Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Gambar, Pra-Kahwin dan Selepas Kahwin
  • PDF
(17 votes, average 3.88 out of 5)

 

Gambar, Pra-Kahwin & Selepas Kahwin

Oleh

Dr Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 prewedding

SOALAN

Minta jasa baik Dr, untuk menerangkan trend orang berkahwin masa kini yang biasanya membuat sesi pre-wedding atau selepas kahwin. Bagaimana pula pendapatan atau upah bagi jurugambar yang terbabit. Terima Kasih Dr.

JAWAPAN

Menurut hukum Islam, perkahwinan sememangnya wajar dihebohkan dan digalakkan untuk menganjurkan majlis kenduri kendara. Selain menyambut hari bahagia, ia juga sebagai iklan kepada masayarakat berkenaan perkahwinan yang dibuat bagi mengelak salah tanggapan terhadap pasangan di kemudian hari. Hukum kenduri kahwin dan menghebahkannya ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda:

أولم ولو بشاة

"Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."

Pun begitu, diakui bahawa hari ini susah semakin merebak trend menggunakan khidmat jurugambar professional atau separa professional untuk aktiviti bergambar sebagai kenangan perlu diteliti hukumnya.

Ringkasnya begini:-

 

1. Hukum bergambar secara umum : ia adalah harus dan tertakluk kepada jenis gamabr yang diambil. Demikian fatwa majoriti ulama kontemporari termasuk Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi.

 

2. Bergambar selepas bernikah

Ia bergantung kepada beberapa keadaan seperti berikut :-

a-  Pakaian yang dipakai oleh pihak pengantin : Sekiranya pakaiannya mendedahkan aurat secara jelas atau sipi-sipi terdedah. Penggambaran itu adalah DIHARAMKAN jika diambil oleh jurugambar bukan mahram kedua-dua pengantin. Jika diambil oleh mahram kedua-duanya, maka tidaklah mengapa dengan syarat gambar yang dipetik tidak disiarkan kepada awam sama ada di flicker, facebook, youtube, blog atau lainnya. Ia hanya untuk kenangan peribadi sahaja.

Berhias (tabarruj) dengan menampakkan aurat dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah

وَلا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأُولَى

Bermaksud: Dan janganlah kamu bersolek(berhias) seperti mana wanita jahiliyah berhias."Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

 

b-  Pakaian menutup aurat namun dengan aksi peluk memeluk, cium mencium dan lain-lain aksi yang agak boleh mengghairahkan: Ia juga haram sekiranya jurugambar bukan mahram khususnya bagi pengantin wanita.

 

c- Pakaian menutup aurat dengan sempurna cuma bersolek dan berhias menarik dengan jurugambar asing atau bukan mahram. Dalam konteks ini, saya berpandangan, hukumnya adalah DIBENARKAN dengan syarat tiada aksi intim ditayangkan di hadapan jurugambar. Gambar juga DIBENARKAN untuk disebarkan kepada rakan taulan secara berpatutan  sekadar member maklum perkahwinan telah dilangsungkan.

 

Adapun, jika timbul perasaan riya’, berbangga dengan pakaian yang dipakai dan majlis yang dianjurkan, itu merupakan dosa berasingan yang dilakukan oleh pasangan. Itu tidaklah menjadikan seluruh majlis dan aktiviti bergambar itu sebagai haram. Ia dianggap sebagai haram lighairihi jika berlaku.

 

Justeru, jika ada pasangan yang merasakan persiapan dan pakaian mereka terlalu mahal dan secara logiknya akan mengundang perasaan cemburu berlebihan di kalangan awam yang melihat, sebaiknya gambar yang terpapar diminimakan dari sebarang hebahan awam bagi menjaga hati sendiri dan orang lain yang akan melihat.

