Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Apabila Ilmuwan Yang Tidak Mencela Itu Dicela
  • PDF
(1 vote, average 5.00 out of 5)

APABILA AGAMAWAN YANG TIDAK MENCELA ITU DICELA

Oleh

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Criticize

Apabila agamawan lambat memberi komen berkaitan sesuatu isu yang tersebar dalam masyarakat. Ramai yang mengecam, mengutuk dan melabel golongan agamawan dan ilmuan sebagai lembap, tidak responsif dan gagal memandu masyarakat disebabkan asyik terkebelakang langkahnya. Sebagai contoh dalam isu beberapa skim cepat kaya suatu ketika dahulu.

Apabila ilmuan dan agamawan pantas memberi panduan, nasihat dan hukum apabila isu baru mula tersebar tanpa kira besar atau kecil. Juga ramai yang mengecam serta mendakwa agar sabar dahulu, tambahkan kajian lalu meremehkan hasil panduan dan nasihat yang diberi malah lebih teruk lagi menuduh ilmuan itu sebagai  gila publisiti & populariti. Sebagai contoh, dalam isu pengharaman vape.

Apabila agamawan memberi panduan dalam isu berkait hal ehwal politik dan kenegaraan, jika pandangan itu selari dengan kerajaan maka akan dituduhnya sebagai pembodek, lalu dikecam sebagai pemakan 'dedak', namun apabila ia bercanggah dengan tindakan kerajaan, mereka turut dilabel sebagai pembangkang, anti kerajaan, tiada mengenang budi malah ada juga yang diminta tinggalkan sahaja Malaysia. Sebagai contoh dalam isu GST, belanjawan negara, 1MDB dan lainnya.

Apabila agamawan memberi panduan terhadap isu-isu yang TIDAK berkait politik dan kenegaraan, mereka turut dikecam dan dikutuk kerana penakut, jaga periuk nasi, kononnya hanya berani mengulas isu remeh temeh kerana tidak berani mengulas isu bersifat kenegeraan.

Apabila agamawan mula mencela satu sama lain sehingga orang awam turut dicela, maka mereka turut dicela kembali. Maka, yang kelas ini barulah mungkin bukan dalam isu ini, kerana individu mengaku agamawan yang kaki mencela, sudah semestinya bersedia untuk dicela, kerana mungkin itu mainannya dan minatnya.

Selain dari kelas yang terakhir tersebut, keadaan mencela agamawan yang bukan 'kaki mencela' ini hakikatnya adalah suatu realiti pengaruh kejahilan ilmu di dalam masyarakat hari ini, tidak kiralah sama ada ia dari kalangan orang awam kelas rendah, menengah atau tinggi, malah termasuk juga sebahagian besar ahli politik. Hasilnya, wujudlah ilmuan yang muak dengan keadaan ini lalu lebih selesa berceramah isu tidak kontroversi seperti kekeluargaan, fiqh ibadat, ceramah motivasi serta mencipta lawak-lawak ringan yang dijangka mampu menarik masyaarakat awam kepada ceramah dan majlis kuliah. Lalu isi kuliah dan ceramah akhirnya nanti tidak lagi dapat merawat permasalahan semasa. Islam tidak lagi kelihatan mampu menjadi penyelesai masalah semasa.

PANDUAN SAYA

Bagi mengelakan situasi tersebut dari terus berlaku beberapa cadangan, ingatan dan nasihat ingin dikongsikan di dalam penulisan ringkas ini, ia terpakai kepada diri penulis dan semua pembaca.

1. Ilmuan dan agamawan perlu terus memandu umat dalam ruang kerja yang mereka mampui dan menurut strategi yang mereka yakini. Pedulikan respon tidak konstruktif dari orang awam, ASALKAN SAHAJA IA BERNIAT mencapai redha Allah & membawa manusia ke arah redhaNya, abaikan kecaman benci dari mereka yang tiada tahu hakikat dan data serta fakta. Tidak semua perkara boleh didedahkan kepada awam. Provokasi jika dilayan tetap kurang membawa faedah kepada kedua-dua pihak.

