Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Bengkel Perancangan Kewangan Keluarga Islam
  • PDF
(0 votes, average 0 out of 5)

 

Bengkel Perancangan Kewangan Keluarga Secara Islam

Oleh

www.zaharuddin.net

poster_bengkel_kewangan

Bersyukur apabila kelihatan semakin ramai muslim di negara ini yang mula memberikan perhatian tinggi dalam memastikan tanda halal wujud pada setiap barangan makanan yang ingin dibelinya. Saya ada membaca sebuah buku kecil bertajuk "Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang: Halal Haram" yang memfokuskan kepada elemen haram yang terdapat di dalam barangan keperluan orang ramai seperti makanan dan alatan-alatan komestik dan lain-lain. Malah

Bagaimanapun, rasa kurang puas hati masih menyelebungi kerana kesedaran masyarakat terhadap halal haram di dalam urusan kewangan dan perbankan masih di tahap yang lemah. Hampir setiap hari apabila saya turun berjumpa masyarakat di dalam kuliah-kuliah yang pelbagai, semakin ternyata fakta yang di sebut tadi.

Dalam Islam, kesedaran dengan membeli barangan yang bertanda halal sahaja, adalah sangat tidak mencukupi selagi mana barangan halal itu dibeli dengan duit yang haram, samada hasil riba, pelbuaran yang tidak halal atau harta curi, rasuah dan pecah amanah serta lain-lain.

Suatu yang mendukacitakan apabila didapati majoriti umat Islam di Malaysia tidak memahami sebaiknya tatacara dan undang-undang Islam dalam hal ehwal kewangan, padahal majoriti individu tidak akan terlepas dari berurusan dengan urusan kewangan seperti kerjaya, perniagaan sampingan, membeli belah, berhutang dan sebagainya. Kefahaman umat Islam begitu kabur berkenaan Riba yang merupakan 'ibu dosa' dalam hal kewangan, perbezaan rasuah dan hadiah, jual beli dan pelaburan yang haram, pengurusan harta secara Islam, perbankan Islam dan banyak lagi yang berkaitan denganya. Sampai bilakah kekaburan ini akan berterusan?. Bengkel intensif ini diharap dapat memberi manfaat demi masa depan dunia dan akhirat anda. InshaAllah bermanfaat..

Justeru, di kesempatan ini, bengkel padat dan ringkas ini akan cuba secara asas dengan bahasa dan pendekatan yang dipermudah untuk mendedahkan kepada masyarakat secara tersusun dan interaktif berkenaan kewajiban umat Islam bagi memantau pemerolehan harta mereka, di samping mengkaji halalnya barangan yang dibeli. Di situlah kepentingan kursus ini buat umat Islam, bermula dari keluarga masing-masing.

 

Objektif

  • Mendedahkan displin Islam dalam hal kewangan secara umum dan praktikal.
  • Menjelaskan pengertian Riba dan bentuknya dalam konteks semasa di Institusi kewangan semasa.
  • Menjelaskan beberapa asas utama dalam pelaburan halal.
  • Pendedahan fenomena harta haram tanpa sedar seperti kes gaji, hadiah buat pegawai, kerja lebih masa dan sebagainya.
  • Menjelaskan secara ringkas dan padat akan perbezaan amalan bank Islam dan konvensional.
  • Menyentuh dan menjawab beberapa isu semasa berkaitan perbankan Islam seperti kadar di perbankan Islam yang dikatakan lebih tinggi berbanding Konvensional dan lain-lain.
  • Mendedahkan kepentingan kontrak atau aqad di dalam kewangan Islam.
  • Memperkenalkan beberapa bentuk produk perbankan Islam.
  • Memberi ruang bagi orang awam memahami dengan lebih jelas hakikat sebenar proses kewangan mereka berjalan di perbankan Islam dan konvensional.
  • Memberi ruang bagi dialog dan mendapatkan penjelasan sebenar tentang perbankan Islam.

 

Info program

Tarikh     : 7 April 2012 (sabtu)
 

Tempat   : Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah, KL. 
 

Masa       : 8am-1pm
 

Anjuran  : Al Naqiy Islamic Solution Sdn Bhd & Masjid Wilayah Persekutuan

 

 Yuran     : RM100 ( Termasuk fail, kertas kerja, sarapan dan makan tengahari)

 

Tarikh Tutup Pendaftaran : 1 April 2012


Daftar sila hubungi 036201 1062 atau 0362011063 email admin@alnaqiy.com dan layari web www.alnaqiy.com

 

Pendaftaran dan Caranya

1. Buat pembayaran sebanyak RM 100 ke akaun AL-NAQIY ISLAMIC SOLUTIONS SDN BHD:       AL RAJHI BANK : 129001881550798
 

2. Tulis nama peserta serta no telefon di atas bank slip dan fakspadakami di 03-62116424 atau email slip pembayaran ke aimi@alnaqiy.com

3. Sila bawa bank slip asal dan serahkan di meja pendaftaran pada hari program dijalankan.

 

