatuhan harga emas dunia. Di dalamnya terdapat suatu petikan menarik drpd trader emas yang sangat berpengalaman yang juga penulis buku terkenal mengenai pelaburan, Steve Cortes. Beliau mengatakan:

“Gold is based completely on perception. Unlike a bond that pays a yield, a stock that pays a dividend or a piece of property that pays rent, gold pays you nothing. So you are relying 100 percent on the perception of its value,” he said. “It’s the greater fool theory, leveraged.”

Jadi nak minta pendapat UZAR atas semangat hadis Nabi SAW "berkatalah benar sekali pun pahit", adakah jual beli dan pelaburan seperti emas yang sangat dipengaruhi oleh unsur SPEKULASI ini dibenarkan oleh Islam?

Harap UZAR sudi menjawabnya walaupun diketahui UZAR sangat sibuk. Ini sudah jadi kewajipan UZAR di sisi Allah SWT selaku tempat rujukan umat Islam dalam soal berkaitan kewangan Islam.

Jazakallah.

UZAR : Saya dah sebutkan padnagan saya di artikel yang lain, boleh bacanya di sana. bab forex trader dan emas.

Emas saya setuju untuk simpanan bukan untuk pelaburan.
Quote
+1 #28 Hukum Perniagaan Secara DropshippingMarhamah Embon 2011-12-11 10:22
Assalamulaikum Ustaz,

Saya ingin meminta penjelasan ustaz tentang berniaga secara dropshipping.Contoh, saya dikatakan sebagai reseller akan mempromosikan barang yg hendak saya jual melalui internet tetapi barang tersebut ada di dalam stok pembekal (dropshipper). Jika pelanggan ingin membeli, saya akan pastikan bayaran telah dimasukkan kedalam akaun saya baru saya membuat 'order' kpd dropshipper berserta maklumat penghantaran untuk pelanggan. Dropshipper akan membuat penghantaran barang yg dibeli setelah saya memasukkan bayaran ke dalam akaunnya.

Ini bererti sebagai reseller saya tidak perlu mempunyai modal kewangan dan stok barangan untuk menjalankan perniagaan ini

Berbanyak maaf dan terima kasih sekiranya ustaz dapat menyelit di antara ruang-ruang masa yg terhad untuk menjawab soalan saya

Marhamah.
Quote
-1 #27 Hukum Bisnes SMSAzi 2011-12-07 00:10
Saya nak tanya hukum bisnes sms nie.permulaan kena register RM55 dan kena cari orang at least 10 orang Info bleh .didapati di www.1hp.net
Quote
-2 #26 MrAzam 2011-11-30 20:54
Pelaburan emas dan dinar tu sendiri berunsur RIBA secara tersembunyi. Apa tidaknya, nilai/harga emas dan perak itu berubah-ubah berdasarkan spekulasi dan kuasa penawaran/permintaan yang tidak berasaskan kepada nilainya yg sebenar. Yg lawaknya, para trader emas/perak ni sama ada sedar atau tidak telah memperalatkan hadis dan agama Islam untuk melariskan jual beli mereka….konon atas dasar agama demi menyelamatkan umat Islam daripada RIBA tapi hakikatnya para trader malahan pelabur-pelabur ini sendiri berebut untuk makan hasil riba.

SELAGI EMAS DAN PERAK DISANDARKAN KEPADA WANG FIAT, SELAGI ITULAH EMAS DAN PERAK BERUNSUR RIBA
Quote
-3 #25 Soalan Byk Tak Di JawabNIk Azan 2011-11-30 16:15
Harap Ustaz boleh luang masa utk jawab..byk soalan tu..
Quote
0 #24 beli ansuran & ptgn 20% trade inwana 2011-11-28 00:09
Salam Ustz...
Soalan:
1) Apakah hukumnya dlm Islam, beli brg kemas scr ansuran slm 10 bln, ttp harga dikira pada bln k-10 mgkt hrga emas sms?Jk hrga naik pbeli akn menmbah byrn, jk emas turun duit akn dipulang.

2) Dr segi und2 boleh ke mngutip duit org stp bln slm 10 bln mrjuk kpd soalan 1 td.

