Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Pra Syarat Pakar Muamalat & Kewangan Islam
  • PDF
(1 vote, average 5.00 out of 5)

 

Pra Syarat Pakar Muamalat

& Kewangan Islam
Oleh
Dr. Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

 

islamic finance expert

Ada yang bertanya saya, bagaimana ingin menggubal sesuatu sesuatu silibus pengajian bagi melahirkan pakar Shariah dan muamalat moden?. Saya suka dengan soalan ini kerana ia menunjukkan yang bertanya sedar akan proses diperlukan bagi menjadi pakar dan specialist di dalam bidang fiqh dan muamalat ini. Saya katakan demikian kerana bimbang melihat kecenderungan sebahagian ahli akademik berlatar belakang kejuruteraan, perubatan, ekonomi, akauntan dan lain-lain. Apabila mereka membuat bacaan di sana sini berkenaan fiqh muamalat dan beberapa halaman kitab terjemahan Usul Fiqh, sebahagiannya kelihatan tidak lagi teragak-agak mengeluarkan pandangan yang seolah ‘fatwa’ berkaitan hukum hakam fiqh muamalat dan juga maqasid Shariah. Akhirnya, sebahagiannya sesat jalan dan kefahaman dan juga menyesatkan.

Saya teringat ketika menghadiri suatu perjuempaan tertutup dengan beberapa individu suatu ketika dahulu. Saya hadir sebagai menyahut pelawaan Persatuan Ulama Malaysia. Ingin berbincang secara ilmiah dan mencari titk pertemuan dan persetujuan bagi mengorak agenda yang lebih praktikal bagi memajukan sector kewangan Islam. Namun sejurus pertemuaan dimulakan, pihak mereka yang diwakili oleh individu yang bukan berpengajian rasmi dan tersusun di dalam bidang muamalat dan usul fiqh menghentam institutsi kewangan Islam yang wujud hari ini sambil mengeluarkan pelbagai ‘fatwa peribadi’.

Saya teringat sewaktu saya bertanya :
“Bagaimanakah beliau boleh mengadaptasikan salah satu kaedah Fiqh yang berbunyi “Iza Dhaqal Amr Ittasa’ wa iza ittasa’ Dhaq”?.

Dia tidak menjawab sebaliknya berpusing-pusing mengulangi kritikan awalnya, dan akhirnya apabila ditegaskan soalan itu sekali lagi, dia bertanya :
“Apakah maksudnya kaedah itu?”

Itulah, rupanya dia tidak mengetahui perbincangan kaedah fiqh dan kurang pula kefahaman di dalam bahasa arab. Bagaimana mungkin seorang yang tiada pengetahuan bahasa arab khususnya dalam hal yang berkaitan fatwa dan hukum yang mencukupi, tiada pula pengetahuan berkenaan Kaedah Fiqh namun ingin sewenangnya memberi hukum Islam ke atas sesuatu transaksi sebagai halal atau haram?. Situasi negatif inilah yang kelihatan semakin melebar dewasa ini, termasuklah sebahagian pengkaji kewangan Islam dari kalangan non Muslim yang begitu berani mengeluarkan hukum berkaitan Islam.

Keadaan ini perlu diperbaiki dan disedarkan kerana apabila sesuatu urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, pastinya kerosakan dan kesesatan akan bertapak dan tumbuh dalam masyarakat, kekeliruan pula tersebar luas menghasilkan keterbelakangan dan bukan bergerak ke hadapan.

Setiap bidang yang ingin anda jadi pakar di dalamnya memerlukan pengetahuan awal berkenaan : -

  • Ilmu asas dan advance yang diperlukan ; kita tidak akan menjadi pakar jika ingin terus melompat dan mempelajari ilmu advance dalam sesuatu bidang sedangkan masih tidak masak berkenaan ilmu asas dan basicnya. Sebagai contoh seorang pakar atau specialist kewangan Islam, patut tahu setiap jenis aqad, elemen haram dalam kewangan, dalilnya, asas sistem perbankan moden, wang, istilah-istilah biasa dalam fiqh muamalat dan kewangan moden. Juga ilmu Usul Fiqh dan Kaedah Fiqhiyyah selain nas-nas utama Al-Quran dan Hadis dalam bidang kewangan. Juga bahasa perantaraan apa yang perlu, bahasa arab, english dan sebagainya.
  • Sumber ilmu dan maklumat ; seorang pakar dan specialist digelar sedemikian kerana mendalam dan jauhnya coverage ilmunya, pengamatan dan pengalamannya dalam bidang tersebut. Justeru, perlu dikenalpasti dari awal apakah sumber ilmu dalam bidang ini, adakah di perpustakaan atau di pasaran?. Di bilik kuliah universiti atau pejabat korporat dan lainnya.
  • Institusi autoriti ; pakar mestilah mengenalpasti institusi berkaitan dalam bidangnya, jangan pula seorang yang mendakwa pakar daam bidang kewangan Islam tetapi tidak mengetahui apakah itu AAOIFI dan IFSB Ia hanya akan membuka aibnya.
  • Buku rujukan utama ; pakar pastinya mampu merujuk dengan berkesan apabila timbul permasalah dalam bidangnya, tatkala itu sebarang buku dan rujukan wajib yang paling berautoriti dalam bidangnya hasil tulisan pakar silam dan semasa perlu diketahui. Dalam Bidang kewagan dan perbankan Islam contohnya, amat penting diketahui buku al-Ma'ayir As-Syar'iyyah oleh AAOIFI, resolusi kewangan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan banyak lagi. Begitulah dalam bidang yang lain juga pasti adanya buku rujukan utama.
  • Role Model; elok jika anda punyai model dalam mencapai sasaran anda sebagai pakar, dengan demikian lebih mudah untuk diukur tangga kejayaan anda sudah semakin dekat atau sebaliknya.
  • Langkah-langkah praktikal ; Buatkan perancangan masa dan langkah praktikal satu demi satu, jangan terlalu ideal dalam merancang, kerana walau sehebat manapun target anda, jangan dilupa cabaran kehidupan di sekeliling masih perlu diberikan masa; isteri atau suami anda, anak, urusan teknikal di rumah dan keluarga, masyarakat setempat dan sebagainya masih punyai hak ke atas diri anda. Jangan abaikan mereka.