Profile Pembimbing

Nama : Dr. Ustaz Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

  • Penolong Professor (Assistant Professor atau Pensyarah Kanan), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Ahli, Panel Kajian Shariah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
  • Ahli Majlis, IIUM Institute of Islamic Banking & Finance (IIiBF)
  • Ahli, Majlis Penasihat Shariah, Al Rajhi Bank Malaysia Berhad
  • Ahli, Majlis Penasihat Shariah, ACR ReTakaful Berhad Malaysia
  • Ahli, Majlis Penasihat Shariah, ACR MEA Takaful, Bahrain
  • Penasihat Shariah Berdaftar, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
  • Perunding Shariah, UEM Land Berhad
  • Penasihat Shariah & Board Member, Al-Naqiy Islamic Solution Sdn Bhd, Global Islamic Advisory & Consultancy
  • Penasihat Shariah, Siraj Capital Ltd, Jeddah
  • Penasihat Shariah, Yasmin Holdings Group Sdn Bhd
  • Penasihat Shariah, StormReaders Sdn Bhd
  • Penerima Anugerah Media Islam Negara Ke3, Laman Web Islamik terbaik
  • Associate Lecturer, The Markfield Institute of Higher Education, United Kingdom
  • Panel Soal Jawab Agama, Majalah I, Terbitan Karangkraf Sdn Bhd
  • Kolumnis Majalah Solusi, (Ruangan Fiqh Muamalat) terbitan Telaga Biru Sdn Bhd
  • Kolumnis Majalah Iktisad, terbitan Yayasan Muslimin Berhad
  • Kolumnis Majalah Fardhu 'Ain, (Ruangan Fiqh Jenayah) terbitan Kalimat Cinta Sdn Bhd

Kelulusan

  • B.A ( Hons), Usuluddin, Universiti Malaya
  • M.A, Shari'ah (Jayyid Jiddan), Universiti Al-Yarmouk, Jordan
  • PhD, Islamic Studies & Finance, University of Wales, United Kingdom
  • Ijazah Ilmiah oleh Sheikh Dr Yusof Al-Qaradawi
  • Penasihat Shariah berdaftar, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
  • Tawliah dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) No Rujukan pmwp/600/2 klt.6(138)
  • Tawliah JAIS.

     

    Tajuk & Pengisian


    (1) PENDAHULUAN

    (1.1) Pengurusan harta sebagai seorang khalifah Allah

    (1.2) Kiraan akhirat vs dunia

    (1.3) Jutawan akhirat vs jutawan dunia

    (1.4) Faktor-faktor penambahan rezeki dan keberkatan harta

    (1.5) Elemen-elemen utama yang dilarang

            -Riba

            -Ketidakpastian (Gharar)

            -Pertaruhan (Judi)

     

    (2) PENGURUSAN HARTA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

    (2.1) Akaun Pelaburan di Bank Islam.

    (2.2) Takaful

    (2.3) Unit Amanah Islam (Islamic Unit Trust)

    (2.4) Pelaburan emas (bullion, wafer dan siling- dinar)

    (2.5) Harta pusaka

    (2.6) Akaun emas

    (2.7) Pelaburan Saham

    (2.8) Multi Level Marketing

    (2.9) Forex trading 

    (3.0) Perbankan Islam

     

    (3) PELBAGAI KAD DAN ISU-ISU BERKAITAN

    (3.1) Kad Debit

    (3.2) Kad Caj

    (3.3) Kad Kredit

     

    (4) PERBELANJAAN

    (4.1) Perbelanjaan utama (rumah, kereta)

    (4.2) Perbelanjaan harian

    (4.3) Perlindungan takaful

            -Perubatan dan kesihatan

            -Pendidikan

     

    Tentatif Program

     

    07.30 pagi : Pendaftaran peserta

    08.30 pagi : Diskusi Topik 1

    10.30 pagi : Sesi Soal Jawab

    11.00 pagi : Rehat dan Minum Pagi

    11.30 pagi : Diskusi Topik 2

    12.30 tgh : Sesi Soal Jawab

    01.15 tgh : Majlis Tamat dan Solat Zohor serta Makan Tengahari

     

    Akhirnya, adalah diharapkan program ini akan mampu menjana ilmu yang amat berguna buat seluruh peserta dan juga dapat melahirkan generasi yang cintakan urusan kewangannya selamat dan halal. Kesan dari harta yang halal pastinya mampu menjadi nukleus ke arah pembentukan sebuah masyarakat yang beridentiti Islam tulen. InsyaAllah

     

    Sekian,

     

    www.zaharuddin.net

    16 Mac 2012

     



    Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

    Add comment


    Security code
    Refresh

    Pengumuman

    Wang, Anda dan Islam
    Panduan Perbankan Islam

    Untukmu Wanita

     
    Untukmu Umat
    Formula Solat Sempurna
    Murabahah
     A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
    Akidah dan IbadatRiba
    cover_maqasid_arab 
    Money, You and Islam
     cover_bicaralah_new ledakan_FB 
    indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


     

    Ruangan Iklan





    RSS Feed

    Pengisian Terkini Pengisian Terkini

    Statistik

    Site Meter

    Pelawat

    Now online:
    • 53 guests
    Latest members:
    • Mohd Nasir

    Komen Terbaru

    You are here: Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Bengkel Perancangan Kewangan Keluarga Islam