3) apakah hukum potongan 20% yg dikenakan oleh kedai emas thdp brg kemas lama yang di "trade in"?
Quote
0 #23 Lock dan posHusaini Ibrahim 2011-11-26 11:08
Quoting Salam:
Bagaimanakah peraturan-peraturan diaplikasikan utk sistem pembelian emas jongkong di Public Gold, GCP dan Nubex?
...
Bagaimana pula sekiranya emas jongkong itu diposkan sahaja ke rumah pembeli dan tiada pertemuan diantara pembeli dan penjual. Serahan barang pula sudah tentu memakan masa dan tidak "on the spot". Majlis fatwa cenderung kepada tidak setuju dgn tempoh tangguh serah 3 hari.


saya juga ingin mendapatkan penjelasan tentang yang kedua ini, kerana ramai peniaga emas jongkong dan siling (dinar dirham) mengamalkannya. Mereka mengunci harga, memasukkan duit ke dlm akaun penjual dan penjual memposkan emas ke rumah tanpa ada pertemuan. Bagaimana Ustaz? masih jatuh dalam kategori riba annasiah kah? Mereka berpandagnan takdak apa kerana masing2 penjual pembeli redha-meredhai kaedah dan harga tersebut?
Quote
+4 #22 mraaffan 2011-11-25 21:33
assalamualaikum Uzar.

Contohnya saya ingin membeli dinar. Contoh pada hari ini harganya rm800. Saya pun tempah dgn penjual, tetapi saya akan ambil dalam masa 3 hari, tetapi dgn harganya yg sama wpn harga mungkin sudah berubah. Kaedah ni mungkin jgk di panggil lock harga. Sahkah pembelian saya itu?
Quote
+1 #21 salam..taufik 2011-11-25 05:24
Ustaz..mohon share yer..
terimakasih.
Quote
-1 #20 RIBA yang jelasSaiful 2011-11-24 22:47
What is Virgin Gold CPS?
Virgin Gold is currently undergoing an exercise that issues fresh Convertible Preferred Stocks (CPS). It invites willing investors worldwide to join in this offer. CPS is a type of stock that has conversion prices named at issuance, so it can be converted to the company's common stocks at the set rate. Virgin Gold CPS holders will receive fixed monthly dividends and reserve full rights to convert their stocks into common stocks.

Dividen tetap setiap bulan... riba kah?
Quote
+1 #19 Hukum beli dinar dengan duit pinjamFM 2011-11-24 11:39
Apakah hukum membeli dinar ini dengan wang hasil pinjaman dengan bank? Contoh, buat pinjaman RM 20k dengan bank, RM10k digunakan untuk beli dinar/emas.
Mohon respon ustaz. Terima kasih
Quote
+3 #18 HibahMd Ashraf 2011-11-23 00:04
As salam,

Sy ingin bertnya berkenaan status pelaburan emas yg mana ia menjanjikan pulang (dipanggil hibah) sehingga 2.5% sebulan selama tempoh perjanjian (sehingga 6 bulan). Apabila tamat tempoh perjanjian tersebut, pembeli haruslah menyerahkan (atau jual semula) emas tersebut kpd penjual dan pembeli akan dipulangkan dgn wang pd harga belian termeterai (contohnya 6 bulan lalu).

Pembeli jgk dibolehkan menyimpan emas tersebut, namun penalti akan dikenakan.
Quote
+4 #17 Pemegang saham emaspelabur emas 2011-11-22 23:13
Assalamualaikum UZAR..sy ada pertanyaan,baga imana dengan seseorang yang memegang saham sesebuah syarikat pelombongan emas dan mendapat dividen setiap bulan dr syarikat berkenaan berdasarkan jumlah pemilikan saham mereka td..?juga diberi satu peluang oleh syarikat utk berjual beli emas td mengikut Spot Market..mohon penjelasan adakah dibenarkan dlm Islam.
Quote
+3 #16 Lock hargazhari 2011-11-22 22:05
perkara 22 dirujuk-adakah lock harga emas public gold yang diamalkan sekarang tidak dibenarkan? Apa perlu dilakukan jika telah terlibat dalam urusan tersebut?
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 109 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Majlis Fatwa: Syarat Halal Bagi Pelaburan Emas