Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Bolehkah Jual Baucer Buku Untuk Dapat Tunai
  • PDF
(0 votes, average 0 out of 5)

 

BOLEHKAH JUAL BAUCER BUKU UNTUK DAPAT TUNAI?

Oleh

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Baucer-1-Malaysia-RM250

Ramai yang bertanya berkenaan menjual baucer buku 1Malaysia dengan sama ada harga yang sama atau harga diskaun. Contohnya, baucer yang bernilai RM 200 itu ingin dijual kepada orang lain dengan harga RM 190 tunai, agar dapat digunakan wang tunai untuk tujuan selain yang ditentukan oleh Kerajaan. 

Pendapat ringkas saya seperti berikut : 

a. Perbuatan menjual baucer buku untuk mendapat tunai itu adalah tindakan yang salah, tidak beretika dan memecah amanah dan objektif asal pemberian baucer. Matlamat penciptaan baucer itu adalah untuk ditukar dengan buku, agar pelajar dapat membeli buku keperluan mereka dan meningkatkan ilmu. BUKAN HANYA buku teks wajib di universiti tetapi segala jenis buku yang berfaedah yang lain juga. 

Pun begitu, jika benar seseroang itu terdesak mendapatkan wang dek kerana keadaan hidupnya yang miskin dan keperluan asasi yang lebih penting seperti membeli makanan asasi. Itu terpulanglah kepada pemegang baucer itu sama ada untuk menjualnya atau tidak. Dalam keadaan terdesak sebegitu, sentiasa terdapat hukum pengecualian di dalam Islam. Pun begitu, diri bertanggungjawab untuk memeastikan ia adalah keadaan terdesak yang hakiki dan bukannya ciptaan.


b. Berdasarkan penerangan Kementerian Pengajian Tinggi, fungsi baucer ini adalah “Baucer ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing”. Justeru itu, baucer buku itu memegang 'hak untuk memiliki buku, majalah dan alat tulis pada nilai harga yang tercatat di atas baucer’ .

 

Para ulama ada membincangkan sama ada sesuatu hutang yang telah disekuritikan (dalam bentuk sijil) itu boleh dijual dengan harga diskaun atau tidak. Melalui perbincangan panjang lebar para ulama, majoriti berpandangan bahawa jika hutang itu adalah berbentuk ‘hutang bagi menerima  wang’ maka sifat sijil itu adalah wang juga. Justeru ia tidak boleh dijual kecuali pada harga yang saa dengan harga hutang.

 

Mengambil kefahaman dari perbincangan tersebut, sifat baucer buku ini dapat diketahui dengan melihat ia mempunyai nilai apa. Iaitu boleh digunakan untuk membeli apa. Ternyata dalam penerangan Kementerian Pengajian Tinggi, ia boleh digunakan membeli pelbagai perkara tetapi masih terhad kepada senarai tertentu sahaja.

 

Atas dasar itu, baucer itu TIDAK SAH dan TIDAK LAKU untuk pembelian selain daripada item yang disebutkan. Ia tidak boleh digunakan untuk membeli makanan, minuman, kerusi, atau lain-lain barang secara bebas, ia hanya terhad kepada item yang disebutkan. Justeru kerana itu, saya berpandangan baucer itu mengambil sifat barangan yang disebutkan dalam kebenaran sahaja khususnya buku dan ia bukan 'wang kertas' atau 'matawang' yang boleh digunakan untuk membeli pelbagai perkara secara bebas.

 

Ia berbeza dengan baucer tunai (Aeon Gift Voucher) yang dikeluarkan oleh syarikat Aeon Bhd yang boleh berfungsi sangat hampir seperti matawang yang boleh membeli pelbagai item tanpa halangan, Cuma syaratnya di pasaraya Aeon sahaja. Oleh kerana itu, menjual baucer buku dengan harga yang sama seperti nilai tercatat pada baucer atau secara diskaun adalah seperti menjual buku yang bernilai pasaran RM 50 dengan nilai diskaun RM 45. Maka jika demikian, bagi saya ia bukan riba dan tiada masalah dari sudut kontraknya. Jika ada yang berpendapat bahawa baucer itu seperti wang tunai, maka menjualnya dengan harga lebih rendah adalah riba.

Saya dimaklumkan terdapat pekedai biasa yang menerima baucer itu untuk membeli barangan selain item yang dibenarkan kerajaan. Jika ia ada, saya kira ia masih dalam kes terpencil yang tidak boleh dijadikan hukum am yang mengubah sifat baucer kepada matawang, sebagaimana kaedah Fiqh menyebut: 

 
(العبرة للغالب الشائع لا للقليل النادر) 
Ertinya: Pengajaran yang diambil kira adalah yang ghalib (majoriti) dan bukan yang terpencil sedikit. (Qawaid Fiqhiyyah li Zarqa’)

Kesimpulan, tidak dibenarkan menjual baucer buku kerana itu perbuatan tidak beretika dan pecah amanah. Namun jika dijual juga, ia tidaklah sampai tergolong dalam kategori riba. Malah dicatatkan oleh kemenertian juga kluasa 6f yang menyebut ‘Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai. ( rujuk http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/1malaysia/12097-baucar-buku-1malaysia-bb1m.html) Wallahu’alam.


Dr. Zaharuddin Abd Rahman

8 Mac 2014




Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 6 guests

Komen Terbaru

You are here: Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Bolehkah Jual Baucer Buku Untuk Dapat Tunai