Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Ringkas Isu Mesir: Penggulingan Dr Morsi
  • PDF
(2 votes, average 5.00 out of 5)

 

ULASAN RINGKAS BERKENAAN ISU MESIR & DR MORSI

Oleh

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net


morsi

1. Dr. Muhammad Morsi adalah Presiden Mesir yang sah melalui pilihanraya presiden yang dijalankan secara demokratik pada 24 Jun 2012. Justeru tindakan menjatuhkannya secara revolusi jalanan BUKANLAH CARA YANG BETUL, khususnya bagi seorang pemimpin yang baru hanya 1 tahun berkuasa. Berikan masa dan berdiskusi lebih tepat bagi mereka yang tidak bersetuju dan pengkritik.

2. Sepanjang setahun beliau sebagai Presiden, beliau tidak mendapat sokongan penuh dari pihak tentera, polis dan pelbagai kakitangan kerajaan. Ini menjadikan perubahan yang dirancang sangat lambat dan kelihatan kurang berjaya. Selain itu, tempoh setahun terlalu pendek untuk membersihkan kekalutan ekonomi dan minda selama 30 tahun yang ditinggalkan oleh Hosni Mubarak.

3. Saya melihat, sifat dan sikap rakyat Mesir yang kelihatan terlalu banyak berpuak dan membantah, keadaan ini sememangnya memerlukan satu jenis undang-undang ala 'diktator' (tapi bukan diktator cuma tegas) dari pemimpin yang BAIK atas sifat AMANAH DAN BUKAN KEPENTINGAN DIRI bagi menyatu dan mengurangkan masalah administrasi khususnya di awal-awal pemerintahan. Justeru, rang undang-undang yang memberi Presiden kuasa penuh yang kontroversi pada hujung November 2012 itu adalah perlu dan tidak patut dianggap sebagai keaiban kepimpinan Morsi.

4. Tindakan tentera yang merampas kuasa dengan sokongan Sheikhul Azhar dan Coptic Pope Tawadros tidak secara demokratik bakal menyaksikan masa hadapan Mesir semakin suram dan tidak pasti. Kelak nanti Presiden baru bakal menjadi boneka tentera yang mana kiranya tidak disetujui, maka akan dirampas lagi oleh tentera. Mungkin tindakan terbaik adalah Presiden baru perlu ‘revamp’ tentera agar senjata mereka tidak menjadikan mereka mencarik keputusan rakyat majoriti.

5. Tindakan rakyat awam Mesir yang mengadakan revolusi jalanan dan bergembira atas kejatuhan Dr. Morsi adalah pelik dan kurang matang pada hemat saya. Masakan tidak, sedang mereka bergembira dan merayakannya, adakah mereka sedar dan tahu siapa yang bakal menjadi pemimpin terbaru mereka?, bilakah tarikh pemilihannya ? adakah mudah menaikkan pemimpina kesukaan mereka untuk diterima semua pendemonastrasi dan puak-puak? malah mungkin sebahagian besar mereka langsung tidak mempunyai idea siapakah calon yang paling layak. Apakah tindakan mereka ini lebih membantu menstabilkan Mesir atau mengoyahkannya semula? Dan lebih teruk, tindakan ini memberi kesan kepada kemaslahatan rakyat Palestin.

6. Saya bersetuju dengan tindakan Kerajaan Turki yang TIDAK MENGIKTIRAF kerajaan sementara haram Mesir serta tidak berurusan diplomatik kecuali dengan Presiden Morsi dan wakilnya yang sah sebagai mewakili kerajaan Mesir. Memang benar, tindakan ini bakal menjejaskan banyak hubungan ekonomi dan diplomatik antara kedua Negara selepas ini.

7. Rampasan kuasa Morsi ini lebih jelas disokong oleh pihak barat padahal mereka sering melaungkan keperluan untuk berpegang kepada Demokrasi, namun apabila Presiden Mesir dilihat ingin meluaskan agenda Islam dalam pentadbiran dan membantu Palestin, mereka kini berubah kepada menyokong rampasan kuasa pula.

8. Kerajaan Malaysia sepatutnya mengecam rampasan kuasa ala tentera Mesir ini kerana iktirafan kerajaan Malaysia bakal memberi mesej yang mengelirukan kepada sebahagian rakyat Malaysia kelak iaitu seolah-olah Malaysia mengiktiraf kerajaan melalui revolusi jalanan sedangkan tiada kezaliman nyata dilakukan oleh Morsi yang hanya baru setahun jagung memerintah.

9. Menukar pemimpin kerajaan melaui cara revolusi jalanan atau kekerasan memang lebih banyak membawa mudarat berbanding manfaat. Justeru, wajarlah ia dijauhi. Perlu difahami, revolusi jalanan menjatuhkan kerajaan BERBEZA DENGAN DEMONSTRASI AMAN bertujuan menyatakan bantahan tanpa sebarang perancangan menggulingkan kerajaan seperti di Mesir ini. Demonstrasi aman (khususnya dengan permit) termasuk dalam hak yang dibenarkan oleh sistem demokrasi, manakala revolusi bersenjata dan ganas adalah TIDAK DIBENARKAN.

10. Ini hanyalah pandangan peribadi dan mungkin saya juga boleh tersalah dalam analisa dan penerimaan maklumat. Wallahu’lam.


 

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Presiden MURSHID

www.murshid.my

www.zaharuddin.net

5 Julai 2013



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan





RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 29 guests
Latest members:
  • Mohd Nasir

Komen Terbaru

You are here: Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Ringkas Isu Mesir: Penggulingan Dr Morsi