Tanpa memastikan checklist di atas telah selesai, seseorang akan sesat di tengah-tengah jalan menyebabkan sasarannya tidak kesampaian, terhenti di tengah jalan, akhirnya tidak pakar dalam semua bidang walaupun banyak bidang yang diminati dan boleh dikuasai.

Pun begitu, secara ringkasnya, saya cuba gariskan subject berikut yang mesti dikuasai bagi melahirkan seorang pakar dalam bidang Fiqh kewangan.

Pertama : Ilmu Fiqh & yang berkaitan.

  • Fiqh Muʿamalāt, seluruh bab dalam topik muʿamalāt māliah kerana kelak ‘cross reference’ yang merentasi bab perlu difahami dan dilakukan dalam banyak kes.
  • Usūl Fiqh, khususnya perbincangan berkenaan dalālah, cara istinbad dan taʿarudh wa tarjih.
  • Maqāṣid Al-Sharīʿah, khususnya pertimbangan masalahat dan mudarat dan kaedah penentuannya.
  • Fiqh Mazahib yang pelbagai, malah lebih dari hanya empat mazhab.
  • Pendedahan khusus tekstual karya klasik dan moden berkaitan kewangan Islam.
  • Displin ijtihad moden

Kedua : Konsep dan Operasi Institusi Kewangan.

  • Pengurusan risiko
  • Fungsi perbendaharaan
  • Pengurusan dan operasi sesebuah institusi kewangan seperti bank.
  • Asas perakaunan
  • Penetapan harga dan formula terbabit
  • Pengendalian asset and liabilities di sesebuah bank.
  • Fungsi bank sebagai intermediary and kebolehlaksanaan fungsi sebagai trader,
  • Financial mathemathics iaitu cara penggunaan formula dan kiraan bagi produk deposit, pembiayaan, penerbitan sukuk dan lain yang berkaitan.

Ketiga : Perundangan, akta-akta berkaitan dan garis panduan BNM.

  • Akta perbankan Islam 1983,
  • Islamic Financial Services Act 2013,
  • company act dan banyak lagi.

Keempat : Topik terpilih berkait ekonomi.

  • Political Economics
  • Beberapa konsep seperti i.e wealth creation, wang & penciptaannya, bank, insuran dan takaful etc.

Kelima : Kemahiran Critical Thinking & kemampuan menyelesai masalah.

  • Kemahiran ini diperlukan bagi memeastikan individu pakar yang mampu mengadaptasikan kes-kes dalam kitab klasik kepada kes-kes semasa dan memahami hikmat dan ‘illah.
  • Juga diperlukan bagi menganjak perbincangan ilmu fiqh muamalat agar tidak rigid dan beku sedang konsepnya memang perlu bersifat dinamik dan anjal pada pelaksanaan dan bentuk namun tetap pada prinsip.
  • Kemampuan pembaacn ekpress tapi tepat juga diperlukan kerana kebiasaan pakar Shariah perlu menyemak terlalu banyak dokumen perundangan dan borang-borang.

Keenam : Audit & Pengendalian audit.

Ini kerana kepakaran ini diperlukan bagi seseorang pakar Shariah untuk memahami dokumen yang dibaca dan teknik membuat penyiasatan bagi mengenalpasti sebarang kemungkinan tidak halal.

Ketujuh : Beberapa Huraian dan Jawapan bagi isu-isu muamalat seperti :-

  • Seluruh produk-produk perbankan Islam dari segmen deposit, pembiayaan, pelaburan, kecairan (liquidity), pasaran modal (Capital market), Takaful dan Retakaful.
  • Fractional reserve system dan maslahat
  • Konsep tadarruj dalam perubahan kewangan
  • Displin penentuan harga aset dalam Islam, apa yang dibenar dan yang tidak dibenar serta hujjah,
  • Qabaḍh Hukmi dan bentuk di zaman moden serta aplikasinya
  • Shariah governance framework semasa,
  • Konsep-konsep dan pelaksanaan ibraʾ, Wakalah, Muqassah, Tafāhum Jānibi, Muwāṭaʾah, ʿUqud murakkabah, Wa'ad, ʾUjr, Qardh, konsep Ḍhaʿ wa taʿajjal, hiyal yang diizinkan, makhraj syarʿi dan Al-Ghunmu Bi Al-Ghurmi pelbagai lagi.
  • Konsep beneficial ownership di dalam Fiqh Islam.

Itulah serba ringkas beberapa bentuk pengetahaun minima yang perlu digabungjalinkan dalam diri seseorang pakar muamalat kewangan Islam klasik dan moden. Maka saya amat galakkan mana-mana instutusi pengajian tinggi untuk memastikan topic-topik yang disebut di atas.

Sekian

Zaharuddin Abdul Rahman. PhD
www.zaharuddin.net

13 Dis 2014



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 7 guests

Komen Terbaru

You are here: Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Pra Syarat Pakar Muamalat & Kewangan Islam