Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Produk Jampi Lebih Mahal, Halalkah?
  • PDF
(4 votes, average 5.00 out of 5)

 

Produk Jampi Lebih Mahal, Halalkah?

Oleh

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

mistik

Dewasa ini, kelihatan semakin tumbuh bagai cendawan produk-produk perniagaan yang kononnya dibacakan ayat al-Quran sama ada sepenuhnya 30 juzuk atau sebahagiannya. Produk ini dijual dengan harga yang tinggi dan lebih mahal dari biasa. Dari air mineral, zam zam ia berkembang kepada minyak wangi, makanan, dan seterusnya mungkin kepada ayam, petrol, pen, kasut, komputer, rumah dan lain-lain. Adakah amalan ini diterima Islam ?

Secara ringkasnya, saya BERSETUJU dengan pandangan Ustaz Ikmal Zaidi (pengamal perubatan Darul Syifa’ & pensyarah KUIS) dalam mengupas topik jualan produk dibaca Al-Quran bagi tujuan komersial.

Berikut adalah pandangannya:

1-Ia bertentangan dengan konsep pengubatan Islam sebenar sebab ia memerlukan pertemuan antara pesakit dan perawat. Doa yang dibaca didengar dan diaminkan bersama pesakit diberi nasihat dan amalan oleh perawat, bukan setakat beli air yg ruqyah ready made kt kedai!!! 
2- Pesakit akan lebih bergantung kepada bahan2 atau ubat2 atau air2 yg diruqyah tanpa berusaha memperbaiki akidahnya bahawa Allah yg menyembuhkan bkn bahan dan ruqyah itu.
3-Pengkomersialan yg melampau dan ada unsur mempergunakan Al-Quran sbg pelaris barangan dlm iklan...seolah2 menjamin kesembuhan, keselamatan dlm perjalanan dsb...
4- Terdedah kpd penipuan.. cthnya: Bacaan 30 juzuk Al Quran...dibaca 'live' ke (sepatutnya) atau on dvd player...begitu juga bacaan doa2...

Kesembuhan yg dicari tidak menghalalkan ikhtiar yg dibuat sesuka hati tanpa memikirkan kesan jangka panjang kpd umat Islam yg kt faham tahap keimanannya.. yg terbaik ialah didik mereka kenal dan yakin Allah yg menurunkn penyakit...ajar mereka berdoa dan meminta kpd Allah...ajar mereka konsep Qada Qadar...Hakikat kesembuhan dsb. (Ust Ikmal Zaidi)

____________________________________________________________________________

 

Selain dari hujah yang dikemukan di atas, saya ingin menambah lagi dengan beberapa point berikut:-

1. Memang benar, menjual minuman dengan jampi hukum asalnya adalah harus dengan syarat pada harga biasa produk yang sama, cth air mineral biasa RM 1.50, air mineral jampi juga RM 1.50. Ini kerana dalam hadis yang menyebut sahabat mendapat upah atas jampian, adalah apabila terbukti berkesan, justeru selagi belum berkesan, menaikkan harga makanan tersebut adalah dikira syubhah yang membawa penipuan.

2. Ubat doktor harganya pada fizikal ubat dengan bahan kimia adunan khas itu, semuanya bersifat adunan fizikal istimewa dan tested secara sunnatullah (hukum alam). Seperti jika beli nasi kerabu special, harganya beza dengan nasi kerabu biasa kerana bahan campurannya jelas dan perisanya berbeza. Air mineral @ bahan berjampi pun beli fizikal tapi fizikal bercampur 'jampi' yang tiada dapat diukur dan TIDAK JUGA dapat dinilai dengan harga matawang, justeru harga barangan sebegini tak boleh membezakan harganya dengan air yang tak dijampi.

3. Tindakan ini telah membuka pintu fitnah terhadap Al-Quran, khususnya apabila Al-Quran bukan dibacakan sahaja pada air minuman, malah minyak wangi, ayam ternakan, makanan supplement dan KELAK mungkin pada minyak mungkin pada petrol, daging ayam, lembu, ikan, sudu, garfu, pinggan, baju, komputer jampi dan entah apa lagi. Dengan alasan ada 'value added' lalu ingin dinaikkan harganya. Semua ini akan menimbulkan fitnah baru kepada Islam dan Al-Quran sedang memperdagangkan bacaan Al-Quran dalam bentuk sedemikian adaah bukan fungsi sebenar Al-Quran. 

4. Ulama' menegah bacaan Al-Quran dibuat di pasar-pasar jualan, kerana ia menghilangkan fungsi sebenar Al-Quran. mendedahkan kepada penghinaan dari pesaing dan juga menededahkan Al-Quran dikritik oleh pengguna akibat tidak sembuh atau tidak capai manfaat hebat yang dijanjikan penjual.

5. Bacaan Al-Quran untuk pengubatan juga memerlukan bacaan terus dari pembaca berbanding dunia bisnes yang menjadikan kaset sebagai pembacanya. 

6. Kesembuhan bacaan Al-Quran mesti terus dari mulut perawat secara live agar pemulihan dari Allah datang dari medium keberkatan bacaan langsung dan kesolehan perawat serta doa khusus perawat. Jika boleh sekedar dari kaset, saya kira kelak, tauke BUKAN ISLAM lagi mampu membuat produk sebegini dengan volume lebih besar.

Sekian

 

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

23 Dis 2013



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 12 guests

Komen Terbaru

You are here: Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Produk Jampi Lebih Mahal, Halalkah?