Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Tikam Belakang : Curi Maklumat dan Jual
  • PDF
(1 vote, average 5.00 out of 5)

Tikam Belakang : Curi Maklumat dan Jual

Oleh

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

 TikamBelakang

Kerahsiaan atau juga yang disebut ‘private and confidential’ (P&C) merupakan salah satu bentuk amanah yang amat perlu dijaga oleh mana-mana pekerja di dalam sesebuah organisasi. Tanpanya, begitu mudah seseorang boleh mencerobh hak yang lain lalu, menyebarkan kerahsiaan diri seseorang atau memakan harta secara bathil jika ia melibatkan meniaga maklumat dalaman. Selain dari ia merupakan suatu dosa yang menghitamkan hati ia juga boleh menjemput permusuhan dan pertelingkahan, semua ia dilarang di dalam Islam.

 

Malah jika ditinjau dan diteliti semua hukum melibatkan muamalat kewangan di dalam Islam, pastinya seseorang akan dapat menyimpulkan bahawa hukum Islam ingin mengelakkan dari berlakunya permusuhan yang berpunca dari transaksi kewangan. Atas dasar itu juga ayat terpanjang di dalam Al-Quran iaitu yang berada di dalam surah terpanjang iaitu suarah al-Baqarah adalah berkaitan hutang dan kepentingan menulis serta mengambil saksi dalam situasi tersebut.

 

Malah apabila kita juga dapat membaca ayat berkaitan harta pusaka, ia telah diperincikan oleh Allah secara qat’i atau amat jelas bagi mengelak permusuhan akibat harta.

 

MENYELUDUP MAKLUMAT PENTING

 

Baru-baru ini saya diajukan soalan berkenaan wujudnya kakitangan (atau bekas kakitangan) di sebuah syarikat yang membawa keluaran maklumat penting, strategi sasaran dan database maklumat pelanggan dan pembekal serta lain-lain yang dikira tergolong dalam most significant information and melibatkan strategi dalaman bagi syarikat terbabit.

 

Perlu difahami, maklumat dan informasi sedemkian merupakan hak milik persendirian bagi syarikat terbabit. Sebarang pengambilan dan ‘penyeledupan’ keluar oleh kakitangan tanpa kebenaran bertulis dari pemilik syarikat adalah sebuah kesalahan di sisi hukum Islam dan undang-undang civil.

 

Mengenalpasti jenis maklumat yang tergolong dalam klasifikasi tersebut adalah berbeza berdasarkan nature atau jenis perniagaan. Sebagai mengambil beberapa contoh, boleh dilihat seperti berikut:-

 

  1. Bagi sesebuah institusi kewangan Islam, salah satu keunikannya bergantung kepada sejauh mana kebijaksanaan product developer untuk bertungkus lumus mencipta sesebuah produk pembiayaan kewangan yang mampu menarik pelanggan, mampu jual dan patuh shariah. Apabila ia berjaya dihasilkan, struktur produk terbabit akan dianggap sebagai hak milik persendirian. Polisi biasa bagi sesebuah pengurusan bank adalah merahsiakan perincian produk dari saingan mereka. Dari sudut hukum pula, ia berhak melakukan demikian kerana itu dikira inteletual properties (IP) bagi mereka.
  2. Bagi sesebuah syarikat multi-level patuh Shariah pula, keunikkan mereka bergantung kepada beberapa perkara juga, antara lainnya adalah system networking dan juga data-data berkenaan stokis-stokis paling cemerlang dan network yang terkuat. Semua maklumat sebegini dikira sebagai ‘hasil tangan’ dan usaha keras syarikat yang semestinya tergolong di dalam hak milik persendirian yang dijaga dari sebaran awam khususnya pesaing mereka.
  3. Bagi sebuah restoran seperti McDonald, KFC, Secret recipe dan yang sepertinya, keunikan mereka terletak pada resepi masakan. Itu juga sebuah rahsia yang berharga, tiada akan didedahkan kepada awam.

 

Hasil dari kefahaman ini, semua majikan dan pekerja di apa jua jenis syarikat patut dan mesti menyedari hal ini, sebarang pengambilan data dan maklumat strategik sesebuah syarikat untuk dijual kepada pesaing atau bagi tujuan menubuhkan syarikat baru untuk bersaing (selepas berhenti), pada hemat saya termasuk di dalam kategori pekerja tidak amanah, khianat, mengambil hak milik orang lain tanpa hak, keadaan itu mengakibatkan pendapatan yang diterima dari tindakan susulannya (seperti menjual lalu mendapat hasil jualan) itu termasuk di dalam larangan yang sabit dari dalil-dalil berikut :-

 

1) Nabi bersabda :-

لا يحل لمسلم أن يأخذ عصا أخاه بغير طيب من نفسه

Ertinya: “Tidak halal bagi seorang msulim untuk mengambil tongkat saudaranya tanpa pengiktirafan dan kebenarannya”.