 

1. Bergambar sebelum bernikah (pre-wedding)

Ia juga bergantung kepada keadaan seperti berikut :-

a. Pakaian menutup aurat dengan sempurna dan pasangan diambil gambar mereka TANPA bersentuh atau TANPA lain-lain aksi yang boleh mengghairahkan seperti berbaring, berpelukan, berpegangan tangan atau lain-lain aksi yang khas untuk suami isteri yang sah sahaja. Dalam keadaan sebegini hukumnya di antara MAKRUH dan HARAM kerana dibimbangi nafsu masing-masing sukar dikawal apabila berada secara berdekatan, lalu ia boleh sahaja termasuk di dalam kategori “mendekati zina”. Justeru, ia sangat elok untuk dijauhi kerana keperluannya amat kurang dan hampir tidak diperlukan malah boleh jatuh di dalam kes pembaziran. Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau”.(Surah al-Isra’ 26)

Imam al-Jurjani mengatakan bahawa al-Israf ialah mengeluarkan harta lebih daripada perkara yang diperlukan.Manakala al-Tabzir pula ialah mengeluarkan harta bukan kepada perkara yang diperlukan (perkara maksiat).

 

b. Pakaian tidak menutup aurat atau dengan aksi bak suami isteri : Ia adalah HARAM tanpa sebarang keraguan lagi. Ini juga fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia yang mana petikan beritanya berbunyi :

Foto pra-perkahwinan pasangan pengantin baru Islam yang merakamkan aksi intim sebelum majlis akad nikah, dikategorikan sebagai budaya haram di sisi Islam.

Kelaziman bakal pengantin beragama Islam merakamkan foto secara intim termasuk berpelukan dan berbaring di atas katil sebelum sah bergelar suami isteri daripada segi hukum adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Sehubungan itu, Institut Kebudayaan Melayu Jambi mengeluarkan kenyataan bahawa budaya berkenaan harus dicegah seiring dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) berhubung isu yang sama.

Menurut pengerusi bahagian kajian dan pembangunan institut berkenaan, Djunaidi T. Noer, amalan merakamkan foto pra-perkahwinan bukanlah budaya masyarakat Jambi dan tersasar daripada hukum Syariah.

"Kami menyeru agar semua pasangan yang bertunang dan pengantin beragama Islam supaya tidak merakamkan foto pra-perkahwinan seperti berpeluk, berbaring antara satu sama lain di katil dan sebagainya. Ia merupakan haram," tegas Djunaidi seperti dilaporkan akhbar The Jakarta Post, hari ini.

UPAH JURUGAMBAR

Mankala upah jurugambar semuanya tertakluk kepada hukum yang disebut di atas tadi, Jelasnya ia menjadi HARAM jika gambar intim lagi mesra pasangan dalam keadaan pre-wedding.

Boleh pula menjadi halal lagi DIBENARKAN jika jurugambar adalah mahram pengantin perempuan khususnya.

Juga upahnya menjadi HARAM jika pengantin tidak menutup aurat, dan dibantu untuk memetik gambar mereka dan dihias menggunakan teknik fotografi yang canggih bagi mencantikan hasilan foto. Semua itu dikira bersubahat dalam perkara dosa dan maksiat yang ditegah oleh Allah SWT. Pendapatan sedemikian adalah TIDAK BERSIH lagi haram.

Boleh menjadi HARUS walau jurugambar bukan mahram tapi gambar diambil selepas pernikahan dan menutup aurat dengan sempurna serta tiada aksi yang boleh kebiasaan boleh merangsang nafsu biasa lelaki.

Sekian

 

Dr Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

2 Mac 2012

 

 

 

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #17 (=ika 2012-05-02 12:45
Quoting Hillman:
Salam Dr.ingin perjelasan,saya driver kerajaan,selalu nya keje saya tak banyak,masa terluang byk,apa perlu saya buat.supaya kerja saya mendapat keberkatan Allah,


niatkan kerja anda krana Allah. insyaallah ianya akan bernilai ibadah . masa terluang boleh guna utk berfikir, berzikir, merenung , membaca , berbual ... atau apa2 yang baik.. yang diniatkan ikhlas kerana Allah
Quote
+2 #16 solatkhairol 2012-04-27 11:00
Assalamualaikum ustaz,

saya ingin bertanya, sekiranya kita terlewat solat, contohnya solat zuhur, semasa kita sedang solat zuhur, maka azan masuk waktu zolat asar telah berkumandang, so bagaimana status solat zohor tersebut? adakah kita perlu teruskan atau terpaksa ganti balik?

