Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Bitcoin & Crypto Berubah Berubah Menjadi Haram Apabila...
  • PDF
(0 votes, average 0 out of 5)

 

bitcoin dua

BITCOIN BERUBAH MENJADI HARAM APABILA...

Oleh

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

 
 

Walaupun Bitcoin boleh menjadi harus pembeliannya untuk simpanan dan transaksi sebagai perantara pembelian (medium of exchange) dek kerana keyakinan terhadap sistem sekuriti utuh 'block chain', 'digital signature' dan 'distributed ledger', namun hukumnya masih boleh berubah menjadi HARAM atau ditegah disebabkan beberapa faktor luaran seperti :-

1. Diharamkan penggunaan oleh kerajaan maka tatkala itu ia menjadi haram juga dari hukum Shariah atas dasar kemaslahatan awam dan mengelak mudarat menurut penilaian oleh pihak kerajaan contohnya (ini bukan pendapat saya tetapi kemungkinan perspektif regulator & kerajaan sahaja) dari sudut :-
- ketiadaan kawalan terhadap keluar masuknya,
- pengelakan cukai yang mampu kurangkan hasil negara lalu sukarkan pentadbiran negara
- jatuh permintaan Ringgit yang boleh risikokan status kestabilan ekonomi,
- hilangkan populariti simpanan wang di institusi kewangan tempatan yang risikokan masa depan institusi berkenaan boleh heret kerajaan juga.
- bimbangnya tiada data tepat sebahagian pentunjuk aktiviti ekonomi setempat yang bakal menyukarkan statistik lebih tepat terhadap prestasi tahunan negara
- tiada kawalan terhadap kawalan aktiviti wang gelap dan lain-lain.

Justeru bagi mengelakkan mudarat di atas bagi sesiapa yang melanggarinya akan dikenakan tindakan oleh kerajaan. Tatkala itu keterlibatan dalam bitcoin dan crypto yang lain adalah ditegah dek kerana mudarat yang boleh terkena ke atas pelaku.

Pun begitu, jika kerajaan MAMPU memperkenalkan satu mekanisme untuk mengawal dan memantau mudarat di atas, contohnya memperkenalkan lesen berdaftar setiap exchange yang ingin beroperasi di Malaysia dan banyak lagi, maka sudah tentu adalah lebih baik DIBENARKAN dengan kawalan dan pantuan melalui exchange kerana ia punyai banyak kebaikan juga untuk rakyat dan negara.

2. Apabila pihak kerajaan menyekat seluruh exchange platform bagi menyekat seluruh transaksi cryptocurrency dalam sesebuah negara. Tatkala itu tahap GHARAR adalah besar iaitu ketidaktentuan bagaimana pihak bertransaksi untuk mempastikan bitcoin yang dibeli mampu ditunaikan dan digunakan apabila dikehendaki. Justeru, tahap gharar menjadi luas disebabkan penyekatan ini. Ini telah berlaku di Malaysia apabila BNM membekukan exchange platform yang menyediakan khidmat di Malaysia, MALAH pelanggan exchange platform terbabit turut diambil data maklumat peribadi mereka bagi disemak oleh LHDN bagi tujuan semakan cukai. Malahan, menggunakan bitcoin dan sepertinya di luar negara juga banyak halangannya disebabkan halangan negara terbabit.

3. Apabila membeli bitcoin menggunakan wang pinjaman dengan riba. Ia menjadi haram kerana pinjaman itu sendiri malah bertambah kemudaratannya disebabkan mendedahkan diri ke tahap spekulasi yang sangat tinggi kerana terpaksa membayar pinjaman dan interest, sambil berharap nilai bitcoin naik lalu mendapat lebihan sebagai untung. Keadaan tersebut menjadikan ia sangat hampir kepada elemen perjudian kerana hanya bergantung kepada nasib.

4. Apabila menyertai SKIM bitcoin atau crypto melalui skim ala-ala cepat kaya anjuran orang tengah atau syarikat pengantara yang menjanjikan keuntungan tetap atau lumayan. Ini adalah HARAM dari sudut syariah dan juga undang-undang setempat. Malah ada yang membeli bitcoin melalui akaun yang dimiliki syarikat ini lalu mendedahkan diri kepada penipuan dan ditipu.