Hadis ini dengan jelas mengambil barang hak milik orang lain untuk kegunaan peribadi kita, apatah lagi jika ingin dijual dan dimanfaatkan sebagai perniagaan. Justeru, tindakan mengambil secara senyap-senyap data-data penting pembekal, pengedar dan pelanggan, milik ekslusif hasil penat lelah bagi sesebuah syarikat pastinya tidak halal dan termasuk dalam jenis kategori pecah amanah dan mencuri dari perspektif Islam.

2) Nabi bersabda :-

من استعملناه على عمل فرزقناه رزقا فما أخذ بعد ذلك فهو غلول

Ertinya : "Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan) " ( Riwayat Abu Daud, no 2943, Albani : Hadith Sohih ; Ma'alim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8 cet Dar Kutub Ilmiah)

Hadis ini juga relevan dan termasuk dari sudut pendalilannya di dalam kes yang kita sebutkan di atas kerana, seseorang pekerja yang telah menerima gaji khas dan diberikan tugasan khusus oleh syarikat, tidak boleh sewenangnya mengambil sesuatu yang tidak termasuk dalam tugasannya secara senyap-senyap bagi mendapat keuntungan sampingan seperti menjual data dan informasi tersebut kepada pihak lain.

Keuntungan sampingan terbabit tergolong wang khianat dan curi menurut perspektif fiqh Islam. Ia dianggap curi kerana takrif curi adalah mengambil hak orang lain yang disimpan sebaiknya oleh pemilik tetapi dicerobohi oleh pencuri. Kerana itu takrif pencuri itu termasuk dalam tindakan pekerja atau bekas pekerja yang melakukan kerja seperti di atas.

 

2) Firman Allah s.w.t

وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ ..

Ertinya : " Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil ...( Al-Baqarah : 188 )

 

Imam ibn Al-‘Arabi menegaskan ayat ini menerangkan satu dari kaedah utama dalam muamalat Islam, juga merupakan asas bagi semua kontrak pemilikan. Erti ‘makan’ didalam ayat tersebut adalah merangkumi penerimaan, pemberian dan penguasaan, digunakan lafaz ‘makan' hanyalah sebagai suatu perumpamaan yang merujuk kepada sifat ghalib (kebanyakkan kalian) yang kerap menjadi keutamaan bagi seseorang individu.

 

Manakala maksud al-bathil menurut Ibn Al-Arabi :

ما لا يحل شرعاَ لأن الشرع نهى عنه ومنع منه وحرم تعاطيه كالربا والغرر ونحوهما والباطل ما لا فائدة فيه

Ertinya : Apa sahaja yang tidak halal menurut syarak seperti riba, gharar dan seumpamanya, dan juga tiada membawa satu faedah dan manfaat (buat Islam)

 

Imam Al-Qurtubi memasukkan penipuan, rampasan, khianat, mengingkari janji untuk mendapat untung, mengambil hak orang lain tanpa restu, upah pelacuran, upah tukang tilik, bomoh, harga dan untung jualan arak, babi dan banyak lagi, semua ini tergolong dalam makanan harta secara bathil. Beliau menyimpulkan

من أخذ مال غيره لا على وجه إذن الشرع فقد أكله بالباطل

Ertinya : Sesiapa yang memakan harta orang lain tidak di atas landasan izin syarak, maka dia telah makan secara bathil.

 

Syeikh Rashid Ridha meluaskan lagi bentuk dan erti ‘bathil’ kepada

ما لم يكن في مقابلة شيء حقيقي وهو من البطل

Ertinya : Apa sahaja (bayaran) yang tidak mempunyai timbal balik yang wajar (yang punyai nilai pada pandangan syarak), lagi sebenar, maka ia tergolong dalam erti bathil.