2. Sebahagian mereka layak mendapat penjelasan, maka berikanlah penjelasan yang termampu, jika mereka benar ikhlas, Insha Allah akan ada kebaikannya. Manakala bagi yang berbahasa kesat dan kotor, tergesa mencipta andaian sendiri yang ‘jahat’, abaikan sahaj mereka lebih baik dek kerana bahasa cerminan kepada hati jua. Hati yang sudah hitam dan kelat, memang sukar menafsirkan sesuatu kepada kebaikan.

3. Bahasa kesat, hinaan dan kotor di media sosial ini tidak membantu sesiapa pun, kecuali menggemukkan dan membesarkan nafsu diri dan menjalankan tugas Iblis Syaitan sahaja. Iaitu mendorong diri dan orang lain kepada kemarahan, sakit hati, pergaduhan & kebencian tanpa hak. Nabi bersabda :
لا تقل تعس الشيطان فإنه يعظم حتى يصير مثل البيت
Ertinya : Jangan katakan celaka Syaitan keran itu hanya akan membesarkannya sehingga besar seperti rumah. (Riwayat Ahmad : sanad sahih menurut Al-Arnout)

Kalau memaki hamun sang IBLIS SYAITAN yang jelas akan kejahatannya itupun dilarang (kecuali dalam bentuk nisbahkannya dengan laknat Allah seperti yang diajari Nabi s.a.w), maka apatah lagi mencela ilmuan agama dengan sangkaan jahat rekaan sendiri, ia lebih lagi buruk dan merbahaya. Ia hanya akan membesarkan syaitan di dalam diri pencela hakikatnya. Nabi bersabda :-

ليس المؤمن بالطعان ولا اللعان ولا الفاحش ولا البذي
Ertinya : Tiadalah orang mukmin itu pencela dan pelaknat, juga bukan pencarut dan berbahasa kotor' (Riwayat Abu Daud, sahih)

4. Semua isu yang dinasihati oleh ilmuan agama dalam hal kehidupan ini jika ia berlandasakan kepada dalil yang sahih dan logik yang benar, itu adalah BESAR dan PENTING belaka. Sesiapa yang meremehkan sesuatu panduan agama adalah sebenarnya golongan yang telah terpedaya dengan tipudaya Iblis. Buktinya, Nabi sendiri telah mengajar kita akan hal yang besar dan kecil sehingga diajari tatacara tidur dan masuk tandas. Juga baginda Nabi melarang meremehkan kebaikan hatta ia sekadar simpulan senyum dan keceriaan wajah apabila bertemu saudara muslim yang lain. Justeru, tiada istilah aib dalam memandu manusia dalam semua urusan besar dan kecil ke arah hidup berlandas agamanya.

5. Apabila seseorang ilmuan itu tidak memberi pandangan dalam sesuatu isu popular dan 'besar' atau yang disukai orang ramai, itu sebenarnya bukanlah tentunya dia tidak akan memberi pandangannya selama-lamanya, adakalanya ia masih dalam kajian dan data belum mencukupi bagi memastikan pandangan yang akan diberi itu benar-benar mampu keadilan apabila diulas. Juga, ada kemungkinan ia TELAH disampaikan diulas di tempat-tempat tertentu, telah juga dinasihati pihak berwajib namun dalam bentuk yang pelbagai TERSIRAT DAN TERSURAT atau kaedah-kaedah yang tidak terdedah kepada pengetahuan awam.

6. Tambahan dari itu, tidak SEMUA isu itu memerlukan SEMUA ilmuan agama bersuara dan mengulas. Mereka saling melengkapi, tidak semua perlu menjadi HERO dalam setiap satu isu dan urusan.

Akhir sekali, baca artikel ini dengan bijaksana, ia bukan suatu jenis luahan kesediahan atau rengekan dan aduan manja kerana seolah dikecam dan ‘dipukul’ dari semua sudut oleh orang awam seperti bayi dan kanak-kanak yang inginkan kata-kata 'pujukan' & motivasi dari pembaca, TIDAK sama sekali. Namun mesejnya adalah untuk mendidik masyarakat cara menentukan sikap, berfikir, bertindak dan bercakap dengan betul. Masyarakat kita kelihatan semakin teruk gaya fikirannya, percakapan dan cara bertindaknya. Ini perkara yang perlukan nasihat dan ingatan agar artikel ini mampu suatu bahan berfikir.

 

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

4 Oktober 2016

 

 

 

 

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 10 guests

Komen Terbaru

You are here: Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Apabila Ilmuwan Yang Tidak Mencela Itu Dicela