5. Apabila kos yuran transkasi dan pemindahan (transfer) yang dikenakan oleh exchange setiap kali pemindahannya TIDAK DIKETAHAUI oleh pelaku pemindahan dari awal, ia menjadikannya gharar sekiranya jumlahnya semakin besar. Khususnya sekarang ini yang mana kos yang dikenakan oleh bitcoin miner dan exchange adalah tinggi disebabkan math difficulties bertambah. Malah berlaku lambakan unconfirmed transaction yang banyak hingga melewatkan proses pemindahan.

6. Bagi mereka yang mengganggap Bitcoin telah mendapat status MATAWANG DIGITAL sebagaimana pandangan beberapa ilmuan tempatan dan antarabangsa. Ia boleh menjadi salah didagangkan SECARA AKTIF dan FREQUENT contohnya, setiap hari kerana selaku matawang ia TIDAK boleh diperdagangkan pada dirinya. Sebagaimana disebut oleh Imam al-Ghazzali

" لا غرض في عينهما، فإذا اتجر في عينهما فقد اتخذهما مقصودًا على خلاف الحكمة
Ertinya : Matawang tiada manfaat khusus pada dirinya (seperti dinar dan dirham), sekirnaya ia didagangkan kerana dirinya sendiri (untuk ambil untung dari nilai berbeza) makai a adalah telah bercanggah dengan hikmah (matawang)

Ibn Qayyim turut menyatakan yang sama :
فالأثمان لا تقصد بعينها بل يقصد التوصل بها إلى السلع، فإذا صارت في نفسها سلعًا تقصد لأعيانها فسد أمر الناس
Ertinya : Harga (matawang) tidak boleh disasarkan pada zatnya tetapi mestilah objektifnya sebagai perantara untuk mencapai komoditi, tatkala matwang didagagngkan seperti komoditi dan disasarkan pada dirinya (yang tiada nilai intrinsic), rosak urusan manusia’

Hal yang sama turut ditegaskan oleh ulama silam seperti Ibn Rushd, Al-Qarafi, Ibn Taymiah dan ulama kontemporari seperti Taqi Uthmani dan Dr. Ahmad Muhydin Ahmad serta lainnya.

Manakala jika bitcoin dan cyrpto TIDAK dianggap matawang dan hanya ‘digital asset’ maka pada dasarnya, asset dan komoditi itu adalah harus diperdagangkan pada diri namun apabila didagangkan secara terlalu kerap dan jual beli dalam tempoh terlalu singkat dengan nilai terlalu berbeza dengan cepat hanya kerana demand and supply, ia dikatakan boleh membawa kepada syubhah perjudian. Wallahu’alam.

Itulah beberapa faktor luaran yang perlu diambil kira oleh mana-mana ilmuan sebelum bertindak mengharuskan bitcoin dan cryptocurrency dalam sesebuah negara.

Faktor terdedahnya kepada risiko tinggi yang disebabkan kuatnya perubahan nilai turun naik (volatile & fluctuation) pada sesuatu cryptocurrency dan bitcoin itu sebenarnya masih tidak cukup kuat untuk menjadikannya ‘haram lizatihi’ secara mutlak, ia adalah kerana :-

a. Tahap tanggungan risiko itu berbeza di antara seorang dan yang lain malah risiko sememang suatu elemen yang wujud

b. Hatta dalam bisnes yang halal wujud risiko dalam perniagaan dan jatuh dan naiknya juga, yang juga boleh mendedahkan kepada tahap yang sangat tinggi sehingga muflis sesebuah syarikat.

c. Selain itu, ia juga bersifat pilihan individu apabila sesebuah risiko itu dengan syarat ia TIDAK mencetuskan mudarat yang langsung kepada individu lain, sebagai contoh jika seseorang MEMILIH untuk sengaja tidak mengunci kenderaannya, ia adalah suatu risiko atas pilihan sendiri, dan tatkala ia tidak mencetuskan mudarat kepada orang lain, ia masih belum termasuk dalam ruang haram tetapi makruh sahaja. Namun jika seseorang memilih risiko memandu laju dan berbahaya di atas jalan raya awam, maka itu menjadi risiko yang diharamkan kerana mampu menyebabkan mudarat kepada orang lain juga, selain dirinya sendiri.

Wallahu ‘alam bis sawab

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
www.elzarshariah.com

6 FEB 2018

 

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer Formula Contracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan Ibadat Riba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new  ledakan_FB 
indahnya_hidup_politik cover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 11 guests
Latest members:
  • Mohd Nasir

Komen Terbaru

You are here: Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Bitcoin & Crypto Berubah Berubah Menjadi Haram Apabila...