 

Keuntungan yang terhasil dari kejayaan seseorang bekas pekerja yang mencuri data dan maklumat penting syarikat dimana dia bekerja sebelumnya untuk dijual adalah juga haram. Nabi pernah diriwayatkan bersabda:-

إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه

Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) ( Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312 )

 

3) Nabi SAW juga pernah mencela orang Yahudi yang apabila diharamkan memakan daging babi dan lain-lain, mereka membuat helah dengan mengambil lemaknya dan dihiaskan lalu dijualnya. Apabila Nabi mendapat tahu lalu terus berkata :-

قَاتَلَ الله الْيَهُودَ حُرِّمَ عليهم الشَّحْمُ فَبَاعُوهُ وَأَكَلُوا ثَمَنَهُ

Ertinya : "Allah akan menghancurkan Yahudi yang mana mereka ini apabila Allah mengharamkan makan lemak (babi, bangkai dan lain-lain yang diharamkan), lalu mereka membuat helah dengan menjualnya serta menikmati hasil jualannya" ( Riwayat Al-Bukhari no 2111, 2/775 ; Muslim, Baihaqi )

 

PERANAN KITA YANG SEDAR

Bagaimana jika kita sedar hal ini sedang dilakukan oleh mana-mana rakan setugas kita, patutkah kita bertindak melaporkan kepada pihak atasan atau hanya membiarkannya dengan alasan kasihan dan dibimbangi akan menyusahkannya?

Menurut hukum Islam, individu yang mengetahui wajib ke atasnya untuk melaporkan kepada pihak bertanggungjawab. Jika tidak, ia dikira bersubahat dan boleh mendapat serpihan dosa hasil menyembunyikannya. Penyembunyian atau membiarkan gejala ini berterusan di sekeliling kita akan memberikan kesan buruk kepada Islam, syarikat, organisasi dan Negara. Akhirnya, semuanya akan terkesan dan merudum jatuh.

 

Namun sedikit dukacita, saya pasti senarai sebab-sebab berikut merupakan antara halangan utama seseorang yang mengetahui atau punyai maklumat dari melaporkannya :-

1) Tidak sampai hati untuk melapor kerana mereka yang terlibat adalah rakan dan kenalan rapat. Bagi sesiapa yang terlibat dalam kategori ini, sedarilah anda turut berdosa kerana bersubahat.

2) Bersikap tidak peduli yang berpegang dengan falsafah ‘lantak hang, asalkan tidak melibatkan aku’. Ini juga dikira berdosa di dalam Islam.

3) Malas untuk terlibat dan ulang alik ke mahkamah untuk keterangan di sana dan di sini jika diperlukan kelak. Sepatutnya, tiada malas dalam menjalankan tugas memerangi mungkar dan kemaksiatan. Malas begini menandakan hati yang semakin ‘mati' dari iman.

4) Takut diri sendiri terjerat apabila kerahsiaan dirinya sebagai pelapor tidak di jamin selamat. Ini juga perlu di selesaikan oleh pihak atasan dan berkuasa. Tanpanya, semua hanya akan berdiam diri.

 

Bagi keadaan ini, ia adalah tanda kehancuran sedang menanti bagi Negara yang punyai keadaan ini.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda :

 

"Sesungguhnya kebinasaan umat-umat sebelum kalian adalah jika orang yang terhormat dari mereka mencuri, mereka membiarkannya, tetapi jika orang bawahan mereka mencuri, mereka potong tangannya. Demi Zat yang jiwaku ada di tanganNya, seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya akan aku potong tangannya!" 

 

BOLEHKAH KITA TERLIBAT MEMBANTU MEREKA?

Bagaimana pula jika kita sebagai orang luar yang mengetahui si polan ini mencuri maklumat penting bekas syarikatnya dan kini sedang mengajak untuk menyertainya dan terus meraih keuntungan. Apakah pendirian fiqh Islam dalam hal ini?

Menurut pengamatan saya, Allah swt telah menyediakan dalil umum yang jelas iaitu

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Ertinya: Dan bantu membantulah di atas kebaikan dan taqwa, dan janganlah membantu di atas perkara maksiat dan permusuhan (Al-Maidah)

Juga satu dalil dari hadis Nabi :

اسمعوا ، هل سمعتم أنه سيكون بعدي أمراء ، فمن دخل عليهم فصدقهم بكذبهم ، وأعانهم على ظلمهم فليس مني ، و لست منهم ، و ليس بوارد عليّ الحوض ، و من لم يدخل عليهم ، ولم يعنهم على ظلمهم ، و لم يصدقهم بكذبهم فهو مني و أنا منه ، و هو وارد عليّ الحوض