sekian
wassalam
Quote
-2 #15 kemusykilanain 2012-04-17 18:51
assalamualaikum ustaz.....
bolehkah kita menyentuh anjing tanpa melakukan samak slps itu.....
satu lg soalan....bolehkah kita solat jamak dan qasar walaupun perjalanan kita tidak lebih drpd 2marhalah(90km) ?
Quote
+1 #14 Wang terkena darah khinzirmustafa 2012-03-17 10:13
Salam Dr. Mohon penjelasan dari dr mengenai edaran wang yang terkena darah khinzir, arak atau lain2 yang mengharamkan di miliki atau dalam simpanan umat islam semasa melakukan ibadah atau lain2 nya.
Syukran. Jazakallahu khaioran
Quote
0 #13 kusyuk solatnadira 2012-03-15 11:15
Salam Ustaz. :-)

Bolehkah ustaz jelaskan bagaimana hendak mendapat kekhusyukan dalam solat.
dan apakah perbezaan seseorg dgn org yg mendapat hidayah atau tidak???
harap ustaz dapat memberi jawapannya..

Terima Kasih.Wassallam...
Quote
0 #12 hukum bulu mataKamarul 2012-03-14 01:54
Quoting nur:
Assalamualaikum
ustaz.apakah hukum memakaikan bulu mata kat pengantin
Dan apakah hukum upah yang juru makeup terima.
Sekian.


Salam

Berkenaan bulu mata, tidak dibenarkan syarak sebab mengubah ciptaan manusia. Termasuk juga tabarruj iaitu mekap berlebih-lebihan bukan untuk suami.

Mengenai upah tukang make-up, pada saya bila perkara itu haram, si tukang buat juga mendapat saham juga. WA
Quote
+2 #11 Hasil kerja yang lepasKamarul 2012-03-14 01:46
Salam Ustaz

Berkenaan hasil yang haram ini. Yang akan datang insyaallah boleh dielakkan hasil pembacaan disini. Sbb banyak perkara yang baru jelas.

Tetapi hasil yang kita dapat dari upah yg terdahulu tu mcm mane? Kena bayar kafarah atau mcm mane? Kemudian hasil yg terdahulu tu juga, wajib bayar zakat pendapatan ke?

Berkenaan gambar, jika pemakaian pengantin dah ikut yg Islam gariskan, tetapi tetamu pula ada yang tak bertudung atau bertudung tp x menutup aurat. Jadi kalau gambar group photo, takkan nak suruh orang tak bertudung keluar kn. Jadi hasil upah tukang jurugambar ini macam mane? Jatuh haram ke Ustaz.

APa sekalipun, terima kasih Ustaz diatas artikel ini. Syukran. Wassalam
Quote
+2 #10 Derhakajiwa kacau 2012-03-13 14:56
salam ustaz,
saya tinggal bersama mertua saya..suami saya anak sulung dan menjadi harapan untuk menjaga keluarga.. sebelum berkahwin saya sudah pun mengetahui hal ini dan saya tidak kisah..pada suatu hari (semasa ketiadaan suami) kerana salah faham ibu mertua saya marah dan mengeluarkan kata2 yang menyebabkan saya terasa hati.. antaranya dia berkata selepas kahwin dengan saya anaknya (suami saya) menjadi anak derhaka dan tidak mendengar kata sedangkan selama ini tidak pernah suami saya menolak kehendak ibubapa nya atau meninggikan suara.. saya tidak pernah beritahu suami tentang ini sebab saya takut suami bergaduh dengan ibunya..

persoalannya adakah saya berdosa kerana berkahwin dengan suami saya? bagaimana saya harus buat kerana saya sering teringat kata2nya itu.. tetapi saya sudah memaafkan ibu mertua saya dan kami sudah bertegur sapa.. cuma saya ingin pendapat ustaz dalam hal ini..

terima kasih...
Quote
+1 #9 MrAhmad 2012-03-13 10:11
Quoting Hillman:
Salam Dr.ingin perjelasan,saya driver kerajaan,selalu nya keje saya tak banyak,masa terluang byk,apa perlu saya buat.supaya kerja saya mendapat keberkatan Allah,