Ertinya : Dengarlah, adakah kamu mendengar bahawa akan terjadi selepasku, kemunculan ramai pemerintah, sesiapa yang menyertai mereka dan membenarkan penipuan mereka, dan membantu matas kezaliman mereka, bukanlah mereka dariku (ummatku) , dan aku tidak berkait dengan mereka (tidak mendapat syafaat) serta tidak dapat menikmati telagaku ( disyurga), dan barangsiapa yang tidak menyertai mereka dan tidak membantu kezaliman mereka serta tidak membenarkan kerja-kerja (zalim) mereka, itulah mereka yang termasuk dari kalanganku dan aku juga sebahagian darinya. (Riwayat An-Nasa’ie)

Jelas, ayat di atas dan banyak lagi, melarang apa jua unsur yang dianggap membantu menaikkan lagi sesuatu kezaliman. Maka, kehadiran pihak ketiga yang turut membantu dan menyertai sebauh perniagaan hasil barang curi juga akan terjebak dalam kezaliman dan ketidakadilan. Sama-samalah menjauhinya agar keberkatan di dalam harta pendapatan kita dapat terus dijaga dan dipelihara sehinggalah nafas terakhir kelak. InshaAllah.

 

Sekian

 

Dr Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

29 Dis 2011

 

 

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #20 budak yg ingin tahuhuda 2012-04-07 01:10
salam ustaz,

bolehkah kita meng'upload' video mengenai filem atau drama tanpa kebenaran pihak yang menerbitkan filem atau drama itu, kira macam "cetak rompak" laa
Quote
0 #19 mengambil ideayang musykil 2012-03-03 18:26
assalam ustaz,

saya ingin bertanya apa hukumnya jika kita membuat semula sesuatu alat/ barang untuk dijual berdasarkan pengamatan terhadap barangan yang telah sedia ada di pasaran. barang (alat permainan dlm kes ini) tidak mempunyai sebarang tanda copyright malah hanya tertera 'made in china,dan merupakn permainan kanak2 yg dijual pada harga RM15 yg dijual secara rumah ke rumah. rakan saya mengambil inisiatif membuat semula mainan tersebut dan menjualnya di ofis pada harga yg lebih murah. seseorang telah mengatakn hukumnya haram. harap ustaz dapat memberikan penjelasan mengenai perkara ini. terima kasih.
Quote
0 #18 KES NFCsaya 2012-03-01 21:00
Sebagai contoh kes NFC..
Staff yg membocorkan maklumat atas penyalahgunaan wang tersebut.. sepatutnya dia tidak laporkan.

Betul kah mcm tu?
Quote
0 #17 En.Ali 2012-02-29 11:52
Salam Ust,
Persoalan - Seseorang telah membenarkan dirinya disenarai sebagai pekerja dalam syarikat bukan bumiputra. Dgn ini, syarikat tsb boleh bid utk kontrak kerajaan. Dia dibayar (token sum) sebagai gaji tanpa sebenarnya bekerja utk syarikat tsb. Gajinya kemudiannya disedekahkan kesemuanya. Adakah ini dibolehkan.
Quote
0 #16 soalanummu afifah 2012-02-22 04:03
assalamualaikum ustaz
maaf,ana ada persoalan yang luar dari tajuk yang dibincangkan.Ana ingin bertanyakan ustaz mengenai pengalaman ustaz belajar islamic studies di uk dan macamana ustaz mohon belajar disana..ana baru selesai study degree di mekah dan berhasrat untuk menyambung master di uk pula..ana berharap ustaz dapat membantu..
syukrun...jazakallahul khair
Quote
0 #15 soalanummu afifah 2012-02-22 02:08
assalamualaikum ustaz..
maaf,ana ingin bertanyakan soalan yang luar dari tajuk yang dibincangkan..
soalannya berkaitan tentang cara dan pengalaman ustaz study di uk in islamic study dan bagaimana ustaz apply study ke sana..sekiranya tidak menyusahkan ustaz,ana mohon ustaz atau isteri ustaz kak ina membalas msg ini pada email ana..
syukrun..jazakumullahul khair
Quote
0 #14 underwritersiti 2012-02-17 16:54
salam ustaz, maaf ya, keluar tajuk drpd artikel ini, kwn saya br interview job underwriter dlm bhgn insuran konvensional...nk tanya pendapat ustaz, boleh ke terima kerja ini..sy ada baca artikel ustaz berkenaan hukum bekerja di bank dan insuran konvensional. cuma keliru adakah underwriter juga terlibat scr langsung dgn riba..sbb job underwriter slps berlakunya kntrak, tp terlibat menntukan brp amount yg klien dpt..ini yg diberitahu ttg jobscopenya..

harap ustaz dpt beri maklum balas atau mana2 pembaca yg tahu mungkin ada artikel berkenaan ini dlm bolg uzar..syukran
Quote
0 #13 takafulrosidi 2012-02-16 11:30
assalmualaikum, ,mohon penjelasan dpd ustaz berhubung dgn pengendali takaful di malaysia.Bolehkah ustaz memberi pandangan peribadi dari ustaz tentang perbezaan antara operator-operator takaful dari syt tempatan cth:takaful ikhlas sdn bhd dan syt.luar cth:prubsn takaful.
sekiranya sy ingin menjadi peserta ataupun ejen apakah penilaian yg sy perlu buat sebelum membuat keputusan.mohon pandanagn dari ustaz.sekian terimakasih.
Quote
0 #12 salam UZARsham 2012-02-13 10:52
USTAZ yang dikasihi, boleh ustaz ulas berkenaan penghinaan seorang pemuda arab saudi yg telah menghina rasulullah saw dalam twitternya baru2 ini? isu disini, ialah timbul kecaman dari bukan islam dan dari org islam yg jahil dalam hal ini.

orang bukan islam di malaysia di bawah nama hak asasi dan kebebasan bersuara mengecam kerajaan malaysia kerana mengusir dan menghantar semula pemuda arab saudi ke negara asalnya. mereka mendakwa undang2 arab saudi itu zalim dan tidak menepati undang2 sebenar dan hak asasi manusia.dari kalangan umat islam di malaysia yg jahil pula, mengecam hukum bunuh terhadap pemuda ini dengan beralasan, tidak ada disebut di dalam al Quran hukum bunuh terhadap murtad.

itu sahaja.terima kasih ustaz. assalamualaikum w.b.t
Quote
0 #11 Bagaimana Dengan Kaki Tangan KerajaanAmat BJ 2012-02-07 17:17
Salam Ust...Umun tahu rakyat Malaysia sekarang terpecah kepada beberapa buah parti politik. Merujuk penjelasan Ust di atas apakah ia terguna pakai di dalam Jabatan2 kerajaan yang mana Kakitangan Awam (KTA) yang bekerja di satu2 jabatan tersebut tidak amanah lalu membocorkan rahsia Jabatan/kerajaan bagi tujuan kepentingan politik pihak lawan, tidak kira samada mendapat imbuhan atau tidak?
Quote
0 #10 pandangan sayallop 2012-02-03 02:04
jawapan yang diberikan ustaz memang kuat dgn dalil yg di beri, tapi pada pandangan saya yang jahil ini .Itu cuma berlaku dalam keadaan dimana syariat Islam itu berlaku sahaja. Bukan berlaku dlm hukum yg bercampur aduk...seperti mana yang berlaku sekarang.... dalil yg ustaz beri hadis 1, 2, 3 semuanya adalah merujuk kpd org Islam atau Pemerintah Islam .ini apa yg saya faham dari maksud kalangan kamu dan dari hadis kedua yg merujuk kpd Rasululah s.a.w. sebagai Amir..Tiada pula ia merujuk kpd golongan kafir atau negara kafir. Mohon penjelasan ustaz dari saya yg jahil ini...
Quote
0 #9 Sap VentureAretikz 2012-02-02 19:56
Assalammualaiku m ustaz..

Mohon pencerahan mengenai program SAP Venture.. Adakah perlaksanaannya menepati syariah?
Quote
+1 #8 hukum jual baucer bukuFuad 2012-01-18 17:13
Salam ustaz,

Apa hukum kalau saya tukar baucer buku 1 Malaysia yang bernilai RM200 tu dengan tunai yang tak sama nilai? Contoh RM150. adakah ia termasuk dalam Riba?
Quote
0 #7 mohon email Ustaz Dr.hamba Allah 2012-01-15 11:51
Assalamualaikum Dr..ana nak minta email @ no contact(untuk menerangkan dgn lebih lanjut dan detail)drpd Dr. untuk perbincangan dan cadangan drpd Dr. untuk program seminar yang akan diadakan bulan 6 ini.Syukran n jazakallah.

p/s : satu slot untuk DR.email ana: rijal_islam2000 @yahoo.com
Quote
0 #6 masalah awamROJAK 2012-01-12 06:00
takkan nak buka bisnes yang seakan-akan sama tempat kita kerja makan gaji jadi tikam belakang jugak. banyak je orang jual pisang goreng so siapa curi idea siapa? dapat pengalaman, pengetahuan atau ilham nak buka bisnes seperti orang lain bukan tikam belakang ye.