Bawa Quran, boleh baca. Selalu org bagi alasan kesibukan masa untuk tidak membaca Al-Quran. Alhamdulillah, anda ada banyak masa, gunakan dan manfaatkan sebaik mungkin :)
Quote
0 #8 MrArdi 2012-03-12 22:09
Salam ustaz...pada pandangan ustaz,apakah hukum berhias dan bersolek( tidak berlebih-lebihan) bagi wanita di luar rumah? Jawapan ringkas dari ustaz sudah memadai.Sekian
Quote
0 #7 hutang ibu mertua atas nama isteriman 2012-03-11 21:32
salam Dr ustaz apa kbr?

Isteri saya berurusan dengan perbankan islam untuk mendapatkan 82 ribu untuk ibu mertua saya.

Atas alasan mengubah suai rumah ibu mertua dan ianya BUKAN KEPERLUAN serta dibuat TANPA pengetahuan saya,

Setelah diketahui.

Saya risau lama kelamaan ianya akan memggangu kebahagian rumah tangga kami. disebabkan hutang itu atas nama isteri saya,

Hutang ibu mertua saya yang sedia ada pun tidak mampu untuk dibayar secara bulanan apatah lagi nak menambah hutang baru.

saya mohon pendapat/pandangan ustaz tentang hal ini.

terima kasih.
Quote
0 #6 Bisnis Untuk Ibadahtokoku 2012-03-07 15:21
syukron tausiyahnya Ustadz
Quote
+1 #5 Kawin Gantungazman 2012-03-05 10:08
Quoting sofian:
Salam ustaz,

bagaimana pula hukum sekiranya gambar pre-wedding tersebut dilakukan hanya setelah bernikah secara sah (kahwin gantung) dan gambar yang digunakan adalah untuk tujuan diletakkan di dalam kad jemputan kenduri perkahwinan yang akan dilangsungkan?adakah garis panduannya adalah tetap sama, atau dibolehkan memegang tangan dan sebagainya, selagi mana ianya masih di dalam konteks tidak menyebabkan nafsu terangsang?

terima kasih



Saudara Sofian,

'kawin gantung' adalah adat dalam masyarakat kita yg mana nikah dah sah, cuma kenduri belum diadakan dan biasanya pengantin/suami-isteri tadi masih tinggal berasingan. apa yang saya tahu, dalam Islam tidak ada istilah 'kawin gantung'. bila dah sah nikah maka apa yg halal antara suami isteri dibolehkan. jadi tidak timbul soal pegang tangan tanpa ada rangsangan nafsu ataupun tidak. mohon pandangan ustaz.........
Quote
+1 #4 hukum bulu matanur 2012-03-05 09:21
Assalamualaikum
ustaz.apakah hukum memakaikan bulu mata kat pengantin
Dan apakah hukum upah yang juru makeup terima.
Sekian.
Quote
0 #3 soalan lanjutansofian 2012-03-03 12:13
Salam ustaz,

bagaimana pula hukum sekiranya gambar pre-wedding tersebut dilakukan hanya setelah bernikah secara sah (kahwin gantung) dan gambar yang digunakan adalah untuk tujuan diletakkan di dalam kad jemputan kenduri perkahwinan yang akan dilangsungkan?adakah garis panduannya adalah tetap sama, atau dibolehkan memegang tangan dan sebagainya, selagi mana ianya masih di dalam konteks tidak menyebabkan nafsu terangsang?

terima kasih
Quote
+3 #2 Tentang masaHillman 2012-03-02 23:20
Salam Dr.ingin perjelasan,saya driver kerajaan,selalu nya keje saya tak banyak,masa terluang byk,apa perlu saya buat.supaya kerja saya mendapat keberkatan Allah,
Quote
+1 #1 Option TradingAbdillah 2012-03-02 22:40
Salam Ustaz,
Bolehkah Ustaz jelaskan tentang hukum syarak menyertai "Option Trading" Adakah ianya dibolehkah serta syaratnya
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 100 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Gambar, Pra-Kahwin dan Selepas Kahwin