yang jadi tak boleh kalau kita curi sesuatu contoh data rahsia syarikat lepas tu kita sendiri jual pada syarikat lain atau kita buka syarikat sendiri berdasarkan rahsia tersebut. dah nama pun data rahsia, kita pepandai curi memanglah haram.
Quote
0 #5 Replika/Cetak RompakJaha 2012-01-07 11:07
as salam ya ustad, sy maw tanya , apa hukum kalaw sy jual barang replica/cetak rompak, gred AAA, imitation kepada rakyat malaysia yg sesama islam? ada terbaca ustad azhar idrus kabo kalu sokong barang replika/cetak rompak orang kapir takdok masalah dok? tapi kabo doh barang tu barang replika n tukang beli sanggup beli walaupun barang replika, guane?
Quote
+4 #4 Perniagaan ITAbdullah 2012-01-06 13:03
Salam Dr,
Saya seorang eksekutif IT yang menjalankan 2 kerja - makan gaji dan freelancing.Saya terlibat dalam banyak projek2 IT kerajaan/swasta dibwh sykt majikan. Kadang-kadang,pelangga n yang pernah bekerjasama dgn sykt majikan menghubungi saya terus dan menawarkan projek2 yang berskala kecil.

1. Adakah apabila saya telah menubuhkan sykt sendiri, saya tidak boleh mendekati pelanggan2 yang pernah bekerjasama dgn sykt majikan saya walaupun solution yang diberi berlainan? Buat pengetahuan Dr, target market bagi IT solution especially badan kerajaan adalah jabatan-jabatan yang sama juga.

2. Konsep pembangunan aplikasi lebih kpd konsep recycle the source code untuk menjimatkan masa. Adakah saya tidak boleh menggunakan source code (programming lang) yang saya gunakan semasa bekerja di sykt majikan walhal proses pembangunan aplikasi selalunya menggunakan modul yg sama?

Mohon pencerahan, Dr.
Jzzk.
Quote
0 #3 MissAshrill 2012-01-06 00:58
Assalammualaiku m Ustaz,

I have a question regarding above subject. I am working as sales person in IT industries. I am also have a good repo with my existing customer. Even though I change new companies, I will maintain the relationship with the customer. Sometimes, customer did not purchase my existing company solution but they will purchase another solution that they required.

My question is, Is it halal if I received commission from the product that I recommended to the customer even though I am working with my company. The product is different from my company carry. Example: my company provide personal computer, but customer did not required personal computer. They more concern about their new data centre. Since I had experience in data centre, I advised them what they need to do and recommend which product that suitable for their data centre. So, company that provide data centre product will give a commission because I bring business for them.
Quote
0 #2 mrhisham melaka 2012-01-03 18:25
Assalamualaikum Dr Zaharuddin.

saya hisham, peguam batu pahat. kini saya tinggi di Melaka. Boleh tak beri alamat pos dr? saya nak hadiahkan 2 buah buku. Hajat saya. 1 buku dr dah tahu berkaitan kemilau publika. Cuma pindaan dan tambahan yang saya buat atas semakan/cadangan dr. yang telah diterima, tetapi tiada dalam buku yang diterbitkan. Saya rasa kecicirannya mungkin kerana editor bertugas berhenti di saat akhir kesiapan buku itu. mungkin syarikat tidak menyedari kewujudan pindaan itu."What to say" 1 lagi , suprise lah.

Bebrapa bulan lepas, saya spt terperasan dr. dalam kereta sedang pandu keluar dari masjid al azim melaka, baru selesai ceramah on zakat.

terima kasih.

hisham ahmad , melaka

UZAR : salam tahniah dan mabruk atas usaha dan kesungguhan..boleh pos ke alamat berikut:

Kuliyyah of economics and Managements Sciences,
International Islamic University Malaysia
P.O. Box 10, 50278, Gombak
Quote
+1 #1 majikan tidak jujursiti 2011-12-31 11:54
salam ustaz ..

berkaitan tajuk di atas, adakah kita tidak boleh membuka petniagaan yg sama selepas berhenti walaupun kita tidak mencuri apa apa maklumat...

keduanya ini bg tuntut hak kita kerana majikan tidak jujur dlm pembyrn gaji termasuk tidak membayar kwsp tp tp memotong lebih dr sepatornya.

tq
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 103 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Tikam Belakang : Curi Maklumat dan Jual